KOPERAL ASKAR DIDAKWA DIDAKWA DI BAWAH SEKSYEN 302







Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa memukul seorang anggota tentera sehingga maut baru-baru ini.
Siasatan baru di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dibuat susulan kematian mangsa, Amirul Raziq Rosafindi, 24.
Sebelum ini suspek yang berumur 37 tahun dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas perbuatan yang menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa.
Proses siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan telah dilakukan dengan mengklasifikasi kertas siasatan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Al-Fatihah kepada Allahyarham Amirul Raziq Rosafindi 🤲

Menyanggah Retorik Tun Faisal Isu Minyak

 



Tun Faisal cuba memberi gambaran bahawa negara jiran lebih stabil dan, oleh itu, Malaysia telah gagal. Foto Mahathir Mohd Rais

PENDAPAT, 12 Apr – Harga diesel naik. Jangan pula fakta dipermainkan.

Tun Faisal dengan retoriknya. Ambil kemarahan rakyat, campur dengan angka terpilih, kemudian hidang semula seolah-olah itulah keabsahan politik. Bunyi memang sedap kepada yang mahu marah. Tetapi seperti biasa, apabila diselak satu demi satu, yang tinggal cuma helah yang dibungkus dengan semangat rakyat.

Sebab itu, kemarahan rakyat bukan isu untuk dipertikai. Yang patut dipertikai ialah cara Tun Faisal memperdagangkan kemarahan itu.

Rakyat di Semenanjung memang ada sebab untuk marah. Diesel bukanlah sekadar harga di stesen minyak. Bila diesel naik, kos pengangkutan naik, kos barang naik, dan tekanan hidup jadi lebih berat.

Tambahan pula, kenaikan kali ini bukan berlaku sekali sahaja. Ia datang selepas beberapa siri kenaikan mingguan. Jadi reaksi rakyat itu bukan keterlaluan. Ia berpunca daripada beban yang benar-benar dirasai.

Di sinilah Tun Faisal bermain silap mata. Angka tertinggi diangkat setinggi langit, konteks dibuang ke longkang. Lalu dibentuklah satu gambaran seolah-olah semua rakyat Malaysia sedang menanggung beban yang sama. Itu bukan hujah. Itu manipulasi.

Struktur harga bahan api hari ini bersifat bersasar, bukan pukul rata. Ada harga bersubsidi, ada harga tidak bersubsidi, dan ada mekanisme perlindungan bersasar. Menyapu bersih semua kategori pengguna ke dalam satu naratif politik hanya akan menambah kekeliruan.

Dalam hal ini, rakyat berhak marah. Tetapi rakyat tidak wajar disogok dengan fakta separuh masak.

Tun Faisal cuba memberi gambaran bahawa negara jiran lebih stabil dan, oleh itu, Malaysia telah gagal. Hujah seperti ini mungkin sedap didengar, tetapi ia bukan hujah yang jujur. Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina masing-masing mempunyai pendekatan berbeza dalam mengurus harga bahan api. Ada yang bergantung pada kawalan yang lebih ketat.

Kenderaan berbaris panjang menuju stesen minyak di Bangkok ketika harga dan bekalan bahan api terus meruncing di Thailand pada 26 Mac 2026. Foto Khaosod English

Ada yang menyerap kos melalui beban fiskal yang besar. Ada juga yang melaras secara berperingkat. Jadi, mengambil angka mingguan di pam, kemudian terus membuat kesimpulan besar tentang kejayaan atau kegagalan sesebuah kerajaan, bukanlah analisis yang jujur.

Kalau mahu kritik kerajaan, kritiklah betul-betul. Cakap terus bahawa kenaikan diesel memberi tekanan besar kepada rakyat Semenanjung, khususnya kepada peniaga, sektor pengangkutan dan rantaian bekalan.

Tanya apa langkah jangka pendek yang boleh dibuat. Tanya juga apa pelan jangka panjang untuk mengurangkan pergantungan kepada diesel import. Itu baru kritikan yang ada nilai.

Ini bukan bermaksud kerajaan tidak boleh dikritik. Sebaliknya, kerajaan memang wajar ditekan untuk menjelaskan kepada rakyat sampai bila tekanan ini boleh ditanggung, apakah langkah segera untuk mengurangkan kesan kepada kos hidup, dan apakah rancangan jangka panjang untuk mengurangkan pergantungan negara kepada diesel import. Dalam isu seperti ini, rakyat berhak menuntut jawapan yang jelas dan dasar yang lebih baik.

Tetapi kritikan yang baik mesti datang dengan kejujuran. Bukan dengan memilih angka yang paling menguntungkan politik sendiri. Bukan juga dengan membiarkan rakyat marah tanpa dibekalkan gambaran yang lengkap.

Sebab itu, jika benar mahu membantu rakyat, pembangkang sepatutnya berperanan lebih matang. Mereka patut mengemukakan cadangan yang boleh memperkukuh daya tahan negara, membantu sektor pengangkutan dan perniagaan menyesuaikan diri, serta mempercepat usaha mengurangkan kebergantungan kepada bahan api yang terlalu terdedah kepada ketidaktentuan global.

Dalam hal ini, cadangan FELDA seperti memperluas penggunaan biodiesel B100 sekurang-kurangnya membuka ruang kepada perbincangan yang lebih berguna. Ia mungkin bukan penyelesaian segera, tetapi ia menunjukkan arah yang lebih bertanggungjawab daripada sekadar mengutip kemarahan rakyat sebagai modal politik.

Rakyat tidak perlukan kenyataan berbaur hasutan, tidak tepat atau provokatif. Rakyat mahukan perbahasan yang matang. Ketika dunia berdepan krisis tenaga yang semakin kompleks, semua pihak sepatutnya membantu negara untuk menjadi lebih berdaya tahan, bukan menambah kekeliruan.

Kerajaan pula mesti terus bekerja keras memastikan kestabilan ekonomi terpelihara. Pembangkang seharusnya tampil dengan cadangan yang bernas, bukan bermain politik sepanjang masa.

Rakyat bukan bodoh. Rakyat tahu bila hidup mereka semakin tertekan. Rakyat juga tahu membezakan antara kritikan yang jujur dengan politik yang hanya mahu menunggang kemarahan. Dalam isu diesel ini, beban yang ditanggung rakyat memang benar. Tetapi yang tidak benar ialah cubaan memutar isu yang rumit menjadi cerita mudah semata-mata untuk membina persepsi.

Rakyat sedang memikul kos sebenar. Ahli politik sepatutnya berhenti mempermainkan beban itu.

Oleh Dr Mahathir Mohd Rais



RAFIZI UMUM PARTI BARU ? 20 MP PKR SERTAI ?


 

ANWAR SERAH JAWATAN KEPADA RAFIZI?


 

AMANAT MENTERI KDN DS SAIFUDDIN BERSAMA WARGA KDN! MEMANG TERBAIK!


 

AKMAL SALEH SOKONG HADI EXCO TERENGGANU | MINYAK NAIK HARGA


 

IZZAH LEPAS JAWATAN ? DAH HANTAR SURAT ?


 

Pegawai Muhyiddin sahkan pendirian saya: PN tak boleh menang dengan sokongan Melayu


 

PENJARA 3 TAHUN & DENDAH RM5K! KES HASUTAN MUHYIDDIN JIKA SABIT KESALAHAN!






 Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 3 November ini bagi mendengar perbicaraan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut menyentuh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Hakim Datuk Aslam Zainuddin menetapkan perbicaraan didengar selama enam hari iaitu pada 3, 4, 5, 11, 12, dan 13 November. Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan beliau tidak dijemput oleh Seri Paduka selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu. Pada prosiding itu, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad memaklumkan, pasukan pembelaan memohon tarikh perbicaraan selepas September ini bagi membolehkan kes Jana Wibawa melibatkan bekas Perdana Menteri di mahkamah berlainan, didengar terlebih dahulu. Menurut beliau, perbicaraan kes tersebut kini berlangsung di hadapan Hakim Noor Ruwena Md. Nurdin dan dijadual selesai selepas September. “Kami bersedia, sebanyak 115 akuan bersumpah telah diberikan kepada pihak siasatan. Mohon pendakwaan menyerahkan senarai saksi dan pernyataan bertulis untuk kegunaan perbicaraan kelak,” ujarnya.

Ucapan PM Anwar Ibrahim di Konvensyen KEADILAN Terengganu 2026


 

Segan tak, sebab bukan aja China, tapi nama Malaysia pun kena petik dengan JP Morgan, iaitu syarikat kewangan bertaraf dunia.

 

Mohd Nazri Haris




Segan tak, sebab bukan aja China, tapi nama Malaysia pun kena petik dengan JP Morgan, iaitu syarikat kewangan bertaraf dunia.


Kita semua perasan, sejak kebelakangan ini dunia makin bergelora? 


Isu p3r4ng di Timur Tengah bukan sekadar berita di TV, tapi impaknya sampai ke poket kita.


Tapi, ada satu berita menarik dari J.P. Morgan yang ramai terlepas pandang.


Pakar strategi mereka, Rajiv Batra, baru sahaja keluarkan kenyataan yang agak mengejutkan dalam temubual CNBC.

...

...


#Ceritera1 


=1. Siapa Yang Paling 'Koyak' Kalau Harga Minyak Naik?=


Menurut J.P. Morgan, hampir SEMUA ekonomi di Asia sekarang tengah dalam fasa bahaya (vulnerable) disebabkan kejutan h4rga tenaga.


Kalau harga minyak mentah dunia kekal tinggi (sekitar $100 setong), ekonomi global boleh hilang pertumbuhan sebanyak 60 mata asas! 📉


Tapi... ada dua negara yang diletakkan dalam zon "Selamat".


Siapa? China dan MALAYSIA.

...

...


#Ceritera2 


=2. Kenapa Malaysia 'Lain Macam' Kali Ini?=


Kenapa kita tak "koyak" macam negara jiran lain?


Ada 3 sebab utama yang Rajiv gariskan...


👉Abang Besar Gas Asli:


Malaysia bukan sekadar pengguna, tapi kita adalah "net energy exporter".


Kita antara pengeksport utama gas asli cecair (LNG) dunia.


Bila harga tenaga naik, pendapatan negara juga ada sedikit 'talian hayat'.

...


👉Benteng Fiskal yang Kukuh:


Berbanding negara lain, defisit fiskal kita masih di bawah kawalan. 


Ini hasil polisi kerajaan yang memastikan inflasi kita tidak melambung tinggi secara drastik berbanding negara luar.

...


👉Perisai Mata Wang:


Walaupun kita rasa Ringgit mencabar, tapi dari sudut pelaburan ekuiti, Malaysia masih ada 'buffer' (penyangga) yang kuat untuk elak kejatuhan mendadak.

...

...


#Ceritera3 


=Sejarah Tak Pernah Menipu=


Rajiv ingatkan kita satu fakta p4hit.


Sejak tahun 1970, 4 daripada 5 kali berlakunya kejutan bekalan m1ny4k,


dunia akan ditarik masuk ke fasa k3m3les3tan. 


Kita sekarang dalam perlumbaan dengan masa.


Adakah situasi ini akan berlarutan?


Jika ya, sektor seperti barangan dapur (consumer staples) dan teknologi mungkin akan mula rasa bahangnya.

...

...


#Ceritera4 


Kita tak boleh terlalu selesa, tapi kita patut bersyukur.


Di saat negara lain tercungap-cungap cari bekalan tenaga, Malaysia masih berdiri tegak sebagai "safe haven" kecil di Asia Tenggara. 🛡️


Itu kata-kata Rajiv Batra dari JP Morgan.


Kita sebagai rakyat Malaysia rasa, adakah kita benar-benar bersedia kalau harga m1ny4k dunia terus meroket?


Cuba komen sikit kat bawah, kita bincang secara sihat.




LUPA PAK PAK LEBAI MASA JADI MENTERI DULU


 

Qin Alif


Eh kalau tak patut naik, kenapa lebai 33 bulan belanja subsidi berbillion ringgit ? Patut free jela 


Bodoh piang






Konflik Asia Barat, Krisis Tenaga Global: PRN Johor Wajar Ditangguh

 

Mohd Faezuddin berkata, kebimbangan itu berasas memandangkan PRN Johor pada 12 Mac 2022 ketika pandemik Covid-19 hanya mencatatkan kadar keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus. Foto SPR

JOHOR BAHRU, 13 Apr – Tiada keperluan mendesak untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat susulan keadaan ekonomi yang tidak menentu serta ketidaktentuan global akibat krisis di Asia Barat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohd Faezuddin Puad berkata, keadaan semasa dunia yang masih bergelut dengan ketegangan geopolitik serta gangguan rantaian bekalan dan tenaga memberi kesan langsung kepada rakyat, sekali gus memerlukan perhatian serius semua pihak.

“Tatkala dunia masih bergelut dengan ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan tenaga, kita seharusnya peka, prihatin dan sensitif terhadap keadaan semasa yang sedang ditanggung rakyat.

“Selain itu, turut dibimbangi rakyat mungkin memilih untuk tidak keluar mengundi kerana terbeban dengan kos pergerakan yang semakin tinggi lalu mandat yang lahir berisiko tidak benar-benar mencerminkan suara majoriti rakyat Johor,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Faezuddin berkata, kebimbangan itu berasas memandangkan PRN Johor pada 2022 yang berlangsung ketika pandemik Covid-19 hanya mencatatkan kadar keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.

Justeru katanya, AMK Johor menyarankan supaya menangguhkan dahulu PRN Johor sehingga keadaan benar-benar stabil dan tenang.

Warganet yang seakan tidak percaya dengan kenyataan Muhyiddin berkaitan ‘bendera biru tak apa’ semasa PKP dikuat kuasa dalam soal penyaluran bantuan bakul makanan saat penularan Covid-19.

“Buat masa sekarang kepentingan rakyat perlu didahulukan berbanding percaturan politik,” katanya yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Pulai.

Sebelum ini, timbul desas-desas mendakwa PRN Johor mungkin diadakan tahun ini walaupun tempoh mandat kerajaan negeri hanya akan berakhir pada Mac tahun depan.



Pelajar Maut Dirempuh: Guru Wanita Dibawa Ke Mahkamah Untuk Perintah Reman

 

Guru wanita yang berusia 57 tahun tiba dengan menaiki trak polis jam 8.40 pagi dengan memakai baju lokap diiringi anggota polis pada 13 April 2026. Foto Kamarul Bismi Kamaruzaman

KOTA BHARU, 13 Apr – Guru yang dipercayai merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah yang mengakibatkan seorang pelajar tingkatan satu maut tengah hari semalam dibawa ke mahkamah pagi ini.

Guru wanita yang berusia 57 tahun tiba dengan menaiki trak polis jam 8.40 pagi dengan memakai baju lokap diiringi anggota polis ketika turun dan dibawa ke kamar untuk mendapatkan perintah reman.

Guru berkenaan akan direman di Mahkamah Majistret dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin pada 12 April 2026.

Media semalam melaporkan, seorang pelajar tingkatan satu maut manakala seorang lagi parah selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita di hadapan surau sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri dilaporkan berkata, kejadian jam 1.50 tengah hari itu membabitkan seorang pemandu kereta dan mangsa adalah dua pelajar perempuan.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin pada 12 April 2026. Foto X Anwar Ibrahim

Akibat kejadian itu, seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala seorang lagi parah dan menerima rawatan di hospital.



170 Stesen Minyak Sempadan, PDRM Perhalusi Aspek Penguatkuasaan – Saifuddin Nasution

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 13 April 2026.

PUTRAJAYA, 13 Apr – Aspek penguatkuasaan di stesen minyak termasuk memperhalusi kaedah penugasan dan perundangan sedang dalam kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama di kawasan sempadan di seluruh negara.

Sebanyak 170 stesen minyak terlibat dalam aspek berkenaan yang juga dipantau dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perincian itu penting berikutan tugas hakiki pasukan keselamatan sebagai pasukan kawalan keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 13 April 2026.

Katanya, keperluan itu berikutan premis berkenaan juga menjadi pintu kepada aktiviti penyeludupan.

“Buat masa ini, sebanyak 4,000 stesen minyak dikenalpasti beroperasi di sekitar sempadan negara.

“Bagaimanapun, kita bukan nak jaga 4,000 stesen minyak. Kita nak jaga 170 stesen minyak sahaja yang dekat dengan sempadan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 13 April 2026.

“Pertama, kita kenal pasti dahulu apa maksud penugasan. Akta mana nak digunapakai dan pasukan mana yang kita nak tugaskan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN, di sini hari ini.

Katanya, beliau juga mengesyorkan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dan KPDN supaya mendapatkan nilai jualan minyak setiap stesen minyak berdekatan dengan sempadan.

Saifuddin berkata, jika nilai jualan di stesen minyak berkenaan meningkat secara tiba-tiba maka, aspek penguatkuasaan perlu ditumpukan kepada stesen minyak berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 13 April 2026.

“Kalau nilai jualan itu mencanak tak masuk akal dan tak munasabah maka, fokus penguatkuasaan dibuat disitu terus.

“Kita tingkatkan pengawasan di situ. Itu maknanya kerja secara bijak berdasarkan data sedia ada dan data itu mesti dikongsi oleh kementerian yang berkenaan sebab tugas kita hanya membantu,” katanya.

Katanya, aspek penguatkuasaan itu akan diteruskan selagi konflik dan krisis tenaga ini berlarutan dengan dengan penilaian dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan pemantauan di lapangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 13 April 2026.

Jelasnya lagi, pelaksanaan operasi juga akan mengambil kira keupayaan semasa pasukan dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan anggota ketika menjalankan tugas di lapangan.



AMK Johor sokong cadangan tangguh PRN Johor, Melaka sehingga keadaan tenang


 


AMK Johor hari ini menyatakan pendirian selari dengan cadangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka ditangguhkan.

Ketuanya, Faezuddin Puad berkata, tatkala dunia masih bergelut dengan ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan tenaga, semua pihak perlu peka terhadap keadaan semasa yang ditanggung rakyat. 

Beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan rakyat tidak akan keluar mengundi kerana terbeban kos perjalanan.

“Selain itu, turut dibimbangi rakyat mungkin memilih untuk tidak keluar mengundi kerana terbeban dengan kos pergerakan yang semakin tinggi lalu mandat yang lahir berisiko tidak benar-benar mencerminkan suara majoriti rakyat Johor,” katanya dalam satu respon di Facebook.

Faezuddin berkata, kebimbangan ini berasas, mengambil kira PRN Johor 2022 yang diadakan ketika negara berdepan dengan gelombang Covid19.

Pada waktu itu hanya 54.92% sahaja rakyat yang keluar mengundi. 

“Justeru, AMK Johor menyarankan supaya menangguhkan dahulu PRN Johor sehingga keadaan benar-benar stabil dan tenang. 

“Buat masa sekarang kepentingan rakyat perlu didahulukan berbanding percaturan politik,” ujarnya.




Mat Sabu: Umat Islam lemah kerana berpecah, bukan Israel terlalu kuat




 


Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berpendapat kelemahan umat Islam ketika ini bukan berpunca daripada kekuatan Israel, sebaliknya akibat perpecahan dalaman.

Beliau berkata, dalam keadaan konflik berterusan di Asia Barat, umat Islam masih terperangkap dalam perbalahan mazhab dan perbezaan aliran, sedangkan pihak lawan tidak membezakan latar belakang dalam menghadapi musuh.

Menurutnya, sejarah menunjukkan pelbagai tokoh dari latar berbeza termasuk ulama, pemimpin gerakan Islam, serta tokoh nasionalis dan kiri menjadi sasaran kerana menentang Zionisme, tanpa mengira ideologi atau pegangan.

“Musuh memahami bahawa sesiapa sahaja yang menentang Zionisme adalah ancaman, tanpa mengira mazhab atau aliran,” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih mesra disapa dengan nama Mat Sabu, beliau turut mengkritik keadaan semasa yang menyaksikan umat Islam terus berpecah, walaupun berdepan isu besar seperti konflik di Palestin.

Beliau berkata, perpecahan itu bukan sahaja melemahkan kekuatan kolektif umat, malah mengalihkan fokus daripada isu utama kepada pertelingkahan dalaman.

Dalam masa sama, beliau turut menyentuh peranan sebahagian negara Islam yang menurutnya masih bergantung kepada kuasa besar, sekali gus menjejaskan usaha penyatuan dalam menghadapi cabaran global.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan gerakan solidariti antarabangsa yang melibatkan masyarakat bukan Islam, yang dilihat lebih bersatu dalam menyuarakan sokongan kepada Palestin.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam kembali memberi tumpuan kepada keutamaan sebenar, termasuk memperkukuh perpaduan dan mempertahankan golongan tertindas.

Beliau menegaskan, selagi perpecahan terus berlaku, umat Islam akan kekal lemah walaupun memiliki jumlah dan sumber yang besar.

“Israel tidak kuat. Tetapi umat Islam menjadi lemah kerana memilih untuk terus berpecah,” katanya.

"IBRAHIM ALI & HADI AWANG, JAJA CERITA PALSU" - LOKMAN ADAM


 

RENTASAN 1803 | PANAS!! KRISIS TENAGA GLOBAL: NETIZEN KECAM FITNAH, PENGHINAAN PAS TERHADAP PMX?


 

RAKYAT TEMPELAK PEMIMPIN PAS MAIN PERSEPSI


 

Drama Pecat & PRK Pandan: Adakah Riwayat Politik Rafizi Ramli Bakal Berakhir?