UMNO AKAN BERPECAH MENJADI SEPIHAN KECIL DAN MELINGKUP INI KERANA AHLINYA ADALAH TERDIRI DRI ORANG YANG MALAS BERFIKIR DAN KURANG BIJAK

 



Pertembungan dijangka dalam Umno





Ada kemungkinan Ismail Sabri Yaakob akan mencabar Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden Umno.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik membuat spekulasi bahawa akan berlaku pertembungan dalam Umno, dengan berkata, ini ditunjukkan dengan keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura percaya mungkin akan terjadi perebutan bagi jawatan Presiden Umno, dan Ismail terdesak untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen.

Katanya, keputusan untuk memberi peruntukan sama rata menunjukkan “ada sesuatu bakal terjadi” dalam pentadbiran Ismail dan “pertembungan” bakal tercetus dalam Umno.

Peruntukan sama rata, tambahnya, hanya akan bertahan selama Ismail berasa sokongan baginya cukup, terutamanya daripada partinya sendiri.

Oh Ei Sun.

Oh berkata, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada Perdana Menteri mempunyai kelebihan berbanding Presiden Umno sekarang, Ahmad Zahid Hamidi, jika bertanding untuk jawatan tertinggi parti itu.

Ismail adalah Perdana Menteri pertama daripada Umno yang bukan presiden parti. Ahli Parlimen Bera itu adalah salah seorang daripada tiga Naib Presiden Umno.

Zahid menjadi Presiden Umno pertama yang terkecuali daripada pentadbiran, walaupun parti itu adalah sebahagian daripada pentadbiran bawah Muhyiddin Yassin. Dalam kerajaan terbaru bawah pimpinan Ismail, beliau masih terkecuali.

Pentadbiran Muhyiddin jatuh setelah beliau kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen ekoran keputusan sekumpulan Ahli Parlimen Umno yang diketuai oleh Zahid untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri. Mereka kemudian menyokong Ismail sebagai Perdana Menteri.

Ismail telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan. Tony Pua daripada DAP berkata, ini mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri, membolehkannya menangkis ancaman atau tuntutan daripada Zahid dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Khamis lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mastura Mohd Yazid mengumumkan, Ismail bersetuju untuk memberikan peruntukan sama rata bagi semua Ahli Parlimen, baik daripada kerajaan mahupun pembangkang, untuk baki tahun ini.

Seorang penganalisis lain, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia, berkata kerajaan semasa nampaknya sedar bahawa mereka memegang kuasa bukan hasil daripada pilihan raya, tetapi hasil tindakan melompat parti.

Maka, tidak adil untuk menafikan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang yang diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum lepas.

Awang Azman Pawi.

“Ini adalah langkah positif untuk meredakan rungutan mengenai kerajaan ‘pintu belakang’, satu kecaman yang menghantui kerajaan Muhyiddin dan tidak dapat dibalasnya dengan berkesan,” katanya.

Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, peruntukan sama rata akan memastikan tiada lagi yang melompat parti atas dasar memerlukan lebih dana bagi pengundi, alasan yang diberi Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang apabila meninggalkan blok PH.

Beliau berkata, langkah seterusnya bagi Ismail adalah menjadikan ini sebagai dasar tetap kerajaan.

“Ini adalah langkah terbaik untuk lanskap politik negara dan merupakan satu bentuk keadilan sosial untuk semua pihak, seperti yang dipersetujui bawah MoU,” katanya kepada FMT.


No comments: