Penyokong pembangkang PN dinasihatkan untuk tidak mengelirukan rakyat berkenaan urusniaga pembelian saham UEM-Renong kira kira 25 tahun lalu.
Hal itu berikutan tindakan Timbalan Pengerusi Gerakan Menuntut
Malaysia Bersih (GMMB), Syarul Ema Rena atau dikenali sebagai Ratu Naga mahu
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat berhubung pembelian
saham UEM-Renong pada waktu beliau menjadi Menteri Kewangan pertama kali.
Menurut Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM) Kapten (B)
Zulkifli Othman, dakwaan pembelian saham itu tidak wajar diungkit kembali
kerana sekiranya Datuk Seri Anwar melakukan salah laku pada waktu itu, maka
tidak mungkin beliau didakwa di bawah pertuduhan jenayah seksual yang sukar
dibuktikan di mahkamah berbanding urusniaga kewangan yang mempunyai dokumen
lengkap.
"Ratu Naga kata Anwar terlibat dalam pembelian saham UEM
(oleh kerajaan) tahun 1997.
"Kita nak beritahu kepada Ratu Naga yang mengikut Zuraida,
Azmin (dalam berpolitik). Semua mereka masuk politik 'main ikut ikutan'.
"Kalau nak kaitkan Anwar dengan isu itu tahun 1997, Mahathir
(PM pada 1998) nak menjatuhkan karier politik Anwar, dia dah gunakan isu itu.
"Mahathir pada ketika itu yang mencari satu isu jatuhkan
Anwar, tak ada. Sampai kena reka benda yang di luar tabii (jenayah seks). Jadi
janganlah cari publisiti murahan," katanya.
Beliau menggesa Ratu Naga untuk tidak menyebarkan dakwaan karut
marut memburukkan Anwar dalam kalangan penyokong pembangkang.
Kata Zulkifli, Ratu Naga perlu maklum pada era Mahathir semua
agensi kerajan tunduk di bawah telunjuk beliau dan beliau boleh gunakan
pelbagai cara untuk mendakwa musuh politiknya.
"Mahathir pegang semua dokumen. Kenapa Mahathir tak nak dakwa
isu itu (salah laku kewangan)? Kalau isu pembelian saham itu lebih mudah Anwar
dihukum bersalah (kenapa guna kes lain). Tak payah nak berbelit belit (buktikan
kesalahan)," katanya lagi.
Zulkifli yang merupakan generasi awal reformis jalanan dan antara
pemuda KEADILAN terawal ketika penubuhan parti pada 1999 menegaskan, penjualan
saham UEM-Renong sebelum ini tidak pernah dikaitkan dengan Anwar melainkan
Mahathir dan Daim.
Katanya tidak wajar selepas 25 tahun, pihak pembangkang cuba
mengaitkan kes itu dengan Anwar pada ketika Tun Mahathir menjadi penasihat
mereka.