SIAPA DISEBALIK ARAHAN BAKAR KERETA.RAKYAT INGIN TAHU.


Tiada penerangan foto disediakan.






INDIVIDU yang membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di kediamannya pada 22 Mac lalu berjaya diberkas di Jelempok, Arau, semalam.

Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohd berkata, susulan itu suspek lelaki yang juga penganggur berusia 36 tahun direman empat hari mulai semalam sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang memburu empat lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

“Tangkapan dilakukan 2.45 pagi semalam dan suspek yang juga duda mengaku terbabit dalam membakar kereta Mohd Asri kerana bermotifkan dendam berhubung pemecatan imam di negeri ini beberapa bulan lalu.

“Dia juga memberitahu terdapat seorang lagi suspek membantunya membakar kereta Mohd Asri dan mereka menerima upah RM500 daripada lelaki bernama Zaini.

“Polis kini sedang memburu rakan suspek yang digelar Mie Tomoi dan Zaini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semenjak bila unit AMAL ada latihan bakar kereta orang? Sikit hari nanti jadi macam ISIS pulak, orang pun dia bakar. Itulah akibatnya bila agama dijadikan candu.

Kepada sesiapa yang berdendam dengan mufti maka bolehlah menghubungi jabatan berikut untuk kerja-kerja berkaitan.
Jangan risau soal bayaran kerana upah yang dikenakan amatlah berpatutan hanya RM500 sahaja walaupun pada awalnya dijanjikan RM5000.

Paling penting setelah RM500 diterima pasti lepas tu akan dapat penginapan percuma di mana-mana sel yang disediakan.

GAMBAR HARI INI

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyumImej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, makanan dan dalaman

BENARKAH BEKAS PEMIMPIN UMNO YANG MASUK BERSATU SUDAH MULA MENYESAL?


Rasanya sudah lama kita tidak mendengar khabar berita mengenai beberapa bekas pemimpin UMNO yang telah bertindak melompat menyertai Bersatu sebaik BN kalah dalam PRU14 lalu.
Bagaimana keadaan mereka agaknya – makin gembira atau semakin berduka?
Adakah mereka diberi sebarang kedudukan dan peranan dalam Bersatu?
Baru-baru ini saya kebetulan terjumpa dengan seorang bekas Ahli Parlimen UMNO yang tidak dicalonkan dalam PRU14 lalu, kemudian berbual-bual seketika dengannya.
Dalam perbualan itu, antara isu yang turut disentuh ialah berkenaan kedudukan bekas pemimpin-pemimpin yang telah meninggalkan perjuangan UMNO untuk menyertai Bersatu.
Kata bekas Ahli Parlimen itu, meskipun tidak dinafikan ada di antara mereka yang menyertai Bersatu itu kerana ada masalah masing-masing, tetapi katanya, beberapa daripada mereka nampaknya sudah mula menyesal meninggalkan UMNO.
Mereka, tambah beliau, bukan saja rasa terabai kerana tidak diberi apa-apa peranan dalam kerajaan, malah tidak dipedulikan oleh Bersatu di kawasan di mana mereka menjadi Ahli Parlimen.
“Dengan UMNO sudah tentu mereka dijauhi, tetapi dalam Bersatu pun tidak diterima sama,” kata bekas Ahli Parlimen itu lagi.
Lebih perit, katanya, ada antara mereka tidak menyangka UMNO yang mereka tinggalkan menjadi semakin diyakini rakyat, walaupun parti itu sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi.
Dalam keadaan ini, jelas bekas Ahli Parlimen itu lagi, bukan saja Ahli-Ahli Parlimen itu yakin mereka tidak akan dipilih sebagai calon mewakili Bersatu dalam PRU15 akan datang, bahkan kalau dipilih pun tidak mungkin dapat mencapai kemenangan.
Beliau seterusnya mengambil contoh mengenai Mustapa Mohamad yang merupakan Ahli Parlimen Jeli yang ketika ini semakin dipingggirkan pengundi sebaik saja melompat secara mengejut menyertai Bersatu.
“Daripada maklumat kawan-kawan di Kelantan, semua berkata Mustapa tidak mungkin mampu lagi mengekalkan kerusi Jeli kalau bertanding mewakili Bersatu dalam pilihanraya akan datang.
“Kalau Tok Pa pun tak mampu menang, yang lain-lain lagilah payah,” ujar bekas Ahli Parlimen itu lagi.
Kata beliau, tindakan mereka melompat parti hanya meletakkan titik penamat dalam karier politik masing-masing. (Shahbudindotcom 20/05/2019)

FITNAH : AZMIN PUNYA 4 PEMANDU DI KEMENTERIAN DIGUNAKAN TUJUAN PERIBADI.AZMIN PERLU TAMPIL JELASKAN




Imej mungkin mengandungi: 1 orang, selfie

DOLLAH MALAYA FB-DIPERCAYAI BUDAK MACAI Umpas

Dollah Malaya
Menurut sumber dalam kementerian Hal Ehwal Ekonomi Azmin menyalahgunakan 4 pemandu di kementerian bagi tujuan peribadi, membawa isteri, dan anak-anaknya.

Dari sudut kelayakan Azmin sebagai menteri hanya mempunyai kelayakan seorang pemandu. Gaji serta elaun dibayar khas untuk pemandu rasminya. Melainkan jika ada pemandu ganti bagi tujuan-tujuan tertentu seperti bercuti atau kecemasan.
Tapi kini selain seorang pemandu rasmi 3 lagi untuk tujuan isteri dan anak-anaknya bagi tujuan bukan rasmi yang tiada kaitan dengan tugas suami.
Para pemandu ini bertugas di kementerian namun terpaksa menguruskan hal-hal anak dan isteri azmin seperti balik dari sekolah, jalan-jalan cari makan atau shopping. Bukan tugas rasmi atau BAKTI.
Bagi membuktikan perkara ini anda boleh semak cara claim pemandu dibuat serta kad Inden minyak dalam buku log kerajaan kemana mereka pergi. Sama ada rasmi atau peribadi. Semua dicatatkan. Tiada boleh menipu disitu. Anda boleh mendesak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengesahkan kerana mempunyai buku log sebagai rekod.
Ialah mcm kata Anwar lah pemimpin PH sekarang tidak segan lagi menunjukkan cara dan gaya hidup mewah. Ada kereta besar, rumah besar, ada pemandu dll.
Saja panas-panas badan untuk Azmin...Ialah duit RAYKAT kan....
Nota: Dengar-dengar 3 pemandu tu dah kecut dah. sapalah bocor ni...



MOKHTAR SENIK BACA AYAT HARAM BERSEKONGKOL DENGAN DAP TAPI TIDAK BAWA AYAT HARAM BERSEKONGKOL DENGAN PARTI PEROMPAK

MOKHTAR SENIK BACA AYAT HARAM BERSEKONGKOL DENGAN DAP TAPI TIDAK BAWA AYAT HARAM BERSEKONGKOL DENGAN PARTI PEROMPAK-       oleh WAN FAUDZIN


Image result for mokhtar senik al maunah

Penjual agama, Mokhtar anak Senik ni menjawab kenyataan Adun Ketari, YB Rara yang menyebut bahawa meskipun beliau Dap tetapi masih sujud kepada Allah dan solat. Mokhtar anak Senik kata, Islam itu bukan solat saja tetapi tidak boleh bersekongkol dengan Dap yang menentang Islam, kata lebai penjual agama ini.
Wahai Mokhtar anak Senik, hujah kamu tu ke laut dan memperlihatkan kebodohan kamu lebih besar dari serban kamu. Pertamanya, kamu tuduh Dap penentang Islam tanpa bawa hujah pun. Keduanya, kamu lupa parti kamu lebih dahsyat sesatnya apabila bersekongkol dengan parti perompak yang terbukti telah pun merompak sehingga negara ini musnah. Ketiga, parti kamu terang-terang menyokong MCA dan MIC dan terbaru parti PBS yang kesemuanya parti2 itu terang-terang menentang hukum Islam. MCA, MIC dan PBS penentang hukum Hudud, bahkan Umno sendiri sokong Hudud sangatkah?
Kalau betul Dap itu menentang Islam, sejarah menunjukkan sejak Dap ditubuhkan, parti ini tidak pernah diharamkan oleh kerajaan yang 60 tahun dulu Umno sendiri perintah. Lojikkah parti yang menentang Islam dibenarkan wujud di negara ini yang di dalam Perlembagaannya Islam itu agama persekutuan? Mengapa tidak diharamkan parti Dap sejak Umno perintah berpuluh tahun dahulu?
Bila Mokhtar anak Senik ni mula rasa Dap ini menentang Islam? Sejak parti kamu berkawan dengan Umno kan? Berpuluh tahun parti kamu bersama Dap dan berapa ramai lebai2 kamu yang makan gaji dari tangan Dap sebelum ini? Dap tidak pernah kencing parti kamu macam Umno pernah kencing parti kamu. Dap tidak pernah buat konvensyen bertajuk "Pas parti ajaran Sesat" sebagaimana Umno pernah buat program dan konvensyen bertajuk "Pas parti ajaran Sesat" di Terengganu.
Sudah2lah Mokhtar anak Senik. Parti kamu sembang kencang macam nak jadi hero lawan Dap. Menyalak saja lebih tetapi bila Dap buka gelanggang, semua telor-telor lebai kecut dalam jubah, tidak berani bertanding lawan Dap. Takut kalah? Eh, bukankah Allah tidak tanya kalah atau menang, tapi Allah akan tanya, kamu lawan ke tidak Dap yang kamu kata menentang Islam itu?.

Simpanlah kebodohan kamu itu untuk kamu ajar kat anak2 murid kamu di pondok An Nur itu.
WFAUZDIN NS

Tuduhan DAP mahu singkir Maszlee adalah fitnah – Kit Siang


Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang hari ini menafikan dakwaan beberapa portal politik bahawa DAP kononnya mahu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik disingkirkan.

Menyifatkan ia sebagai fitnah dan pembohongan, beliau turut menafikan bahawa DAP mahu Maszlee digantikan dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

“Tidak ada kebenaran dalam mana-mana posting, yang mana adalah fitnah dan pembohongan.

“DAP tidak pernah minta Perdana Menteri untuk menggantikan Mazslee dengan Teo Nie Ching sebagai Menteri Pendidikan dan DAP tidak ada kena-mengena dengan mana-mana petisyen yang meminta Maszlee meletakkan jawatan – dan pembohongan ini hanyalah permulaan penipuan yang akan muncul dalam media sosial pada minggu-minggu akan datang untuk menyebabkan ketegangan, perbezaan dan perpecahan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa agar pemimpin Pakatan Harapan (PH) menjaga disiplin bagi berdepan sebarang usaha untuk memecah-belahkan gabungan parti-parti kerajaan itu.

MESKI TIADA KUASA, UMNO BERPECAH DUA?





Meskipun sudah beberapa bulan mengambil cuti tanpa tempoh untuk jawatan Presiden UMNO dipangku oleh timbalannya, Mohamad Hasan, hasratnya untuk kembali tidaklah semudah yang disangka.
Sementara penyokong beliau, malah mungkin Zahid Hamidi sendiri tidak terkecuali turut teringin untuk kembali semula memimpin UMNO, mereka yang mahu menolak agar beliau menyambung lagi bercuti atau terus berhenti juga semakin ramai.
Keadaan ini menjadikan UMNO kini bagaikan terpecah dua – satu mahu Zahid Hamidi kembali semula dan satu lagi ingin beliau melepaskan terus kepimpinannya dalam UMNO.
Dalam kedudukan tiada lagi kuasa, perebutan kuasa dalam UMNO nampaknya masih lagi ada.
Suara siapakah yang mahu Zahid Hamidi tidak lagi menerajui UMNO itu?
Apakah ia suara mereka yang ada jawatan tertentu dalam UMNO sekarang atau ini merupakan suara mereka yang berhasrat bertanding Presiden UMNO pada tahun 2021 nanti? (Shahbudindotcom 20/05/2019)

LYNAS MUNGKIN PINDAH KE AS?