BENARKAH DARI JIM PTI DIKUTIP, DARI JIM PTI DILEPASKAN?

 

Norman Raduan


TPP Imigresen terima suapan RM140k lepaskan 56 warga Bangladesh

BENARKAH DARI JIM PTI DIKUTIP, DARI JIM PTI DILEPASKAN?







Saya melihat komen netizen di medsos, malah berbual di warung mahupun cafe, sejak berpuluh tahun lamanya… isu penangkapan warga asing tidak menghairahkan rakyat lagi.


Mana mungkin begitu byk operasi warga asing, tidak sampai beberapa minggu muncul kembali pekerja tersebut bekerja seperti biasa, kata netizen.


Bual rakan2, kalau tak percaya pergi balik ke restoran Arab yg pernah diserbu hampir 70% pekerjanya ditahan. Jika siapa pelanggan tetap cuba lihat kembali adakah staff yg sama hadir semula bekerja di situ.


Pelbagai andaian, utk lepaskan kembali PTI jumlah ribuan ringgit dikenakan ke atas satu individu. Isu rasuah negara sudah ke peringkat musuh paling utama negara.


Hinggakan DS Anwar terpaksa meletakkan dua pegawai tertinggi polis yg terkenal dgn keberanian dan ketegasan mereka melawan rasuah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Datuk Nik Ezanee utk menjaga sempadan negara.


Dahulu kita dikejutkan sudah berpuluh tahun pintu utama negara apabila Pegawai2 Imigrsen memperkenalkan ‘Counter Setting' utk membawa PTI melalui KLIA. Begitu mudah kedaulatan negara tergadai namun tiada siapa yg mahu kecam mereka.


Terbaru seorang wanita, Pegawai kanan imigresen didakwa terima rasuah RM140,000 lepas kemasukan 56 warga Bangladesh. Bayangkan rasuah negara kita, wanita beragama Islam sudah sama2 bergelumang dgn rasuah.


Kebimbangan rakyat juga patut KDN tekankan di sini, adakah benar berlaku sepertimana didakwa mereka yg ditahan di pusat tahanan dibebaskan semula selepas ada suapan.


Rakyat sudah hilang kepercayaan kpd Imigresen hinggakan bagi mereka operasi menahan PTI itu sebenarnya utk kakitangan mendapat income secara haram daripada PTI atau majikan mereka.


Bila netizen komen WAYANG sahaja… ambil serius perkara ini. Jgn bila rakyat hilang kepercayaan mereka turut bersama melakukan jenayah serupa membawa lebih ramai warga asing ke negara ini.




No comments: