T. A. K. D I. R


 

((PANAS)) YB PROF DR AZIZ BARI: "RETORIK" PAS BERPOLITIK & ISU SEMASA ||...

((PANAS)) MB KEDAH & ADUN PAS "KANTOI" LAGI DENGAN YB DR ISMAIL DI SIDAN...

((PANAS)) MB KEDAH & ADUN PAS "KANTOI" LAGI DENGAN YB DR ISMAIL DI SIDAN...

Terkini !!! Sajat sudah kena tahan

 

Sajat sudah kena tahan.Misteri ‘kehilangan’ usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanan Nur Sajat dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Sumber memaklumkan Nur Sajat, 36, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

Memperincikan perkara itu, sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa berdasarkan maklumat dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya usahawan berkenaan ke negara berkenaan pada awal Mac lalu, usaha mengesannya dilakukan jabatan imigresen Thailand.

“Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

“Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya. Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia,” katanya memaklumkan Nur Sajat ditahan bersama dengan seorang lelaki tempatan (Thailand) yang juga berperwatakan sepertinya di kondominium mewah itu.

Menurutnya, Nur Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara gajah putih itu.

“Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Nur Sajat bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

“Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat,” katanya.

Ditanya di manakah Nur Sajat kini berada, sumber itu memaklumkan, Nur Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.

“Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Nur Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, sumber itu memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke negara ini.

“Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.

“Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya,” katanya.

Sajat

Tunggu kebenaran nak pindah Australia

Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.

Nur Sajat yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa Thailand selepas penahanannya pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen dilaporkan sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.

Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Nur Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.

“Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Nur Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

“Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok,” katanya.

Sumber sama memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Nur Sajat dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

“Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok,” katanya.

Skuad Khas Harian Metro sedang mendapatkan ulasan UNHCR Malaysia dan Bangkok serta Kedutaan Australia di Malaysia berhubung dakwaan itu.

Ditanya apa alasan sebenar Nur Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Isu judi : Pas seperti lepas batuk di tangga sahaja

 


Reaksi PAS terhadap isu cabutan khas judi yang diizinkan kerajaan sekarang dianggap sekadar melepaskan batuk ditangga oleh Tokoh Wartawan Negara A Kadir Jasin.

Malah A Kadir PAS juga secara tidak langsung meletakkan parti itu sebagai rakan subahat dengan kegiatan tersebut apabila salah seorang pemimpinnya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berpendapat Putrajaya wajar mengekalkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.


Isu judi : Pas seperti lepas batuk di tangga sahaja

“Kalaulah PAS ini betul-betul berpegang kepada Islam seperti didakwa dan dihebahkan kepada para walaknya, tentu ia membantah dengan sekeras-kerasnya sehingga keluar kerajaan jika perlu.

“Tetapi reaksi PAS tidak lebih daripada melepas batuk di tangga saja,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

PAS kini dikecam pelbagai pihak atas kedudukan mereka dalam kerajaan selepas Kementerian Kewangan membenarkan semua syarikat perjudian kembali melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun ini.

Cabutan khas itu adalah tambahan kepada aktiviti mingguan yang dilakukan dari semasa ke semasa.

Kebenaran itu disahkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Bukan diharamkan, tapi diperkasa

Asalnya cabutan khas berkenaan – yang diperkenalkan sebagai langkah mengumpul dana ekoran ancaman virus Nipah lebih dua dekad lalu – memang 22 kali setahun.

Apabila PH menjadi kerajaan pusat, kekerapan itu diturunkan kepada 11 kali pada 2019 sebelum dikurangkan kepada hanya lapan kali pada 2020.

Selepas PH dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, kerajaan baru kembali menaikkan kekerapan itu kepada 22 kali pada tahun ini.

PAS merupakan salah satu parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan menjadi kerajaan sekarang.

A Kadir berkata sejak sekian lama, modal besar PAS semasa berkempen ialah kerajaan BN tidak Islamik kerana membenarkan kegiatan judi dan penjualan arak.

Katanya PAS juga berikrar untuk mengharamkan kegiatan tersebut apabila mereka berkuasa.

“Itulah antara janji PAS kepada para walaknya, atau walaun mengikut istilah media sosial.

“Sekarang, apabila PAS duduk dalam kerajaan, dapat jawatan kabinet dan Menteri Kewangan pula orang Melayu-Islam berketurunan raja bernama Tengku Zafrul Abdul Aziz, bukan sahaja judi tidak diharamkan malah diperkasakan,” katanya.

Menurut A Kadir, tidak mungkin Tengku Zafrul bertindak bersendirian dan memandai-mandai untuk meluluskan permohonan daripada agensi nombor ramalan untuk menambah bilangan cabutan khas kepada 22 kali.

“Takkan kabinet atau perdana menteri tak tahu?” katanya.

A Kadir yang juga bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd berkata Tengku Zafrul adalah orang korporat, justeru keutamaannya adalah mendapatkan hasil buat kerajaan.

“Manakala pemimpin Melayu-Islam PN pula nampak macam tidak berapa peduli asalkan hasil kerajaan ada untuk membayar gaji, elaun, pencen dan segala kemudahan mereka,” katanya.


PH TEMUI KEMENTERIAN KEWANGAN BENTANG CADANGAN BAJET 2022


Ketua PKR Perak akan lawan calon ‘heavyweight’, termasuk Peja


Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, beliau terbuka untuk bertanding di semua kawasan yang ditandingi nama besar, kecuali Bagan Datuk.

PETALING JAYA: Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengesahkan, beliau terbuka untuk bertanding menentang calon “heavyweight”, termasuk Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, Parlimen Kuala Kangsar antara beberapa kawasan yang dipertimbangkan untuk ditandinginya.

“Sebagai pengerusi negeri, saya telah berbincang dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan beliau mencadangkan dua, tiga tempat untuk bertanding, tetapi masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Kami masih perlu berbincang dengan komponen parti.

“Ada cadangan untuk berlawan dengan Peja (Ahmad Faizal) di salah satu kawasan DUN, yang kalau dia pergi DUN kita lawanlah. Saya akan lawan calon ‘heavyweight’ (nama besar). Yang mana ada ‘heavyweight’, kita akan pergi, kecuali Bagan Datuk, itu terlalu ‘heavyweight’,” katanya dipetik Sinar Harian selepas “Program Jelajah Peduli” di perkarangan Pejabat PKR Perak, Ipoh hari ini.

Kerusi Parlimen Tambun dan DUN Chenderingan dipegang Faizal, manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mastura Mohd Yazid di Parlimen Kuala Kangsar dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menguasai kerusi Bagan Datuk.

Farhash berkata, gerak kerja PRU15 telah bermula dan calon pilihan raya mungkin diketahui dalam masa terdekat, namun kebiasaannya PKR akan mengumumkan calon pada saat akhir.

Ditanya beliau disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Perak, katanya, perkara itu bukan isu penting kerana keutamaan ialah gerak kerja menawan Perak.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Tinagaran berkata, negeri menamakan Farhash sebagai calon Menteri Besar Perak, sekiranya Pakatan Harapan berjaya menguasai negeri itu pada PRU15.

Katanya, PKR mempunyai kerusi lebih banyak berbanding rakan komponen lain susulan penambahan kerusi baharu yang ditinggalkan Bersatu.

“Jika kita meletakkan calon yang betul, kemungkinan untuk kita menang nanti amat cerah. Kami percaya rakyat akan memberi peluang kepada kita.

“Kita akan menonjolkan bakat baharu dan Farhash orang yang sesuai untuk ditawarkan mengetuai negeri ini,” katanya sambil menambah kepimpinan Farhash dalam PKR Perak berjaya menarik ramai anak muda menyertai parti itu.

Sejak menerajui pimpinan negeri, katanya, PKR Perak mempunyai tambahan keahlian melebihi 85,000 orang dan lebih 600 cawangan ditubuhkan.

DI RUSSIA JURURAWAT TIDAK BERPAKAIAN UNTUK BERI KESAN PSIKOLOGI PADA PESAKIT

 

NORMAN RADUAN

Di Malaysia jika buat psikologi begini saya bimbang ada virus baru muncul iaitu 'virus sexual predator' haaaaDescription: 🤣. Takut tak cukup katil...Ok serius cara ini ia tidak sesuai utk agama dan budaya kita walaupun mungkin ada benarnya dari sudut Sains.

Apapun apa mesej yg tersirat sebenarnya yg ingin saya sampaikan ialah psikologi....Be positive. Melawan penyakit ini 'mindset' kita memainkan peranan yg sgt besar. Contoh kalau kita demam... on the way ke Klinik kita dah feel better 20%, masuk bilik nampak muka Dr nak rasa better...belum makan ubat lagi.

So tanpa makan ubat baru on the way bertemu Dr dan nampak muka Dr 40% demam or sakit kita dan reda atau dah kebah kata org Melayu. Moralnya apa yg kita mahu buat samada berniaga, uruskan keluarga, melawan sakit, lawan kezaliman semua itu 'mental' kena kuat. Kalau tak kuat layan Tik Tok je la.

 May be an image of 1 person and text that says "Chritine A. Siose 2d. Ä‘+ Covid 19: In Russia, the female nurses don't wear uniforms in man's ward because they'd studied that the male patient feel happier when they see nurses unclothed... which help their immune system system fight the corona virus."

KALAU KATA SPESIS UMNO JANGAN PERCAYA SANGAT


mhdaily.net
Bajet 2022 : 9 wakil PH bermesyuarat dengan Kementerian Kewangan
Susulan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani antara parti Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan pada 13 hb September lalu...


Bajet 2022 : 9 wakil PH bermesyuarat dengan Kementerian Kewangan

MUH MUFIZ II

 

PASTIKAN NKO ORANG DPT SALINAN DERAF BAJET 2022 YG MUKTAMAD UNTUK DI SEMAK SEBELUM SOKONG DI PARLIMEN !! SOKONGAN SEMASA PENGUNDIAN DI PARLIMEN, BUKAN SEBELUM....

JANGAN KENA TIPU HIDUP-HIDUP DGN KERAJAAN KLEPTOKRAT UMNO PAK MAEL !! UMNO NI JUARA DUNIA PENIPU PALING LICIK DI DUNIA, BERKONGSI TEMPAT PERTAMA DGN YAHUDI ZIONIS....

AKU SEBETULNYA XYAKIN DGN NKO ORANG XAKAN KENA TIPU DGN UMNO BAPAK PENIPU NI Description: 🤣Description: 🤣Description: 🤣Description: 🤣

 

Susulan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani antara parti Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan pada 13 hb September lalu...

(Video) Jumpa Paip Misteri Sedalam 125 Kaki, Youtuber Ini Masukkan GoPro & Tak Sangka Ini Yang Dia ‘Jumpa’



Rasa ingin tahu dalam diri setiap manusia tak akan pernah padam, dari sekecil-kecil zarah hingga ke seluas lautan, semuanya telah diselidiki dan dikaji.

Sama juga apabila melibatkan sesuatu benda yang berada di bawah tanah. Bila terjumpa sesuatu yang pelik dan lama ditinggalkan, ia akan menjadi ‘bahan’ eksperimen.

Bercakap mengenai perkara tersebut, pernah tak korang terjumpa lubang atau paip lama yang didirikan di dalam tanah? Rasa ingin tahu pasti membuak-buak di dalam diri dan mula tertanya-tanya mengenai apa yang berada di dalam tanah tersebut.

Mungkin disebabkan itu juga, seorang lelaki telah ‘membongkar’ mengenai apa sebenarnya yang berada di bawah sebuah paip.

Menerusi Youtube ActionAdventureTwins, sebuah Go Pro telah digunakan untuk merakam keadaan sebenar yang berada di dalam paip misteri sedalam 125 kaki itu.

Video yang dimuatnaik pada 18 Mei lalu itu sehingga kini telah mendapat sebanyak 8.2 juta tontonan.

Korang nak tahu tak apa ada kat dalam paip itu? Jom tengok video di bawah ini



Bintang pujaan ramai kini asnaf


ALINA Hassan, Ali XPDC dan MAN Kidal.
ALINA Hassan, Ali XPDC dan MAN Kidal.

Kuala Lumpur: Ada yang bersimpati dan berkongsi perasaan sedih terhadap kesusahan yang menimpa artis pujaan mereka.

Namun, sebaliknya tidak kurang juga yang mengeji dan melahirkan pelbagai kata-kata kurang manis dan keterlaluan.

Itu hakikat yang perlu ditelan oleh lima penggiat seni iaitu Man Kidal, Ali XPDC, Shima, To'ki dan Alina Hassan yang kini berstatus asnaf.

Mereka yang pernah meniti zaman kegemilangan suatu ketika dulu kini berdepan kesukaran hidup akibat masalah populariti yang merudum, kewangan, kesihatan, kemalangan dan jangkitan virus Covid-19.

Penularan Covid-19 dan insiden melecur 30 peratus di tangan dan muka selepas disambar api pada 26 Mac tahun lalu mengubah hidup penyanyi kumpulan XPDC, Ali, 53.

Ali kemudian dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang membantunya mendapatkan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi menampung perbelanjaan mendapatkan rawatan selain kehilangan pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Sejak itu Ali yang mempunyai lima anak bergelar asnaf dan bantuan kekal diberikan sehingga sekarang.

"Syukur LZS berikan bantuan sebanyak RM600 sebulan. Ia amat diperlukan untuk rawatan saya sebelum ini dan kelangsungan hidup," katanya.

Kos rawatan Ali yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2 September lalu kerana masalah semput dan lemah jantung sebanyak RM2,500 turut ditanggung LZS.

"Tak sangka mereka akan selesaikan kos sampai jumlah itu. Saya memang tiada wang untuk rawatan. Pengerusi Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) bawa saya ke PPUM dan sanggup tanggung kos sebab keadaan saya yang teruk," katanya.

Ali berkata, dia sebenarnya berpeluang untuk menghasilkan drama dalam projek membabitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan anggaran kos RM15,000 namun tidak sempat berbuat demikian kerana masalah kesihatan.

"Saya tak sempat buat pitching kerana kebetulan hari itu saya dimasukkan ke wad. Insya-Allah pada lain masa saya boleh lagi bekerjasama dengan mereka.

"Saya akan terus terima bantuan LZS kecuali apabila saya boleh berdikari semula. Selepas itu saya pasti akan beritahu mereka. Apabila keadaan sudah kembali biasa, kitalah pula bayar zakat.

"Doakanlah semoga dugaan ini akan berakhir. Orang nak cakap biarlah. Kalau nak dengar sangat memang jenuhlah," katanya

Menurutnya, terdapat juga segelintir pihak mempertikaikan bantuan zakat yang diterimanya sedangkan dia memiliki kereta jenama mahal.

Namun, Ali menjelaskan kereta terbabit dihadiahkan kepadanya oleh satu pihak membabitkan projek bersama XPDC sebelum ini.

Alina pasrah kehidupan tidak seperti orang lain

Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018, Alina Hassan, 53, mula dikategorikan asnaf sejak Julai tahun lalu.

Alina yang tinggal bersendirian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak menerima bantuan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM300 sebulan dan memperuntukkan RM124 untuk sewa rumah sebulan dan selebihnya untuk keperluan lain.

Alina ketika dihubungi berkata, dia reda dengan nasibnya dan bahagia meneruskan kehidupannya biarpun tidak seperti orang lain.

"Saya bersyukur kerana dibantu MAIWP bagi meneruskan kehidupan. Tempoh bantuan yang diberikan selama setahun dan kemudian akan disambung sekiranya saya masih memerlukannya.

"Saya juga lega kerana tiada kecaman dilemparkan mana-mana pihak dengan keadaan saya. Jiran-jiran pun okey, malah saya sering dapat sumbangan makanan daripada pelbagai pihak di situ.

"Rakan-rakan artis seperti Ifa Raziah pun kerap bantu, manakala Didie Alias pula rajin telefon bertanya khabar. Itu pun dah mencukupi. Jadi, tidaklah saya rasa tersisih," katanya.

Sebelum ini, Alina pernah mengambil upah membeli barangan keperluan harian bagi penduduk di sekitar tempat tinggal lamanya di Setapak selain mengambil upah mencuci dan melipat pakaian serta mengasuh anak.

Kini, Alina mengajar mengaji untuk anak-anak jiran berusia lima hingga enam tahun di rumahnya tanpa mengenakan bayaran.

Alina mengakui mempunyai cita-cita untuk keluar dari kepompong sebagai asnaf.

"Dah tentu saya nak keluar dari asnaf ini. Sesiapa saja akan ada cita-cita itu. Bukan selamanya saya nak dibantu. Sampai masa, saya nak tolong orang lain pula.

"Alhamdulillah bukan nak cakap besar, tapi dengan apa yang ada, saya boleh bantu orang lain juga. Syukur sangat-sangat. Anak-anak pun dah pandai tak minta lebih-lebih kerana faham keadaan saya," katanya yang berhasrat membawa dua daripada tiga anaknya tinggal bersama selepas ini.

Air mata Man Kidal gugur kenang nasib

Pemain gitar terkenal, Man Kidal pula mengalirkan air mata selepas berdepan kesempitan hidup akibat tidak bekerja hampir dua tahun selain positif Covid-19 bersama isterinya, Norlaila Yusof pada Julai lalu.

Penderitaannya mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mengkategorikannya sebagai asnaf sementara.

Isterinya Norlaila Yusof berkata, mereka amat bersyukur kerana diberikan bantuan untuk tempoh setahun.

"LZS bagus kerana ambil berat berkenaan artis. Ramai artis menolak apabila nak dibantu dengan alasan malu nanti keluar akhbar. Apa nak malu dah memang kita susah.

"Bukanlah kami susah sampai tak makan langsung tapi mereka bantu dari segi kos sara hidup. Lagipun abang Man memang tiada tawaran persembahan buat masa ini," katanya kepada Harian Metro.

Norlaila berkata, mereka menyerahkan kepada LZS berkenaan status mereka selepas ini.

"Semuanya atas kita. Kalau kita dah okay, kita cakap jujurlah. Kalau dah boleh kerja semula dan pendapatan stabil, kami pasti serahkan kepada LZS untuk menilai.

"Namun, buat masa ini memang tiada pendapatan. Mereka pun faham keadaan kami. Mereka tolong apa yang patut dan bantu berikan wang bulanan serta bayarkan rumah.

"Kita minta pun bukan untuk selama-lamanya. Kalau dah okay kita pulang balik dan bagilah pada orang lain pula," katanya bersyukur kerana kata-kata cemuhan masyarakat sudah tiada.

KISAH AGAMA DAN PENYELESAINNYA

 


Saya mendengar ulasan ustaz berserban ini mengenai salah satu tafsiran Surah al-Ikhlas yang mengatakan dhomir هو itu kembali kepada Nabi sallallah alaih wasallam. (Rujuk video asal: https://youtu.be/-I3XkvHTOrE )

Dakwaannya bahawa salah satu tafsiran ialah huwa itu merujuk kepada Nabi. Lalu ayat pertama ini ditafsirkan dengan:

Katakanlah dia (Muhammad) dan Allah itu satu.

Saya katakan:

Tidak ada dalam ayat itu lafaz "wa" yang bermaksud "dan" pun sebelum lafaz jalalah "Allah" untuk kita tafsirkan Nabi dan Allah itu satu.

Satu lagi dhomir akan kembali kepada sebutan yang terdekat sebelumnya adalah kaedah yang betul. Tapi tafsiran ini menggunakan kaedah di tempat yang salah. Mana ada nama Nabi Muhammad disebutkan sebelum huwa itu disebutkan.

Disebabkan itu ulama tafsir mengatakan dhomir huwa dalam ayat ini adalah dhomir al-Sya'n yang tidak kembali kepada sebutan terdekat sebelum itu.

Jadi tafsiran sebegini menyalahgunakan kaedah nahu dalam bahasa Arab.

Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas tahu bahawa surah ini adalah penegasan terhadap tauhid. Ia merujuk kepada sifat Allah yang Tunggal dan Esa. Sebab itulah ayat selepas itu juga merujuk kepada sifat Keesaan Allah.

Maka dalam isu ini saya bersama dengan Ustaz Noor Deros. Jangan dibiarkan penyelewengan terhadap makna surah dalam al-Quran berlaku. Ia mesti dibanteras. Bahasa Kelantan bahasa yang indah, tetapi penyelewengan dalam bahasa Kelantan tidak boleh dipertahankan.

Dr Rozaimi Ramle

 




Semua kita pulun!

 




Kita kena perjuangkan Islam TAPI perjuangan Islam yang group atau puak kita bawa.

Kita kena sokong para ulama TAPI ulama group atau puak kamilah.

Kita kena istiqamah tapi istiqamah dalam group kamilah.

Keluaq dari group kami kalu, automatik dihukum tak istiqamah atau diguna istilah arab ” al-mutasaqitun” – golongan gugur dalam perjuangan!

Apa ada hal, kami monopoli bab label melabel.

Ya, walaupun 22 kali tapi kita x redho.

Mcm org sabung ayam dan ayam dia kalah . Masih tidak mahu mengaku kalah. Dia pi hujah ” hangpa kena ingat, tadi tu baru ayam kawan yang kalah, kawan-tuan ayam- tidak kalah lagi! ”

Kesimpulannya kami pendakwa, kami peguambela, kami juri, kami hakim dan kami juga undang-undang!

Atau

Kami pemain, kami jurulatih, kami penjaga garisan, kami pengadil, kami wisel, kami bola, dan kami juga tiang gol!

Lu siapa?

PH kemukakan cadangan Bajet 2022 harap kerajaan pertimbangkan

 



Susulan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani antara parti Pakatan Harapan dan Kerajaan pada 13 hb September lalu, Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan akan memulakan perbincangan cadangan Bajet 2022.

Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat pertama bersama Kementerian Kewangan (MoF) yang dihadiri sembilan wakil Pakatan Harapan antaranya Lim Guan Eng, Dr Dzulkefly Ahmad, Hasanuddin Mohd Yunus, Izham Hashim, Fuziah Salleh, Saifuddin Nasution dan Tony Pua .

Manakala wakil dari kerajaan adalah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dan timbalannya serta pegawai utama Kementerian Kewangan Mohd Shahar Abdullah.

Dalam mesyuarat itu, Pakatan Harapan membincangkan rangka kerja baharu untuk dialog dan perundingan antara Kerajaan dan PH untuk Bajet 2022 dan Akta-Akta berkaitan kewangan lain.

“Telah dipersetujui bahawa jawatankuasa utama akan bertemu dengan Menteri dan pasukannya untuk tiga mesyuarat lagi, sementara jawatankuasa kerja akan ditetapkan untuk membincangkan butiran lanjut mengenai sebarang langkah-langkah yang dicadangkan,” kata Jawatankuasa Ekonomi PH.

Untuk mesyuarat pertama ini, katanya, menteri telah membentangkan garis panduan pendekatan Bajet 2022 beliau ‘Pemulihan, Ketahanan dan Reformasi’, sementara PH berkongsi beberapa cadangan bajet awal kita dengan Menteri.

Cadangan Bajet awal Pakatan Harapan termasuk pecahan perbelanjaan RM45 bilion yang dipersetujui setiap MoU iaitu RM4 bilion untuk sektor kesihatan bagi memerangi pandemik COVID-19, termasuk subsidi kit ujian kendiri dan melaksanakan rigorous ‘ Cari, Ujian, Trace, Langkah-langkah Isolate and Support'(FTTIS).

RM30 bilion geran dan subsidi untuk sektor ekonomi, RM6 bilion dalam insentif pekerja kerja dalam bentuk program Malaysians@Work yang dicadangkan Pakatan Harapan dalam Bajet 2020 dan sekurang-kurangnya RM5 bilion untuk isi rumah dalam bentuk bayaran kebajikan.

“Kami juga telah meminta bajet RM2 bilion untuk membuat pinjaman lembut sehingga RM50,000 untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana melalui BSN untuk diberikan kepada perniagaan yang telah terjejas teruk akibat pandemik, termasuk F & B, pelancongan dan pelancongan dan runcit.

“Dalam cadangan awal, kami juga telah meminta perlindungan sosial yang dipertingkatkan melalui sumbangan i-Suri dan i-Saraan yang dipertingkatkan, pengembangan skim MySalam untuk M40s, subsidi penjagaan kanak-kanak bagi mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Langkah-langkah bajet lain yang memfokuskan kepada pelaburan dalam ekonomi hijau dan digital, dengan geran dan subsidi untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam sektor-sektor ini,” katanya.

Jawatankuasa ini juga menyeru kerajaan untuk membantu syarikat tempatan yang berjaya menjadi juara serantau dan global, sementara pada masa yang sama, memberikan insentif yang lebih besar untuk menarik syarikat global utama untuk menubuhkan operasi di Malaysia.

Pakatan Harapan juga meminta bajet untuk memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak, dengan melabur lebih banyak dalam kemudahan penjagaan kesihatan, meningkatkan Geran Khas kepada Sabah dan Sarawak di bawah Seksyen 112 D Perlembagaan Persekutuan serta memastikan Malaysia Timur akan terima sekurang-kurangnya 30 % daripada bajet pembangunan.

“Hal-hal lain yang dibincangkan termasuk keperluan pematuhan dan pelaporan Alam Sekitar, Sosial dan Kerajaan (ESG), serta bajet responsif jantina.

“Kami berharap cadangan ini akan diberikan pertimbangan sepenuhnya kerana ia tentunya selaras dengan kerangka ‘Pemulihan, Ketahanan dan Pembaharuan’ Menteri untuk Bajet 2022,” katanya.

KAN MAMAT NI PERNAH PANGGE CHINA TU ABANG BESAR DIA...APA KEJAYAAN DIA SELAMA INI...YELLEK..ANTARA PAKAR LOMPAT DAN AMBIL KESEMPATAN..TANYA DATO ZAHRIN MAT YASIN

 

PH kritik cadangan Hishammuddin ke China bincang AUKUS aneh



Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan berkata, kenyataan Hishammuddin Hussein dilihat tidak selari dengan pendirian rasmi kerajaan Malaysia yang bimbang AUKUS bakal mencetuskan persaingan senjata di rantau ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mengkritik cadangan Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein ke China bagi membincangkan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai AUKUS.

Ini kerana, kata Jawatankuasa Keselamatan PH, tindakan itu dilihat agak aneh dan menimbulkan persepsi seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.

Katanya, kenyataan Hishammuddin itu juga dilihat tidak selari dengan pendirian rasmi Putrajaya yang bimbang AUKUS bakal mencetuskan persaingan senjata di rantau ini.

“Malaysia dipandu Kertas Putih Pertahanannya yang telah diluluskan di Parlimen secara dwipartisan pada 2 Dis 2019,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Mohamad Sabu (Amanah), Johari Abdul (PKR) dan Liew Chin Tong (DAP).

“Salah satu daripada lima prinsip asas pertahanan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan adalah ‘Keneutralan aktivis’, iaitu ‘mengamalkan dasar berkecuali dan mempromosikan kerjasama dengan memberi penekanan terhadap keterangkuman dan perkongsian kemakmuran, seiring perkongsian keselamatan dan perkongsian identiti’.”

Rabu lalu, Hishammuddin dilaporkan berkata, pihaknya bercadang ke China dalam masa terdekat untuk mendapatkan pandangan dan mengetahui tindakan Beijing, khususnya dalam aspek pertahanan berhubung AUKUS.

PH yang bimbang dengan AUKUS berkata, Malaysia perlu bersuara lantang terhadap kuasa Barat, sekiranya berlakunya persaingan senjata di rantau ini.

Katanya, Malaysia juga perlu mempengaruhi China secara aktif supaya menghormati kedaulatan negara serantau serta peranan ASEAN.

“Keneutralan aktivis tidak bermaksud Malaysia berpeluk tubuh apabila ada percubaan untuk menjejaskan kedaulatan negara dan sikapnya untuk berkecuali.

“Kita tidak boleh dilihat memihak dan memberi gambaran bahawa Malaysia menerima arahan daripada mana-mana pihak.”

BUAT BANYAK BANYAK...PENGANGGURAN DAPAT DIKURANGKAN DAN YANG PASTINYA ASKAR AKAN UNDI UMNO KO ?

 

Kebenaran rentas negeri dijangka dimuktamad dalam masa tiga minggu lagi - Hishammuddin



Astro Awani
Kebenaran rentas negeri dijangka dimuktamad dalam masa tiga minggu lagi - Hishammuddin
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercakap ketika sidang media selepas hadir lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu di Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6RRD) Kem Ulu Tiram Johor hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kebenaran merentas negeri dijangka dapat dimuktamadkan dalam masa tiga minggu lagi, selepas beberapa langkah menyegerakan vaksinasi populasi dewasa di negara ini diambil dalam masa terdekat.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya juga telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencapai sasaran itu iaitu 90 peratus orang dewasa selesai divaksin.
Katanya antara tindakan segera yang dilaksanakan ialah mengaturgerak lebih banyak Combat Medic Vaccination Team (CMVT) bagi memberi lebih banyak suntikan kepada orang awam di kawasan pedalaman.

Selain itu, memperluaskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu yang memberi manfaat kepada orang awam yang tinggal berhampiran kem tentera.
“(Kebenaran) rentas negeri Perdana Menteri akan umumkan. Kita akan cuba umumkan kelonggaran itu apabila kita capai 90 peratus vaksin dewasa dan apa perancangan yang kita lakukan bersama dengan pihak KKM kita dapat jayakan dalam tiga minggu lagi.
“Jadi sebelum ianya diumumkan banyak perkara yang perlu kita fikirkan. SOP, tanggungjawab agensi dan sebagainya. Masa ini adalah untuk buat persiapan. Ramai yang tunggu untuk rentas negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat PPV Pandu Lalu di Kem PULADA Ulu Tiram, Johor.
Ujarnya lagi kelonggaran rentas negeri itu menuntut rakyat agar terus mengamalkan disiplin yang tinggi.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut menafikan cadangan kerajaan untuk memansuhkan MyTravel Pass dalam masa terdekat.
Katanya laporan dan sumber tersebut adalah tidak benar.
Pada waktu ini tumpuan diberikan kepada rakyat untuk kebenaran rentas negeri.
"Bagaimana kita hendak fikirkan rentas negara apabila rentas negeri pun belum kita putuskan. Ini saya harap izinkan masa untuk rakyat kita keluar negara tetapi tujuan kita sekarang adalah untuk benarkan rakyat kita rentas negeri dalam negara sendiri.
“Saya tidak menafikan bahawa perancangan untuk melihat kepada MyTravel Pass pendekatan kita untuk rentas negara sudah difikirkan MKN dan insya-Allah kita akan bentangkan dalam mesyuarat khas endemik yang akan dipengerusikan Perdana Minggu depan. Dua-dua sekali,” katanya lagi.
Skim MyTravel Pass ini diperkenalkan semasa negara dilanda pandemik COVID-19 yang memerlukan rakyat tempatan memohon untuk ke luar negara.
Skim tersebut dikatakan merumitkan kerana prosesnya perlu mengambil masa 14 hari sebelum kebenaran berlepas diberikan.