AHLI PARLIMEN SABAH DAN SARAWAK MAKAN ANGIN KELUAR NEGARA

Maklumat yang diterima,boleh dikatakan hampir semua ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak telah ke luar negara dan mungkin juga makan angin...........

Apa agaknya akan berlaku dalam parlimen jika tidak cukup bilangan ahli parlimen BN ya........

LAWATAN YB HAMDAN DAN KETUA MUSLIMAT KE SAMA GAGAH





PERMATANG PAUH-21 JUN Lawatan sepetang YB Hamdan ke kawasan parlimen Permatang Pauh telah mengesan seorang penduduk warga emas yang dikenali sebagai Makcik Nah 65 tahun. Beliau yang merupakan ibu tunggal kerana kematian anaknya kini hidup keseorangan.


YB Hamdan turut menderma RM200 sebagai tanda simpati dari pejabat PAS bahagian Permatang Pauh.Sebagai janji beliau,pihak pejabat PAS kawasan akan membawa kes ini ke pengetahuan PUZ dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pejabat daerah sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.



Manakala pihak Muslimat juga akan berpadu tenaga bagi melakukan gotong royong dan akan memangil ahli dan kaum muslimat dalam masa terdekat untuk menguruskan rumah makcik Nah.



PN SURAYA KETUA MUSLIMAT DAN YB HAMDAN MENGHULURKAN DERMA KEPADA MAKCIK NAH

BANTUAN RUMAH DARI PUZ DIURUSKAN YB HAMDAN UNTUK YANG DAIF



PERMATANG PAUH 21 JUN-Sebuah rumah yang lebih selesa bagi yang daif telah diuruskan oleh YB Hamdan melalui bantuan PUZ Pulau Pinang. Rumah bagi warga tua yang keseorang dan begitu daif ini akhirnya terlaksana juga setelah hampir 5 tahun lalu di usahakan dari berbagai pihak .malah, pernah diusahakan kepada pihak UMNO khasnya ketua pemuda UMNO Permatang Pauh namun hanya tinggal angan-angan sahaja.


Kini usaha dan angan -angan untuk memiliki rumah yang selesa telah termakbul sudah apabila rumah sebilik telah siap dibina dan pada petang tadi ianya diserahkan kunci dan juga bacaan yassin telah juga dijalankan dan sedikit majlis kenduri diadakan oleh masyarakat kampung.



Petang tadi YB Hamdan sekali lagi hadir bersama masyarakat kampung Sama Gagah menyerahkan kunci rumah kepada EN Ali bin Bidin 60 tahun.Rumah pusaka yang ditinggalkan kepada beliau sebatang kara tidak dapat diuruskan kerana beliau sendiri tidak mempunyai sebarang pendapatan dan mengalami sakit-sakit.Kini beliau dapat tidur dengan selesa dan impian memiliki rumah telah tercapai dan mimpi buruk sudah hilang.


Turut hadir Ketua muslimat bahagian/kawasan Permatang pauh iaitu Pn suraya Bt Mohd Saad ,Imam masjid,penyokong,dan juga penduduk yang bersimpati.tahniah buat Yb Hamdan kerana seringkali membantu penduduk setempat dan usha beliau patut dicontohi oleh YB yang lain.



PBS PULAK LOMPAT?????


POLITIK SABAH BERGEGAR HARI INI? (21 JUN) Saya baru sahaja menerima satu maklumat penting yang mengatakan bahawa politik Sabah akan bergegar pada hari ini. Bagaimanapun, maklumat ini tidak diperincikan oleh pihak pengirimnya.Biarpun begitu, dua hari lalu saya menerima maklumat bahawa segolongan komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah diura-urakan akan keluar daripada BN sebagai memenuhi aspirasi strategik siasah masing-masing.Di samping SAPP yang telah menggemparkan kita semua beberapa hari lalu, PBS pimpinan Joseph Pairin Kitingan, pula dijangka keluar daripada BN.Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh pengirim mesej di atas kepada saya? Mungkinkah PBS akan keluar BN?Sama-samalah kita tunggu perkembangannya dengan tenang untuk memastikan sama ada maklumat awal pagi ini memang benar atau sebaliknya. – Ruhanie Ahmad

ANWAR AJAK RAKYAT SERTAI PAKATAN


SELANGOR-20JUN-Dato Seri Anwar Ibrahim semalam menjemput para Ahli Parlimen UMNO untuk berhijrah kepada Pakatan Rakyat.Kini sempena 100 hari pemerintahan Selangor,kerajaan negeri ini telah berjaya memberi air percuma"Mana ada kerajaan negeri yang sanggup memberi air percuma,malah warga tua pun kita tidak lupakan",demikian jelas beliau dalam perjumpaan bersama rakyat di Selangor semalam.


Beliau juga memberi contoh dimana pimpinan kerajaan Kelantan perlu diberi perhatian dan diambil contoh kerana soal perbelanjaan dan menyokong kerajaan pimpinan Lim Guan Eng yang menjalankan prisip kerajaan yang baik dimana seorang Ketua Menteri berbangsa Cina mengarahkan program mengimarakkan masjid-masjid dan menaikkan elauns tambahan bagi guru-guru KAFA di negeri Pulau Pinang,


Mengenai ekonomi pula, beliau menjelaskan bahawa dasar ekonomi yang telus ,menjauhi rasuah ,kelulusan segera ,mengurangkan kerenah birokrasi dan ketepatan janji dan masa barulah orang yakin untuk melabur dalam negara kita.



"Saya juga baru -baru ini ke Dubai berjumpa tokoh-tokoh perniagaan dari negara-negara Arab yang mahu menjadikan Selangor sebagai tempat utama pelaburan bagi negaria mereka.Maka kerana itu kerajaan campuran ini harus diurus dengan baik ,telus dan pembanggunan ekonomi ini harus diuruskan dengan baik.Oleh itu semua ahli politik Pakatan rakyat di haramkan untuk berniaga", demikian jelas Anwar lagi.




Petikan dari video Malaysiakini.com