Rumah Bangsa: Pas tidak minat jaga Melayu/Islam, hanya jaga diri sahaja








 

Rumah Bangsa: Pas tidak minat jaga Melayu/Islam, hanya jaga diri sahaja

Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai Rumah Bangsa membuktikan Pas tidak pernah berminat kepada kepentingan orang Melayu dan Islam tetapi sekadar menjaga kepentingan diri sahaja.

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, kenyataan Minda Presiden Pas yang menyindir usaha dialog parti-parti politik Melayu Islam yang diusahakan UMNO sekali lagi memperlihatkan pendekatan ala Khawarij parti itu yang gemar melabel, menghina dan meragui keikhlasan pihak lain hanya kerana berbeza pandangan politik.

Dalam kenyataan tersebut, pelbagai tuduhan dan metafora telah digunakan seperti “bisikan syaitan”, “hantu raya” hingga mempertikaikan amalan pihak lain, seolah-olah hanya Pas sahaja yang membawa Islam, manakala orang lain dianggap tersasar atau dipengaruhi unsur yang menyesatkan.

“Pendekatan seperti ini bukan sahaja tidak matang, malah sangat berbahaya kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menghukum dan merendahkan pihak lain.

“Islam tidak pernah mengajar umatnya meragui iman orang lain semata-mata kerana perbezaan politik,” kata Mujahid dalam satu kenyataan beliau hari ini.

Katanya, tradisi Islam di negara ini sejak dahulu menekankan hikmah, kesederhanaan dan adab dalam berbeza pandangan, bukan budaya melabel dan merendah-rendahkan sesama sendiri.

Al-Quran mengingatkan:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka lebih baik daripada mereka.”
(Surah al-Hujurat: 11)

Katanya Mujahid, ketika pelbagai pihak cuba membuka ruang dialog dan mencari titik pertemuan demi kepentingan umat dan negara, pendekatan menghina serta menolak usaha ini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan menajamkan lagi perpecahan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia.

“Sehubungan itu, kami menyeru orang Melayu dan umat Islam supaya menolak politik yang memonopoli agama untuk menyerang dan merendahkan pihak lain,” katanya.

Katanya, Malaysia memerlukan politik yang rahmah, beradab dan menyatukan, bukan politik yang memecah-belahkan masyarakat dengan retorik agama yang sempit dan penuh prasangka.

Firman Allah:

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik.”
(Surah al-Nahl: 125)



APABILA HUJAH POLITI LEMAH. AGAMA JADI SENJATA.INGAT MAKSUM SANGAT KAH?


 

Mahfuz tegur kenyataan keterlaluan Hadi Awang

Tulisan Minda Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang melabel usaha dialog politik melalui gagasan Rumah Bangsa sebagai “tipu daya syaitan” adalah satu kenyataan yang amat keterlaluan dan tidak mencerminkan kematangan politik.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam tradisi Islam, perbezaan pandangan tidak pernah dijawab dengan bahasa menghina atau melabel pihak lain sebagai syaitan. 

Lebih memeranjatkan, tulisan tersebut cuba menggambarkan kerjasama politik dengan DAP sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada Islam.

“Sedangkan sejarah politik negara menunjukkan bahawa Pas sendiri pernah bekerjasama dengan DAP dalam pakatan politik selama bertahun-tahun. Ketika itu tidak pula kedengaran label syaitan atau tuduhan sedemikian.

“Pendekatan memetik ayat-ayat al-Quran di luar konteks untuk menyerang lawan politik juga amat membimbangkan. 

“Ayat-ayat yang berkaitan dengan peperangan dan permusuhan tidak boleh disalahgunakan untuk menuduh pihak lain dalam perbezaan politik demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, Rumah Bangsa ialah rumah yang cuba dibina semula supaya rakyat tidak terus hidup dalam pergaduhan politik.

Justeru, politik yang memecah-belahkan rakyat dengan retorik agama tidak akan membantu menyelesaikan masalah sebenar rakyat.

“Islam adalah agama yang membawa rahmat dan kebijaksanaan. Ia tidak boleh dijadikan alat untuk menuduh dan menghukum lawan politik.

“Apabila hujah politik semakin lemah, label agama sering dijadikan senjata. Tetapi rakyat Malaysia semakin matang dan mampu membezakan antara perjuangan agama yang tulen dan propaganda politik yang berselindung di sebalik agama,” tambahnya.





Semua Kru Pesawat Isi Minyak Tentera AS Maut – IRGC

 



Pesawat KC-135 adalah antara pesawat tentera AS keempat yang hilang sejak perang di Asia Barat bermula pada 28 Februari 2026.

TEHRAN, 13 Mac – Iran mendakwa sebuah pesawat pengisi minyak milik tentera Amerika Syarikat (AS) ditembak jatuh di barat Iraq, menyebabkan semua kru di dalamnya terbunuh, lapor Agensi Anadolu.

Televisyen kerajaan Iran yang memetik jurucakap ibu pejabat tentera Khatam al-Anbiya yang bersekutu dengan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, berkata pesawat itu terkena peluru berpandu yang ditembak kumpulan “paksi penentangan”, menyebabkan ia terhempas.

Jurucakap berkenaan mendakwa, pesawat berkenaan milik tentera AS dan semua anak kapal terbunuh dalam kejadian itu.

Pesawat berkenaan milik tentera AS dan semua anak kapal terbunuh dalam kejadian itu.

Sementara itu, AFP dalam laporan terbaharu dari Washington menyebut, sebuah pesawat pengisian minyak udara Boeing KC-135 Stratotanker terhempas di barat Iraq, manakala sebuah lagi yang terlibat dalam insiden sama berjaya mendarat dengan selamat.

Markas Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan, insiden itu berlaku semasa operasi tentera di rantau Timur Tengah.

“Salah satu pesawat terhempas di barat Iraq dan pesawat kedua mendarat dengan selamat. Insiden ini bukan disebabkan tembakan musuh atau tembakan rakan sendiri,” kata CENTCOM dalam kenyataan.

Pesawat KC-135 adalah antara pesawat tentera AS keempat yang hilang sejak perang di Asia Barat bermula pada 28 Februari.

Tiga lagi pesawat pejuang F-15E Strike Eagle sebelum ini ditembak jatuh secara tidak sengaja oleh tentera Kuwait dalam insiden tembakan rakan sendiri di ruang udara negara itu.

Menurut Tentara Udara AS, pesawat KC-135 yang telah beroperasi lebih 60 tahun biasanya mempunyai tiga kru – seorang juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang pengendali boom yang mengendalikan sistem pengisian minyak kepada pesawat lain.

Sesetengah misi juga memerlukan seorang navigator, dan pesawat itu boleh membawa sehingga 37 penumpang.



Kerajaan Setuju Perkukuh Agenda Cegah Rasuah Babit Semua Pihak – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Putrajaya pada 12 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 Mac – Kerajaan bersetuju untuk mengukuhkan lagi agenda pencegahan rasuah negara berasaskan penyertaan semua pihak, hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Turut dipersetujui pada mesyuarat itu, jelas Perdana Menteri, adalah pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer-CeIO) dan pemerkasaan koordinasi strategik antara agensi, menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Putrajaya pada 12 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, kerajaan akan kekal fokus memperkasa agenda tatakelola bagi memastikan integriti dan ketelusan terus menjadi teras perkhidmatan awam demi menjunjung amanah rakyat dan memperteguh keyakinan terhadap institusi negara.

“Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN), saya menegaskan keseriusan isu ketirisan wang awam dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merencatkan tadbir urus negara, malah menjejaskan kesejahteraan rakyat, termasuk kesihatan awam, alam sekitar dan integriti nasional.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Putrajaya pada 12 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai dalam memerangi rasuah, namun usaha ini perlu diperkukuh melalui pembudayaan integriti dan amalan tatakelola yang baik secara menyeluruh, membabitkan sektor awam, swasta serta masyarakat.

“Antara dipersetujui di dalam mesyuarat ini ialah pelaksanaan Program CeIO, pengukuhan agenda pencegahan rasuah negara berasaskan penyertaan semua pihak serta pemerkasaan koordinasi strategik antara agensi,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Putrajaya pada 12 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri serta para pegawai kanan kerajaan serta Jabatan Audit Negara (JAN).


"JADI DUTA KHAS BERTARAF MENTERI PUN GAGAL" ! YB MARANG KANTOI !


 

"KENAPA PRESIDEN KAMU TAK BERANI ISYTIHAR HARTA" ! KANTOI YB PAS !


 

TAHNIAH!! - AZAM BAKI DIGANTI | AYOB KHAN PADU BERSAMA PMX LAWAN RASUAH


 

5 Berita Panas Minggu Ini! 9 Mac - 13 Mac 2026


 

Cubaan jatuh kerajaan! Wan Saiful dipanggil polis, 'Video edit bukan keputusan Azam' | SEKILAS FAKTA


 

Pembangkang amat takut pembubaran parlimen awal, ini sebabnya


 

"JANGAN FITNAH SAYA LAGI" ! PMX AMARAN YB PAS !


 

𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗗 𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗣, 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡




Ahmad Mursi


Tulisan Haji Hadi (12/03/26) penuh dengan retorik politik agama keras, analogi menghina, dikotomi palsu, sangat emosional dan mempolitikkan nas cara salah.


Usaha Rumah Bangsa UMNO mencari titik pertemuan bukan sekadar disindir, tetapi dilabel, dihina dan diragui keikhlasannya.


Haji Hadi menuduh UMNO menganjurkan perpaduan Melayu atas semangat kebangsaan tanpa Islam kerana bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan. Dia cuba mengambil peranan Tuhan menentukan niat dan isi hati orang lain.


Presiden PAS ini lupa, dirinya sendiri pernah bersama DAP membentuk kerajaan di Perak (2008-2009), Kedah (2008-2013), Selangor (2008-2018) dan Pulau Pinang (2008-2015).


𝗗𝗔𝗟𝗜𝗟 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥 𝗦𝗘𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗛𝗔𝗧𝗜


Dalam hubungan dengan parti bukan Islam, Haji Hadi sering memetik ayat 8-9 Surah al-Mumtahanah, namun menyembunyikan makna sebenar.


Dua ayat ini membezakan dua situasi yang jelas:


Ayat 8: Allah MEMBENARKAN umat Islam berbuat baik dan berlaku adil kepada bukan Islam selagi mereka (1) tidak memerangi umat Islam kerana agama dan (2) tidak mengusir umat Islam dari tanah air.


Ayat 9: Allah MELARANG menjadikan teman rapat jika mereka (1) memerangi umat Islam kerana agama, (2) mengusir umat Islam dari tanah air, dan (3) membantu pihak lain mengusir.


Persoalannya: Adakah DAP berperang dengan umat Islam kerana agama? Adakah DAP mengusir atau membantu mengusir umat Islam dari tanah air sendiri?


Jika tidak, kerjasama dengan DAP sepatutnya berada dalam ruang lingkup ayat 8 yang membenarkan, bukannya ayat 9 yang melarang.


PAS sendiri menjadikan DAP teman rapat selama sekitar sedekad. Jika DAP ketika itu tidak dianggap memerangi Islam, mengapa tiba-tiba kini mereka jadi musuh Islam?


Jika Haji Hadi sengaja menyembunyikan maksud sebenar ayat ini demi menyesuaikannya dengan strategi politik, ingatlah firman Allah:


"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan dan petunjuk... mereka dilaknat Allah dan dilaknat oleh semua yang melaknat." (Surah al-Baqarah: 159)


𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠


Haji Hadi mendakwa ahli UMNO terkena waswas syaitan kerana berlawan dengan perjuangan asal yang meletakkan Islam sebagai sebahagian dasar. 


Dia sentiasa berburuk sangka bahawa hanya PAS yang berpegang teguh kepada Islam.


Sejak 1980-an dia menghukum UMNO sebagai parti sekular (politik suku, agama suku) yang dihukum kufur. 


Semasa krisis PAS-BERSATU di Perlis, Hj Hadi cuba berbaik dengan UMNO yang dianggap "tak berbeza akidah". Begitulah dalil diputar ikut selera, hanya dalam sela masa singkat.


𝗦𝗜𝗞𝗔𝗣 𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗖𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗜


Haji Hadi menulis menganggap hanya PAS terpaling suci – berpandukan hidayah Allah, ahlinya beristiqamah, tidak terpedaya syaitan. 


Sebaliknya, lawan PAS digambarkan sebagai dipengaruhi syaitan, bala tentera hantu, lebai jahil, ahli syirik, tukang sembelih haram, pemujaan dll.


Allah melarang keras sikap ini:

"Maka janganlah kamu mensucikan diri kamu. Allah lebih mengetahui siapa yang bertakwa." (Surah an-Najm: 32)


Sikap menyucikan diri inilah yang menyebabkan Iblis takabur dan terusir dari syurga – kerana sikap itu amat dibenci Allah.


𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗕𝗢𝗞 𝗔𝗧𝗔𝗣 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜


Haji Hadi mendakwa Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan minoriti yang disokong hantu. 


Dia lupa, Kerajaan Tebok Atap yang ditubuhkannya dulu langsung tidak mempunyai majoriti – parlimen digantung, negara didaruratkan, bajet tidak dibahas, hingga mencetuskan skandal Jana Wibawa.


Dia pula terus menerima gaji buta sebagai Duta Khas bertaraf Menteri, membazir wang negara.


Baru-baru ini, usaha pindaan Perlembagaan membataskan tempoh PM mendapat 146 undi – kurang dua untuk capai dua pertiga. Adakah itu minoriti pada matanya? Ilmu politik apa yang digunakannya?


Kerajaan minoriti yang sebenar adalah yang cuba dibentuk Haji Hadi selepas PRU15 – dengan hanya 115 sokongan yang kononnya "doh cukop jumloh, lebih dari cukup". Dia berniat mengacau-bilau negara untuk kali kedua dengan lebihan 3 undi.


𝗞𝗘𝗦𝗜𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡


Tulisan Haji Hadi ini memberi imej buruk kepada Islam. Bahasa keras, analogi melampau, dan sikap gemar melabel hanya kerana berbeza pandangan – semuanya menjadikan agama sebagai alat menghukum, bukannya rahmat.


Membaca tulisan dengan bahasa sebegini, sukar menerima bahawa ini adalah akhlak seorang ulama akhirat. Didoakan semoga dia tidak dijangkiti penyakit ulama su'.


Malaysia memerlukan politik RAHMAH yang matang dan menyatukan – bukan politik pecah-belah yang marah-marah.





PERBICARAAN SAKAW JANA WIBAWA


 

SPRM TAK PAKAI NGO YANG BAGI CADANGAN TANPA BUKTI

 


SEMUA SALAH...KIOK PUAK KHAWARIJ NI


 

WOII AKMAL..HADI KATA TAK MAU DENGAR SUARA SETANG...


 

BERES

 Syam Ghaz



Sahur dgn Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato DR AZAM AHMAD . 




Guru dan kakitangan KPM adalah penjawat awam paling ramai di Malaysia.


Gaji Pegawai Kerajaan naik sampai 8 - 15%, masa kerja pun best, cuti paling best.


Semua masalah guru guru di Sekolah yang membebankan para guru telah hampir berjaya ditambahbaik jadi lebih bagus daripada Menteri Pendidikan sebelum ini.


Untuk kemasukan murid baru pra sekolah umur 6 tahun telah ada peruntukan khusus untuk tambah bilik darjah, tambah guru dan ke arah persiapan cabaran dunia yang makin dinamik dan makin mencabar 


Kes buli juga diselesaikan dan takda dah simpan bawah karpet.


Paling best, kalini polis akan masuk semua sekolah kutip kaki buli terutamanya babit kes buli, jenayah, maksiat, dadah dan gangguan seksual, termasuk golongan curang.


Jalan terus Kementerian Pendidikan. 


Polis dan Guru berpisah tiada, masa untuk atasi semua masalah yang disimpan bawah karpet selama ini.


Semoga KPM terus berjaya dibawah kepimpinan Yb Kak Fadhlina Sidek. 


Nota: saya tak boleh nak bantu bab pertukaran guru, bab nak tangkap guru jahat dan murid bermasalah boleh pm la😉



TUUU DIAA...PUJAAAN WALAUN

 Syam Ghaz


Minyak Masak bukan setakat buat masalah di KPDN, rupanya di SSM juga buat masalah. Ketua Pembangang la sangat yg Pas duk puja tu.




KEH KEH. TAK BINATANG ...SETANG. PULUH TAHUN JADI MP..APA SATU TAK BUAT. FATWA SONGSANG PECAHBELAH MELAYU.

 

Che Ibrahim


Kalau tidak nama nama natang, setang....tu jah modal dia walaupun dalam bulan puasa ...






AKAN DIBENTANGKAN SEMULA. SEMOGA TAK ADA LAGI MP BENGGONG YANG BANGGA DENGAN TAK CUKUP UNDI

 



RUU had tempoh Perdana Menteri 10 tahun akan dibentang semula Jun ini





PUTRAJAYA 5 Mac – Kerajaan akan membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun pada sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung Jun ini.


Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.


Beliau berkata kerajaan berharap pindaan Perlembagaan yang bersifat tidak partisan serta bertujuan menambah baik demokrasi negara itu akan mendapat sokongan semua Ahli Parlimen apabila dibentangkan semula nanti.


"Seharusnya semua Ahli Parlimen memahami bahawa usaha ini adalah untuk memastikan tidak lagi berlaku satu keadaan di mana Perdana Menteri berasa bahawa dia akan dan dia boleh melakukan apa sahaja kerana dia boleh berkuasa sehingga bila-bila," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya, semalam.




KHIANAT KATA LOKMAN ADAM. KALAU UMNO TAK BAWA MASUK OUN TAK APA ...DIA MANA ADA SIFAT KEPIMPINAN PUN.

 




SEDIAKAH UMNO TARIK BALIK PENGGANTUNGAN H2O?


13 Mac 2026


Bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein menunjukkan jalan mudah kepada kepimpinan UMNO itu jika benar inginkan beliau kembali bersama parti itu.


Jalan itu ialah dengan UMNO segera menarik balik penggantungan terhadap dirinya.


Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, untuk kembali menyertai UMNO bukanlah keputusan yang sukar baginya.


“Dalam tiga tahun saya digantung, saya tidak pernah keluar parti pun.


“Jadi hari ini apabila pimpinan telah membuat pendirian, saya rasa penting untuk beritahu kepada warga Sembrong dan pimpinan UMNO Sembrong terlebih dahulu bahawa tak timbul masalah langsung bagi saya untuk terima apa yang dinyatakan Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi itu.


“Yang penting saya tidak pernah lari (dari UMNO


“Kalau betul mereka ikhlas dan tarik balik penggantungan, saya akan kembali berjuang dalam UMNO, rapatkan barisan kita dalam UMNO Sembrong, UMNO Johor untuk perkasa dan perkukuhkan parti keramat UMNO,” tegasnya dalam satu kenyataan melalui video yang disiarkan di laman sosialnya.


Dalam kenyataan tidak lama sebelum ini, Hishammuddin atau H2O yang merupakan Ahli Parlimen Sembrong menegaskan, beliau tidak akan merayu untuk kembali semula kepada UMNO.


Ini kerana katanya, beliau tidak tahu dan tidak diberitahu apa kesalahannya sehingga digantung keahlian selama enam tahun pada 2023 lalu.


Katanya lagi, beliau juga tidak pernah diberi surat tunjuk sebab mengenai butiran kesalahannya sebelum dijatuhkan hukuman gantung keahlian itu.


Kini menjelang PRU16 yang bakal tiba dan UMNO bersungguh mahu memperolehi keputusan lebih baik sehingga ingin bertanding 115 kerusi Parlimen, lalu diperkenalkan agenda Rumah Bangsa supaya bekas ahli yang dipecat dan digantung keahlian boleh kembali semula kepada UMNO.


Harapannya ialah melalui penyatuan semula bekas-bekas pemimpin itu, UMNO/BN mampu memenangi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding 30 yang dimenangi pada PRU15 lalu.


Setakat ini, ramai yang menolak Rumah Bangsa, kecuali yang berminat hanyalah Khairy Jamaluddin atau KJ dan bekas pemimpin veteran, Abd Kadir Sheikh Fadzir.


Nampaknya melalui kenyataan terbaru ini H20 tetap dengan pendirian asalnya iaitu oleh kerana beliau tidak tahu dan tak pernah diberitahu apa kesalahannya, maka tiada sebab baginya untuk membuat rayuan.


Jika ingin beliau kembali, caranya mudah saja - tarik balik penggantungan keahliannya.


Sejujurnya, melihat kepada apa yang ditimpakan kepada H2O selama ini, jalan mudah yang dinyatakannya itu - jika UMNO ikhlas ingin beliau kembali, tariklah penggantungannya - adalah sesuatu yang logik dan wajar.


Kalau nak merayu, mesti tahu dulu apa kesalahan yang dilakukan.


Kalau kesalahan pun tak diberitahu, bagaimana nak merayu?


Persoalannya, sediakah Zahid Hamidi secara ikhlas hati menarik balik penggantungan H2O itu? - ShahbudinHusin 13Mac 2026.


https://fb.watch/FP3eO-9zW1/?