Sempadan Perlis, Kedah ‘Lubuk’ Ketirisan Subsidi Minyak








PADANG BESAR: Kawasan sempadan di Perlis dan Kedah, termasuk Pulau Langkawi, dikenal pasti sebagai antara zon paling kritikal yang terlibat dalam penyalahgunaan subsidi bahan api negara. 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata dapatan itu berdasarkan rekod Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di kawasan sempadan negara. 


“Aktiviti penyeludupan bahan api bersubsidi di zon berkenaan dikesan berlaku melalui pelbagai modus operandi termasuk laluan darat dan perairan sempadan,” katanya pada sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, petang tadi. 


Beliau berkata demikian ketika mengulas situasi semasa ketirisan subsidi bahan api yang turut dipengaruhi jurang harga antara pasaran terbuka dan bahan api bersubsidi. 


Dalam masa sama, beliau mendedahkan perbelanjaan subsidi bahan api negara meningkat ketara daripada kira-kira RM700 juta sebulan kepada hampir RM6 bilion sebulan susulan tekanan krisis global. 


“Di zon timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, terdapat aktiviti mengambil bahan api bersubsidi di jeti LKIM, namun ia digunakan untuk aktiviti ‘ship to ship’ di perairan Zon Ekonomi Eksklusif. 


“Di zon selatan pula, di Selat Melaka dan Johor, melibatkan aktiviti ‘bunkering’ tanpa kebenaran. Di Sabah pula, ia melibatkan beberapa kawasan termasuk Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau dengan modus operandi berbeza,” katanya. 


Tambah beliau, dalam tempoh 1 Januari tahun lalu hingga 31 Mac tahun ini, sebanyak 753 kes penyeludupan berjaya digagalkan dengan 1,460 individu ditahan. 


Nilai rampasan keseluruhan pula mencecah RM2.81 bilion. 


Sehubungan itu, kerajaan menegaskan komitmen untuk memperketat penguatkuasaan bagi membendung ketirisan subsidi serta memastikan ia hanya dinikmati oleh rakyat yang layak. 


Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽

.

Sumber : Buletin TV3

.

Teruskan Bersama @PerlisPermai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis2026

#FBLifeStyleLife

#TahunMelawatPerlis




No comments: