TUN M DISERU SOKONG CALON PERDANA MENTERI PAKATAN HARAPAN

ADAKAH UMNO DAN PAS KESAL DENGAN TRAGEDI 1MDB?

RAKYAT MAHU JAWAPAN SILAP MATA MACAU SCAM

COVID-19 - TANGANINYA DENGAN JUJUR BUKAN BERPOLITIK!

GENCATAN POLITIK ATAU TAKTIK POLITIK?


 1. Gencatan politik adalah satu tanda kesediaan untuk berhenti seketika dari apa sahaja sengketa antara dua pihak yang bertelagah. Dalam hal ini, kenyataan Presiden UMNO, DSZH difahami merujuk kepada perbalahan UMNO dan BERSATU yang kritikal menanti pecah.

2. Perbalahan kedua parti ini adalah kerana UMNO merasa dirinya ‘dibuli’ parti ‘budak baru’ yang cuba berlagak macam ‘Abang Long Kawasan’. Persengketaan ini merebak sampai ke akar umbi membabit sampai soal ‘maruah’ kerana rasa UMNO dihina begitu rupa oleh budak-budak BERSATU yang dikatakan berlagak kerana kuasa yang ada pada mereka sebagai PN.

3. UMNO dan BERSATU macam budak kecik bergaduh, mereka ungkit mengungkit antara satu sama lain, ugut mengugut dan perli memerli sehingga hubungan retak mereka kini menanti belah. Bagi saya gencatan senjata ini adalah antara 2 entiti parti yang sebenarnya nak jaga ‘kawasan’ masing-masing supaya ada ruang mereka nak ‘berunding’ untuk kekal kuasa masing-masing dan jaga budak-budak mereka di bawah.

4. Gencatan politik kerana covid hanyalah taktik alih perhatian sahaja, sedangkan secara realitinya keduanya sedang berpolitik untuk tawar menawar posisi dan agih mengagih kuasa sesama mereka. Sebab itu saya rasa nak ketawa apabila seluruh Malaya percaya satu gencatan politik kononnya sedang berlaku. Saya juga tersenyum melihat sesetengah orang di medsos menyatakan rasa lega sebab kini negara boleh tumpu kepada urusan covid dan bukan politik. Itulah hebatnya orang politik meyakinkan orang ramai mereka tidak berpolitik dengan hanya menggunakan perkataan ‘GENCATAN POLITIK’. Memang bijak….

5. Tiba-tiba dalam hal ini, ada yang kata ‘game over’ untuk DSAI. Bila masa DSAI ada dalam sifir perbalahan dua parti ni? DSAI ada PH yang berada dalam keadaan solid dan padu. Perbalahan Zahid vs Mahyudin adalah masalah dalaman PN vs UMNO dalan usaha mereka mempertahankan ‘muka’ masing-masing dalam tawar menawar kuasa politik.

6. Kalau ada yang kaitkan keputusan gencatan politik Zahid bermakna DSAI tak akan dapat sokongan MP UMNO untuk majoriti yang didakwanya, memang dakwaan itu ada logiknya. Tetapi logik itu boleh difahami jika sokongan kepada DSAI yang ditawarkan adalah secara en-block! Tapi jangan kita lupa dan abaikan kenyataan Presiden UMNO sebelum ini yang mengatakan bahawa beliau tidak dapat menghalang mana-mana MP UMNO yang hendak menyokong DSAI. Apakah boleh kita kata game over untuk DSAI ataukah sebenarnya game over untuk TSMY?

7. Bagi PH, gencatan politik Zahid tidak ada kena mengena kenapa kami perlu berdiam diri dengan kegagalan PN dan TSMY mengendalikan krisis hari ini. Salah satu fokus untuk pengurusan krisis covid ialah menukar PN dan seluruh kabinetnya yang telah menjejaskan kepercayaan rakyat kepada usaha kerajaan menangani covid 19. PN juga ada latarbelakang pembelotan yang telah mengguris hati rakyat bermandatkan keputusan secara demokratik pada PRU 2018.

8. Saya akan ulangi sekali lagi apa yang telah saya nyatakan sebelum ini, “tiada gencatan politik kepada teras demokrasi yang dipandu perlembagaan dan undang-undang di mana politik terbina di atas tapaknya”. Menangani kegagalan TSMY dan kemorosotan kepercayaan kepada cara beliau menangani krisis covid mestilah berpandu kepada asas-asas demokrasi termasuklah cara berperlembagaan untuk menggantikan kepimpinan yang lebih efisien dan berwibawa serta mendapat kembali kepercayaan rakyat.

9. Majoriti yang kukuh, kerajaan yang kuat serta kepercayaan rakyat yang padu adalah seruan untuk pengendalian krisis covid yang lebih berkesan. Langkah DSAI konsisten pada teras perundangan dan landasan demokrasi yang menjadi tegak berdirinya proses politik bagi memelihara negara secara berterusan.

Gencatan politik antara UMNO dan BERSATU tak perlu mengheret rakyat dan negara kerana itu masalah nak jaga kawasan masing-masing. Negara lebih besar dari perbalahan 2 ‘Abang Long Kawasan’ dan sebab itu kita wajib memelihara demokrasi dan prosesnya supaya negara mendapat yang terbaik untuk menguruskan krisis covid.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

22 Oktober 2020.

COVID-19: 847 kes baharu, lima kematian dilaporkan


Hilmi Malik
COVID-19: 847 kes baharu, lima kematian dilaporkan
Sebanyak 842 kes merupakan penularan tempatan manakala lima lagi merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sebanyak 847 kes baharu positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara sebanyak 23,804.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 842 merupakan kes penularan tempatan manakala lima lagi merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
“Lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan di Selangor dan kesemua melibatkan bukan warganegara terdiri daripada India (4 kes) dan Amerika Syarikat (1 kes).
“Berdasarkan jumlah itu, kes kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 8,183,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 pada Khamis.
Bagi perkembangan COVID-19 melibatkan negeri pula, beliau berkata, Sabah terus berada pada kedudukan tertinggi kes penularan COVID-19 dengan pertambahan 578 kes baharu diikuti Selangor yang merekodkan pertambahan 132 kes.
Dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham berkata, setakat hari ini, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 486 kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih di negara adalah sebanyak 15,417 kes.
KKM turut melaporkan terdapat pertambahan lima kes kematian baharu menjadikan angka keseluruhan kes kematian COVID-19 sebanyak 204 kes.
Ketika ini juga, sebanyak 90 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu sebanyak 29 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.


KEMARAHAN TERCETUS KERANA MENTERI BEBAS DARI DIKENAKAN TINDAKAN AKIBAT MELANGGAR ARAHAN KAURANTIN

Malaysiakini - Pertama kali dalam sejarah menteri pulang gaji kerana buat  silap, kata pemimpin PAS


Aliran terkejut dengan keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tidak mengambil tindakan lebih lanjut terhadap menteri kabinet, Mohd Khairuddin Aman Razali kerana melanggar karantin rumah wajib setelah kembali dari Turki pada bulan Julai.

 

Orang-orang yang mematuhi undang-undang dengan senang hati mengetahui bahawa, setelah berbulan-bulan penyiasatan polis, tidak ada tindakan lebih lanjut yang akan diambil terhadap menteri itu - semuanya kerana beberapa prosedur teknikal. Nampaknya, perintah pemerhatian karantin yang diperlukan (Borang 14b) tidak dikeluarkan kepadanya.

 

Membiarkan menteri bebas dari tindakan yang tidak adil sama dengan memperlakukan orang ramai seperti orang bodoh. Banyak rakyat biasa yang didapati melanggar undang-undang untuk membendung wabak tersebut dengan segera didenda atau dipenjara. Tidak ada siasatan yang panjang untuk mereka. Ini adalah kes yang jelas mengenai standard terpilih .

 

Apa yang dikatakan ini mengenai pemerintah dan parti yang diwakili oleh Khairuddin? Apa yang dinyatakan ini mengenai bagaimana mereka berfungsi dan peraturan apa yang mereka pilih untuk diikuti (atau tidak). Apa lagi yang boleh kita harapkan dari mereka?

 

Kami mengharapkan menteri dan pemimpin lain dikenakan standard akauntabiliti yang lebih tinggi daripada orang awam. Perkara yang bertanggungjawab untuk dilakukan oleh pihak berwajib adalah dengan menundukkan menteri yang melanggar undang-undang sepenuhnya.

 

Jika tidak, itu tidak akan menimbulkan keyakinan di kalangan masyarakat bahawa keadilan sedang permainkan  - dan dilihat akan dilayan sebagai berat sebelah dan dua darjat.

 

Aliran meminta para menteri yang mencabul langkah-langkah pengendalian pandemi untuk melakukan perkara terhormat dan mengundurkan diri dari kabinet.

 

Sokonglah perjuangan untuk membina Malaysia yang berteraskan Keadilan, Kebebasan, Solidariti:

 


ADAKAH IANYA MASIH BERTERUSAN ATAU MATI DIPERTENGAHAN JALAN?

 Tenang. Faktanya :-


najib-razak-anwar-ibrahim-2009-11-18-2-43-47 - New MandalaMalaysiakini - After Najib, Zahid visits Anwar in hospital too

1) DSAI tak pernah umumkan jumlah MP yang menyokongnya dan siapa? Hanya kita yang berspekulasi boleh jadi umno atau siapa sahaja. 

2) Zahid keluar kenyataan media untuk meredakan ketegangan dikalangan penyokong Umno. Hakikatnya Zahid dan Najib masih tidak nafikan ketulenan surat yang tersebar sebelum ini.

3) Jika Rundingan Zahid dan Muhyiddin berjaya, maksudnya Zahid bakal dilantik sebagai TPM dan Menteri KDN. Sanggupkah Muhyiddin mengorbankan Hamzah Zainudin?

4) Jika tuntutan Umno dipenuhi, maksudnya geng2 Hisyam akan tergugur dari kabinet dan diganti geng Zahid. Apakah jaminan geng hisham kekal menyokong Muhyiddin.

5) Jika semua diatas adalah benar, maksudnya Muhyiddin masih perlu menghadapi sidang dewan dalam keadaan 112 sokongan (Kerana Gua Musang sudah mengusulkan undi tidak percaya). Mampukah beliau bertahan.

Persoalan-persoalan  diatas dan banyak lagi yang boleh dibahaskan. Sebab itu saya katakan BERTENANG DAN TERUS BERDOA..


Fb abam Syed Shah Syed Osman


KENYATAAN MEDIA* *22 Oktober 2020*

 *KENYATAAN MEDIA*


*22 Oktober 2020*


*LANJUTKAN MORATORIUM DAN PERBAIKI KOMUNIKASI*


Kita kini di minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang. Terdapat banyak kekeliruan terkait Prosedur Operasi Standard (SOP) dan arahan bekerja dari rumah yang diumumkan Menteri berkaitan. Ini bukan bahan ketawa tatkala melibatkan atau mengesankan kehidupan jutaan rakyat di Lembah Klang.


Meski kita telah lapan bulan sejak diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, nampaknya kita masih belum jelas soal stategi kerajaan dalam menangani kemelut ini, dan tentang bagaimana harus dibangunkan semula ekonomi. Tetapi apa yang disajikan kepada rakyat adalah arahan atau panduan yang bertembung, termasuk amalan antara dua darjat dalam pelaksanaan hukuman.


Arahan bekerja dari rumah baru baru ini ternyata tidak masuk akal apabila ia hanya mengarahkan staf-staf untuk bekerja dari rumah, manakala yang berada di bahagian operasi yang terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dikehendaki untuk bekerja seperti biasa. Bagaimana keributan ini dapat membantu aspek kesihatan awam dengan mengorbankan pekerja kolar biru? Perubahan di saat akhir, termasuk arahan yang melibatkan pekerja sektor awam dan sektor yang di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) benar-benar menambah rumit orang ramai dan membazir masa semua.


Kita perlukan kerajaan yang telus dan informatif, terutamanya melibatkan dasar yang jelas dalam mendepani kemelut. Ia tidak membina keyakinan, samada domestik ataupun kepada para pelabur luar apabila kenyataan-kenyataan penting dibuat tanpa kajian yang menyeluruh.


Meski kerajaan mengumumkan bahawa aktiviti ekonomi dibenarkan, namun panduan terkini ternyata akan memberi dampak pada perniagaan, terutamanya kepada mereka yang kini sedang bergelut dalam sektor peruncitan. Menurut Retail Group Malaysia (RGM), kira-kira 51,000, iaitu sebanyak 15% dari jumlah keseluruhan industri di Malaysia tidak mampu bertahan lebih dari empat atau lima bulan mendatang.


Saya mengulangi gesaan saya agar kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman. Langkah ini sekurang-kurangnya akan membantu sektor perniagaan dan rakyat dalam menempuh kemelut ini, yang dijangka akan berpanjangan.

   

Kerajaan harus tonjolkan kepimpinan yang punya kualiti dengan melanjutkan moratorium pinjaman untuk tiga bulan lagi. Langkah tambahan adalah diperlukan bagi menopang industri kecil, dan gaji kepada pekerja sehingga tamat PKP. Adalah tidak mengejutkan tatkala kerajaan terus senyap terkait golongan berpendapatan rendah, kerana yang lebih diutamakan adalah syarikat-syarikat mega yang dekat dengan pundak kuasa.


*Anwar Ibrahim*


https://www.facebook.com/16194831839/posts/10161054108526840/?extid=0&d=n

TIADA PERDANA MENTERI INTERM DALAM PERLEMBAGAAN

 TIADA PERDANA MENTERI INTERM DALAM PERLEMBAGAAN

Oleh

Tun Abdul Hamid Mohamad



Terdapat cakap-cakap bahawa, untuk meredakan kemelut politik negara sekarang, DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mungkin akan menubuh sebuah kerajaan campuran baru  yang diwakili oleh semua parti politik dengan  Tengku Razali Hamzah sebagai Perdana Menteri. Ia adalah kerana tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Mengikut berita itu, “YDPA tidak akan membubar Parlimen atas nasihat pihak tertentu berikutan pandemic Covid - 19. 


Atas kuasa dan budi bicara Agong yang sudah termaktub dalam Perlembagaan, Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri Interim (sementara) dan Menteri- Menteri Interim untuk satu tempoh masa yang tiada had, sehingga PRU ke-15.  PM Interim tidak boleh digulingkan, tidak disingkirkan oleh undi tidak percaya di Parlimen.


Hasrat Agong itu akan disampaikan kepada Ketua-Ketua parti yg mempunyai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.”


Kesahihan berita ini belum disahkan. Tetapi, saya fikir kita tidak perlu menunggu sehingga ia dilakukan untuk memberi pandangan mengenai keperlembagaan pelantikan seperti itu, kerana ia akan terlewat. 


Soalnya, peruntukan manakah dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri interim? 


Di sini, eloklah kita melihat apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.


