Anwar Ibrahim: Yang Masalah Paling Besar Ialah Wang Negara Dirompak



Kenapa Anwar...


Anwar itu pintar, bicaranya enak di dengar...petah berkata kata dan terkenal seantero dunia. Ilmu agamanya dan pengetahuan amnya luar biasa.

Dia bukan sahaja pernah menjadi Menteri Kewangan Terbaik Asia tapi pernah diminta pandangan ekonomi oleh Erdogan utk negara Islam terhebat dunia, Turki.

Dia ditolak oleh Kayangan, orang-orang  besar,tauke-tauke  besar kerana ketelusan dan prinsipnya. Yang mahukan dia rakyat teramai. Rakyat yang ditipu pemimpin atau orang-orang besar. Rakyat yang terpaksa memberi gaji dan salah guna kuasa Menteri 'untuk kaya bertambah kaya'.

Semangatnya membuatkan dia mempunyai pengikut/pengaruh yang besar. Bukan sahaja rakyat biasa tapi tokoh-tokoh dunia dan ulama-ulama dunia. Tanpa jawatan dia tetap dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin besar.

Sifat pemaafnya tidak disukai oleh ahli dan penyokongnya. Walaupun diaibkan, dipukul, ditelanjang dan dipenjarakan... semudah itu dia memaafkan Mahathir mahupun Najib. Sifatnya pemaafnya itu jauh berbeza dgn Mahathir yang pendendam.

Tidak ada lagi pemimpin di negara ini seberaninya. Tidak putus asa, tidak takut dengan ugutan. Katanya, dia jatuh dia akan bangun semula dan lawan tetap lawan.

Katanya dia maafkan siapa yang menganiaya dirinya. Pendiriannya jelas.... dia mahu bawa Malaysia baru. Dia mahu kekayaan ini diberi sama rata kpd rakyat. Ya kita perlu bersamanya menjadikan negara ini bukan dikuasai kuasa-kuasa jahat, perompak, yang merasuah penguatkuasa, yang berkuasa tidak dihukum tapi orang bawahan dipenjara, didenda... kita mahu KEADILAN. Kita mesti patriotik kepada negara bukan kepada kerajaan...

Kita mahu benar-benar Merdeka dan bukan lagi negara ini dibawah telunjuk Tun selama 60 tahun yg hanya mengkayakan individu-individu tertentu dan keluarganya. Siapa lagi harapan kita kalau bukan Anwar...Ingat saudara ku..kegagalan hanya terjadi bila kita menyerah.