Eskay : Saya Lurus, Bukan Homoseks Macam Saiful




Ditulis oleh shuaib ayob
24/03/2011


Dalam keghairahan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay semalam mendedahkan bahawa pengadu kes liwat fitnah dua, Saiful Bukhari Azlan adalah pengamal hubungan seks sejenis.

Bagaimanapun ahli perniagaan itu menegaskan ‘beliau bukan seperti Saiful ” kerana telah mengerjakan umrah dan haji.

Saya telah menunaikan umrah dan haji. Saya rasa saya telah lama dipergunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bukan macam Saiful, saya lurus saya bukan homoseks.

Eskay tidak mendedahkan sumber maklumatnya atau pun sama ada beliau mengenali Saiful secara peribadi. Beliau membuat kenyataan mengejut itu pada sidang akhbar semalam.

Ketika memberi keterangan di mahkamah bulan lalu, pakar kimia Seah Lay Hong mengesahkan kehadiran beberapa sampel DNA dari individu berlainan dalam dubur Saiful.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul menjelaskan bahawa fitnah video lucah diketengahkan ketika ini bagi memastikan UMNO mempunyai modal yang cukup untuk mengaibkan Anwar dalam menghadapi pilihanraya umum.

Ini kerana perbicaraan fitnah liwat terhadap Anwar mungkin akan selesai dalam sedikit masa dan UMNO akan ketandusan fitnah untuk menyerang moral ketua pembangkang itu.

"Pilihan Raya Sarawak makin dekat. Kes Mahkamah semakin hampir habis. Perlu ada isu berlarutan. Beberapa keputusan sudah tidak berpihak kepada kerajaan. Dan buku jingga pun dia orang (Kerajaan) dah tak larat nak berdebat. Jadi kena buat isu baru….kena cipta perkara lain,” kata Johari .

Video Lucah : Empat Kamera, Tapi Muka Pelakon Tak Jelas

Ditulis oleh Radzi Razak

PETALING JAYA 24 MAC : Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul hari ini mendedahkan video lucah "Datuk T" sepanjang 21 minit tidak jelas menunjukkan wajah pelaku lelaki sungguhpun dirakam menerusi lensa empat kamera yang di pasang di bilik hotel berkenaan.

Sebaliknya apa yang jelas hanyalah tubuh badan lelaki dan wanita yang melakukan hubungan seks pada 21 Febuari lalu.

"Last sekali dah habis masa tu dia hadap kamera tapi dia tunduk dan bangkit. Masa tu nampak badan tapi tak nampak muka. Tapi minda kita dah tentukan nak cari Anwar contohnya kalau cerita dalam bilik ni ada hantu, tak nampak, tapi siling tiba-tiba jatuh kita kata sah memang ada hantu. Kerana minda kita nak pastikan," kata beliau dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini.

Semalam bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengakui beliau , ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim yng mengelar diri mereka sebagai Datuk T mengaku bertanggungjawab terhadap video berkenaan.

Johari adalah Ahli Parlimen PKR yang pertama menonton video itu pada Isnin lalu.

Beliau semalam menolak fitnah Rahim dan Eskay bahawa video itu kononnya jelas merakamkan Datuk Seri Anwar sebagai mengadakan hubungan seks.

Hari ini Johari menyatakan secara terperinchi kenapa dakwaan itu fitnah semata-mata.

Beliau berkata dakwaan bahawa video itu jelas menunjukan kehadiran Anwar adalah rekayasa manakala kenyataan Eskay bahawa rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Kuala Lumpur juga amat mencurigakan.

"Dia kata dia bimbang sangat-sangat kalau Pihak Berkuasa Thailand akan mengambil kesempatan untuk ugut Anwar. Bila saya tanya Hotel di mana dia kata di KL. Maknanya semua ini afterthought. lepas dengar PC saya semalam mereka reka cerita," terang Johari.

Menurut Johari lagi, sidang media 'Datuk T' semalam menimbulkan lebih banyak persoalan dari menjawab kemusykilan umum, contohnya kenapa Hotel Carcosa di pilih untuk menayangkan video itu kepada wartawan. .

"Kenapa buat di Carcosa Sri Negara dengan sekuriti ketat seolah-olah sedang tunjukkan sebuah formula senjata nuklear yang takut didedahkan kepada negara asing, sedangkan nak tengok video sahaja. maksudnya ada motif" sindir beliau.

Johari berkata beliau yakin Rahim Thamby Chik menerima restu pucuk pimpinan tertinggi Umno kerana orang yang hendak di fitnah adalah seorang tokoh politik. .

"Samada ada arahan di atas saya tak tahu tapi mengenali Tan Sri, saya yakin ada arahan dari seseorang. Sebab yang dia nak 'frame' Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan Pak Ali Nasi Lemak. Cakap pasal Anwar mesti ada implikasi politik di Malaysia dan rantau asia. Ia makan kos banyak. Jadi mesti sekurang-kurangnya dia dah berbincang dengan pemimpin tinggi UMNO yang lain.

Eskay Adalah Pembohong, Kata Wan Azizah






KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyifatkan sebagai pembohongan, dakwaan Datuk Shazryl Eskay bahawa Presiden PKR itu kononnya meminta beliau untuk salinan video seks fitnah membabitkan suaminya.

"Saya tidak pernah meminta dan tidak berniat untuk melihat video itu. Ianya haram," tegas Wan Azizah kepada pemberita di Kuala Lumpur. .

“Saya tahu video itu adalah satu pembohongan, jadi kenapa harus saya tengok benda fitnah,” tambah beliau.

Wan Azizah menyifatkan tindakan Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim menyebarkan video fitnah semata-,mata tujuan politik sebagai tidak bermoral.

Beliau menyeru mereka supaya menghentikan perbuatan itu dan bertaubat.

Semalam Eskay mendakwa kononnya beliau diminta oleh Wan Azizah untuk memberikan video itu bagi mengesahkan sama ada benar suaminya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel.

Namun, menurut Eskay, beliau tidak mahu menyerahkan video itu atau pun memberi satu salinan kepada Wan Azizah kerana bimbang ia akan “disalahguna.”

Alasan itu bagaimanapun dangkal kerana jika pun salinan itu disalahguna, Eskay mempunyai rakaman asal untuk membuktikan segala dakwaannya itu.

Konspirasi Ke- 2 : Pihak Pendakwaan Tawar Najib Dan Rosmah Sebagai Saksi

Ditulis oleh Hadri Yaziz
24/03/2011 Share






KUALA LUMPUR 24 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara 73 saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan dalam kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut mengisi senarai nama saksi pendakwaan adalah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan serta senator Muhamad Ezam Mohd. Nor, beberapa kenalan Anwar dan tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim mahkamah tinggi kuala lumpur, Zabidin Mohd Diah sebelum ini menolak permohonan peguambela Karpal Singh untuk mempertimbangkan semula keputusan menerima tiga barang yang diperolehi dari lokap D9 Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur sebagai bahan bukti.

Sehubungan itu pihak pendakwaraya memanggil semula bekas ketua forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Supritenden Amidon Adnan dan ahli kimia, Nor Aidora Saedon untuk menandakan barangan tersebut sebagai bahan bukti pendakwaan.

Tiga barangan tersebut adalah sehelai tuala muka 'good Morning, berus gigi dan botol air mineral.

Semua barangan ini diperolehi daripada sel Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.

Chegu Bard Sahkan Video Lucah Rekayasa, RTC Pembohong


KUALA LUMPUR 24 MAC : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa fitnah video lucah yang direkayasa oleh tiga individu bergelar Datuk T.

Bercakap selepas menonton video itu, Badrul yang dikenali atas ketegasannya berhubung isu-isu prinsip, berkata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik juga berbohong mengenai video itu pada sidang akhbarnya semalam.

Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard dipelawa menonton video itu apabila dibawa berjumpa dengan Tan Sri Rahim dan Datuk Shazryl Eskay di sebuah hotel lima bintang pada Isnin lalu.

Beliau menonton video itu dua kali bersama Rahim dan Eskay serta seorang lagi yang tidak dikenali.

“Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar,” kata Badrul.

Badrul menegaskan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak harus tampil memberi penjelasan kerana nyata “ini permainan politik kotor kea rah menyelamatkan Umno menjelang pilihanraya yang semakin hampir.”

Badrul dilihat antara pemimpin muda yang berwibawa walaupun tidak sehaluan dalam beberapa isu dengan kepimpinan PKR.

Pada sidang akhbarnya petang tadi, Badrul turut mendedahkan bahawa Rahim memberikan kenyataan berbeza-beza dalam tempoh 24 jam lalu.

Pada sidang media semalam, Rahim menjual dirinya sebagai terlibat secara langsung dalam video itu. Namun , beliau memberitahu Badrul sehari sebelum itu beliau belum melihat rakaman berkenaan kerana baru pulang dari luar negara.

“Kami dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mac 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan (Eskay). Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menontonnya,” kata Badrul.

Beliau kemudian diminta untuk membawa salinan video berkenaan untuk ditunjukkan kepada isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail supaya Presiden PKR itu dan Anwar berundur dari politik.

“Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah,” kata Badrul,

“ Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah (Eskay) meminta untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah,” jelas beliau.

Badrul berkata dakwaan Rahim Thamby Chik kononnya Datuk T merujuk kepada beliau sendiri, Eskay dan Bendahari Perkara Shuaib Lazim mencurigakan.

Dalam pertemuan tersebut (di Hotel Shangri-La) Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim pun memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Badrul percaya selain ketiga-tiga individu yang menggelar diri Datuk T, video lucah yang direkayasa itu sebenarnya membabitkan lebih ramai orang dan “mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond.”

Beliau juga berkata nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput beliau dan rakannya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi. Badrul bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Beliau turut mendedahkan Eskay, Rahim, Datuk Aliasak dan Datuk Yusuf Nor pernah digambarkan bersama melawat sebuah kilang di selatan Thailand pada tahun lalu.

“Adakah mereka yang terlibat dalam kes ini juga mempunyai kepentingan dalam pembekalan baja ke Risda dari selatan Thailand,” tanya Badrul. Rahim adalah Pengerusi Risda yang dilantik oleh Datuk Seri Najib Razak pada Jun tahun lalu.

“Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang langsung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Anwar : Rahim Guna Umno Dan Video Fitnah Untuk Balas Dendam






Ditulis oleh shuaib ayob
24/03/2011 Share


KUALA LUMPUR 24 MAC - Pengakuan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa beliau seorang daripada pendalang video seks fitnah menzahirkan pembabitan Umno dalam konspirasi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, pengakuan Rahim turut mencerminkan dendam yang disimpan terhadap beliau susulan perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim terpaksa melepaskan jawatan itu selepas terpalit dengan tuduhan beliau merogol seorang gadis berusia 15 tahun – dakwaan yang disahkan oleh nenek gadis itu.

Pertuduhan terhadap Rahim itu bagaimanpun digugurkan kemudian oleh Peguam Negara atas alasan bukti tidak mencukupi sungguhpun ada kenyataan terbuka mangsa dan neneknya.

"Sekarang ini orang yang terlibat termasuk Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dulu dikaitkan dengan kes rogol di Melaka. Walaupun tidak didakwa, kertas pendakwaan telah ditandangani sendiri oleh Tan Sri Ghani Patail (ketua pendakwaraya ketika itu),” kata Anwar.

“ Walaupun tidak didakwa, kes rasuahnya melibatkan puluhan juta, tetapi sekarang dia menjadi seorang tokoh moral baru, tetapi dia melakukan kesilapan kerana dia mendedahkan satu video yang direkayasa sebegitu rupa dan kemudian cubaan untuk mengaibkan orang semata-mata untuk membalas dendam,” tegas Anwar.

Rahim menyalahkan Anwar di atas peletakan jawatan itu. Semalam beliau mendakwa mendedahkan video itu kerana mahu menegakkan kebenaran tetapi kemudian mengimbas balik perletakan jawatannya dengan sekali lagi menunding jari kepada Anwar.

Anwar berkata pembabitan Rahim yang diangkat menjadi Pengerusi Risda dua tahun lalu oleh Perdana Menteri Najib Razak hanya menzahirkan penglibatkan Umno dan Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

"Ini bagi saya memperkuatkan hujah kita dari peringkat awal, Umno memberi tahu mereka tidak terlibat. Sekarang Umno secara langsung terlibat.

“Ahli Parlimen Sungei Petani Datuk Johari Abdul malah menyebut bahawa kesediaan Rahim Tamby Chik bawa dia untuk menemui Datuk Sri Najib. Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

"Saya tidak tahu bagaimana Menteri Dalam Negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” tambah beliau.

Semalam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.

Anwar berkata hakikat adalah walaupun Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang mengaku mengeluarkan video berkenaan beberapa jam selepas identiti mereka dibongkar oleh PKR, masih bebas dari tindakan polis.

"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas),” kata Anwar.

Dalam pada itu, Anwar berkata tidak timbuil soal beliau di sebalik perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka.

"Itu dendam dia (Rahim). Saya pada masa itu Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak ada kuasa untuk mengugurkan dia sebagai Ketua Menteri, Itu kuasa Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya diarah untuk menyampaikan pandangan Dr Mahathir. Tentu Dr Mahathir kata dia lupa kerana dia menghidapi amnesia atau peringatan terpilih" kata Anwar.

Anwar berkata beliau tidak kesal dalam melaksanakan tanggungjawabnya dahulu walaupun terpaksa menghadapi fitnah dan dendam Rahim Thamby Chik sekarang.

“ Saya tidak merasa kesal atau salah kerana meminta beliau meletakkan jawatan walaupun saya tahu bidang kuasa saya tidak sehingga boleh minta mana-mana menteri atau ketua menteri untuk meletak jawatan. Ini semua orang tahu. Anda tanya Mahathir tentu dia tidak ingat,” tegas Anwar.

"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.

Fitnah Video Lucah � Najib jumpa Datuk T?

Fitnah Video Lucah � Najib jumpa Datuk T?
24/03/2011 Share

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berjumpa dengan ketiga-tiga individu yang mendalangi video seks fitnah sebelum mereka tampil mengakui bertanggungjawab atas rakaman itu semalam, kata Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Nik Nadzmi Nik Ahmad.

Pertemuan antara Najib, Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Shuaib Lazim dikatakan berlangsung di Bangunan Parlimen petang semalam.

Ia menguatkan hujah bahawa penyiaran video fitnah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membabitkan konspirasi politik tertinggi Umno, kata Nik Nadzmi.

“PKR dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam,” kata beliau.

“Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas,” tambah beliau.

Seperkara lagi yang menguatkan wujudnya konspirasi berkenaan adalah ketangkasan pertubuhan bukan kerajaan upahan Umno seperti Pekida mengadakan tunjuk perasaan menuntut penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat rakaman itu.

Tuntutan itu dibuat walaupun Rahim dan juak-juaknya belum pun menuntut penubuhan badan itu. Mereka hanya berbuat demikian selang beberapa jam setelah PKR membongkar identiti mereka sebagai dalang di sebalik rakaman lucah fitnah itu.

Nik Nadzmi menegaskan keengganan kerajaan bertindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit, hanya menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa sekali lagi ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, seperti mana yang berlaku pada tahun 1998.

“Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini,’ kata Nik Nadzmi.

Dalam pada itu pengakuan Datuk Eskay bahawa dia turut dirakam dalam video seks fitnah hanya menguatkan hujah bahawa ahli perniagaan itu sendiri terbabit dalam rakaman berkenaan dan bukannya “menjumpai” video itu di sebuah hotel, kata NIk Nazmi.

“Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri,” kata beliau .

“Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungei Petani) semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman,” kata Nik Nadzmi.

Datuk Johari yang menyaksikan video itu Isnin lalu memberitahu wartawan, beliau yakin 100 peratus orang yang dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina bukan Datuk Seri Anwar.

Selain faktor paras bentuk badan (termasuk perut) yang tidak menyerupai Anwar, Johari juga merujuk kepada “pelakon” video yang mirip muka Anwar memasuki bilik berkenaan ketika ketika peralatan rakaman video itu di pasang oleh seorang lelaki lain.

Semalam, Eskay mengakui beliau sendiri muncul dalam rakaman itu untuk menguatkan dakwaannya bahawa video itu tidak diolah dalam apa bentuk jua.

Namun pengakuan Datuk Eskay itu menimbulkan keraguan besar kepada jalan cerita asalnya iaitu beliau kononnya disuruh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut, tambah beliau .

“Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal,” kata Nik Nadzmi.

Anwar : Rahim Guna Umno Dan Video Fitnah Untuk Balas Dendam


KUALA LUMPUR 24 MAC - Pengakuan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa beliau seorang daripada pendalang video seks fitnah menzahirkan pembabitan Umno dalam konspirasi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, pengakuan Rahim turut mencerminkan dendam yang disimpan terhadap beliau susulan perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim terpaksa melepaskan jawatan itu selepas terpalit dengan tuduhan beliau merogol seorang gadis berusia 15 tahun – dakwaan yang disahkan oleh nenek gadis itu.

Pertuduhan terhadap Rahim itu bagaimanpun digugurkan kemudian oleh Peguam Negara atas alasan bukti tidak mencukupi sungguhpun ada kenyataan terbuka mangsa dan neneknya.

"Sekarang ini orang yang terlibat termasuk Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dulu dikaitkan dengan kes rogol di Melaka. Walaupun tidak didakwa, kertas pendakwaan telah ditandangani sendiri oleh Tan Sri Ghani Patail (ketua pendakwaraya ketika itu),” kata Anwar.

“ Walaupun tidak didakwa, kes rasuahnya melibatkan puluhan juta, tetapi sekarang dia menjadi seorang tokoh moral baru, tetapi dia melakukan kesilapan kerana dia mendedahkan satu video yang direkayasa sebegitu rupa dan kemudian cubaan untuk mengaibkan orang semata-mata untuk membalas dendam,” tegas Anwar.

Rahim menyalahkan Anwar di atas peletakan jawatan itu. Semalam beliau mendakwa mendedahkan video itu kerana mahu menegakkan kebenaran tetapi kemudian mengimbas balik perletakan jawatannya dengan sekali lagi menunding jari kepada Anwar.

Anwar berkata pembabitan Rahim yang diangkat menjadi Pengerusi Risda dua tahun lalu oleh Perdana Menteri Najib Razak hanya menzahirkan penglibatkan Umno dan Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

"Ini bagi saya memperkuatkan hujah kita dari peringkat awal, Umno memberi tahu mereka tidak terlibat. Sekarang Umno secara langsung terlibat.

“Ahli Parlimen Sungei Petani Datuk Johari Abdul malah menyebut bahawa kesediaan Rahim Tamby Chik bawa dia untuk menemui Datuk Sri Najib. Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

"Saya tidak tahu bagaimana Menteri Dalam Negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” tambah beliau.

Semalam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.

Anwar berkata hakikat adalah walaupun Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang mengaku mengeluarkan video berkenaan beberapa jam selepas identiti mereka dibongkar oleh PKR, masih bebas dari tindakan polis.

"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas),” kata Anwar.

Dalam pada itu, Anwar berkata tidak timbuil soal beliau di sebalik perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka.

"Itu dendam dia (Rahim). Saya pada masa itu Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak ada kuasa untuk mengugurkan dia sebagai Ketua Menteri, Itu kuasa Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya diarah untuk menyampaikan pandangan Dr Mahathir. Tentu Dr Mahathir kata dia lupa kerana dia menghidapi amnesia atau peringatan terpilih" kata Anwar.

Anwar berkata beliau tidak kesal dalam melaksanakan tanggungjawabnya dahulu walaupun terpaksa menghadapi fitnah dan dendam Rahim Thamby Chik sekarang.

“ Saya tidak merasa kesal atau salah kerana meminta beliau meletakkan jawatan walaupun saya tahu bidang kuasa saya tidak sehingga boleh minta mana-mana menteri atau ketua menteri untuk meletak jawatan. Ini semua orang tahu. Anda tanya Mahathir tentu dia tidak ingat,” tegas Anwar.

"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.

Bila Rahim Thamby Chik Tidak Dapat Sembunyikan Dendamnya Pada Anwar

Ditulis oleh Wira Arjuna
24/03/2011 Share



KOMENTAR : Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda, masih mendakwa beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Ketika menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di Hotel Carcosa, Datuk Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel itu dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur berkenaan.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Datuk Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca’, kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,’ kata beliau.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada Ahli Parlimen PKR Johari Abdul SEBELUM beliau menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Datuk Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Datuk Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan Barisan Nasional, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Datuk Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Tan Sri Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Eskay berkata beliau menghubungi Tan Sri Rahim kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik kerana beliau tidak mahu “membabitkan polis”.

Malah, jutawan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri “bukan orang KL” tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Datuk Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Di sebalik sifat “patriotiknya” itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar ketika itu “walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah” atas tuduhan merogol gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta “kecil” seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau, malah tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah ketika itu memutuskan “tidak cukup bukti” untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya “dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” amat mencurigakan, sepertilah video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Datuk Eskay.

Seperkara lagi: pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada Perkasa serta Presiden KITA Zaid Ibrahim.

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu SALINAN kepada Ketua Pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan di Star yang juga ahli Puteri Umno untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum di hantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Datuk Seri Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim Thamby Chik.