“40(1)…


2)  Yang  di-Pertuan  Agong  boleh  bertindak  menurut  budi bicaranya  pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:


(a)  melantik seorang Perdana Menteri;


(b)  tidak  memperkenankan  permintaan  bagi  pembubaran Parlimen;

           …..”


“43.  (1)  Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri 

 untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.


(2)  Jemaah  Menteri  hendaklah  dilantik  seperti  yang  berikut, iaitu:


(a)  Yang  di-Pertuan  Agong  hendaklah  terlebih  dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan


              …


(4)   Jika  Perdana  Menteri  tidak  lagi  mendapat  kepercayaan majoriti  ahli  Dewan  Rakyat,  maka  Perdana  Menteri  hendaklah meletakkan  jawatan   Jemaah  Menteri  melainkan  jika  atas permintaannya  Parlimen   dibubarkan  oleh  Yang  di-Pertuan Agong.”


Perlembagaan tidak menyebut langsung mengenai pelantikan Perdana Menteri interim. Tidak ada peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa kepada YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri interim yang tidak boleh digulingkan oleh undi tidak percaya di Parlimen seperti yang dikatakan oleh laporan itu. Hanya ada satu jenis Perdana Menteri iaitu yang dilantik di bawah Perkara 43(2)(a) dan semua peruntukan Perlembagaan yang terpakai kepada seorang Perdana Menteri terpakai kepadanya.


Bagaimana sistem itu berfunsi? Kuasa YDPA untuk melantik seorang Perdana Menteri diberi oleh Perkara 43(2)(a). 


YDPA hanya boleh melantik seorang Perdana Menteri apabila terdapat kekosongan jawatan itu. Kekosongan jawatan Perdana Menteri berlaku apabila seorang Perdana Menteri meletak jawatan dengan sukarela (seperti Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir) atau apabila  kalah usul tidak percaya di Dewan Rakyat (hingga hari ini belum ada lagi) atau apabila YDPA membubarkan Dewan Rakyat atas permintaan Perdana Menteri (seperti yang biasa berlaku) atau Perdana Menteri meninggal dunia (seperti Tun Abdul Razak). Ambil perhatian, apabila seorang Perdana Menteri kalah usul tidak percaya di Parlimen, dia hendaklah (shall) meletak jawatan.


Jika keadaan seperti itu berlaku, YDPA hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat menjadi Perdana Menteri. Logiknya, dia adalah ketua parti yang mempunyai majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat atau seorang yang dipersetujui oleh gabungan parti-parti yang mempunyai majoriti. 


Melantik seorang lain mungkin satu perbuatan yang sesia kerana dia mungkin tidak mempunyai majoriti. Selepas dilantik, usul tidak percaya boleh dibawa terhadapnya. Jika dia kalah, dia hendaklah meletak jawatan. Syarat itu juga adalah selaras dengan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlebagaan. 




Cara yang paling baik bagi menentukan sama ada seorang Perdana Menteri masih atau tidak lagi  mendapat  kepercayaan majoriti  ahli  Dewan  Rakyat adalah melalui usul tidak percaya di Dewan Rakyat. Pengakuan seseorang pemimpin parti atau gabungan parti-parti bahawa dia mempunyai majoriti, tidaklah reliable. Seperti yang kita lihat berlaku di Malaysia pada masa ini, apabila keluar sahaja senarai nama Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang dikatakan menyokong seseorang pemimpin, berlakulah penafian sebahagian daripada mereka. Ada juga yang menukar fikiran apabila melihat sokongan kepada pemimpin itu berkurangan atau ada tawaran yang lebih baik daripada pihak lain. 


Apabila seorang Perdana Menteri meletak jawatan atau Parlimen (Dewan Rakyat) dibubarkan, siapa yang akan melaksanakan tugas-tugas Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baru dilantik?


Jawapannya, tidak ada sesesiapa kerana pada masa itu tidak ada Perdana Menteri. Pentadbiran harian dilakukan oleh pegawai awam.


Melantiknya semula bererti mengisi jawatan itu semula. Selagi dia tidak meletak jawatan semula, dia masih menjadi Perdana Menteri dan orang lain tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri kerana tidak ada kekosongan.


Jika YDPA berpendapat seorang Perdana Menteri itu telah kehilangan majoriti, tetapi dia tidak meletak jawatan atau dikalahkan dalam usul tidak percaya (yang menghendakinya meletak jawatan jika dia kalah), bolehkah YDPA melantik seorang lain menjadi Perdana Menteri sebagi penggantinya?


Soalan pertama yang perlu dijawab ialah, adakah terdapat kekosongan jawatan tersebut? Saya fikir tidak. Jika tidak, pelantikan baru tidak boleh dibuat. Pandangan ini ada kebaikannya. Ia adalah untuk mengelak seorang YDPA yang tidak sukakan seorang Perdana Menteri daripada memecatkannya atas alasan Baginda berpendapat Perdana Menteri itu sudah kehilangan majoriti. 


Lagipula, tidak ada peruntukan Perlembagaan yang memberi kuasa kepada YDPA untuk memecat (dismiss) seorang Perdana Menteri walau pun pada pandangannya Perdana Menteri itu sudah kehilangan majoriti. Proses pemecatan seorang Perdana Menteri adalah melalui undi tidak percaya di Parliman. Itulah demokrasi berparlimen. Itu juga lebih telus.


Saya juga berpendapat YDPA tidak boleh membubar Parlimen kerana Baginda berpendapat Perdana Menteri tidak lagi mempunyai majoriti, tanpa diminta oleh Perdana Menteri. Alasannya sama dengan yang saya beri di atas, iaitu ia untuk mengelak seorang YDPA yang tidak sukakan seorang Perdana Menteri daripada memecatkannya dengan membubar Parlimen dan ia kurang telus. Caranya adalah melalui usul tidak percaya.Itu adalah peruntukan Perlembagaan mengenai isu ini mengikut fahaman saya. Jika saya berhenti di sini, tentu orang bertanya bagaimana mengatasi kemelut politik di Malaysia sekarang ini.


Untuk menjawabnya, ingat semula, kita masih ada Perdana Menteri. Dia tidak meletak jawatan secara sukarela atau kalah undi tidak percaya di Parlimen yang menghendakinya meletak jawatan. YDPA tidak ada kuasa memecat Perdana Menteri walaupun Baginda fikir Perdana Menteri itu tidak mempunyai majoriti lagi. YDPA hanya boleh membubar Parlimen jika diminta oleh Perdana Menteri dan Perdana Menteri tidak memintanya.


Maka satu-satunya jalan yang ada ialah melalui usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Speaker hendaklah bertindak bebas dalam menetapkan usul itu untuk dibahaskan. Ahli-Ahli Parlimen juga perlulah mengambil kira keadaan negara pada masa ini yang sedang menghadapi ancaman kesihatan dan ekonomi akibat wabak Covid-19. Janganlah semata-mata memikirkan kuasa dan kepentingan diri.


Katakanlah Speaker menetapkan tarikh untuk usul itu dibahaskan, Perdana Menteri kalah usul itu dan pilihan raya diadakan, adakah pengundi akan keluar mengundi?


Semua itu perlu difikirkan. Oleh itu, tidak bolehkah usul itu diketepikam dahulu sehingga keadaan sesuai untuk mengadakan pilihan raya. Pada masa itu eloklah Perdana Menteri meminta supaya YDPA membubarkan Palimen dan pilihan raya umum diadakan. Malah, ini boleh dijadikan satu gentlemen’s agreement antara ahli-ahli politik, jika mereka berfikir sedikit mengenai kepentingan rakyat dan negara.



22 10 2020


tunabdulhamid@gmail.com

http://www.tunabdulhamid.my

https://tunabdulhamid.me


Saya ada soalan untuk Afnan Hamimi Taib Azamudden


Mohd Sharif Mohd Mukhlis


Bulan Januari 2020, Sanusi kata SADA ada defisit RM19 juta sampai kereta dan tanker SADA tak dapat bayar cukai jalan.


Dengan 530K jumlah akaun, SADA generate defisit RM2 juta sebulan sebab OPEX 30juta dan pendapatan hanya 28juta.


Jadi dari bulan waktu Sanusi kritik SADA sampai Sanusi tebuk atap di Kedah dalam pertengahan bulan Mei, secara kasar dalam masa 5 bulan SADA patut ada akumulatif 10juta defisit dengan jumlah besar 29juta defisit (Januari 19juta + Jan-Mei 10juta).


Sanusi tulis pada Januari lepas yang SADA rosak akibat campur tangan politik dan buaya + lampir yang tidak amanah. ingat, izin Allah tidak semestinya seiring dengan redha Allah. 


Enta pula kata lepas Lebai ambil alih SADA terus untung. Sebab kami bukan walaun, kami hendak details plan penstrukturan semula SADA sampai boleh hapus hutang dan jana untung hanya dalam masa 6 bulan. Ini kerana kali terakhir SADA terlibat dalam penstrukturan semula adalah pada 2014.


Jadi macam mana SADA boleh generate untung ( tak dinyatakan pula berapa juta untung sebulan) dan boleh hapus hutang 29juta? Even Tabung Haji nak tukar dari rugi kepada surplus kena kerajaan PH bailout 20 billion beli aset sakit. Kalau kerajaan negeri Kedah lupus hutang, dari mana datang duit tersebut sebab sudah tentu tiada dalam belanjawan negeri kedah 2020.


Jangan ingat semua orang dalam Malaysia ini setaraf dengan ahli parti ijo yang mudah dengar dan taat. Kalau betullah negeri ulama itu berkat, kenapa lebai Terengganu, 85% hasil negeri adalah dari royalti minyak RM1.43 billion; itu pun masih lagi budget defisit?


Saya melihat kuasa yang lebai dapat ini adalah cubaan dan bukan rahmat, jadi jangan terlalu seronok sangat. Allah menguji dengan kuasa supaya dapat lihat sama ada enta akan lebih amanah ( macam mana enta kritik waktu jadi pembangkang) atau enta akan lebih lalai dan hanyut. Jangan sampai kuasa yang enta kejar didunia buat enta jadi miskin di akhirat.


Kalau enta boleh bagi details kewangan SADA dan cara mereka generate duit sampai boleh beli vellfire, apa kata enta kongsikan dengan Air Kelantan; 20 tahun rakyat negeri ulama menderita air lumpur; mungkin enta adalah penyelamat yang di nanti-nanti.



BETULKAH AJARAN SESAT PROF DR WAN MASERI WAN AHMAD TIDAK PERNAH DIAJAR DI DALAM PAS?




Sebelum saya mengulas panjang, kita baca dulu apa yang dinyatakan oleh PJ Pas Pahang, YB Us Rosli Abdul Jabar di dalam isu ini:


KENYATAAN MEDIA PAS PAHANG BERHUBUNG DENGAN ISU PENDEKATAN AJARAN PROF DR WAN MASERI WAN AHMAD.


Berikutan tersebarnya berita di media sosial dan banyak persoalan di bangkitkan berkaitan pendekatan ajaran Prof Dr Wan Maseri Wan Ahmad yang dikaitkan dan cuba dipalitkan oleh pihak tertentu dengan PAS, berikut adalah respon kami :


1. Beliau telah meletakkan semua  jawatannya di dalam PAS awal tahun 2019 lagi.


2. Berhubung dengan ajarannya, beliau tidak pernah membawa pendekatan ajarannya di dalam organisasi PAS.


3. Beliau dipilih sebagai calon PRU 14 adalah kerana kapasiti beliau sebagai ahli dan jawatankuasa Muslimat PAS Kuantan, ketika itu isu ajaran beliau belum tercetus.


4. Semua ajaran beliau bukan silibus kepada program tarbiyyah PAS kerana PAS telah pun mempunyai silibus sendiri yang telah disusun oleh Dewan Ulama dan Lajnah Tarbiyyah PAS dan PAS tidak pernah mengiktiraf pendekatan ajaran beliau sebagai modul sistem tarbiyyah PAS.


5. Selama ini beliau bergerak menyebarkan pendekatan ajarannya secara individu bukan melalui jawatannya di dalam PAS dan juga bukan sebagai program parti.


6. PAS menghormati semua warta yang telah dikeluarkan oleh majlis atau institusi fatwa negeri-negeri yang berkaitan pendekatan ajaran tersebut.


7. Namun PAS Pahang tetap mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas jasa dan pengorbanan beliau selama ini yang membantu perjuangan PAS, termasuklah kesediaan beliau untuk menjadi calon PAS pada PRU 14 baru-baru ini.


Semoga kita semua sentiasa di dalam pemeliharaan Allah swt, sentiasa berada  di laluan petunjuk Allah swt kerana tiadalah sebaik-baik pemberi petunjuk melainkan Allah swt.


Terima kasih.


YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR

PESURUHJAYA PAS PAHANG.


Pertamanya, saya ingin katakan betulkah ajaran Prof Dr Wan Maseri ini tidak pernah diajar dan diperkenalkan di dalam Pas?  Daripada beberapa sumber berita dan gambar yang diperolehi, ternyata Prof Dr Wan Maseri turut membawa ajarannya ke dalam banyak program anjuran Pas.  


Saya tidak menyalahkan PJ Pas Pahang di atas kenyataan beliau yang jelas bertentangan dengan fakta sebenar.  Mungkin YB Us Rosli tidak tahu banyak tentang kegiatan Prof Dr Maseri atau sememangnya ustaz berbohong 'wajib' demi nama Pas?  Ya, saya tahu di dalam Pas ada hukum membolehkan berbohong demi parti Pas.


Paling menarik, Prof Dr Maseri yang difatwakan ajarannya sesat itu tetap mendapat ucapan terima kasih daripada Pas.  Malangnya, ramai ustaz2 Pas yang hanya berbeza pendapat dengan Pas telah dimaki hamun dan dicerca malah di label macam2.  Lihat apa yang berlaku kepada Us Suhaimi Md Saad , Us Syed Anis, Us Yusof Embong dan ramai lagi termasuk yang terbaru saya lihat adalah Us Mawardi.  Mereka semuanya masih setia dengan Pas, tetapi dikatakan berbagai2 hanya kerana berbeza pendapat dengan beberapa pendekatan Pas.  


Apa pun, jelas kepada kita bahawa Pas di era Hadi Awang adalah parti politik sama seperti parti2 lain termasuk MIC.  Ramai teman2 Pas masih ternanti2 bilakah munculnya Mujaddid baru yang akan membetulkan kembali Pas ke landasan yang selari dengan Islam seperti di era Almarhum Us Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz.  


WFAUZDIN NS



CUBAAN BUNUH DIRI, KEGANASAN RUMAHTANGGA TINGGI SEPANJANG COVID 19


ZAHID BUAT PERANGAI LAMA, KENCING ANWAR?


BERITA MACAU SCAM YANG MENGELIRUKAN

RINA HAMZAH

 Image may contain: Mohd Hazaudin Ibrahim, text that says "il EnergyDay 1:51 AM AA 100% utusan.com.my LOG MASUK LANGGAN Utusan Malaysia Sinar Harian Addy Kanna, Leong Yeong tidak terlibat Macau Scam: PDRM Macau Scam sogok RM4 juta sebulan AHMAD ISMADI ISMAIL 20 OCT 2020 A A+ DAH DIPADAMKAN? Maafkan Kami! Laman yang anda itidak dapat dijumpai. MANG mene UTUS, Oleh Okt 404 KUALA LUMPUR: Sekitar RM2 juta HUZIR KUALA LUMPUR Polis mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SR pengubahan wang haram baru-baru ini, tidak akyat terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau"


Kenapa berita Ketua Macau Scam sogok polis RM4 juta untuk lindungi jenayah Macau Scam tiba-tiba telah dighaibkan 'ERROR 404' ??!

Apa yg hendak disembunyikan ?

Macau Scam sogok RM4 juta sebulan:

https://www.utusan.com.my/.../macau-scam-sogok-rm4-juta.../

Bagaimanapun berita tersebut tidak lagi dapat diakses oleh netizens sejak semalam. Nasib baik berita yang sama turut disalin oleh Ismaweb dan dilaporkan oleh portal tersebut..Description: 👇

https://ismaweb.net/.../suspek-macau-scam-peruntuk-rm4.../

 



Adakah Surat Zahid Jejaskan Plan Anwar Ibrahim? - Wfauzdin Ns ( part 1 )

Ada sesuatu yang mengubah Zahid Hamidi, telah AMANAH

 

Ada sesuatu yang mengubah Zahid Hamidi, telah AMANAH
Kalau dia (Umno) bersama Muhyiddin, Muhyiddin jadi kerajaan walau hanya dengan 113 ahli Parlimen. Kalau Umno dengan Anwar pula, dia boleh bentuk kerajaan dengan jumlah 130 sokongan, jangka Khalid.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad mengandaikan sesuatu telah berlaku sehingga Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik dan menyeru ahlinya memperkukuh sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kemungkinan juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjanji untuk memenuhi beberapa syarat yang dikemukakan Umno.

Namun katanya, untuk tidak menunjukkan beliau tunduk dengan desakan parti itu yang dikatakan menuntut rombakan Kabinet, maka perkara itu tidak akan dilakukan buat masa sekarang.

“Mungkin apa yang dimohon (Umno) dipersetujui. Walaupun tak ada rombakan kabinet buat masa ini, tapi tak mustahil akan dilakukan kemudian kerana mahu menjaga air muka.

“Tetapi disebabkan Muhyiddin nak tunjuk yang dia tak tunduk dengan desakan Umno, maka ianya akan dilaksanakan sebulan atau dua bulan kemudian. Ini semua andaian-andaian yang kita boleh kaji.

“Tetapi hakikatnya, Zahid keluar kenyataan (menyokong PN), menggambarkan ada sesuatu telah berubah yang akhirnya mereka sanggup untuk membuat gencatan politik sedangkan sebelum itu mengasak Muhyiddin,” katanya dalam wawancara bersama Jom Channel malam tadi.

GAMES OF THRONES MALAYSIA

Dalam pada itu, veteran DAP Lim Kit Siang juga mempersoalkan mengapakah Zahid telah tunduk sepenuhnya sebegitu pantas sekali, hanya selepas 30 hari Game of Thrones Malaysia.

“Dan semua ini berlaku pada hari di mana kita dapat melihat “cahaya di penghujung terowong”, selepas empat hari berhadapan dengan berita buruk dengan peningkatan harian melebihi 800 kes sehari,” kata Kit Siang.

Mungkin bukan satu kebetulan, katanya, yang kenyataan Zahid ini dikeluarkan hampir pada masa yang sama dengan mengumumkan keputusan Tiada Tindakan Lanjut (NFA) oleh Pejabat Pendakwa Raya mengenai kes pelanggaran SOP kuarantin Covid-19 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi PAS, Khairudin Aman Razali.

“Mungkin pimpinan Umno telah mendapati yang mereka tidak akan mendapat sokongan daripada Pas dalam Game of Thrones ini, dan jika perkara ini berlaku, mereka tidak boleh menjangka sokongan Pas mahupun blok Parlimen Umno untuk bersatu teguh menyokong apa-apa sahaja keputusan Zahid dan Najib Razak secara membuta tuli,” katanya.

UMNO KING MAKER

Membincangkan topik ‘Umno dari kecundang ke King Maker’, Khalid mengakui parti itu kini mempunyai kedudukan istimewa yang menjadikan Umno yang kalah pada Pilihan Raya yang lalu, akhirnya menjadi King Maker dalam pembentukan kerajaan.

Menurutnya, jumlah ahli Parlimen Umno seramai 39 orang menjadi penentu sama ada menyokong Muhyiddin terus berkuasa atau mengalih sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun ujar Khalid, Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak boleh menjadi King Maker oleh kerana jumlah ahli Parlimen yang tidak cukup untuk kedua-dua pihak (Anwar dan Muhyiddin) membentuk kerajaan.

Apa yang berlaku kata Khalid, berpunca dari tindakan Muhyiddin dan Menteri Kanannya sendiri iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sehingga Umno mempunyai kuasa untuk mengugut dan mendesak agar kehendak mereka dipenuhi.

“Kalau dia (Umno) bersama Muhyiddin, Muhyiddin jadi kerajaan walau hanya dengan 113 ahli Parlimen. Kalau Umno dengan Anwar pula, dia boleh bentuk kerajaan dengan jumlah 130 sokongan.

“Tetapi GPS dan Pas tak boleh, mereka takcukup angka. Umno boleh. Jadi ini lah yang meletakkan Umno dalam situasi yang istimewa sebagai King Maker.

“Dan ini merupakan satu situasi yang dihasilkan oleh Muhyiddin dan Azmin di mana pada akhirnya Umno berkuasa menentukan, mengugut, mendesak, dan menggunakan kedudukan istimewa agar kehendak mereka dipenuhi,” katanya lagi.


Adakan pilihan raya ketika COVID-19 bahayakan nyawa rakyat - KEADILAN Sarawak





Tindakan mengadakan pilihan raya tahun ini termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika wabak COVID-19 masih berleluasa adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan hanya mengundang bahaya kepada nyawa rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Dr Michael Teo Yu Keng.

 

Beliau amat khuatir dengan pengumuman berulang kali daripada kerajaan negeri Sarawak yang berhasrat untuk mengadakan PRN dalam waktu terdekat.

 

"Ini jelas sekali merupakan langkah yang membahayakan kesejahteraan ribuan nyawa rakyat Sarawak, termasuk yang muda, yang berisiko tinggi dan warga tua.

 

"Berikutan PRN Sabah, negara kita sekali lagi mengalami peningkatan jumlah kes COVID-19 serta kematian.

 

"Langkah kerajaan negeri Sarawak ingin mengadakan pilihanraya pada waktu ini tidak masuk akal dan membahayakan kesejahteraan serta nyawa ribuan rakyat Sarawak serta pekerja awam suruhanjaya pilihanraya, guru-guru yang akan bertugas di pusat pilihanraya serta petugas barisan hadapan doktor dan jururawat," katanya.

 

Dr Michael yang juga Ahli Parlimen Miri turut menggesa kerajaan supaya sedar terhadap kesan buruk yang akan menimpa rakyat dan negara jika pilihan raya tetap diadakan.

 

"Selepas PRN Sabah, kita telah lihat bahawa ahli politik dan jentera pilihanraya mempunyai kemampuan untuk menjadi penyebar utama wabak COVID-19 (super spreader).

 

"Hati saya sangat sedih melihat katil Intensive Care Unit (ICU) di Sabah mencapai kapasiti lebih daripada 75% dengan ramai pesakit tenat dan doktor serta jururawat terpaksa bekerja sepanjang masa berusaha untuk merawat pesakit malang ini.

 

"Akibat tidak cukup jururawat dan pakar kesihatan di Sabah, ramai pekerja barisan hadapan dari Sarawak dan Semenanjung terpaksa ke Sabah untuk membantu sehingga beberapa petugas ICU dan kakitangan perubatan dijangkiti virus COVID-19.

 

"Ini merupakan pengorbanan yang sangat besar bagi pihak profesional tersebut dan keluarga mereka," katanya.

 

Pada masa sama, Dr Michael berpandangan bahawa kerajaan Sarawak harus memastikan mereka memiliki peruntukan yang mencukupi dan mampu menangani kenaikan kes yang tidak dijangka, bukan menumpukan kepada pilihan raya semata-mata.

 

"Ini merangkumi memastikan bekalan kit ujian diagnostik pantas(agar setiap orang yang memerlukan ujian memperoleh ujian dengan cepat di tempat rawatan), PPE untuk melindungi pekerja kesihatan dan katil ICU serta ventilator unit rawatan rapi yang mencukupi di seluruh Sarawak termasuk kakitangan terlatih untuk mengurus sebarang kenaikan kes.

 

"Mengadakan pilihan raya negeri di Sarawak umpama menjemput risiko yang sama di Sarawak.

 

"Sistem perubatan yang terabai di Sabah dan Sarawak bermaksud kedua-dua negeri tidak berkemampuan menjaga ramai pesakit ICU sekiranya berlaku lonjakan besar dalam kes-kes kritikal COVID-19.

 

"Kerajaan Negeri Sarawak tidak wajar mengadakan pilihan raya sehingga pandemik COVID-19 terkawal," katanya.

 

Dr Michael juga berpendapat dana pilihan raya yang memakan ratusan juta ringgit itu lebih baik digunakan untuk menaik taraf sektor kesihatan bagi menangani COVID-19.

 

"Pilihan raya Sabah baru-baru ini menelan belanja pembayar cukai beratus juta ringgit.

 

"Dana ini sebaiknya dibelanjakan untuk membeli kit ujian diagnostik pantas, ventilator, menaik taraf hospital dan memberikan sokongan kebajikan bantuan COVID-19 untuk warga B40 dan M40 di negara kita yang menderita akibat kemerosotan ekonomi global terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak," katanya.