Anwar Ibrahim: Kenapa Tak Tanya PM Berapa (Kerusi) PN Ada? Kenapa Tak Be...

Dilema kerjasama UMNO-PKR



Jika betul terjadi, kerjasama antara UMNO dan PKR nyata amat bersejarah. Tetapi untuk menjayakannya, kedua-dua parti perlu melupakan sejarah berduri mereka, dan salah satu parti mungkin perlu membelakangkan ideologi asal mereka. Mampukah ini dilakukan? Apa pula kata penyokong kedua-dua parti tentang idea untuk mewujudkan ‘uneasy alliance’ ini? Luqman Hariz menemu bual Senator Yusmadi Yusof, Ahli Dewan Negara daripada PKR.





#AWANI745 17 Mac 2021

Reaksi audio Zahid. Umno bersama PH. Apa kata anda, apa kata ahli Umno?

Amaran MB Kedah | Pulau Pinang mungkin akan pam air selut dari Sungai Muda



Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemungkinan akan mengepam air selut dari Sungai Muda pada masa akan datang, sekiranya masih bertegas enggan membayar pampasan caj bekalan air kepada negeri Kedah. Itu amaran keras Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, memandangkan terdapat beberapa projek yang masih dalam perancangan dan boleh memberi kesan kepada aliran air Sungai Muda.





ASEAN perlukan visi baharu, tamatkan krisis Myanmar

 

untitled image



POSTED BY AMIR WRLR

Lima pemimpin dari Asia Tenggara termasuk Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ASEAN supaya membentuk visi baharu bagi menamatkan tindakan tentera membunuh rakyat di Myanmar.



Dalam satu kenyataan, mereka berpendapat walaupun rakyat ASEAN bercita-cita menuju wilayah yang aman dan demokratik yang menghormati hak asasi manusia, kerajaan ASEAN gagal menangani masalah tersebut secara berkesan sehingga berlakunya krisis di Myanmar.



"Sementara penunjuk perasaan pro-demokrasi Myanmar yang berani dibunuh oleh junta tentera, semua kerajaan ASEAN menunjukkan kurangnya kehendak politik dan kesatuan untuk menekan junta tentera untuk menamatkan pembunuhan itu.



"Kejadian di Myanmar menunjukkan, sekali lagi, ketidakmampuan kerajaan ASEAN dalam menangani krisis serantau. Selama beberapa dekad, kerajaan ASEAN secara konsisten gagal melindungi rakyatnya dari satu krisis ke krisis yang lain, termasuk pencemaran jerebu lintas negara, bencana kemanusiaan Rohingya, dan pelbagai pelanggaran hak asasi demokratik dan hak asasi manusia.



"Kerajaan ASEAN sering menggunakan doktrin tidak campur tangan. Doktrin ini mungkin diperlukan pada masa lalu, tetapi ia menjadi penghalang utama pembangunan demokrasi yang bersifat proaktif dan melindungi hak asasi rakyat ASEAN," katanya.



Justeru, mereka menuntut supaya kerajaan ASEAN meninggalkan doktrin lama iaitu tidak campur tangan dan meneruskan pendekatan baharu iaitu penglibatan yang membina dan kritikal, dengan pilihan untuk mengenakan sekatan perdagangan dan ekonomi ke atas junta tentera Myanmar.



"Semua kerajaan di ASEAN harus bersatu dan memberikan mesej yang tegas kepada junta tentera Myanmar untuk segera membebaskan semua tahanan politik, untuk memulihkan keadaan politik di Myanmar seperti sebelum kudeta 1 Februari 2021 dan menghormati suara rakyat pada pilihan raya umum Nov 2020.



"Semua orang yang bertanggungjawab atas pembunuhan orang yang tidak bersalah juga harus didakwa dan dibawa ke muka pengadilan. Kerajaan ASEAN mesti bersatu dan menggantung keanggotaan Myanmar dalam ASEAN dan seterusnya mengenakan sekatan perdagangan dan ekonomi yang disasarkan terhadap junta tentera dan rakan-rakan mereka," katanya.



Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim; Ketua Pembangkang Kemboja, Sam Rainsy; Ahli Parlimen Jakarta Barat dari Indonesia Dr Fadli Zon, Senator dan Pengerusi Majlis Liberal Asia dan Demokrat Filipina, Kiko Pangilinan; bekas ahli Parlimen Singapura, Charles Chong dan bekas Menteri Dalam Negeri Thailand, Kasit Piromya.

 

Pelajar 17 tahun pun dikompaun RM10,000?

 



Tindakan kerajaan meningkatkan kompaun melanggar Prosidur Operasi Standard (SOP) menghindari jangkitan Covid 19 daripada RM1,000 kepada RM10,000 membebankan pelbagai golongan.



Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tragedi seorang remaja yang terlupa mengimbas QR MySejahtera dikompaun RM10,000 sepatutnya membuka minda pemimpin negara untuk mengkaji semula peraturan tersebut.



"Merujuk kepada laporan media seorang pelajar berusia 17 tahun dikompaun RM10,000 di Melaka kerana terlupa mengimbas aplikasi MySejahtera. Kejadian ini membuktikan kelompongan SOP Covid-19 oleh kerajaan hari ini.



"Saya bersimpati buat pelajar terbabit dan keluarganya. Nilai RM10,000 terlampau besar untuk kebanyakan rakyat.



"Saya akan menulis surat segera kepada Pengarah Kesihatan Melaka untuk menilai kembali SOP menindas ini dan mengecualikan pelajar ini daripada di denda maksimum," katanya dalam satu kenyataan.



Sejak 11 Mac lalu, apabila kadar baharu diperkenalkan sebanyak 1,377 orang telah dikompaun RM10,000.



Banyak pihak tidak berpuas hati dengan kadar baharu itu dan meminta kerajaan menilai kembali peraturan terebut kerana kadar yang membebankan sewaktu ekonomi negara meleset.

 

PRESIDEN UMNO MESTI BERANI PECAT DUA AHLI MT YANG DURJANA INI

 

UMNO mengenal pasti dua ahlinya yang sering membocorkan segala maklumat setiap kali mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sewaktu berucap di hadapan Ketua-ketua Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO peringkat Perhubungan Negeri Melaka di Villa D’Acqua Homestay, Masjid Tanah, Isnin lalu.

Yang hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Ahmad Zahid bersama Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan kerja meninjau persiapan Barisan Nasional (BN) negeri ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Memetik Utusan Malaysia, dedah sumber, bekas Timbalan Perdana Menteri itu jelas berang dengan sikap dua Ahli MT berkenaan kerana sanggup menyalurkan semua maklumat dan butiran setiap kali mesyuarat.

“Ahmad Zahid maklumkan dua MT iaitu masing-masing lelaki dan wanita dikenal pasti hasil siasatan dilakukan.

“UMNO tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti. Presiden UMNO akan umumkan nama mereka tidak lama lagi serta tindakan yang mungkin diambil iaitu memecat keahlian mereka daripada UMNO,” katanya yang hadir dalam perjumpaan terbabit.

Bagaimanapun, kata sumber itu lagi, Ahmad Zahid tidak mengumumkan nama kedua-dua mereka dan dari bahagian mana.

Dalam ucapan itu juga, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut meminta seluruh bahagian di negeri ini melakukan gerak kerja yang lebih tersusun untuk memenangi hati rakyat, bagi meyakinkan pengundi untuk memilih UMNO dan BN.

“Presiden UMNO tidak mahu ahli parti yang hanya pandai berpidato tetapi hasil gerak kerja di peringkat bahagian dan cawangan tidak dilaksanakan dengan sempurna,” jelas sumber itu lagi.




‘Saya takde masalah, bersedia jumpa Anwar’, kata Azam Baki

 

‘Saya takde masalah, bersedia jumpa Anwar’, kata Azam Baki


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki bersedia untuk menerima dan bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, beliau dan SPRM sendiri tidak mempunyai masalah untuk bertemu Anwar bagi membincangkan isu berkaitan rasuah.

“Saya tiada masalah… saya bersedia jika dia (Anwar) nak datang berjumpa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI malam ini.

Ditanya mengenai dakwaan tekanan siasatan ke atas ahli Parlimen PKR dan keinginan Anwar mahu SPRM bersungguh-sungguh membanteras rasuah, Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, Anwar menyatakan hasratnya untuk menulis surat bagi mengadakan pertemuan dengan Azam susulan terdapat beberapa ahli Parlimen PKR ugutan dan sogokan.

Kata Anwar yang juga Presiden PKR, mereka mahu SPRM menjadi agensi yang tegas membanteras rasuah dan tidak dijadikan senjata politik.



Gempar! Zahid dedah Dua MT UMNO disiasat bocor maklumat mesyuarat

 Gempar! Zahid dedah Dua MT UMNO disiasat bocor maklumat mesyuarat


UMNO mengenal pasti dua ahlinya yang sering membocorkan segala maklumat setiap kali mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sewaktu berucap di hadapan Ketua-ketua Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO peringkat Perhubungan Negeri Melaka di Villa D’Acqua Homestay, Masjid Tanah, Isnin lalu.

Yang hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Ahmad Zahid bersama Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan kerja meninjau persiapan Barisan Nasional (BN) negeri ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, dedah sumber, bekas Timbalan Perdana Menteri itu jelas berang dengan sikap dua Ahli MT berkenaan kerana sanggup menyalurkan semua maklumat dan butiran setiap kali mesyuarat.

“Ahmad Zahid maklumkan dua MT iaitu masing-masing lelaki dan wanita dikenal pasti hasil siasatan dilakukan.

“UMNO tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti. Presiden UMNO akan umumkan nama mereka tidak lama lagi serta tindakan yang mungkin diambil iaitu memecat keahlian mereka daripada UMNO,” katanya yang hadir dalam perjumpaan terbabit.

Bagaimanapun, kata sumber itu lagi, Ahmad Zahid tidak mengumumkan nama kedua-dua mereka dan dari bahagian mana.

Dalam ucapan itu juga, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut meminta seluruh bahagian di negeri ini melakukan gerak kerja yang lebih tersusun untuk memenangi hati rakyat, bagi meyakinkan pengundi untuk memilih UMNO dan BN.

“Presiden UMNO tidak mahu ahli parti yang hanya pandai berpidato tetapi hasil gerak kerja di peringkat bahagian dan cawangan tidak dilaksanakan dengan sempurna,” jelas sumber itu lagi. 





KETAYAP ATAIH KEPALA PUN DOK PUTAQ CAKAP....PUTAQ KEPALA BARU HANG TAU.....

 


Pelaburan masuk ke Kedah RM68 billion adalah berita palsu, Nurul Amin perlu disiasat

Pelaburan masuk ke Kedah RM68 billion adalah berita palsu, Nurul Amin perlu disiasat

Ada yg bertanya betul ke angka pelaburan yg masuk ke kedah sebesar 68bilion? Angka itu disebut oleh Nurul Amin Hamid. Sy jengok fb beliau memang ada dalam postingnya. Dibaca profail .. Nurul Amin ini ketua pemuda pas kedah. Tidak pasti ada jawatan dlm kerajaan ke tidak.

Sumber resmi yg sering dirujuk jika berkait pelaburan ialah MIDA. Ini perkara asas utk siapa shj yg ingin tahu ttg info pelaburan.

Pelaburan asing, pelaburan domestik, pelaburan mengikut sektor – pembuatan, perkhidmatan dll. Jumlah projek dan peluang kerja yg diujudkan. Prestasi pelaburan mengikut negeri pun ada. Pendek kata info di hujung jari.

Berbalik kpd 68bilion yg ditulis oleh Nurul Amin, sy masuk semak laporan MIDA 2021.
Prestasi pelaburan Msia utk 2020 jumlahnya 164bilion. 5 negeri tertinggi menarik pelaburan ialah Selangor, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Selangor mencatat 38.7bilion dan Pulau Pinang 16bilion. Kedah tidak tercatat 5 negeri teratas. Apalagi 68bilion !

#staysafe



Panas! Ahli parlimen Putatan dedah ditawar imbuhan untuk lompat parti

 


Panas! Ahli parlimen Putatan dedah ditawar imbuhan untuk lompat parti


17 Mar 2021

Awang Husaini Sahari mendedahkan beliau ditawarkan imbuhan sekiranya beralih sokongan kepada Perikatan Nasional.

AHLI Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari berkata ada orang tengah menghubunginya lebih lima kali untuk meyakinkan beliau meninggalkan PKR dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Beliau memberitahu The Malaysian Insight ia bermula selepas Langkah Sheraton pada Februari tahun lalu yang menyaksikan PN mengambil alih kerajaan pusat daripada Pakatan Harapan (PH). 


INI MAMAT NI P LENA TANG MANA? DIAM JA PUN...ISLAM TERANCAM ...KAH.....MASUK BERTANDING LA MUALAF.

 

Mereka semakin berani? Ramai betul yang murtad zaman kerajaan Melayu Isle tapi

Firdaus Wong Wai Hung

tak berbunyipun islam terancam. Itu belum masuk bab makin ramai orang susah kena buang kerja, dengan denda menggila sampai 100k semua pakat bisu tak bertebing.


May be an image of monument and text that says "mk malayslakini Malaysiakini (BM Version) 4m Wanita itu mendakwa dia tidak pernah mengucapkan dua kalimah syahadah dan sepanjang hidupnya tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. KOMPLEKS MAHKAMAH MAHKA KUALA LUMPUR MALAYSIAKINI (BM VERSION) Ejen insurans mohon mahkamah batal status peluk Islam secara sepihak 17 11 Comments"

ADA DALANG YA.....

Wajib dipecat dengan segera.....



 May be an image of text that says "malaysiakini xR38-aT BERITA UTAMA malayslakini. Umno kenal pasti dua MT dalang boco rahsia parti Ahmad Zahid maklumkan dua MT iaitu masing- masing lelaki dan wanita dikenal pasti hasil siasatan dilakukan."

Fatamorgana politik UMNO di Perak, DAP dan AMANAH ditegur

 


Fatamorgana politik UMNO di Perak, DAP dan AMANAH ditegur

Ada sahabat tanya aku, Bagaimana dengan Amanah dan DAP yang sokong UMNO di Perak ? aku menulis pada 7 Disember sebelum Shaarani dari UMNO ditabalkan Sebagai MB Perak..Aku menegur DAP dan Amanah yang terikut ikut dengan game budak Selvador tu..Kebetulan dia Pengerusi MPN PKR Perak.

Masa tu DAP dan Amanah berfantasi memberikan pelbagai dalil seolah olah dapat menubuhkan Kerajaan pro rakyat bersama UMNO, maka depa tolonglah jatuhkan Peja.. Bila bertemu dengan Reality Politik, Akhirnya Amanah dan DAP jadi tikus Makmal projek kajian ” Game Changer” Zahid dan Najib dalam Politik..nak ikut Politik Bodoh dan gelojoh ini lagi ?

Bukan kah akhirnya UMNO membina Kerajaan dengan PN dan PAS jugak, Apa faktor yang menghalang mereka bersama PH, Sentimen Melayu bawahan dam kepimpinan UMNO, No PKR..Do DAP.. Jika diteruskan PH hanya akan kena game dengan UMNO sekali lagi di Putrajaya seperti di Perak..Akhirnya korang yg bantu memperkuatkan UMNO.. Bodoh punya penasihat! 🙂

Jadi baca jerlah Tulisan aku..

————————————-

FATAMORGANA DAN REALITI POLITIK KELOMPOK ASHABIYAH..

Nampak seperti Indah di Perak.. Seolah olah UMNO dapat menerima DAP.. hakikat yang kita kena fahami.. tidak mungkin ahli bawahan, akar umbi hatta UMNO seluruh negara dapat menerima DAP.. ia hanya ilusi pemimpin PH yang terpana dengan fatamorgana demi kuasa dalam Politik..

Kebetulan memang UMNO menang besar di Perak iaitu melebihi 27 Kerusi… jadi dia gunakan kuasa yang ada pada mereka menjatuhkan MB Peja dari Bersatu hanya sebagai signal kepada Muhyidin… Kalau kita bijak dan tak terpesona dengan kuasa.. Kita cuma perlu biarkan UMNO berpencak silat dengan PN dan Muhyidin..

Malangnya PH jadi sebahagian plot mereka.. hanya menghiasi sebahagian babak babak drama politik UMNO..terutama melibatkan Najib dan Zahid yang begitu resah menantikan saat melangkah kaki ke Penjara… Jadi tak perlulah kita pulak jadi penolong depa… Biarkan mereka berantakan sesama sendiri..

Jika kita bijak..tawarkan saja kepada siapa yang mahu bersama dengan PH.. tak kira dari UMNO mahupun PN… Yang penting PH memimpin.. Soal mereka terima atau tidak.. itu tak menjadi soal.. Sememang nya sejak awal.. UMNO sudah mampu bina kerajaan jika bersatu dengan PAS…

cumanya selepas PRU 14 hasrat mereka tidak menjadi kenyataan sebab ketika itu PAS dan UMNO masih tidak bersama dalam satu gabungan… PH ada kelebihan sebab berkuasa di Pusat..

Kebetulan Peja ada hubungan keluarga dengan beberapa adun Perak yang membuatkan ada kompromi dibuat melantik Peja biarpun Peja dan bersatu hanya ada 1 kerusi di Perak…

Nampaknya Amanah dan DAP pun masih gagal memahami realiti Politik..masih bersandiwara dengan dalil dalil kononnya bersama dengan UMNO demi kestabilan dan ketelusan dalam pentadbiran..hakikatnya itu takkan berlaku jika UMNO yg memimpin..

Terima lah hakikat…Kita hanya boleh bersama atas satu prinsip yang jelas.. Iaitu parti dan Pemimpin yang boleh menerima parti pelbagai kaum.. hatta menerima parti seperti DAP.. tidak bergantung dengan sentimen kaum dan Agama apalagi seruan2 Ashabiyah.. Apakah UMNO sanggup menerima semua ini sedangkan itulah nyawa mereka untuk terus berkuasa..

Tak mungkin UMNO akan meninggalkan seruan Ashabiyah yg menjadi nyawa mereka..Begitu juga dapat menerima DAP.. semua itu hanya menjadi ilusi pemimpin pemimpin PH yang tidak faham reality Politik hari ini.. tak perlu lah DAP dan Amanah mewajarkan kerjasama ini dengan memberi pelbagai dalil sepertimana PAS dulu..

UMNO sangat perlukan PAS, begitu juga PAS untuk hadapi PRU 15.. hanya disebabkan Kuasa ditangan Bersatu dan Muhyidin membuatkan PAS terikat dengan Bersatu dan PN.. atas faktor itu mereka akan tetap bersama.. Jadi jangan mimpilah kononnya UMNO akan menerima DAP dan PH.. Mereka hanya perlukan PH atas sebab sebab kuasa…

Memang UMNO di Perak kukuh..sudah lama pun mereka dapat jatuhkan PH mahupun Peja, hanya disebabkan perjanjian didepan Sultan membuatkan mereka hanya mampu memainkan adu domba yang DAP dan Aziz bari ada rencana menjatuhkan MB Peja dari Bersatu… Depa hanya mampu pecah belahkan PH itu yg Najib lakukan ketika PH berkuasa.. Menghasut ddengan ketakutan kepada DAP..

Hari ini menjatuhkan Peja memang menjadi hasrat akar umbi UMNO di Perak… Cuma Zahid dan Najib bijak mengolah persetujuan pemimpin UMNO dibawah..Apakah kita mengharapkan mereka pula membantu PH di Persekutuan..kalau Najib dan Zahid setuju sekalipun..tetapi tidak pemimpin UMNO yang lain…

Jadi berpijak lah atas realiti Politik.. jangan terbuai dan sekali lagi menjadi buah catur Zahid dan Najib..Muhyidin pada bila bila masa boleh tumbang.. Cukup sekdar UMNO umumkan Keluar dari gabungan menyokong Muhyidin maka jatuhlah kerajaan Muhyidin.. dah pasti mereka tak lakukan sebab akan membuka laluan kepada Ds Anwar..mereka tidak bodoh.. di Persekutuan kedudukan depa tak sama seperti di Perak..

Jika UMNO dan PN berantakan..Muhyidin tumbang…Ketika tu ambillah Peluang.. Jangan sebab kita jadi Asbab Kelompok UMNO dan Kelptokrat Najib dan Zahid terselamat dari Penjara sepertimana Musa Aman dan Kunan.. apalagi kembali berkuasa..
🙂

Ipohmali






RAKYAT DAH HUKUM DAH. CUMA BELUM DIKERTAS UNDI. SEBAB ITU KU LI PANGGIL PELACUR POLITIK.

 

Hadi rayu rakyat jangan hukum PAS

Hadi rayu rakyat jangan hukum PAS

Jangan hukum PAS jika ada pihak yang keluar PAS atau melompat masuk menyertai parti itu, kata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS hanya mengambil manfaat daripada politik lompat parti yang berlaku.

“Maka, janganlah menghukum PAS apabila ada golongan yang melompat keluar meninggalkan PAS atau menyertai PAS, sehingga terdapat mereka yang beberapa kali melompat keluar dan masuk PAS semula.

“Hukumlah diri sendiri, PAS hanya mengambil manfaat daripada politik lompat-melompat.

“Hanya mereka yang melompat dengan niat yang tidak ikhlas bersama PAS sahaja akan patah kakinya. Namun, ahli PAS yang setia tetap tidak akan patah semangat,” katanya dalam catatatan Minda Presiden di Facebooknya hari ini.

 Menurut Abdul Hadi, sejak penubuhannya, PAS memang “paling berpengalaman” menghadapi perangai melompat parti.

PAS katanya, sentiasa membuka pintu dan menerima semua pihak yang mahu masuk dan keluar daripadanya, bahkan menjadi tempat persingahan sementara buat pemimpin parti yang dipecat daripada parti masing-masing.

Ini katanya, termasuklah Dr Mahathir Mohamad (1969), Tengku Razaleigh Hamzah (1990) serta Anwar Ibrahim (1998) – ketiga-tiganya daripada Umno.

PAS juga, tambah Abdul Hadi, pernah bekerjasama dengan pelbagai pihak, antaranya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diterajui presidennya sendiri Burhanuddin al-Helmi; Parti Negara pimpinan Onn Jaafar; Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.

Ada antara parti itu kini terkubur setelah ahlinya melompat keluar daripada parti, dan hal itu, kata Abdul Hadi, bukan salah PAS.

PAS juga bekerjasama dengan parti seperti PKR dan DAP, yang kemudiannya bekerjasama dengan parti serpihan PAS sendiri, Amanah bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

“Sekarang mereka sudah bercakaran antara satu sama lain berebut ahli sesama mereka, dan sekali lagi itu juga bukan salah PAS,” katanya.

Keluar PAS kerana ‘gagal tarbiah’

Bagi mereka yang pernah melompat keluar daripada PAS, kata Abdul Hadi, mereka itu adalah golongan yang gagal proses tarbiahnya.

Namun, dia menyifatkan keluarnya mereka daripada parti sebagai “menyembuhkan penyakit” dalam jemaah PAS, iaitu sikap tidak sabar dan menginginkan kemenangan secara gopoh.

“Maka, PAS tidak menjadikan lompat parti sebagai suatu perkara yang boleh menghalang perjalanannya. Hal yang demikian kerana, mereka yang melompat keluar itu gagal berintegriti, manakala pendatang baharu pula dapat menyesuaikan diri bersama PAS.

“Namun, mereka yang gagal proses tarbiahnya selepas itu, biarkan dirinya melompat keluar lagi sehingga patah kaki.

“PAS akan tetap selamat, selagi Islam menjadi jasad dan rohnya,” katanya lagi.

Selepas PRU-14, parti-parti politik menyaksikan berlakunya adegan lompat parti bagi membentuk penjajaran politik baru untuk menguasai pentadbiran kerajaan, termasuk Langkah Sheraton tahun lalu.

Setakat ini, 15 ahli parlimen dari Umno dan 10 dari PKR yang lompat parti untuk menyertai Bersatu. Juga terdapat empat bekas ahli parlimen PKR yang kini menyokong Perikatan Nasional (PN), dan mungkin akan menyertai Bersatu. 



Bila organisasi PH berterabur ….

 


Bila organisasi PH berterabur ….

Sejak belanjawan 2021 terlihat jelas tidak ada kesatuan dikalangan komponen PH, Sepatutnya segala gerak kerja Politik..Kenyataan media..Program kebajikan, Model penyelesaian hatta menguruskan Media dan menyampaikan maklumat kepada rakyat harus dilihat tersusun dan kemas..

Sebagai contoh program Bantuan Guaman kepada rakyat yang di kompoun RM 10 Ribu..Ia satu idea dan Program yang baik..Tapi jelas ianya tak tersusun, Masih lagi yang bantuan Guaman DAP nya lain, Yang Amanah nya lain, Seolah olah mereka bersaing sesama sendiri.. Mahu bersaing siapa yg lebih Pro Rakyat..Akhirnya jenama PH ditinggalkan.. Kenapa tidak disatukan atas nama PH ?

Begitu juga ketika Belanjawan, Sudahlah tidak ada model dan tawaran, Bayangan Pakej Rangsangan PH, Apa yang ditawarkan nampaknya masih mengikut parti, DAP nya buat tawaran lain, PKR nya lain.. yang Amanah apalah lagi.. Bayangpun tak nampak..Bayangkan dalam hal sebesar ini pun Majlis Presiden PH gagal bincangkan..

Bukan makna memperkuatkan PH, Tak boleh buat gerak kerja Politik yang lain,tak kira yang mahu idea GC bersama Tun dan Warisan atau konsolidasi bersama UMNO.. Yang penting PH itu kena kuat…

Sepatutnya Perkukuhkan PH, Jenamakan Pakatan Harapan.. Tapi masing2 masih sibuk soal siapa layak jadi PM..Sapa cukup Nombor..Samaada mahu bersama Tun, Atau bersama UMNO… soal mengukuhkan Organisasi, Nafsi Nafsi…

Dah macam takda otak masing2, tak kira PKR, Tak kira Amanah mahupun DAP.. Kalau macam tu serah jer Majlis Presiden ini kepada orang Muda seperti Adly Zahary..Yang tua tua ni jadi Penasihat cukup.. 


RAMAI YANG DAH TAHU PUN....

 Sedikit demi sedikit penglibatan Atoksaka sebagai MASTERMIND Langkah Sheraton terbongkar

👍👍👍👏👏
May be an image of 6 people, people sitting and text that says "2.00 PETANG RUMAH TUN 23 FEB 2020 HARI SEBUAH PENGKHIANATAN 8.00 MALAM PERJUMPAAN SHERATON"
2 petang jumpa madey bgtahu semua dah ready, madey duk belek2 semua sd, bg greenlight, 8 malam secara rasmi lancar langkah sheraton.
Madey tak terlibat? Org bebal je percaya madey x terlibat