PARTI MELAYU VS PARTI BUKAN MELAYU
PARTI MELAYU VS PARTI BUKAN MELAYU
Che ibrahim
Semua parti melayu akan bergabung dengan parti bukan melayu. Takdak satu pun parti melayu yang bergerak solo kecuali parti parti kerdil.
PH ada Dap,
PN ada Gerakan,
BN ada MCA dan MIC,
BERSATU dah bersama PN,
BERSAMA agak2 nak bersama siapa??
YANG GAGAL DAN BERJAYA DILAKSANAKAN
Zamzuri Ardani
Singapura pernah haramkan judi. Masa tu orang Singapura nak berjudi, mereka akan datang berjudi di Genting Highland Pahang Darul Makmur.
Ketua Menteri Tamil Nadu yang baru tidak mengharamkan arak. Dia hanya mengarahkan sekitar 700 kedai arak yang hampir dengan sekolah, hospital, stesen bas, dan rumah ibadat ditutup. Di tempat-tempat lain, tiada halangan.
Perkara ini boleh berlaku dan tidak menjadi kontroversi kerana ia dibuat tanpa membawa naratif agama dan kaum. Ia dibuat atas isu ekonomi dan sosial.
Di Turki, Erdogan pernah cuba memperkenalkan undang-undang membenarkan lelaki berpoligami secara sah. Poligami adalah amalan yang biasa dilakukan oleh lelaki Turki terutama di kawasan pendalaman. Tetapi undang-undang Turki tidak membenarkan poligami. Hanya seorang isteri sahaja yang boleh didaftarkan sebagai isteri yang sah mengikut undang-undang Turki. Di sana poligami adalah jenayah yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun.
Erdogan gagal dalam usahanya mengubah undang-undang berkenaan poligami ini kerana ia dianggap sebagai 'memperkenalkan undang-undang berasaskan kepercayaan agama'.
Masyarakat sekular di Turki menentang keras usaha ini.
Kerajaan Kedah mahu mengharamkan judi. Saya sokong usaha mahu mengharamkan judi. Dari sudut sosial dan ekonomi, judi tidak membawa kebaikan.
Tetapi bila MB Kedah kata beliau lakukan ini 'kerana Allah yang suruh', bagi saya ini satu pembohongan atas agama. Tidak ada nas yang qathie yang menyuruh pemerintah Islam menghalang orang bukan Islam dari aktiviti judi. Larangan berjudi yang dinyatakan di dalam Al Quran dan Hadith hanyalah ke atas orang Islam.
Kerajaan Negeri bagi saya boleh mengharamkan judi ke atas bukan Islam, tetapi bukan atas alasan 'Allah yang suruh'. Ini kerana ianya tidak betul. Tidak ada nas yang sebut 'Allah suruh haramkan judi ke atas orang bukan Islam'. Benda yang Allah tak suruh, kita jangan memandai-mandai kata Allah suruh.
Akhirnya bila isu ini dibawa ke Mahkamah, ianya didapati bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Amirul Mukminin Umar Al
Khattab pernah mengharamkan para sahabat Nabi dizamannya dari mengahwini wanita dari kalangan Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani). Waktu itu Islam sedang berkembang ke wilayah Rom dan Farsi.
Bila Huzaifah Al Yaman bertanya apakah ini perintah agama, Umar Al Khattab menjawab ianya bukan perintah agama, tetapi Umar RA bimbang amalan ini akan menjadi ikutan ramai menyebabkan nanti wanita-wanita Arab terpinggir dari mendapat jodoh. Umar bimbang berlaku masalah sosial di kalangan wanita Arab.
Walaupun apa yang dihasrat oleh Umar RA itu baik dari pandangan agama, baginda tidak pula mengatakan ianya perintah agama.
RENUNGAN | Jawapan kepada “Siapa Boleh Ganti Anwar dan Kabinetnya?” Sebenarnya Mudah: Sesiapa Sahaja pun boleh
CnP
Apabila saya terdengar bahawa Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh sedang mempertimbangkan untuk menyaman Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebanyak RM10 juta kerana dikatakan hanya keluar PKR beberapa jam atau sehari selepas menyertai Parti Bersama Malaysia, saya teringat pula kepada Menteri Pendidikan kita , Fadhlina Sidek, yang pernah mengajak pelajar sekolah menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada Anwar Ibrahim tidak lama dahulu.
Selepas itu, saya teringat pula kepada satu ucapan oleh Menteri Sumber Manusia Ramanan Ramakrishnan baru-baru ini. Ramai orang mengingati ucapan itu kerana dalam ucapan itu, Ramanan mengkritik Rafizi dengan keras sehingga menimbulkan kemarahan Hassan Karim, tetapi saya mengingati ucapan itu lebih kerana dalam ucapan itu, saya merasakan macam Ramanan terlebih memuji dan merayakan Anwar.
Selepas itu, saya teringat pula yang Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang beberapa hari lepas mengatakan bahawa tiada petanda bahawa Anwar akan membubarkan Parlimen dalam masa terdekat. Hanya beberapa hari selepas itu, Anwar pula akan mengumumkan bahawa pilihan raya mengejut mungkin berlaku pada bila bila masa saja.
Apabila saya fikirkan gelagat mereka ini, teringat pula saya pada zaman ketika saya menjadi guru dahulu.
Semasa saya mengajar dahulu, saya menyedari bahawa pelajar boleh dibahagikan kepada tiga jenis — pelajar cemerlang, pelajar sederhana, dan pelajar nakal.
Ramai orang menyangka pelajar cemerlang adalah mereka yang mendapat keputusan peperiksaan yang terbaik, tetapi hakikatnya tidak begitu. Pelajar cemerlang lazimnya memang akan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tetapi ciri utama yang membezakan mereka dengan pelajar lain ialah mereka berkecenderungan untuk memahami realiti.
Sebagai seorang cikgu, apabila kita mengajar seorang pelajar cemerlang bahawa semua warna pelangi berasal daripada cahaya putih, contohnya, reaksi mereka bukan sekadar menerima tanpa soal apa yang kita kata, hanya sebab kita seorang cikgu. Sebaliknya, mereka akan cuba menyelaraskan apa yang kita ajar pada mereka dengan apa yang mereka lihat dalam realiti.
“Kalau semua warna datang dari cahaya putih, kenapa langit nampak biru? Adakah ia benar-benar biru? Kenapa kadang-kadang oren? Adakah cahaya matahari sebenarnya kuning, atau kita hanya melihatnya begitu dari bumi? Kalau dari angkasa, adakah ia nampak putih?”
Begitulah cara pelajar cemerlang berfikir.
Kadang-kadang sebagai guru, kita akan menganggap mereka sebagai mencabar autoriti kita sebagai cikgu atau tidak menghormati kita kerana sering mempersoalkan kita, tetapi hakikatnya, mereka bukan melawan autoriti — mereka hanya mahu memahami realiti. Dan jika untuk memahami realiti mereka perlu mempersoalkan autoriti kita, mereka akan melakukannya.
Pelajar sederhana pula berbeza.
Mereka lebih cenderung untuk tunduk kepada autoriti.
Jika guru kata air itu kering dan api itu basah, mereka akan mengangguk dan menyalin sahaja apa yang kita kata tanpa banyak soal.
Bagi mereka, yang penting itu bukan kebenaran,tetapi memenuhi kehendak pihak atasan— sama ada pihak atasan itu adalah guru, ibu bapa, atau sistem peperiksaan.
Jika mereka perlu menerima bahawa hitam itu putih dan putih itu hitam demi memenuhi kehendak orang atasan, mereka akan melakukannya tanpa banyak soal.
Pelajar nakal pula satu lagi kategori yang berbeza.
Mereka bukan mencari kebenaran seperti pelajar cemerlang, dan bukan pula sekadar patuh seperti pelajar sederhana. Sebaliknya, mereka mahu apa yang ada pada guru — kuasa, perhatian, dan pengaruh.
Mereka mencabar guru bukan kerana ingin memahami realiti, seperti seorang pelajar cemerlang, tetapi kerana mahu menjatuhkan gurunya dan mengambil alih kuasa, pengaruh dan perhatian yang dimiliki oleh gurunya.
Sebagai guru, saya akui pelajar sederhana memang paling mudah diurus.
Mereka patuh, tidak banyak kerenah, dan melakukan apa sahaja yang diminta.
Namun dalam kehidupan kita, apabila kita berdepan dengan masalah besar atau cabaran serius, ataupun bila kita mempunyai matlamat yang besar, tiada yang lebih bernilai kepada kita selain daripada khidmat pembantu yang berbakat dan cemerlang, yang benar-benar memahami realiti dengan mendalam, untuk membantu kita.
Jika kita dibantu oleh individu yang cemerlang, berkebolehan tinggi dan berpijak pada realiti, mereka mampu mencari seribu satu jalan untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat kita.
Sebaliknya, jika kita hanya dibantu oleh pembantu-pembantu yang sederhana, ia hanya tidak akan menjadi masalah selagi keadaan kita adalah baik dan semua yang kita uruskan boleh berjalan lancar, walaupun kita tidak menumpukan perhatian sangat kepada apa yang kita uruskan.
Apabila apa yang kita uruskan berkeadaan stabil dan lawan kita adalah lemah, memang mudah untuk kita tergoda dengan keinginan untuk mengelilingi diri kita dengan pembantu-pembantu sederhana yang berkecendurungan untuk memuji dan menyanjung kita.
Tidak dinafikan bahawa kalau kita dikelilingi oleh orang-orang yang berkecendurungan menyanyikan lagu hari lahir kepada kita atau terbiasa mengangkat dan memuji kita, memang kita akan berasa sedap dan selesa.
Tetapi apabila masalah datang, pembantu-pembantu yang sederhana ini selalunya hanya akan menambah masalah kita sahaja.
Contohnya, apabila kita adalah seorang pemimpin yang kelihatan lemah kerana sudah lama tidak mencapai kejayaan, atau kita sedang bergelut dalam menguruskan kerja kita, atau kita sedang berdepan saingan yang sengit daripada pihak lawan, tindakan pembantu-pembantu kita yang sederhana untuk mengancam saman RM10 juta ke atas lawan kita hanya kerana isu teknikal yang remeh - yang hanya membabitkan kelewatan sehari atau beberapa jam - hanya akan menjadikan kita nampak lebih lemah lagi.
Jika kita di bantu kita ada orang yang berkebolehan dan benar-benar memahami realiti, mereka tidak akan bertindak sedemikian. Mereka akan sedar bahawa tindakan itu hanya menambahkan persepsi bahawa kita sudah lemah dan hilang keyakinan diri, pada ketika kita paling perlu untuk kelihatan kuat dan yakin.
Namun itulah dia - orang sederhana memang tidak cenderung berfikir berdasarkan realiti.
Mereka lebih cenderung untuk berfikir untuk memuaskan orang atasan saja.
Bila orang atasannya bermasalah, mereka hanya akan bertindak untuk melakukan apa yang mereka fikir akan menyenangkan orang atasan mereka, walaupun tindakan mereka itu akhirnya memudaratkan pemimpin sendiri.
Sebab itu apabila seseorang pemimpin itu berada di puncak kuasa, dia perlu sedar bahawa keadaan itu tidak akan kekal selamanya, dan meyediakan payung sebelum hujan.
Dia perlu mengelilingi dirinys dengan orang yang benar-benar berbakat dan berkebolehan, walaupun mereka lebih sukar diurus, kerana merekalah yang akan membantunya bila keadaan berubah.
Namun apabila kejayaan mula membuat seseorang pemimpin itu lupa diri, dia akan mudah percaya bahawa dirinya tidak boleh diganti, atau dia seorang sahaja boleh meyelesaikan segala masalah atau tuah dan nasib akan sentiasa menyebelahinya, lalu memilih untuk dikelilingi oleh pembantu-pembantu yang sederhana yang hanya akan mengiyakan setiap kata-katanya.
Akhirnya, apabila keadaan berubah, maka akan terbeban lah dia kerana orang-orang yang dia harapkan akan membantunya menyelesaikan masalahnya atau menghadapi cabarannya, hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Lepas memburukkan lagi keadaan, mereka akan mengharapkan dia untuk memahami bahawa mereka hanya cuba untuk membantunya, dan menghargai apa yang mereka lakukan, walaupun mereka hanya menambahkan masalahnya.
Apabila saya mengkritik Anwar Ibrahim, masih ada lagi sekerat dua penyokongnya yang tinggal yang akan membela dia dengan berkata :
“Ya, kami tahu Anwar ada kelemahan, Nehru — tapi siapa lagi yang lebih baik daripada dia? Siapa lagi yang boleh mengurus dan memimpin negara dengan lebih baik dari Anwar kalau Anwar diganti?”
Saya sentiasa merasakan bahawa hujah mereka ini adalah hujah agak ganjil.
Saya rasa ianya adalah ganjil, kerana ianya seolah-olah menggambarkan Anwar Ibrahim dan pasukannya sebagai manusia luar biasa yang tidak penggantinya langsung dalam negara.
Tapi pada pandangan saya, tidak ada apa pun yang terlalu luar biasa tentang tentang Team Anwar yang terdiri daripada menteri-menteri seperti Fuziah Salleh, Fahmi Fadzil, Ramanan Ramakrishnan atau Fadhlina Sidek.
Apa susahnya nak nyanyikan lagu Happy Birthday atau saman orang berjuta juta ringgit untuk perkara kecil?
Apa yang Anwar dan kabinetnya mampu lakukan sebenarya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tapi apa yang mereka tidak mampu lakukan pula, mungkin boleh dilakukan oleh ramai orang lain dengan baik, jika diberi peluang.
Jadi pada pendapat saya, kalau Anwar dan kabinetnya diganti, besar kemungkinan keadaan kita tidak akan menjadi lebih teruk — tapi ada keberangkalian yang baik yang pengganti mereka adalah lebih berkebolehan dan berbakat daripada mereka, selagi orang yang menggantikan Anwar sebagai pemimpin negara, tidak mudah tergoda dengan keinginan untuk dikelilingi oleh pembantu-pembantu sederhana yang cenderung untuk tunduk kepadanya, tetapi boleh menerima dan menghargai bantuan daripada orang-orang yang berkebolehan, yang benar- benar memahami realiti, walaupun mereka tidak selalu akan tunduk kepada kehendak orang atasan.
#AnwarIbrahim #RRamanan #fuziahsalleh #FadhlinaSidek #fahmifadzil #pakatanharapantelukintan #KerajaanMadaniTerbaik #KerajaanPerpaduan #therealnehruism
Kredit Imej: FMT
LAGI HAL TAR SENIK.. KEH KEH
Norshidah Md Daud
Macam babi perangai Mokhtar Bin Senik ni
Bil letrik pun tertunggak lebih RM 20k
TNB pun cam gampang xnak potong


