AMK Johor sokong cadangan tangguh PRN Johor, Melaka sehingga keadaan tenang


 


AMK Johor hari ini menyatakan pendirian selari dengan cadangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka ditangguhkan.

Ketuanya, Faezuddin Puad berkata, tatkala dunia masih bergelut dengan ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan tenaga, semua pihak perlu peka terhadap keadaan semasa yang ditanggung rakyat. 

Beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan rakyat tidak akan keluar mengundi kerana terbeban kos perjalanan.

“Selain itu, turut dibimbangi rakyat mungkin memilih untuk tidak keluar mengundi kerana terbeban dengan kos pergerakan yang semakin tinggi lalu mandat yang lahir berisiko tidak benar-benar mencerminkan suara majoriti rakyat Johor,” katanya dalam satu respon di Facebook.

Faezuddin berkata, kebimbangan ini berasas, mengambil kira PRN Johor 2022 yang diadakan ketika negara berdepan dengan gelombang Covid19.

Pada waktu itu hanya 54.92% sahaja rakyat yang keluar mengundi. 

“Justeru, AMK Johor menyarankan supaya menangguhkan dahulu PRN Johor sehingga keadaan benar-benar stabil dan tenang. 

“Buat masa sekarang kepentingan rakyat perlu didahulukan berbanding percaturan politik,” ujarnya.




No comments: