NOHHH HAIH


Che Ibrahim



 1. Tuduhan keluar Pas kerana tak mahu Pas berkawan dengan UMNO adalah satu naratif yang sengaja diputarkan untuk tutup fakta sebenar. 


Realitinya pemimpin pemimpin tersebut telah disingkir dari Pas secara terancang dalam pemilihan pimpinan Pas Pusat 2015. Sebagai pemain politik, mereka tidak dapat berfungsi secara berkesan tanpa jawatan dalam parti atau menguasai organisasi parti, apalah sangat yang mereka dapat buat dengan kekal berada dalam sebuah parti yang tidak inginkan kewujudan mereka.


Pilihan yang ada ialah menubohkan parti Amanah bagi mengganti tempat Pas dalam gabungan politik dengan PKR dan Dap (PR). Sebab itu sebaik sahaja parti Amanah dilancarkan pada 16 Sept 2015 , pada 22 Sept 2015 satu gabungan politik baru PH telah ditubohkan. 


2. Pemimpin pemimpin Pas (yang akhirnya menubohkan Amanah itu) tidak pernah keluar Pas. Mereka disingkir dan tersingkir dari Pas melalui pertembungan "Geng Ustaz" vs "Jebon" yang dimenangi oleh Geng Ustaz.




Sorang keluar PAS sebab tak mau PAS berkawan dengan UMNO. Sorang lagi keluar PAS sebab nak PAS berkawan dengan UMNO. Bertemu kedua-duanya di dalam satu podcast untuk sembang pasal PAS. Sepatutnya kome berdua pakat lawan tanya punca pasaipa keluaq PAS. Lawan tengok siapa yang betoi.


No comments: