HATI HATI SEMOGA KITA DILINDUNGI

 Hati2 lahhhh, dia nak redakan kemarahan Kita dia bagi Kita 'bebas' sikit. Tapi Delta variant Masih menganas dan tidak lut dgn vaksin katanya.



Siapa DSAI Almarhum Ustaz Niamat Yusuf 2

Dengarlah kisah Anwar dari Al marhum Ust Niamat Yusuf ( Pengasas Maahad ...

Tazkirah Tok Abah buat Ust Hadi Awang (Siri 4).

🔴TERKINI!! 10 MINIT LALU!!NAJIB NGAMUK LAGI!!

EDISI KHAS MINGGUAN 034 | GEMPAR!!! BUKAN HANYA PENDERHAKAAN, KINI PEMBA...


MENARIK DALAM EDISI KHAS 034

1. MAHIADDIN KEKAL PM, SCHEME OF THINGS TERUS BERLELUASA 2. PERDANA MENTERI KAKI BOHONG, TERKENAL DENGAN TIPU HELAH 3. LANTIKAN FAIZAL AZUMU, MAHIADDIN PIJAK MUKA RAKYAT




Surat RoS | Presiden persoal pendirian Ahli Parlimen UMNO #KauBoleh



Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen UMNO yang masih menyokong Perikatan Nasional selepas surat dikeluarkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) memaklumkan penangguhan pemilihan parti tidak sah. Menerusi kenyataan di Facebook, Presiden UMNO itu turut bertanya kepada Ahli Parlimen UMNO yang menjadi Menteri dan Timbalan Menteri, adakah mereka masih mahu menyokong kerajaan, ketika parti diuji dengan keputusan RoS itu.


Mat Sabu sekolahkan Nik Amar. Nik Amar tak tahu kerajaan hari ini gagal.

ADA BAIK DAN TIDAKNYA DEDAH ADA TAWARAN

 MOHD SAYUTI OMAR

Sejak semalam kita dikejutkan dengan usaha untuk membeli ahli parlimen pembangkang (PH) bagi menyelamatkan nyawa politik Mahiaddin dan kerajaan PN. Celaka cis.

Didedahkan lima orang ahli Parlimen Keadilan dan tiga ahli Parlimen DAP dihubungi dengan tawaran agar meninggalkan parti mereka.

Usah tanya berapa banyak imbuhan.

Daripada PKR, mereka Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor), Azman Ismail (Kuala Kedah), Cheng Ming Kai (Alort Setar), Muhammad Bakhtiar Wan Chik ( Balik Pulau) dan Nik Azmi Ahmad (Setiawangsa).

Semenatara daripada DAP, M Kulasegaran (Ipoh Barat), Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) dan Kelvin Yie (Kuching).

Semua berjumlah lapan orang. Jumlah itu masih belum mencukupi untuk cover 12 ahli parlimen Umno yang tarik diri sokongan kepada kerajaan PN. Ertinya broker sedang mencari tiga atau empat orang lagi wakil rakyat untuk menggenap angka.

Setakat ini tidak ada apa-apa pendedahan daripada wakil Amanah. Apakah parti itu juga turut sama dihimpit? Tidak mustahil. Kalau dihimpit dan tidak ada pendedahan bagus juga, tetapi jangan diam-diam ada yang membuat rundingan senyap. Jangan turun bukit untuk rebut ghanimah weh.

Sikit bimbang kerana sebelum ini ada cerita beberapa ahli Parlimen Amanah dihubungi dan ditawar jawatan. Teruja.. ada juga yang mengurut dada. Jangan bang..jangan. Jika anda buat anda akan dimaki hingga ke neraka.

Dalam pada itu rasanya strategi tidak baik apabila parti mendedahkan ada MP mereka dikepong, sepatutnya dibiarkan sahaja broker berangan, yang penting teguhkan imam dan buat surpise dihujungnnya nanti. Biar broker maut di tengah jalan bersama Mahiaddin. Trims.

 

PH desak SPRM siasat siapa tawar habuan kepada MP pembangkang

 


HEBAT SANGAT KAU YA...20 TAHUN DALAM PENJARA MENANTI KAU...

 


‘Long Tiger’ mengaku tak salah rogol wanita




‘Long Tiger’ dibawa ke mahkamah untuk didakwa. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai “Long Tiger” mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan merogol seorang wanita, dua tahun lalu.

Lelaki Rohingya yang nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, didakwa merogol wanita berusia 21 tahun itu di sebuah rumah di Taman Sri Jaya Bukit Gambir, Tangkak antara 1 petang hingga 2.05 petang, 26 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan, lapor Harian Metro.

Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar dan Muhammad Azfar Mahmod mencadangkan mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh dikhuatiri boleh mengganggu saksi utama pendakwaan selain isu kepentingan awam.

Bagaimanapun, barisan peguam terdiri daripada Shaharudin Ali, Muhammad Hariz Md Yusof dan Muhammad Noor Azfar Noor Azmi memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan dengan mengambil kira tertuduh sebagai penanggung utama keluarga.

Hakim Amran Jantan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin selain melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Tertuduh juga diminta menyerahkan pasport serta tidak dibenarkan mengganggu saksi.

Mahkamah menetapkan 8 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Terdahulu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tangkak atas dua pertuduhan mengugut bunuh dan mengurung bekas pekerjanya, warga tempatan, Luqman Hakeem Othman, 21.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 169, Tingkat 1, Jalan Gambir 7, Bandar Baru Bukit Gambir antara 6 petang dan 7.05 malam, 12 Julai lalu.

Majistret Wan Nur Fariha Najwa Wan Azahan tidak membenarkannya diikat jamin untuk tuduhan itu.


KAH KAH KAH ADIK SEMBURIT KENA MAKI...



SAMSENG BERBANGSA ROHIGYA BEBAS MELAKUKAN JENAYAH DI MALAYSIA. KINI HADAPI TUDUHAN JENAYAH DAN ROGOL.




Ayah anda Long Tiger didakwa dan tidak dibenarkan ikat jamin!


Seorang lelaki etnik Rohingya, Abdul Hamim

yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di atas

dakwaan melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan warga tempatan, Luqman Hakeem Othman, 21, dengan tujuan hendak mendatangkan cedera parah dan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada mangsa.


Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Dia juga turut didakwa mengurung Luqman Hakeem mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di No, 169, Tingkat 1, Jalan Gambir 7, Bandar Baru Bukit Gambir di sini antara 6 petang dan 7.05 malam, 12 Julai tahun ini.


Permintaan pendakwaraya agar tertuduh tidak dikenakan sebarang jaminan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius selain bimbang tertuduh akan mengganggu saksi dalam kes tersebut dibenarkan oleh hakim 


8 September depan untuk sebutan semula kes.


Long Tiger sebelum ini menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi termasuk memfitnah pegawai polis melalui beberapa sesi siaran langsung di platform media sosial.


Difahamkan, dia turut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar pada petang Ahad atas pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Bernama

ASAL USUL TUDUNG DAN PERANAN ANWAR IBRAHIM


May be an image of 6 people and people standing

Satu sumbangan besar ABIM melalui usaha pendidikan adalah menubuhkan Yayasan Anda Akademik, sebuah sekolah menengah persendirian yang menawarkan ruang dan kesempatan menyambung pelajaran bagi pelajar-pelajar Melayu kebanyakannya yang telah gagal mencapai gred sewaktu berada dalam sistem sekolah kerajaan biasa (memberikan peluang kedua kepada pelajar tercicir ini). Yayasan Anda ditubuhkan pada 1971 dan Anwar Ibrahim, Presiden ABIM ketika itu menjadi pengetua pertamanya. Ramai ahli-ahli ABIM juga menjadi guru-guru pengajar di situ. Yayasan Anda dianggap unik pada masa itu.

Di samping mengendalikan pendidikan sekular lazim menurut kurikulum menengah kebangsaan, Yayasan Anda juga memperkenalkan subjek Prinsip Islam, kursus-kursus pendidikan Islam, termasuk tasawur Islam dan Islam sebagai cara hidup, kebangkitan Islam dan pergerakan Islam, perbandingan agama, ekonomi Islam dan sistem politik Islam. Kod etika berpakaian Islam dipatuhi, dengan pelajar-pelajar wanita diminta memakai mini telekung - tudung - atau hijab. Penulis, Zainah Anwar memerhatikan bahawa pelajar-pelajar wanita ini yang kemudiannya berjaya melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Malaya merupakan wanita-wanita Malaysia yang pertama memakai tudung di kampus. (Zulkifly Abdul Malek 2011, tesis Georgetown University)

ORIGINS OF THE TUDUNG

One of the most important contributions made by ABIM vis-à-vis education was the establishment of Yayasan Anda Akademik, a private secondary school that provided the means for continuing education to the mostly Malay students who could not make the grade at government schools (offering dropouts a second chance at the system). Yayasan Anda was established in 1971 and Anwar Ibrahim, ABIM’s President at the time became its first headmaster. Many ABIM members were also its first teachers. Yayasan Anda was considered unique at the time.

While it provided conventional secular education which students would receive in line with the national secondary curriculum, Yayasan Anda also introduced courses on Islam such as Islam as a way of life and worldview, Islamic renaissance and movements for reform, comparative religions, Islamic economics and Islamic political systems. Islamic dress codes were observed, where female students were asked to cover their heads in a mini telekung - tudung - the Islamic headscarf or hijab. Writer, Zainah Anwar noticed that these girls, who proceeded to successfully pursue their tertiary education at the University of Malaya became the first veiled Malaysian women on campus. (Zulkifly Abdul Malek 2011, Georgetown University thesis)

I S L A H M E D I A 16102020

ULANGSIAR SEMPENA SAMBUTAN SEPARUH ABAD ABIM

 

Hampir 50 peratus rakyat Negeri Sembilan terima 2 dos vaksin

 


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun melaporkan bahawa sebanyak 389,175 orang di seluruh Negeri Sembilan atau 47.79 peratus daripada penduduk berumur 18 tahun keatas telah menerima 2 dos vaksin setakat ini.


Katanya, manakala sebanyak 631,006 orang atau 77.50 peratus daripada penduduk berumur 18 tahun keatas telah menerima 1 dos vaksin.


"Kerajaan Negeri menjangkakan peningkatan jumlah penduduk yang lengkap divaksin dalam minggu terdekat ini berikutan ramai yang telah menerima dos pertama dan sedang menunggu temujanji dos kedua.


"Secara keseluruhannya, hampir 35 peratus daripada populasi di seluruh Negeri Sembilan telah lengkap divaksin.


"Insya-Allah, Negeri Sembilan sedang berusaha mewujudkan imuniti kelompok. Semoga sasaran imuniti kelompok tercapai pada bulan Oktober kelak," katanya.

Panas! Zahid kata pentadbiran negara tetap berfungsi walaupun kerajaan PN tumbang

 Panas! Zahid kata pentadbiran negara tetap berfungsi walaupun kerajaan PN tumbang


Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa pentadbiran negara akan lumpuh sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi berkuasa.

“Tidak benar sama sekali. Ini sentimen yang sedang cuba direka oleh pasukan propaganda untuk menakut-nakutkan rakyat.

“Dakyah ini direka oleh kumpulan yang sedang terdesak bagi mengekalkan kuasa, jawatan dan kedudukan.

“Walau kerajaan PN tidak lagi berkuasa, pentadbiran negara terus berfungsi secara sementara di bawah KSU (Ketua Setiausaha) Kementerian,” katanya dalam kenyataan.

Zahid memberikan contoh pentadbiran negara masih berfungsi selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Feb 2020.

Begitu juga apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Mei 2018.

“Sangat tidak bertanggungjawab apabila mereka berterusan cuba mengelirukan rakyat dengan pembohongan itu pula (sekali lagi),” kata Zahid.

Zahid mengetuai desakan dari Umno untuk menyingkirkan Muhyiddin Yassin daripada jawatan perdana menteri,

Pun begitu dia menghadapi tentangan daripada ahli-ahli parlimen Umno sendiri yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Mereka yang mempertahankan PN berpendapat cubaan menumbangkan kerajaan akan merencatkan usaha membendung wabak Covid-19.

Ketika tiada kerajaan dibentuk pada Feb 2020, Yang di-Pertuan Agong melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sementara selama enam hari sehingga Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri.

Belgium umpamanya pernah melalui pengalaman tidak memiliki kerajaan sebanyak dua kali akibat parti-parti politik tidak dapat membentuk gabungan.

Dalam keadaan itu, seorang perdana menteri sementara ditugaskan untuk mentadbir negara.

DALIL PAS BERUBAH UBAH IKUT NAFSU | Azis Jamman..Lihat MP Borneo pun dah berani nak sanggah pimpinan Pas.



JAMZURI ARDANI

Untuk parti dia, siapa tak wala' pada presiden dituduh munafik haraki.

Tapi, untuk parti kawan dia siapa wala' pada presiden dicemuh dan dimaki.

Sebab itu saya menyampah dengan politik penonggang agama. Bukan sebab saya tak suka agama, tapi kerana saya tak suka agama saya diperlakukan seperti komoditi politik.

 


[[LIVE]] 6.8.2021 ROS Bakal haramkan UMNO?




Parlimen tak boleh bersidang, sebab Covid. Tapi, Umno wajib mesyuarat semula. Pas? Pas takpe, tangguh. ehehhhhh......





KELANTAN NEGERI RAMAI MISKIN TEGAR



 JAMZURI ARDANI


Terjemahan:

Kelantan mengungguli kedudukan dalam perangkaan Jabatan Statistik Negara berkenaan pendapatan isi rumah dan kemiskinan dalam rahun 2020. Sekitar 1 dari 5 keluarga adalah di kalangan miskin tegar, jurang pendapatan tertinggi, kadar peningkatan kemiskinan dan jurang pendapatan tertinggi pada tahun 2020. Pendapatan pertengahan hanya RM871 di atas garis purata kemiskinan di negeri tersebut.


May be a Twitter screenshot of text that says "Christopher Choong @chrischoongww Kelantan stands out in DOSM's latest estimates on income and poverty 2020. Abt 1 in 5 hh in the state is absolute poor, has the highest level of inequality (Gini), and has the largest increase in pov & inequality in 2020. Median income is only RM871 above the state poverty line. 1:59 pm 07 Aug 21 Twitter Web App"



ASATIZAH NI BERFIKIR NAK SALAHKAN MANTAN PH LA YA...BACA LA LAIN KALI UNDANG UNDANG


No photo description available.No photo description available.



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Kesian pula tengok asatizah ini try hard hendak menormalisasi rape joke dengan murder joke. Actually kedua-duanya di bicara di bawah 2 seksyen yang berbeza. Rape joke is not equal Murder Joke especially untuk kanak-kanak yang masih lagi naif.

Macam mana asatizah ini hendak samakan Kesalahan-Kesalahan mengenai Tubuh Manusia contoh seksyen 307 Mencuba membunuh orang dengan seksyen khas untuk Kesalahan-Kesalahan Luar Tabii, Seksyen 377D melanggar kesopanan atau seksyen 377E merangsang seorang kanak-kanak untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau? Pembuktian kes pun dah berbeza apatah lagi hukuman.

Baca quote di bawah ini dan cuba kaitan dengan apa yang dia cuba guna "Tu Quoque" fallacy (falasi awak juga)

"nanti kalau korang nak rogol, jangan rogol bawah 18, rogol atas 18"

"kalau boys kena rogol, it does not get reported, sebab boys aperiently rasa sedap"

Lawak lucah adalah salah in so many level nak lagi pada kanak-kanak bawah bawah umur. Macam geng ustaz yang suka buat lawak double meaning pasal malam jumaat itu pun salah. Nak buat penerangan untuk sexual education okay tapi melawak bab rogol is not okay.

Kira kalau rape joke is okay, lepas ini pedophilia joke is okay jugala kan? Kan semua benda adalah lawak jenaka.

Jangan normalisasikan lawak lucah. Jadi jika ikut argument dia, kalau lawak lucah seperti di atas tak salah, jadi boleh la kita melawak lucah setiap masa?

Lagi best nak kaitkan pasal mantan menteri PH dah kenapa? Polis dah buat siasatan dan kes di klasifikasikan sebagai NFA ( maybe sebab tak cukup bukti atau undang-undang samar), jadi saman sivil adalah perkara yang betul, depa nak sue and counter sue ke lantak pi depalah, itu di benarkan dalam undang-undang.

Sebelum awak nak salahkan mantan menteri PH (sebenarnya nak sebut DAP kan? tapi malu takut terciduk macam Mutfi Serba Tahu), ada 2 kementerian yang patutnya bersuara dalam kes ini.

Menteri Pendidikan dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat. Kalau 2 orang menteri ini masuk campur, tak payah la mantan menteri DAP tadi nak sibuk2 bersolidariti.

Yang jadi isu sekarang ini bila menteri tak buat kerja, rakyat terpaksa resort untuk saman sivil. Patut menteri tadi bentang pindaan RUU 377E atau Akta A1511 akta kanak-kanak pindaan 2016 supaya memasukan lawak lucah terhadap kanak-kanak oleh orang yang di amanahkan sebagai satu kesalahan jenayah.

TAPI APA?

Zaman kerajaan melayu isle yang TokPeti idamkan dulu, Parlimen pun di tutup hampir 8 bulan. Jadi kalau parlimen di tutup, nak pinda kat mana RUU wahai Asatizah yang cerdik pandai?

Jadi kalau macam ini di kira Islam terancam tak?

Demikianlah DAP.....

Kan?

 

Pengakuan Ismail bukti Muhyiddin hilang majoriti, soal ‘keabsahan’ sekarang di tangan Agong, kata Shahrir

 


Shahrir Abd Samad berkata kenyataan Ismail Sabri Yaakob sendiri mengesahkan dan membuktikan Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa penuh menentukan keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri di bawah peruntukan perlembagaan susulan pengakuan Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya disokong 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional, kata veteran Umno, Shahrir Samad.

Beliau berkata kenyataan timbalan perdana menteri itu, adalah bukti jelas bahawa Muhyiddin sudah hilang majoritinya dan kemelut keabsahan kerajaan pimpinannya dapat dirungkai berpandukan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, tanpa perlu ke Parlimen.

Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka beliau hendaklah meletakkan jawatan bersama jemaah menteri melainkan jika atas permintaannya, Parlimen dibubarkan oleh Agong.

Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru berkata, peruntukan perlembagaan itu jelas. Justeru, katanya, susulan kenyataan Ismail itu yang “membuktikan” Muhyiddin tidak lagi mempunyai majoriti, Agong mempunyai kuasa penuh di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan keabsahan beliau, katanya.

“Jelas kerajaan tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti, (dan ini diakui menerusi) kenyataan pemimpin nombor dua negara (Ismail), bukan calang-calang orang bercakap,” katanya ketika ditemui FMT.

“Apa pun, (harus) kembali pada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43(4) jelas dan terang tak perlu minta nasihat Peguam Negara, Takiyuddin (Menteri Undang-undang) atau Speaker Dewan Rakyat kerana sudah disahkan sendiri melalui kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang mengatakan (kerajaan Muhyiddin) hanya memiliki sokongan 31 Ahli Parlimen,” kata Shahrir.

Jumaat lalu, 18 Ahli Parlimen BN tampil pada sidang media bersama Ismail sebagai tanda sokongan untuk terus bersama kerajaan PN, selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan PN pimpinannya.

Ismail mendakwa selain 18 yang berkongsi pentas dengannya, ada 12 lagi wakil rakyat BN yang juga menyokong kerajaan PN.

Bagaimanapun sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen Umno, Noh Omar dan Azeez Abdul Rahim, menafikan mereka bersetuju meningkari arahan MKT itu.

Sebelum kenyataan Ismail itu, Muhyiddin memaklumkan Agong bahawa dia masih mempunyai sokongan majoriti dan akan menguji keabsahannya sebagai perdana menteri menerusi usul undi percaya di Dewan Rakyat bulan depan, satu tempoh yang disifatkan terlalu lama oleh pembangkang dan pelbagai pihak lain.

Shahrir berkata, mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Johor Bahru secara maya yang dipengerusikannya semalam, membuat ketetapan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah “terpakai” susulan ‘pengakuan’ Ismail itu kerana kerajaan PN “hari ini sememangnya sudah hilang kepercayaan majoriti.”

Katanya, Umno Bahagian Johor Bahru tidak mementingkan soal siapa menjadi perdana menteri, sebaliknya mahukan satu kerajaan yang boleh berfungsi dengan baik dan berkesan dalam menguruskan pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi rakyat, menangani isu pendidikan dan menghentikan berpolitik untuk mengekalkan kuasa.

“Berpolitik yang dimaksudkan ialah menggunakan agensi penguatkuasa seperti SPRM, LHDN dan terbaharu ROS. Inilah dimaksudkan politiking, penyalahgunaan agensi kerajaan,” kata beliau.

Nazri melampau, nak ampu Muhyiddin, tergamak maki Najib, kata Puad

 

Puad Zarkashi berkata kehadiran Nazri Aziz sebenarnya bukanlah untuk menambah sokongan, sebaliknya “liability” sepanjang zaman.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi membidas tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz yang menggunakan ayat lucah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

Beliau mempersoalkan tindakan Nazri itu hanya semata-mata untuk menunjukkan sokongan terhadap Muhyiddin.

“Menyinga betul Nazri pada Najib Razak. Tergamak dia maki Najib dengan ayat lucah tersebut. Kenapa hilang akal bila nak tunjuk sokong perdana menteri.

“Kalau iya pun mahu pusing 360 darjah dan mengampu Muhyiddin janganlah sampai keluar kata kata lucah seperti itu. Melampau,” katanya di Facebook.

Semalam, Nazri dipetik The Vibes sebagai berkata: “Tolong hantar mesej saya kepada Najib. 40 Ahli Parlimen yang bertemu hari itu, kami berbincang dan bersetuju, kami tidak kisah menyokong PN, walaupun tidak menyokong Muhyiddin.”

Nazri dipetik portal itu menggunakan perkataan “you bloody liars” dan merujuk Najib sebagai “that b******”, dengan berkata Najib bersuara dalam pertemuan itu, begitu juga Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung Umno.

Dalam pada itu, Puad berkata kehadiran Nazri sebenarnya bukanlah untuk menambah sokongan, sebaliknya menyifatkan bekas menteri itu sebagai “liability” sepanjang zaman.

Puad berkata Nazri seeloknya berehat sahaja di luar negara berikutan pengiraan sokongan Ahli Parlimen Umno terhadap Muhyiddin juga tidak betul.

“Dari segi matematik, angka 31 itu pun tidak tepat. 15 ahli Umno tarik sokongan. Maka 42-15= 27. Kalau tolak empat Ahli Parlimen parti komponen, ahli Umno yang sokong perdana menteri hanya 23 sahaja.

“Elok Nazri terus berehat di luar negara. Tetapi beritahu isteri, jangan tayang gambar seronok di luar negara dalam Instagram. Rakyat dalam negara tengah susah,” katanya.

Umno baru-baru ini menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan mengulangi gesaan untuk Muhyiddin berundur selepas beliau dikatakan hilang sokongan majoriti.

Muhyiddin bagaimanapun bertegas beliau masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

WALAUN MACAI LEBAI CUBA TENGOK ZAMAN NI...CUBA SIASAT...SIAPA NIH ? NI BUKAN LGBT MENINGKAT KAH DI ZAMAN PN ? NI BUKAN ZAMAN PH...

 


RAFI AWANG KECHIK


KAHWIN sejenis..katanya adik ipar MP UMNO yang keji Najib.

Moga anak-anakku dan anak-anak kita dilindungi Allah dari LGBT.

 

BEKALAN OKSIGEN LEBIH PENTING AHLI PARLIMEN!

 

May be a cartoon


NOMAN RADZUAN


Ahli Parlimen fikirlah nyawa rakyat dari perut sendiri

BEKALAN OKSIGEN LEBIH PENTING AHLI PARLIMEN!

Menurut laporan semalam 3 MP DAP dan 5 MP PKR ditawarkan RM 30j seorang. Jika benarlah seperti diwarkan bermakna RM 240j wang rakyat akn digunakan.

Andaikata satu set tong bekalan oksigen berharga RM 2k, bermakna wang rakyat sebanyak itu mampu membeli 120 ribu tong bekalan oksigen yg sgt2 diperlukan di hospital seluruh negara. Rakyat perlukan bajet dari wang cukai mereka dgn kadar segera utk membeli tong gas oksigen, bukan utk membeli ahli Parlimen.

Atau dgn wang tersebut boleh diberikan sebanyak RM 2 ribu kpd 240 ribu keluarga yg kini hilang pendapatan. Mana lebih penting 8 ahli Parlimen atau 240 ribu rakyat dgn bajet tersebut?

Setiap hari bila membuka FB saya melihat kematian kerana Covid19. Apakah kerajaan ini memikirkan soal rakyat itu lebih penting dari soal membeli ahli Parlimen? Atau ahli Parlimen adakah mereka memikirkan habuan laba politik dari penderitaan rakyat ketika ini?

Ingatlah ahli2 Parlimen... andaikata rakyat bangkit menukar kerajaan... jgn ingat kalian akn terlepas dari kes2 rasuah ini. Kini hanya tinggal tidak sampai 18 bulan sahaja lagi utk anda menggunakan kuasa yg rakyat berikan mandat.

Ini soal nyawa. Ada org yg kehilangan ibu bapa mereka. Ada org yg kehilangan suami atau isteri. Ada org kehilangan anak... tapi kalian sibuk membeli ahli2 Parlimen. Sgt zalim... Buat ahli2 Parlimen yg sanggup melompat... ingatlah wang yg diberikan kpd anda boleh membantu jutaan rakyat... insaflah atas nikmat dunia sementara ini. Jgn ambil kesempatan di atas penderitaan rakyat.

 

BARU NI BUKAN CINA MUALAF DALAM ISMA HENTAM ANWAR KA ADA NOMBOR EKOR? MULUT CIBAI MACAM TU BAIK SURUH DIA DIAM ATAU MASUK BERTANDING

 

ISMA: Kerajaan hilang fokus isu Covid19 selagi keabsahan tak selesai



ISMA: Kerajaan hilang fokus isu Covid19 selagi keabsahan tak selesai


RAMAI juga yang tidak berpuas hati apabila saya dan beberapa rakan NGO lain menyatakan agar Parlimen perlu bersidang dalam masa terdekat, bukannya menunggu bulan September. Namun, mungkin ramai antara mereka yang tidak membaca penuh kenyataan kami itu sehingga menimbulkan salahfaham yang tidak sepatutnya.

Mesej utama yang ingin dinyatakan ialah, agar pembuktian keabsahan dapat berlaku dengan segera memandangkan Perdana Menteri telah mengumumkan mereka masih ada majoriti dan kerajaan sendiri sudah menyahut cabaran untuk undi percaya di parlimen.

Kami berpendapat, selagimana isu keabsahan ini tidak selesai, maka selagi itulah ketidakstabilan yang melampau terus berlaku. Akhirnya, fokus kerajaan untuk melaksanakan program-program rakyat terutamanya dalam menyelesaikan krisis kesihatan kerana penularan COVID-19 akan sentiasa hilang fokus dan akhirnya gagal.

Ini semua berpunca dari perangai ahli-ahli politik kita juga, yang tidak mampu mengenepikan isu politik untuk menyelesaikan apa-apa isu negara yang lebih besar seperti COVID-19. Kalaulah masing-masing berjiwa besar dan waras, tidak berlakulah kekusutan ini.

Cuba renungkan kembali, belum sampai satu minggu lagi pun. Betapa banyaknya kekacauan dan polemik politik yang berlaku berkaitan dengan isu keabsahan kerajaan setiap hari. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana rakyat boleh hadapi kekalutan dan drama yang sama untuk lebih sebulan lagi.

Dalam waktu sebulan kekalutan dan drama itu, berapa ramai lagikah yang akan merana dan mati kerana kegagalan kerajaan untuk meletakkan jiwa raga mereka bagi menyelesaikan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku akibat ketidakstabilan politik; hanya kerana isu keabsahan?

Saya sekali lagi ingin ingatkan yang saya bercakap perkara ini berdasarkan kenyataan Perdana Menteri bahawa mereka masih ada majoriti, dan mereka memang tidak takut membuktikan di Parlimen. Maka, ianya perlu diselesaikan segera dan ‘move on’ bagi fokus menyelesaikan isu rakyat; melainkan jika semua yang diucapkan adalah retorik belaka.

Bukan itu sahaja, kita telah mengutarakan beberapa cadangan susulan bagi menjamin kestabilan, walau apa sahaja keputusan yang lahir dari sidang parlimen itu nanti:

1. YDPA dengan sokongan Majlis Raja-Raja, dengan nasihat kerajaan atau pun sebaliknya untuk untuk mengiystiharkan Darurat POLITIK di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan selama 6-8 bulan.

2. Menubuhkan sebuah jawatankuasa seperti MAGERAN tanpa mana-mana keahlian ahli politik dan fokus pada pemulihan ekonomi dan kesihatan negara akibat pandemik. Jawanankuasa ini juga boleh menggunakan kuasa darurat untuk melakukan perubahan dan reset pada sistem ekonomi , kewangan, dan politik selain sistem kesihatan dalam masa yang singkat dan serta merta.

3. Parlimen juga boleh terus memainkan peranan dan wakil rakyat boleh terus berkhidmat dan melakukan persediaan PRU-15 di samping melakukan tugas semak dan imbang buat sementara waktu.

4. Jawantankuasa ini akan terbubar selepas tamat tempoh yakni selepas immuniti kelompok telah berjaya dicapai.

Kepada pihak kerajaan, tolonglah teliti cadangan ini (atau mana-mana cadangan lain dari rakyat) kerana sejujurnya rakyat tidak nampak langsung ada sebarang pelan yang konkrit dari kerajaan bagi menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku pada hari ini.

Wallahu’alam.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
8 Ogos 2021

ADAKAH AGENDA UNTUK MENGHARAMKAN UMNO SEBAGAIMANA YANG PERNAH DIHALANG ANWAR AKAN TETAP DITERUSKAN OLEH MUYYIDDIN?

 

Berdasarkan penjelasan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan yang berlandaskan kronologi mesyuarat dan surat-menyurat kepada Pendaftar Pertubuhan atau RoS, tidak diragui bahawa UMNO telah mengikuti segala peraturan dengan sebaiknya dalam keputusan menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MT melalui resolusi pekeliling yang dipersetujui oleh 52 daripada 56 ahli MT pada 18 Jun 2021 dan surat mengenainya telah dihantar kepada RoS pada 24 Jun.

Kaedah resolusi pekeling diambil ketika itu kerana mesyuarat MT secara bersemuka tidak dapat diadakan berikutan penguatkuasaan PKPD.

Ini bermakna keputusan menangguhkan pemilihan selama 18 bulan adalah sah kerana ia dilakukan sebelum 30 Jun iaitu tarikh tamat tempoh bagi pemegang jawatan MT sesi 2018-2021.

RoS kemudian memperakui penerimaan surat bertarikh 24 Jun itu dalam jawapan balasnya bertarikh 19 Julai yang antara lain menyatakan bahawa ia tidak mempunyai halangan terhadap penangguhan pemilihan UMNO dan keputusan itu disifatkan telah mematuhi Fasal 10.16 Perlembagaan parti.

Kemudian mesyuarat MT pada 7 Julai 2021 telah mengabsahkan keputusan MT pada 24 itu yang turut dimaklumkan kepada RoS.

Dengan itu, tindakan RoS pada 6 Ogos menghantar surat kepada UMNO memaklumkan keputusan penangguhan pemilihan selama 18 bulan sebelum ini sebagai tidak sah kerana ia didakwa dibuat setelah pemegang jawatan MT tamat tempoh iaitu selepas 30 Jun adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Bagaimana RoS yang pada 19 Julai mengatakan tiada halangan terhadap penangguhan itu atas hakikat bahawa ia kuasa MT memutuskannya, tiba-tiba boleh berubah fikiran pada 6 Ogos dengan menyatakannya sebagai tidak sah pula?

Lebih mengejutkan RoS juga mahu mahu UMNO memberi tarikh baru agar pemilihan UMNO di semua peringkat dapat diadakan.

Sedarkah RoS bahawa PRN Sarawak telah ditunda atas alasan darurat dan beberapa PRK seperti Batu Sapi serta Gerik juga turut ditangguhkan kerana Covid19 yang didaruratkan, jadi bagaimana mereka boleh tergamak berfikir bukan saja di luar kotak, bahkan tanpa menggunakan kotak untuk memaksa UMNO mengadakan pemilihan dalam kadar yang segera?

Daripada sudut politik, tindakan RoS itu dengan mudah difahami ianya adalah bermotif politik dan memperlihatkan badan itu telah menjadi alat kepada kepentingan kerajaan PN untuk mengekalkan kuasanya.

Ini kerana RoS hanya mengambil tindakan tersebut setelah UMNO pada 7 Julai lalu membuat ketetapan menarik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin dan kemudian pada 3 Ogos pula memutuskan menarik sokongan kepada kerajaan PN.

Berikutan keputusan UMNO, kerajaan PN bukan saja sudah sah tiada lagi majoriti, bahkan sehingga ini disusuli dengan tindakan dua menteri UMNO, Shamsul Anuar Nasarah dan Noraini Ahmad, meletakkan jawatan masing-masing.

Tujuan RoS memaklumkan keputusan UMNO menangguhkan pemilihannya selama 18 bulan sebagai tidak sah sebenarnya mempunyai dua tujuan utama:-

Pertama, agar pemilihan UMNO dapat segera diadakan dan kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dapat dirancang atau dikomplot untuk dijatuhkan bagi digantikan dengan Ismail Sabri Yaakob yang pro Mahiaddin serta kini telah diseronokkan dengan lantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kedua, untuk membatalkan penarikan sokongan UMNO terhadap Mahiaddin dan kerajaan PN yang diputuskan oleh MT pada 7 Julai dan 3 Ogos lalu.

Kesimpulannya, oleh kerana gagal menjinakkan UMNO, Mahiaddin dan kerajaan PN melalui cengkaman kuasa terhadap RoS yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri, telah mempergunakan agensi itu untuk kepentingan politik dan pengekalan kuasanya.

Adalah dijangkakan RoS akan terus berdalih dengan hujah lain bagi mempertahankan tidak sahnya penangguhan pemilihan selama 18 bulan itu, meskipun kronologi peristiwa yang dibuktikan oleh UMNO adalah kukuh, yang matlamatnya hanya satu iaitu memastikan UMNO akhirnya tunduk dan akur kepada kekuasaan Mahiaddin yang seluruh dunia tahu beliau adalah Perdana Menteri yang sudah hilang keabsahannya.

Tidak mustahil, langkah seterusnya ialah mengharamkan UMNO dan menjadikannya parti yang tidak – bukan kerana ada peraturan atau undang-undang tidak dipatuhi – tetapi semata-mata kerana enggan tunduk kepada kekuasaan Mahiaddin.

Jika kita masih ingat, ketika era Tun Mahathir Mohamad sebelum ini di mana ketika itu Mahiaddin adalah Menteri Dalam Negeri, fail untuk mengharamkan UMNO sudah pun ada di atas meja beliau dan Anwar Ibrahim yang mendapat tahu mengenainya telah mengingatkan Presiden Bersatu itu tentang jasa-jasa serta sumbangan UMNO dan jangan sampai tergamak untuk mengharamkannya, meski bagaimana besar sekali pun bertelingkah politik dengan parti itu.

Apakah kini Mahiaddin ingin meneruskan semula agenda yang tergendala itu?

 (ShahbuidinHusin 08/08/2021)