SIAPA DISEBALIK ARAHAN BAKAR KERETA.RAKYAT INGIN TAHU.


Tiada penerangan foto disediakan.






INDIVIDU yang membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di kediamannya pada 22 Mac lalu berjaya diberkas di Jelempok, Arau, semalam.

Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohd berkata, susulan itu suspek lelaki yang juga penganggur berusia 36 tahun direman empat hari mulai semalam sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang memburu empat lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

“Tangkapan dilakukan 2.45 pagi semalam dan suspek yang juga duda mengaku terbabit dalam membakar kereta Mohd Asri kerana bermotifkan dendam berhubung pemecatan imam di negeri ini beberapa bulan lalu.

“Dia juga memberitahu terdapat seorang lagi suspek membantunya membakar kereta Mohd Asri dan mereka menerima upah RM500 daripada lelaki bernama Zaini.

“Polis kini sedang memburu rakan suspek yang digelar Mie Tomoi dan Zaini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semenjak bila unit AMAL ada latihan bakar kereta orang? Sikit hari nanti jadi macam ISIS pulak, orang pun dia bakar. Itulah akibatnya bila agama dijadikan candu.

Kepada sesiapa yang berdendam dengan mufti maka bolehlah menghubungi jabatan berikut untuk kerja-kerja berkaitan.
Jangan risau soal bayaran kerana upah yang dikenakan amatlah berpatutan hanya RM500 sahaja walaupun pada awalnya dijanjikan RM5000.

Paling penting setelah RM500 diterima pasti lepas tu akan dapat penginapan percuma di mana-mana sel yang disediakan.

No comments: