KAN MAMAT NI PERNAH PANGGE CHINA TU ABANG BESAR DIA...APA KEJAYAAN DIA SELAMA INI...YELLEK..ANTARA PAKAR LOMPAT DAN AMBIL KESEMPATAN..TANYA DATO ZAHRIN MAT YASIN

 

PH kritik cadangan Hishammuddin ke China bincang AUKUS aneh



Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan berkata, kenyataan Hishammuddin Hussein dilihat tidak selari dengan pendirian rasmi kerajaan Malaysia yang bimbang AUKUS bakal mencetuskan persaingan senjata di rantau ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mengkritik cadangan Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein ke China bagi membincangkan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai AUKUS.

Ini kerana, kata Jawatankuasa Keselamatan PH, tindakan itu dilihat agak aneh dan menimbulkan persepsi seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.

Katanya, kenyataan Hishammuddin itu juga dilihat tidak selari dengan pendirian rasmi Putrajaya yang bimbang AUKUS bakal mencetuskan persaingan senjata di rantau ini.

“Malaysia dipandu Kertas Putih Pertahanannya yang telah diluluskan di Parlimen secara dwipartisan pada 2 Dis 2019,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Mohamad Sabu (Amanah), Johari Abdul (PKR) dan Liew Chin Tong (DAP).

“Salah satu daripada lima prinsip asas pertahanan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan adalah ‘Keneutralan aktivis’, iaitu ‘mengamalkan dasar berkecuali dan mempromosikan kerjasama dengan memberi penekanan terhadap keterangkuman dan perkongsian kemakmuran, seiring perkongsian keselamatan dan perkongsian identiti’.”

Rabu lalu, Hishammuddin dilaporkan berkata, pihaknya bercadang ke China dalam masa terdekat untuk mendapatkan pandangan dan mengetahui tindakan Beijing, khususnya dalam aspek pertahanan berhubung AUKUS.

PH yang bimbang dengan AUKUS berkata, Malaysia perlu bersuara lantang terhadap kuasa Barat, sekiranya berlakunya persaingan senjata di rantau ini.

Katanya, Malaysia juga perlu mempengaruhi China secara aktif supaya menghormati kedaulatan negara serantau serta peranan ASEAN.

“Keneutralan aktivis tidak bermaksud Malaysia berpeluk tubuh apabila ada percubaan untuk menjejaskan kedaulatan negara dan sikapnya untuk berkecuali.

“Kita tidak boleh dilihat memihak dan memberi gambaran bahawa Malaysia menerima arahan daripada mana-mana pihak.”

No comments: