24/03/2011 Share
KUALA LUMPUR 24 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara 73 saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan dalam kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut mengisi senarai nama saksi pendakwaan adalah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan serta senator Muhamad Ezam Mohd. Nor, beberapa kenalan Anwar dan tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim mahkamah tinggi kuala lumpur, Zabidin Mohd Diah sebelum ini menolak permohonan peguambela Karpal Singh untuk mempertimbangkan semula keputusan menerima tiga barang yang diperolehi dari lokap D9 Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur sebagai bahan bukti.
Sehubungan itu pihak pendakwaraya memanggil semula bekas ketua forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Supritenden Amidon Adnan dan ahli kimia, Nor Aidora Saedon untuk menandakan barangan tersebut sebagai bahan bukti pendakwaan.
Tiga barangan tersebut adalah sehelai tuala muka 'good Morning, berus gigi dan botol air mineral.
Semua barangan ini diperolehi daripada sel Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.