SIASAT TANGKAPASUK LOKAP 7 HARI.


 

DENGAR BETUL BETUL...

 


NOHHH HAIH


Che Ibrahim



 1. Tuduhan keluar Pas kerana tak mahu Pas berkawan dengan UMNO adalah satu naratif yang sengaja diputarkan untuk tutup fakta sebenar. 


Realitinya pemimpin pemimpin tersebut telah disingkir dari Pas secara terancang dalam pemilihan pimpinan Pas Pusat 2015. Sebagai pemain politik, mereka tidak dapat berfungsi secara berkesan tanpa jawatan dalam parti atau menguasai organisasi parti, apalah sangat yang mereka dapat buat dengan kekal berada dalam sebuah parti yang tidak inginkan kewujudan mereka.


Pilihan yang ada ialah menubohkan parti Amanah bagi mengganti tempat Pas dalam gabungan politik dengan PKR dan Dap (PR). Sebab itu sebaik sahaja parti Amanah dilancarkan pada 16 Sept 2015 , pada 22 Sept 2015 satu gabungan politik baru PH telah ditubohkan. 


2. Pemimpin pemimpin Pas (yang akhirnya menubohkan Amanah itu) tidak pernah keluar Pas. Mereka disingkir dan tersingkir dari Pas melalui pertembungan "Geng Ustaz" vs "Jebon" yang dimenangi oleh Geng Ustaz.




Sorang keluar PAS sebab tak mau PAS berkawan dengan UMNO. Sorang lagi keluar PAS sebab nak PAS berkawan dengan UMNO. Bertemu kedua-duanya di dalam satu podcast untuk sembang pasal PAS. Sepatutnya kome berdua pakat lawan tanya punca pasaipa keluaq PAS. Lawan tengok siapa yang betoi.


SHAHID APANYA.. BILA JADI KERAJAAN... APA PUN TAK BUAT.

 

Ahmad Mursi


Ada ke konsep Syahid bila PAS lawan sesama orang Islam? melainkan jika PAS telah letak lawan politiknya dipihak 'lawan Islam'. Khawarij terkenal sikap menghalalkan darah sesama muslim. Sebaliknya, kalau orang Islam dibunuh oleh Khawarij, itu dikira Syahid Akhirat seperti Saidina Ali.



Sehari selepas menimbulkan kembali istilah "syaitan bisu" yang pernah popular beberapa dekad lalu, Abdul Hadi Awang hari ini membuat teguran keras ke atas ulama tertentu.





Menurut Abdul Hadi, perjuangan PAS adalah untuk mengangkat Islam yang sempurna supaya diletakkan di tempat yang paling tinggi.


Malah kata Presiden PAS itu, dalam perjuangan tersebut, ada antara ahli parti terbabit berdepan dengan pelbagai kesan serta tindakan, termasuk "gugur syahid".


Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/766098




AKHIRNYA HABUAN MAKAN GAJI BUTA

 


Ahmad Mursi


Dah 45 tahun scam dan 'tunggang' retorik 'berjuang tinggikan Islam'. 





Tapi apa yang dibuat selama tu? Masa 33 bulan Tebok Atap, apa usaha 'tinggikan Islam'? nampak tak buat apa pun..


Tanya walaun: Secara spesifik, apa kerja PAS nak buat kononnya nak 'tinggikan agama'?


Tolak Penunggang Agama, tolak Scammer Agama.



BENARKAH DARI JIM PTI DIKUTIP, DARI JIM PTI DILEPASKAN?

 

Norman Raduan


TPP Imigresen terima suapan RM140k lepaskan 56 warga Bangladesh

BENARKAH DARI JIM PTI DIKUTIP, DARI JIM PTI DILEPASKAN?







Saya melihat komen netizen di medsos, malah berbual di warung mahupun cafe, sejak berpuluh tahun lamanya… isu penangkapan warga asing tidak menghairahkan rakyat lagi.


Mana mungkin begitu byk operasi warga asing, tidak sampai beberapa minggu muncul kembali pekerja tersebut bekerja seperti biasa, kata netizen.


Bual rakan2, kalau tak percaya pergi balik ke restoran Arab yg pernah diserbu hampir 70% pekerjanya ditahan. Jika siapa pelanggan tetap cuba lihat kembali adakah staff yg sama hadir semula bekerja di situ.


Pelbagai andaian, utk lepaskan kembali PTI jumlah ribuan ringgit dikenakan ke atas satu individu. Isu rasuah negara sudah ke peringkat musuh paling utama negara.


Hinggakan DS Anwar terpaksa meletakkan dua pegawai tertinggi polis yg terkenal dgn keberanian dan ketegasan mereka melawan rasuah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Datuk Nik Ezanee utk menjaga sempadan negara.


Dahulu kita dikejutkan sudah berpuluh tahun pintu utama negara apabila Pegawai2 Imigrsen memperkenalkan ‘Counter Setting' utk membawa PTI melalui KLIA. Begitu mudah kedaulatan negara tergadai namun tiada siapa yg mahu kecam mereka.


Terbaru seorang wanita, Pegawai kanan imigresen didakwa terima rasuah RM140,000 lepas kemasukan 56 warga Bangladesh. Bayangkan rasuah negara kita, wanita beragama Islam sudah sama2 bergelumang dgn rasuah.


Kebimbangan rakyat juga patut KDN tekankan di sini, adakah benar berlaku sepertimana didakwa mereka yg ditahan di pusat tahanan dibebaskan semula selepas ada suapan.


Rakyat sudah hilang kepercayaan kpd Imigresen hinggakan bagi mereka operasi menahan PTI itu sebenarnya utk kakitangan mendapat income secara haram daripada PTI atau majikan mereka.


Bila netizen komen WAYANG sahaja… ambil serius perkara ini. Jgn bila rakyat hilang kepercayaan mereka turut bersama melakukan jenayah serupa membawa lebih ramai warga asing ke negara ini.




Hari ini adalah antara hari yang mengembirakan buat saya.


Anuar Ahmad





Sekian lama saya menulis, menegur, mencadang dan ada masanya saya terpaksa mengkritik sistem pendidikan negara. Menulis hampir setiap hari tanpa jemu. 


Saya tahu ramai yang tidak suka dengan teguran dan kritikan saya. Saya tahu. Malah ada antaranya yang saya kenal. Ada juga yang kata 'Tak payahlah menulis, KPM tak baca pun! Ada juga yang kata "buang masa je tulis kat FB tu". 


Macam -macam yang saya terima. Tetapi saya telah memilih jalan ini dan bersedia untuk tidak disukai. Hatta selepas menerima 'surat peringatan' pun saya masih terus juga memberi pandangan dengan fakta sahih yang ada. 


Saya terus menulis kerana saya tahu saya di pihak yang benar. Dan bukan niat saya menulis untuk mencari salah sesiapa. Saya hanya menulis tentang kelemahan sistem pendidikan. Bukan tentang kelemahan mana -mana individu. 


Kritik saya atas tujuan yang baik dan jujur. Kritik saya bukan untuk  kepentingan diri saya. Bukan juga atas tujuan politik. Saya kritik atas prinsip ilmu pendidikan, kerana saya tahu ada yang tidak kena dengan sistem pendidikan negara kita. 


Saya selalu berkata di dalam hati , 'satu hari nanti pasti apa yang saya tulis akan terbukti juga. Saya sangat percaya, pasti akan terbukti juga'. Hanya masa yang akan menentukan. Hari ini, ditakdirkan masa itu benar-benar telah tiba. 


Tidak mudah untuk saya. Saya tahu ini bukan jalan yang mudah. Saya tahu ada kesan buruk kepada kerjaya saya. Tetapi ini adalah pilihan saya. Maka saya akan terus menulis. Dan tidak akan berhenti menulis. 


Terima kasih atas sokongan keluarga khususnya pada isteri saya Dr Nur Atiqah yang sentiasa mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya adalah membantu negara melalui jalan ilmu pendidikan. 


Selalu saya ingat kata -kata beliau, 


"Jangan sesekali berhenti menulis dan berkongsi pandangan tentang pendidikan dengan masyarakat. 'Sudah menjadi adat orang berjuang,  pasti akan ada cabaran dan halangan". 


Anak-anak menjadi sebab saya terus menulis. Mereka adalah generasi masa depan. Saya mahu mereka dan semua anak-anak Malaysia terus mendapat pendidikan yang terbaik. 


Hari ini saya benar-benar gembira. 


Selepas ini, jiwa saya akan lebih tenang. Saya sudah mula rasainya. 


Apa yang selama ini saya harapkan dari sebuah sistem pendidikan, hari ini telah mula saya nikmati. 

******


Pentaksiran Berpusat dikembalikan di tahun empat sekolah rendah✅


Pentaksiran berpusat sekolah menengah tingkatan tiga dikembalikan ✅


Umur enam tahun anak-anak mula sekolah tahun satu✅


Prasekolah wajib pada umur lima tahun ✅


RM100 juta untuk naik taraf bilik guru dan kebajikan guru. ✅


Beban bukan pengajaran guru akan dikurangkan ✅


80% masa guru di sekolah adalah khusus untuk masa instruksional✅


JPN dan PPD diperkasakan sebagai institusi utama Reformasi Pendidikan. ✅


Bahasa Melayu dimartabatkan, isu UEC dinoktahkan✅ 


Bahasa Inggeris diperkasakan pada semua murid. ✅ 


Mata pelajaran Sejarah, Perlembagaan dan Rukunegara diperkukuhkan.✅


Semua sekolah dapat akses Internet dan peranti✅


Anak-anak miskin dan OKU terus diberikan perhatian. ✅

*****


Terima kasih PMX. YAB Dato Seri Anwar Ibrahim


Terima kasih YB Menteri KPM Fadhlina Sidek


Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia




KEH KEH KEH



Arif Kadir Al Katami


 Hai YBM Fadhlina Sidek, kami ni pro bono tau. Kbai.




TUNGGU ULASAN JUMAAT INI

 


NOHHH.... HAMBIK


Shahbudin Husin


 Maka terkedulah semua penyokong PKR dan ceplos2 kerajaan yang selama ini selalu perlekeh Hishammuddin 🤣🤣🤣