‘BARANG MAHAL, BARANG TAK LAKU, RINGGIT MENJUNAM’ – MUHYIDDIN

UMNO GUNA DUIT, CABUTAN BERTUAH BELI SOKONGAN, DAKWA TUN MAHATHIR

Umno guna duit, cabutan bertuah beli sokongan, dakwa Tun Mahathir

BN tidak mampu atasi pengaruh Anwar di Permatang Pauh


PERMATANG PAUH, 19 OGOS: Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya merampas kerusi tradisi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang kini menjalani hukuman penjara – di Parlimen Permatang Pauh, kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulang Pinang, Steven Sim.
Perkara itu diyakini kerana, katanya, beliau sangat memahami sentimen penduduk di Permatang Pauh, memandangkan kawasan itu berjiran dengan kawasan Parlimennya, Bukit Mertajam.
“Ketua bahagian UMNO di sini sendiri pun tak berani berjumpa akar umbi dengan memakai baju-T Umno semasa Hari Raya.
“Mereka sangat maklum persepsi akar umbi kepada Umno sangat buruk,” katanya dipetik laporan The Malaysian Insight ketia membuat lawatan ke Sungai Lembu di Penanti, Permatang Pauh hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Permatang Pauh, semalam, yang menggesa agar penduduk di kawasan Parlimen itu mengubah undi kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh disandang isteri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Nor Azizah Wan Ismail.                        
Steven berkata, kemenangan BN sebelum ini hanya bergantung kepada faktor Anwar dan parti pemerintah itu tidak akan mengulangi kejayaan yang sama memandangkan pemimpin PKR itu kini sudah menyertai pembangkang.
Anwar, ketika masih bersama UMNO, merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999.
Pada 1998, beliau disingkirkan dari jawatan timbalan perdana menteri dan kembali menjadi ahli Parlimen pada 2008 hingga 2015 sehinggalah dipenjarakan semula buat kali kedua atas tuduhan kononnya berlaku salah laku moral.