KEH..KEH..KEH -KALAU GUNA PAPAGOMO, PARPU KARI BAGAI NI- TAK MENANG-NAJIB DAH GUNA DEPA LAMA DAH.AKHIRNYA APA TERJADI PADA NAJIB? TUMBANG.ORANG KENAI MUKA NI SEMUA

 

TUN MAHATHIR TERLOMPAT JUA AKHIRNYA….



Akhirnya setelah anaknya Mirzan Mahathir disiasat SPRM dan diarah mengisytiharkan kekayaan dimilikinya dalam tempoh 30 hari, sebagai bapa yang penyayang, Tun Mahathir Mohamad nampaknya tidak dapat menahan sabar dalam dirinya lagi.

Kali ini, tanpa mengambil masa yang lama, beliau terlihatnya begitu cepat melompat untuk mempertahankan anaknya yang dalam kesusahan itu.

Tidak sebagaimana ketika rakan akrabnya Tun Daim Zainuddin disiasat dan Menara Ilham milik keluarga bekas Menteri Kewangan itu disita SPRM sebelum ini, beliau waktu itu hanya menyindir kerajaan agar “semua Tun” juga perlu disiasat kekayaan mereka.

Begitu juga dengan beberapa yang lain yang diambil tindakan oleh SPRM, beliau sekadar mengecam dan mengeluarkan kenyataan media saja.





Tetapi, bila anaknya sendiri disiasat dan diarah mengisytiharkan kekayaan dimilikinya, bekas Perdana Menteri itu nyata tidak dapat menahan diri untuk segera melompat.

Sebelum ini iaitu hanya semalam, beliau menempelak SPRM yang menyiasat anaknya sambil mendakwa badan pencegah rasuah itu turut mengugut mahu memenjarakan anak lelaki sulungnya itu selama lima lima tahun.

Dengan itu, beliau mendakwa, SPRM telah dipergunakan untuk melakukan kezaliman kepada musuh politik mereka yang sedang berkuasa di Putrajaya.

Nampaknya mengeluarkan kenyataan media saja masih dianggap tidak memadai dalam mendepani anaknya yang disiasat SPRM itu.

Untuk itu, kali ini Tun Mahathir akan mengadakan sidang media khas pada Isnin depan (22 Januari 2024).

Sidang media khas yang akan diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dilaporkan khusus berkenaan siasatan SPRM terhadap Mirzan.

Apakah intipati sidang media khas Tun Mahathir itu nanti?

Apakah ada sesuatu yang mengejutkan bakal didedahkannya sebagai serangan terhadap kerajaan, khususnya Anwar Ibrahim?

Yang pasti, dengan mengadakan sidang media khas Isnin nanti, Tun Mahathir kini benar-benar dalam “mode perang” terhadap Anwar di sebaliknya usianya yang makin menua dan tenaga pun tidak lagi secergas dahulu.

Tidak mustahil, beliau juga pastinya akan mula mengumpul semua musuh-musuh politik Anwar, tidak terkecuali blok pembangkang PN, untuk memantapkan lagi keberkesanan perang terhadap Anwar itu.

Seorang rakan yang rajin memerhati gerak politik Tun Mahathir berkata, jangan terkejut jika selepas ini bekas Perdana Menteri dua kali itu tiba-tiba mengunjungi Najib Razak di mahkamah sebagaimana dilakukannya kepada Anwar pada 2016 dahulu.

Kata beliau, untuk mencapai hasratnya, Tun Mahathir sanggup melakukan apa saja dan beliau sentiasa ada dalil untuk mewajarkan tindakannya. – ShahbudinHusin 20/01/2024.

 


2HB FEBRUARI AKAN TAHU KES RAYUAN SAMA ADA KE MAHKAMAH ATAU SEBALIKNYA- GILIRAN ANAK TUN M IAITU MIRZAN DAN SPRM BAGI MASA 30 HARI!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan perintah notis kepada ahli perniagaan Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan aset dalam tempoh 30 hari, dalam siasatan berhubung maklumat dalam Kertas Panama. Dalam kenyataan hari ini, SPRM berkata notis itu diserahkan Mirzan - yang merupakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad - semalam ketika dia hadir di ibu pejabat suruhanjaya antirasuah berkenaan di Putrajaya. "SPRM mengesahkan telah memanggil ahli perniagaan, Mirzan bin Mahathir semalam ke Ibu Pejabatnya di Putrajaya untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan. =================================================================================== Pihak pendakwaan dalam kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berdepan dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan, membantah permohonan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Selayang. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud berkata tindakan pihak pembelaan memfailkan notis usul pada 11 Jan lepas untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, bukan suatu alasan yang perlu dipertimbangkan bagi menangguhkan perbicaraan. “Pemfailan notis usul dibuat pada saat-saat akhir semasa kes ini sudah menghampiri tarikh bicara menunjukkan sikap tertuduh (Muhammad Sanusi) sengaja mahu melengah-lengahkan perbicaraan, sedangkan semua tarikh perbicaraan itu dipersetujui oleh pihak-pihak di mahkamah ini. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/693599 2. https://www.malaysiakini.com/news/693603 #mirzandisiasatSPRM #anakTUNMdisiasat #gengsapubersih Join this channel to get access to perks:





KEDIAMAN AHLI PERNIAGAAN BERGELAR TAN SRI DAN RAKAN RAPAT TUN DAIM PULA DISERBU SPRM, SIAPA DIA??

 

Suruhanjaya Siasatan Pencegahan Rasuah (SPRM) menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar tan sri semalam bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai RM4.5 billion.

Turut diserbu empat syarikat termasuk salah satu daripadanya merupakan syarikat pembekal kenderaan kerajaan.

Laporan media memetik ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dan pengarah siasatan, Hishamuddin Hashim mengesahkan serbuan itu.

Utusan Malaysia memetik sumber melaporkan lebih 100 akaun persendirian dan syarikat yang di bawah kawalannya diperolehi SPRM bagi semakan lanjut.

Bagaimanapun tiada pembekuan akaun dibuat.

Sejak 1993 sebuah syarikat tunggal, Spanco Sdn Bhd, memegang konsesi untuk membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.

Namun apabila kontrak tamat pada 2019 selepas itu, tender terbuka dilancarkan untuk penganugerahan kontrak seterusnya.

Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd membentuk konsesi dan menggondol kontrak itu melalui surat hasrat (LOI) pada tahun itu.

Bagaimanapun, LOI itu ditamatkan pada 2020 dan tender dianugerahkan kepada Spanco.

Pada Julai tahun lepas, pengasas Berjaya, Vincent Tan memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan dan Spanco berhubung LOI yang ditamatkan.

Tan juga mendakwa kontrak tersebut dianugerahkan kepada Spanco walaupun harga yang ditawarkan syarikat itu lebih tinggi.

Dakwaan Tan mendorong gesaan agar SPRM melakukan siasatan.

 Bagaimanapun, tiada perkembangan mengenai siasatan itu sehinggalah serbuan dilakukan semalam.

SPRM baru-baru ini turut menyiasat bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan keluarganya, serta Mirzan Mahathir – anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Jutawan yang kediamannya diserbu agensi antirasuah itu semalam dilaporkan ialah rakan rapat Daim.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/693772

 

[gempak] ANAK TUN MAHATHIR DAN SPRM MARI DENGAR PENCERAHAN BRO IS!

Akta Anti Lompat Parti boleh dipinda atasi kelompangan - Wan Junaidi


 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Yang Dipertua Dewan Negara berharap pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan Akta Anti Lompat Parti dilakukan semula sebagai langkah mengatasi kelompangan pada undang-undang tersebut.



Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar, kiri) berkata, langkah itu penting bagi memastikan kestabilan politik negara pada masa akan datang ekoran perbuatan Ahli Parlimen Bebas memindahkan sokongan.



Kata beliau pihaknya menyedari daripada awal rang undang-undang pindaan tersebut (anti lompat parti) dibawa ke Dewan Rakyat, ia sudah mempunyai kelemahan dan kurang berkesan menangani perbuatan lompat parti atau pindah sokongan.



"Rang undang-undang diluluskan di Parlimen itu adalah satu kompromi untuk mendapatkan sokongan di Dewan Rakyat pada 2022 dan dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.



"Ada dua tiga perkara yang kita sepatutnya masuk tidak dimasukkan kerana bantahan beberapa pihak yang ada dalam kerajaan (ketika itu PN) sebagai kompromi," katanya kepada pemberita selepas program Bicara Tokoh di pejabat Majlis Profesor Negara (MPN), Kajang semalam.



Hadir sama Presiden MPN Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Ros.



Akta Anti Lompat Parti diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022 melalui pindaan Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.



Semasa undi belah bahagi yang diumumkan, seramai 209 Ahli Parlimen mengundi menyokong dan 11 lagi tidak hadir.



Pembentangan RUU itu adalah salah satu syarat utama memorandum persefahaman (MoU) antara Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH).



Susulan itu, pindaan sama dilakukan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Wan Junaidi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) berkata draf asal yang dikemukakan pihaknya memasukkan peruntukan seseorang Ahli Parlimen yang bercanggah pendapat dengan parti dan tidak akur arahan ketua whipnya digugurkan keanggotaan dewan.



"Maka draf asal tetapi dua ciri itu digugurkan dan ini menjadi persoalan apabila Ahli Parlimen (pembangkang) sokong kerajaan tidak hilang kedudukan sebab tidak ada halangan dari sudut undang-undang.



"Kalau draf asal digunakan perkara ini tidak terjadi tetapi nasi sudah menjadi bubur," katanya yang menjelaskan draf asal sudah mengambil kira pengalaman masalah sedemikian di United Kingdom, India dan New Zealand.



Wan Junaidi berkata, sekarang terpulang kepada kerajaan sama ada mahu melakukan pindaan atau tidak.



Katanya walaupun kelompangan akta tersebut boleh diatasi melalui pindaan dalam perlembagaan parti masing-masing namun perkara itu boleh dicabar di mahkamah.



"Pindaan (undang undang) lebih elok untuk atasi kerana lebih terperinci dan datang dari undang-undang dan bukan digariskan dari satu tempat lain," ujarnya.



Terdahulu dalam ucapannya, Wan Junaidi berkata pihak yang menentang draf asal yang pada ketika itu melibatkan Bersatu dan Pas, yang perlu akur arahan whip dan keputusan parti, akhirnya menerima kesan apabila ia terkena kepada diri mereka sendiri.

 

[panas] HASSAN KARIM KENYATAAN TUN M SEMAKIN MERBAHAYA! SPRM HARUS TEGAS!





Ahli sebuah daripada lima panel pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bimbang terhadap dakwaan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berhubung anaknya diugut dengan hukuman penjara lima tahun. Hassan Karim yang juga ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah menerusi surat terbuka kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berharap agensi antirasuah itu akan melaksanakan tugasnya secara profesional dan mengikut undang-undang ketika menjalankan siasatan.





Jika Anwar terlibat pembelian saham UEM, tiada pendakwaan seksual 1998


 Penyokong pembangkang PN dinasihatkan untuk tidak mengelirukan rakyat berkenaan urusniaga pembelian saham UEM-Renong kira kira 25 tahun lalu.



Hal itu berikutan tindakan Timbalan Pengerusi Gerakan Menuntut Malaysia Bersih (GMMB), Syarul Ema Rena atau dikenali sebagai Ratu Naga mahu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat berhubung pembelian saham UEM-Renong pada waktu beliau menjadi Menteri Kewangan pertama kali.



Menurut Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM) Kapten (B) Zulkifli Othman, dakwaan pembelian saham itu tidak wajar diungkit kembali kerana sekiranya Datuk Seri Anwar melakukan salah laku pada waktu itu, maka tidak mungkin beliau didakwa di bawah pertuduhan jenayah seksual yang sukar dibuktikan di mahkamah berbanding urusniaga kewangan yang mempunyai dokumen lengkap.



"Ratu Naga kata Anwar terlibat dalam pembelian saham UEM (oleh kerajaan) tahun 1997.



"Kita nak beritahu kepada Ratu Naga yang mengikut Zuraida, Azmin (dalam berpolitik). Semua mereka masuk politik 'main ikut ikutan'.



"Kalau nak kaitkan Anwar dengan isu itu tahun 1997, Mahathir (PM pada 1998) nak menjatuhkan karier politik Anwar, dia dah gunakan isu itu.



"Mahathir pada ketika itu yang mencari satu isu jatuhkan Anwar, tak ada. Sampai kena reka benda yang di luar tabii (jenayah seks). Jadi janganlah cari publisiti murahan," katanya.



Beliau menggesa Ratu Naga untuk tidak menyebarkan dakwaan karut marut memburukkan Anwar dalam kalangan penyokong pembangkang.



Kata Zulkifli, Ratu Naga perlu maklum pada era Mahathir semua agensi kerajan tunduk di bawah telunjuk beliau dan beliau boleh gunakan pelbagai cara untuk mendakwa musuh politiknya.



"Mahathir pegang semua dokumen. Kenapa Mahathir tak nak dakwa isu itu (salah laku kewangan)? Kalau isu pembelian saham itu lebih mudah Anwar dihukum bersalah (kenapa guna kes lain). Tak payah nak berbelit belit (buktikan kesalahan)," katanya lagi.



Zulkifli yang merupakan generasi awal reformis jalanan dan antara pemuda KEADILAN terawal ketika penubuhan parti pada 1999 menegaskan, penjualan saham UEM-Renong sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan Anwar melainkan Mahathir dan Daim.



Katanya tidak wajar selepas 25 tahun, pihak pembangkang cuba mengaitkan kes itu dengan Anwar pada ketika Tun Mahathir menjadi penasihat mereka.



 

Lima bulan tadbir Terengganu, tidak nampak kemajuan dibawa Pas


 

Pas-PN Terengganu yang mendabik dada setelah menang 32 - 0 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos 2023, setelah 5 bulan berkuasa, tidak mempersembahkan kemajuan yang seharusnya senilai dengan sokongan luar biasa pengundi ke atas mereka.



Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, tanpa kemajuan atau bertambahnya kebajikan kepada rakyat maka janji Pas Terengganu sepanjang kempen PRN lalu hanyalah hipokrit semata mata.



Rakyat Terengganu, katanya, sewajarnya membuat perbandingan setengah tahun pertama Kerajaan Perpaduan mentadbir Malaysia berbanding tempoh sama Pas mentadbir Terengganu.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg/v1/fill/w_360,h_240,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg

Ahmad Nadhir Yop



"Selepas 5 bulan Pas menang di Terengganu 32 - 0 (dalam PRN) saya nampak tidak ada perubahan yang signifikan. Kecuali pelbagai kontroversi, misalnya pembelian kereta rasmi Exco, cukai di Majlis Perbandaran Kemaman (sebelumnya tidak dikena cukai) dan isu air (paip pecat lambat dibaiki) di Besut.



"Jadi kita cabar Pas, 100 hari pemerintahan Pas di Terengganu apa rakyat dapat? Kita bandingkan dengan pentadbiran Anwar 100 hari Kerajaan Perpaduan (peringkat Persekutuan).



"Ini menunjukkan betapa tidak bersedianya Pas nak memerintah, tetapi 'gebang'nya luar biasa. Hipokritnya pemerintahan Pas," kata Ahmad kepada Suara Keadilan.



Beliau yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN Cabang Kemaman berkata, rakyat kini menuntut janji janji manis Pas sepanjang kempen PRN lalu.



Begitu juga Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden Pas, ujarnya, tidak cukup dengan slogan 'Pas bukan parti ekstrem', tetapi perlu menunjukkan parti itu lebih bersungguh sungguh membela rakyat.



"100 hari tak ada impak apa kepada sosial ekonomi, pendapatan rakyat. Stagnant macam itu sahaja



"Yang mereka dok gebang dalam PRN baru baru ini, kesejahteraan rakyat di mana? Rakyat Terengganu menuntut janji itu.



"(Namun) Samsuri dok sembang Pas bukan parti ekstrem. Tak langsung keluar dari mulut dia mengenai apa Pas telah buat dalam 100 hari. Adakah memberi impak yang baik kepada rakyat Terengganu," katanya lagi.

 

KRONI MUHYIDDIN DI SIASAT SPRM

 Panas Panas Panas 





Suruhanjaya Siasatan Pencegahan Rasuah (SPRM) menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri semalam bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai RM4.5 billion. Turut di serbu empat syarikat termasuk salah satu daripadanya merupakan syarikat pembekal kenderaan kerajaan.


Tahniah atas keberanian ank muda mahukan keadilan projek fleet disiasat dan bekas PM serta kroni tengah cuak..


SPRM dah bertindak..



SENSASI ALA PAS


Learry Jabul



 Pas nihh, Hal yg mcm nihh pun nk di jadikn isu... Benda mudah pun tak blh fikir... Apa yg mereka tahu cuma nk sensasikn sesuatu perkara... Aku yakin MSM tdk rugi... Rugi klu sbb pengurusan itu mslh dorang sendiri... Tak kan nk tampung kerugian sbb kelemahan pengurusan dgn Menaikkn harga gula pula??


Perlu di ketahui bahawa selain drpd MSM, malaysia juga ada syarikat bernama CSR sbg pengeluar gula... Tp CSR tak pula kata mereka rugi berniaga gula... Yg mengaku rugi sbg pengeluar gula cuma syarikat MSM saja... Maka itu blh diandaikn bahawa kerugian MSM mungkin berpunca drpd kelemahan pihak pengurusan MSM sendiri...



KEH.. KEH.. KEH....


 

2 FEBRUARI DEPAN. KEPUTUSAN RAYUAN NUSI. TAK LAMA TUAN TUAN. SANUSI JATUH BERDERAI


 

KERAJAAN SARAWAK AMBIL ALIH AFFIN BANK


 

MAHATHIR KUTUK TEAM WALABOT. WALABOT ADALAH TEAM FITNAH KERAJAAN. JOM DENGAR .


 

KEPALA BAPAK HANG. KEPALA BAPAK. UKAN HINA TUAN TUAN. TAPI PUJIAN


 

SAILANG TAPAK BERNIAGA PELAJAR


 Syed Ahmad Saifullah


Tapak yang diperuntukkan untuk student meniaga....walaun sailang. Lepas dapat arahan untuk keluar. Buat ayat sedih burokkan pengurusan.


Masa ambil hak student takda pulak ayat sedih.