JANGAN IZINKAN RAFIZI TERANIAYA KERANA MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN WANG RAKYAT - AYOH BERSAMA KE MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM JUMAAT INI



Pada awal Februari 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Pengasas INVOKE yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atas kesalahan mendedahkan penyata akaun bank anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat Jalil) di atas pendedahan yang dilakukan pada 2012.

Walau bagaimanapun, peguam Rafizi, Sdr Ahmad Nizam Hamid telah menfailkan rayuan.  Keputusan kes rayuan beliau telah ditetapkan pada 15 November ini (Jumaat) jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Shah Alam.  Apakah hukuman 30 bulan penjara itu kekal atau beliau dibebaskan?  Jumaat ini adalah keputusannya.

Rakyat yang tidak lupa tentang skandal NFC (lembu dalam kondo) sudah tentunya mengharapkan Sdr Rafizi Ramli akan dibebaskan sekiranya negara ini telah benar-benar merealisasikan sebahagian dari reformasi kehakiman.  Rafizi bukan mendedahkan akaun seseorang untuk suka-suka atau untuk mengaibkan sesiapa.  Beliau mengambil risiko besar kerana mendedahkan akaun yang memperlihatkan sesuatu yang luar biasa melibatkan wang rakyat.  Baayangkan sekiranya Rafizi tdak mendedahkan perkara ini, adakah kita tahu bahawa ada orang yang hidup kaya raya dengan menyalahgunakan dana rakyat? 

Justeru itu, apa yang Sdr Rafizi lakukan itu bukan untuk kepentingannya bahkan bakal mendatangkan kesusahan kepada diri dan keluarganya, tetapi beliau lakukan demi untuk negara tercinta.  Beliau tidak dapat apa-apa dari hasil kerja mulianya itu.  Beliau tidak bertanding di dalam pilihanraya, beliau bukan lagi seorang Wakil Rakyat, jauh sekali seorang Menteri di dalam kerajaan yang beliau sendiri angkat.

Mampukah kita melihat sosok tubuh anak muda ini disumbatkan ke penjara di dalam sebuah negara yang diterajui oleh Pakatan Harapan di mana insan ini terlalu banyak jasanya menyumbang kepada kejatuhan rejim kleptokrasi pada 09 Mei 2018 yang lalu?      Kita tidak menuntut anak muda ini dilantik sebagai Senator atau Menteri, kita hanya mahu melihat beliau dan keluarganya boleh menjalani kehidupan aman sentosa dan sejahtera di bawah kerajaan PH.

Kita yakin anak muda ini akan tampil menerajui negara ini di suatu masa kelak.  Hanya orang-orang yang suka kepada rasuah dan penyelewengan akan suka melihat tokoh hebat ini terpenjara.  Cukuplah Anwar Ibrahim menjadi sejarah kebobrokan sistem keadilan di negara ini.

Bertemu kita di Mahkamah Tinggi Shah Alam.  Kepada yang tidak berkesempatan hadir, kami menuntut doa kalian.

WFAUZDIN NS

No comments: