KENALI SIAPA "BOSS MU ITU"

Nizam Aka.


2011 Anwar pertamakali dedahkan skandal nih di parliaman. 

Dalam pada itu Najib mula berpakat untuk diamkan Anwar dengan merancang fitnah liwat 2 terhadapnya.

Makanya bangkai gajah mana mungkin bulih ditutup dengan nyiru. Terdedahlah satu persatu skandal 1MDB.

Dua kes yang saya follow up dengan dekat ialah kes SRC Najib dan kes arwah Zulfarhan. Kes Zulfarhan ini ramai pentaksub tak kisah sebab pelaku dia Melayu; kalau pelaku dia bukan melayu barulah ada #justiceforZulfarhan.

Persamaan antara kedua-dua kes ini adalah tertuduh langsung tiada rasa penyesalan atas jenayah yang telah mereka lakukan siap boleh bersuka-ria dan semacam memperolokkan undang-undang kita. 

Kes Najib Razak, yang paling klasik. 7 pertuduhan SRC, 1 satu salah guna kuasa, 3 ubah wang haram  dan 3 pecah amanah ke semuanya telah di buktikan ada prima facie. Inilah sebab kenapa pendakwaan terhadap DS Najib lambat, sebab mereka kena bagi bukti pertuduhan tersebut adalah tepat dan tidak ada cacat cela.

Kalau kita tengok hujah peguambela Najib, dia kata, Najib mangsa penipuan Jho Low, ingat dulu dia kata tak kenal Jho Low. Tu yang pendakwaan bawa saksi yang kata Jho Low siap minum milo ais kat rumah Najib. Lepas tu dia kata Najib tak tau duit di masukkan oleh Jho Low dalam akaun dia. Tu pendakwaan bawa saksi pegawai Ambank yang kata tuan punya akaun bank bertanggungjawab atas keluar masuk duit dalam akaun mereka dan Najib sendiri dah tandatangan bersetuju. Jadi bila dia kata dia tak tahu Jho Low masukkan duit, itu bukan alasan yang munasabah.

Yang paling kesian tengok penyokong Najib berselawat dan bertakbir jerit "malu apa bossku". Kalau yang mencuri duit tabung masjid di belasah separuh mati sebab tak mampu nak beli makanan untuk anak2, kenapa penyokong dia boleh sokong orang yang mencuri duit mereka sendiri dan angkat Najib macam dia ini larger than life?

Lepas itu trick Najib ialah MC dan cuba delay the inevitable. Dia ingat dia mempermainkan court ni hakim akan bagi favor kat dia? Silap-silap semua pertuduhan dia kena kena hukuman maksima walaupun 1st time offend, sebab Najib langgar sistem perundangan, tukar peguam negara, tukar gabenor bank negera, tukar pengarah SPRM, pecat TPM demi nak menyelamatkan diri dari penjara. Jenis Najib ni bukan sahaja tak tahu malu, malahan tak boleh pakai. Baru di tunjuk di azab dunia, semua yang di sekeliling dia sanggup di tebus demi kelangsungan hidup dari di penjara. 

Kalau di akhirat bandingan dengan semua pendosa, mereka sanggup menebus dengan anak mereka sendiri. 

"..orang yang berdosa suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab hari itu dengan anak-anaknya sendiri..." Surah Maarij Ayat 11

Perlu di ingat, kesalahan yang Najib buat adalah melibatkan dana awam dan bukan dosa peribadi. Walaupun dia bakal di penjarakan, dia masih lagi berhutang kemaafan kepada rakyat sebab dia menyamun harta rakyat dan pecah amanah.

Najib sepatutnya insaf dan bertaubat tapi dalam masa kes SRC yang prima facie ini pun, dia masih lagi cuba misled penyokong dia (yang malas berfikir) dengan dasar bumi hangus ( isu perkauman, bangsa dan agama). 

Orang yang macam ini patut di kenakan hukuman yang seberat-beratnya sebab dia telah khianat amanah tertinggi dalam negara dan mencemarkan nama baik negara kita. 

Kepada yang malas berfikir dah masih kata Najib tak bersalah mudah sahaja. Tak perlu kafirkan, murtadkan saya kalau tak bersetuju atau doa kemusnahan pada saya.

Minta pada Allah supaya kamu di bangkitkan bersama Najib yang kamu cintai nanti di akhirat jika kamu orang-orang yang benar.  

WAllahualam

#AnwarPM8
#GemilangBersamaAnwar
#TeamDagui

C&P


AKHIRNYA TIADA APA APA TINDAKAN TERHADAP MB 39 UNDI



Tiada apa-apa tindakan diambil oleh Bersatu terhadap Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berhubung kenyataan kontroversinya yang menyebut “saya seorang diri terkontang-kanting berlawan dengan puak-puak DAP”.
Ini berikutan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu petang tadi menerima dengan baik penjelasan Ahmad Faizal atau Peja yang tetap mengatakan kenyataannya itu telah diambil di luar konteks.
Sehubungan itu, selain tiada apa-apa tindakan diambil terhadapnya, Peja juga enggan memohon maaf berhubung kenyataannya itu yang turut mencetuskan bantahan daripada DAP dan PKR Perak.
“Adakah saya bercakap apa-apa yang salah?” soal beliau.
Selain menerima bantahan daripada DAP dan PKR Perak, Lim Guan Eng turut menyuarakan rasa tidak senang dengan kenyataan Peja itu.
Pada sidang akhbar selepas mesyuarat MPT Bersatu petang tadi, Tun Mahathir turut mempertahankan Peja dan berkata MB itu terpaksa menjelaskan situasi sebenar di Perak kepada sekumpulan nelayan di Tanjung Piai yang ditemuinya baru-baru ini sewaktu berkempen bersama calon PH, Karmaine Sardini.
“Dia berhadapan dengan nelayan yang begitu agresif. Jadi mereka (nelayan) menganggap PH ini dikuasai oleh DAP, jadi dia terangkan walaupun dia seorang sahaja dan yang lain banyak DAP di Perak tetapi dia tetap jadi MB dan masih menguasai kerajaan.
“Dia perlu jelas perkara itu kerana orang itu (nelayan yang ditemuinya) sangat ekstrem pandangan dia,” tambah Tun Mahathir.
Tun Mahathir yang merupakan Pengerusi PH juga menegaskan tiada keperluan bagi Peja untuk memohon maaf kepada sesiapa berhubung kenyataannya.
Nampaknya kes Peja ini selesai begitu saja, tidak seperti Ronnie Liu yang menerima surat tunjuk sebab daripada DAP berhubung kenyataannya berkaitan Bersatu dan Tun Mahathir.
Puas hatikah Guan Eng dan DAP Perak dengan keputusan Bersatu terhadap Peja ini? (ShahbudinHusin 11/11/2019)

LAWATAN YB SENATOR TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD KE ULU TEMBELING.






Jerantut 12 Nov 2019 - Lawatan YB Senator Tuan Manolan Mohamad ke Sk Ulu Tembeling dalam program suai kenal masyarakat orang Asal telah memberikan semangat dan motivasi kepada penduduk orang asal agar ke sekolah dan menjayakan dan menuntut perubahan sikap tentang pentingnya pendidikan.

Menurut YB Manolan, hanya dengan pendidikan akan dapat meningkatkan jurang ilmu dan pendapatan dan sesungguhnya pendidikan bukan sahaja akademik, malahan juga meneruskan usaha dan semangat untuk belajar akan dapat menempatkan mereka di institusi pendidikan tinggi dan kemahiran terutamanya TVET dan ini menjamin masyarakat orang asal mendapatkan pekerjaan tetap dan membantu kehidupan harian dan keluarga, dari terlalu bergantung  kepada hasil hutan semata mata yang mengikut musim.

Beliau berucap sewaktu majlis suaikenal bersama masyarakat orang asal Ulu Tembeling khasnya penduduk Kampung Kuching.Turut hadir  Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut En Jamalruddin dan En Rosli Bin Mubin.

Beliau yang juga merupakan Biro Orang Asal PKR Pahang dan mengetuai MOADA telah menyumbangkan sumbangan sebanyak  RM  2500 iaitu dalam program yang berkaitan pendidikan selain program 1st Native Jamboree yang diadakan baru baru ini di Kuantan.

SELEPAS INI NAJIB KENA JAWAB KES DI MAHKAMAH’

TEMPOH SURAM HARGA MINYAK SAWIT TELAH BERLALU

JANGAN IZINKAN RAFIZI TERANIAYA KERANA MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN WANG RAKYAT - AYOH BERSAMA KE MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM JUMAAT INI



Pada awal Februari 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Pengasas INVOKE yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atas kesalahan mendedahkan penyata akaun bank anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat Jalil) di atas pendedahan yang dilakukan pada 2012.

Walau bagaimanapun, peguam Rafizi, Sdr Ahmad Nizam Hamid telah menfailkan rayuan.  Keputusan kes rayuan beliau telah ditetapkan pada 15 November ini (Jumaat) jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Shah Alam.  Apakah hukuman 30 bulan penjara itu kekal atau beliau dibebaskan?  Jumaat ini adalah keputusannya.

Rakyat yang tidak lupa tentang skandal NFC (lembu dalam kondo) sudah tentunya mengharapkan Sdr Rafizi Ramli akan dibebaskan sekiranya negara ini telah benar-benar merealisasikan sebahagian dari reformasi kehakiman.  Rafizi bukan mendedahkan akaun seseorang untuk suka-suka atau untuk mengaibkan sesiapa.  Beliau mengambil risiko besar kerana mendedahkan akaun yang memperlihatkan sesuatu yang luar biasa melibatkan wang rakyat.  Baayangkan sekiranya Rafizi tdak mendedahkan perkara ini, adakah kita tahu bahawa ada orang yang hidup kaya raya dengan menyalahgunakan dana rakyat? 

Justeru itu, apa yang Sdr Rafizi lakukan itu bukan untuk kepentingannya bahkan bakal mendatangkan kesusahan kepada diri dan keluarganya, tetapi beliau lakukan demi untuk negara tercinta.  Beliau tidak dapat apa-apa dari hasil kerja mulianya itu.  Beliau tidak bertanding di dalam pilihanraya, beliau bukan lagi seorang Wakil Rakyat, jauh sekali seorang Menteri di dalam kerajaan yang beliau sendiri angkat.

Mampukah kita melihat sosok tubuh anak muda ini disumbatkan ke penjara di dalam sebuah negara yang diterajui oleh Pakatan Harapan di mana insan ini terlalu banyak jasanya menyumbang kepada kejatuhan rejim kleptokrasi pada 09 Mei 2018 yang lalu?      Kita tidak menuntut anak muda ini dilantik sebagai Senator atau Menteri, kita hanya mahu melihat beliau dan keluarganya boleh menjalani kehidupan aman sentosa dan sejahtera di bawah kerajaan PH.

Kita yakin anak muda ini akan tampil menerajui negara ini di suatu masa kelak.  Hanya orang-orang yang suka kepada rasuah dan penyelewengan akan suka melihat tokoh hebat ini terpenjara.  Cukuplah Anwar Ibrahim menjadi sejarah kebobrokan sistem keadilan di negara ini.

Bertemu kita di Mahkamah Tinggi Shah Alam.  Kepada yang tidak berkesempatan hadir, kami menuntut doa kalian.

WFAUZDIN NS

RAFIZI MUNGKIN KE PENJARA, JANGAN LUPA JASANYA

(function() { var d = document, w = window; w

ARAK TIMAH : KERAJAAN HARUS MENJAGA NAMA BAIK ISLAM

  1. Persoalan arak dalam kerangka sebuah pemerintahan perlu dilihat dari sudut hukum Syara’ dan panduan Siyasah Syari’eyah. Siyasah Syariey...