Wasiat Najib untuk beruk-beruk Umno/BN (LM)

Wasiat Najib untuk beruk-beruk Umno/BN

E-mail Print PDF

Najib berpesan kepada pembangkang agar tidak menimbulkan keadaan kacau-bilau selepas keputusan PRU-13 diumumkan. 

Memang rakyat semua sudah tahu, yang selalu menimbulkan kekecohan dan kekacauan dalam segala perhimpunan aman, ceramah dan sebagainya ialah pihak UmnoBN dan puak-puak upahan mereka.

Tiada gunanya berdolak dalih lagi

Tiada gunanya berdolak dalih lagi — Mohd Rizal Jaafar

8 FEB — Apabila Umno mengajak orang ramai berhimpun, tidak kiralah samada di Stadium Bukit Jalil atau di Pusat Dagangan Dunia Putra,  media disana-sini pasti gegak-gempita dengan laungan kejayaan kerajaan serta sorakan rakyat terhadap parti bertuah ini.

Manakala kita golongan serba daif dan tertekan sesekali termakan umpan juga, terpaksa bersetuju dengan pendapat Umno kadang-kadang. Kita terpaksa menjadi pak turut. Saban minit kita dipertontonkan dengan berita sokongan tidak berbelah-bagi rakyat dari segenap pelusuk dan ceruk rantau negara.

Media cetak dan media elektronik pun nampaknya begitu bernafsu sekali mendedahkan kebijaksanaan pemimpin Umno, keperihatinan serta kewarasan isteri-isteri mereka. Mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menelanjangkan gelagat terlampau pembangkang dan para penyokongnya dengan matlamat mahu melabel mereka sebagai pelampau bangsa, pengkhianat dan ekstremis agama.

Begitu teruk sekali pembantaian media kerajaan ini, sampai ke satu peringkat kita sendiri pun sudah tak tertahan lagi dengan sandiwara berpanjangan, lalu mengambil keputusan untuk menutup terus televisyen dan radio. Cukup-cukuplah!

Kita pun pandai juga membuat ramalan politik. Kita fikir kalau benarlah Umno dan sahabat Persatuan Cina Malaysia dan Kongres India Malaysianya sudah cukup hebat, maka tidak perlulah mereka bimbang lagi. Jangan ditunggu lama-lama, teruskan sahaja dengan pembubaran Parlimen dan jalankan segera Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

Kita pun tahu, jikalau media televisyen dan akhbar arus perdana dijadikan sandaran, maka pembangkang pasti akan terkencing-kencing ketakutan, terberak-berak bertempiaran menyorok setelah hilang segala harga diri dan wang pertaruhan.

Media yang pro-Barisan Nasional memang sudah lama kita boikot. Bukan kerana benci sangat pun, tetapi kerana sudah jemu menonton wajah-wajah yang sama (cuma mutakhir ni wajah Muhyiddin semakin kerap keluar TV dan semakin berseri pula nampaknya); dan kita bosan betul mendengar ucapan-ucapan badut-badut yang tidak lawak, mendatar, tong kosong dan berbelit-belit.  

Kita pun bukan selalu sangat membaca media alternatif. Bukan kerana meluat, tetapi kerana naskhahnya yang terhad dan sering kehabisan. Laman sosial sudah lama kita nyahkan dari dunia maya ini, tetapi sekali sekala kita intai jugalah laman web buat melepas rindu dendam.

Kita sudah nyaris mengaku kalah pun sebenarnya. Kita sudah bersedia menerima kemenangan Umno dan Barisan Nasionalnya. Kita akui hakikatnya yang nasib anak bangsa tidak akan berubah, kita masih terpaksa bekerja cukup makan tatkala Datuk-Datuk, Tan Sri-Tan Sri dan segala Tan Tin dan Tun nya akan terus menerus menyedut isi perut bumi Malaysia.

Kita hampir menerima hakikat bahawa Anwar Ibrahim tidak akan mampu bangkit lagi menentang kerajaan; manakala gagasan Pakatan Rakyat bakal berkubur dalam satu liang lahad, memandangkan sokongan umum yang sudah tawar leweh. Memang kita sendiri pun sedih tetapi nak buat macam mana, terimalah seadanya. Esok terpaksalah menghantar anak ke sekolah macam biasa.

Bak kata bekas penjajah kita dari negara atas angin, "Life Goes On!". Kita tahu perubahan itu sukar dan menuntut pengorbanan yang besar. Kita belum cukup kuat untuk berubah. Kita takut untuk berubah. Kita takut tak cukup makan, takut hilang stail dan status Bumiputeranya, kita takut dijajah semula, takut pemerintahan baru yang mungkin lebih terseleweng. Kita takut pada manusia. Kita takut mati.

Namun pada 12 Januari yang lalu, kita terkejut betul apabila terlihat beberapa keping gambar yang menunjukkan betapa api kebencian rakyat terhadap ketidak-adilan sebenarnya masih belum padam, bahkan semakin marak menyala-nyala. Ianya begitu mengesankan sekali sehingga kita membuat keputusan untuk mengambil pendirian baru yang lebih berani; kita menuntut kerajaan baru yang lebih bersih dan bertanggungjawab. Gambar-gambar berikut walaupun hampir sama dengan yang gambar-gambar “gelombang merah” yang pernah diterbitkan media Umno, memiliki perbezaan jelas iaitu semangat dan harapan.

Anda boleh saksikan sendiri:

Wah... ramai sekali umat manusia dari Malaysia yang sanggup bersusah payah sebegitu rupa. Untuk apa? Tak mungkin untuk suka-suka mencari pasal dengan pihak berkuasa, atau suka-suka menghabiskan masa berhujan berpanas berpeluh berhabis? Stadium Merdeka pada hari keramat tersebut penuh sendat sampai termuntah-muntah ke jalanraya. Laluan utama motokar dan keretapi ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sudah tersumbat, dibanjiri anak-anak muda yang bermatlamat suci. Mereka tak mahu bantuan sementara, mereka mahu hak warganegara yang kekal selamanya.

Umno dan Barisan Nasional sebenarnya sedang terketar-ketar mencari alasan. Langkah mereka sudah mengontot dan sumbang, bunga silat dan kuntau mereka sudah keras, kaku dan hodoh. Seri pada wajah-wajah mereka sudah hilang dikotori nawaitu yang sudah tersongsang. Mereka membebel dan merapu bagai orang mengigau siang. Isteri-isteri pak-pak menteri ini sudah tidak muncul-muncul lagi. Mereka benar-benar kaget dan takut untuk berdepan dengan gelombang baru yang bakal menghadapkan mereka ke mahkamah terbuka tajaan anak-anak Malaysia.

Kesimpulannya, kita masih ada peluang, bahkan peluangnya semakin cerah. Sudah tiba masanya rakyat memberanikan diri, membuka mata dan melihat sendiri yang mana nyata dan jujur, dan yang mana pula lakonan dan drama semata. Sudah tiba masanya para pemimpin Umno yang telah dipilih dan ditanggung rakyat jelata kembali bermuhasabah and kembali memperbetulkan niat anda sebagai wakil rakyat.

Berundurlah dengan terhormat jika tidak terdaya memikul beban suci ini. Masa untuk berlakon-lakon sudah tiada, filemnya sudah lama tamat, kembalilah kepada diri anda yang sebenar. Kembalilah ke alam nyata dan kepada warganya yang pernah berkorban demi anda. Jangan sombong dengan kuasa anda yang sedikit kerana kuasa yang ada ditangan saya jauh lebih berbisa.


Kuasa kita dan kuasa 27 juta rakyat Malaysia!




(function() { var d = document, w = window; w

Pas Terengganu bergolak, 3 Exco Terengganu tewas pemilihan PAS

  Pas Terengganu bergolak, 3 Exco Terengganu tewas pemilihan PAS October 18, 2021 9:22 pm Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) ...