KEPENTINGAN KEYAKINAN (TRUST) terhadap BRLANJAWAN 2020*



*KEPENTINGAN KEYAKINAN  (TRUST) terhadap BRLANJAWAN 2020*

*Kepentingan Peralihan Kuasa*

Laporan Bloomberg baru-baru ini menunjukkan bahawa ketidaktentuan peralihan kuasa membuatkan pihak pelabur kurang yakin untuk terhadap pasaran Malaysia.

Ini terbukti apabila harga pasaran melonjak naik sebaik sahaja Tun Dr Mahathir memberi kepastian terhadap peralihan kuasa kpd Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Maka saya menggesa pihak kepimpinan tertinggi melalui Menteri memberi penjelasan kepada sejauh mana isu Peralihan kuasa ini memberi impak terhadap pelaburan dan kesinambungan perubahan hebat yang dibuat rakyat pada Mei 2018.

*Keterdugaan Undang-undang*

"Keyakinan terhadap pelabur dan rakyat hanya akan terbentuk apabila negara ditadbir dengan pendekatan negara hukum (rule of law). Sekarang tatkala saya sedang berbahas, *Datuk Seri Anwar Ibrahim* yg sekali lagi difitnah telah menunjukkan contoh yang baik dgn memberi kerjasama terhadap siasatan yg dibuat oleh pihak Bukit Aman. Undang-undang mesti lulus ujian keterdugaan undang-undang/ *predictability of law*' terhadap ketidakadilan kepada warga tanpa mengira latarbelakang. Adalah menjadi tanggungjawab Menteri dan kepimpinan untuk menjelaskan bagaimana ketidak tentuan amalan undang-undang terhadap kes-kes tertentu boleh membangkitkan defisit keyakinan terhadap sistem di negara kita"

Senator Yusmadi Yusoff, Perbahasan Belanjawan 2020 7.30pm Dewan Negara

Henti kenyataan berbalah – Anwar Ibrahim


Imej mungkin mengandungi: teks

KUALA LUMPUR – Semua pimpinan dan anggota parti PKR digesa agar menghentikan budaya berbalas sesama sendiri.
Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan demi kenyataan mengenai perbalahan mestilah menggunakan saluran parti khususnya kepada Lembaga Disiplin.
“Parti harus tegak atas asas dan khittah perjuangan memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, membela nasib rakyat semua kaum terutama yang miskin dan terpinggir dari arus pembangunan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, kenyataan balas daripada kedua-dua pihak dalam PKR menghujani media yang jelas mencerminkan bahawa parti itu kini berantakan sesama sendiri.
Antaranya adalah kenyataan Ketua Penerangan PKR, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyifatkan tindakan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang membongkar beberapa perkara yang kononnya perbualan beliau dengan Anwar adalah satu perbuatan yang jelik.
Sehari selepas itu, Ketua Penerangan Wanita, Syarul Ema Rena Abu Samah pula menempelak Shamsul dengan berkata beliau gagal menjalankan tanggungjawab untuk memastikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) berjalan lancar.
Syarul Ema Rena melihat Shamsul Iskandar sebagai tidak layak mengeluarkan kenyataan mengkritik Zuraida memandangkan beliau gagal mengawal dan mengurus kongres itu 

VIDEO SIDANG AKHBAR :Otai Reformasi hantar memo sasarkan kem Azmin








Otai Reformasi hantar memo sasarkan kem Azmin

4:52 petang (Dikemaskini 5:09 petang)

Kumpulan veteran gerakan reformasi 1998 Otai Reformis menyerahkan memorandum kepada PKR bagi mendesak tindakan diambil terhadap Timbalan Presiden Azmin Ali dan pasukannya.

Memorandum itu turut disokong oleh kumpulan pendesak Jingga 13 dan badan yang yang menamakan diri mereka Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) dan Anak Reformasi.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Otai Reformis Dr Idris Ahmad yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Selangor, kepada wakil Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Bercakap kepada pemberita, Idris menggesa Azmin dan pasukannya dipecat daripada jawatan atau digantung keanggotaan kerana tidak hadir “tanpa alasan” hari terakhir Kongres Nasional PKR di Melaka minggu lepas.

Idris juga menyenaraikan nama lima pemimpin pro-Azmin, iaitu Naib Presiden PKR Tian Chua, Timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Hilman Idham, Menteri Besar Amirudin Shari, Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan exco Pulau Pinang PKR Permatang Pauh Dr Afif Bahardin.

"Tindakan ini sangat wajar memandangkan mereka telah menjejaskan dan mencemarkan nama baik dan imej parti serta reputasi Pakatan Harapan di mata rakyat," katanya.

Idris diiringi sekumpulan penyokong ketika menghantar memorandum satu halaman itu.
Azmin dan pasukkanya tidak hadir pada hari terakhir kongres PKR, selepas mendakwa orang nombor dua PKR itu menjadi sasaran kritikan oleh perwakilan, meskipun Anwar telah membuat seruan perdamaian sebelum itu.

Kongres itu turut dicemari insiden pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan dan menyaksikan kumpulan Azmin keluar dewan beramai-ramai.
Sementara itu, Idris juga menuntut PKR menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggugurkan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

"Beliau secara terang-terangan menghina Presiden PKR Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lain semasa majlis makan malam di Kuala Lumpur," katanya.

Zuraida antaranya mendakwa bahawa Anwar pernah cuba meyakinkannya bahawa Azmin adalah individu dalam rakaman video seks yang tular beberapa bulan lepas.


MAHATHIR TAK HORMAT MAJLIS PRESIDEN PH, MASIHKAH BADAN ITU BERFUNGSI?



Tindakan Tun Mahathir Mohamad mengumumkan melalui media antarabangsa tentang keputusannya mahu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020 adalah perbuatan yang jelas tidak menghormati Majlis Presiden PH.

Harus disedari bahawa kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah berdasarkan keputusan serta konsensus badan tersebut.

Walaupun tidak disebut secara spesifik bila tarikh peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim mesti dilakukan, tetapi janji untuk menjadi Perdana Menteri hanya selama dua tahun itu adalah lafaz kata yang diumumkan sendiri oleh Tun Mahathir.

Sebelum PRU14, kata-kata itu diulang beberapa kali oleh Tun Mahathir dan pimpinan PH tidak membantahnya kerana mereka merasakan proses pembebasan dan pengampunan Anwar dijangka mengambil masa sekitar dua tahun juga.

Kalaulah diketahui pembebasan dan pengampunan Anwar boleh diselesaikan dalam jangka masa tiga bulan, barangkali belum tentu tempoh dua tahun yang selalu disebut Tun Mahathir itu dipersetujui begitu saja.

Bermakna, tempoh dua tahun itu bukan saja jangka masa yang difahami sebagai munasabah oleh pimpinan PH, bahkan juga merupakan janji yang didengar di bumi dan diketahui di langit.

Untuk itu, setelah memegang jawatan Perdana Menteri, jika Tun Mahathir mahu mengubah tempoh dua tahun yang dijanjikannya itu, beliau seharusnya merujuk kepada Majlis Presiden terlebih dahulu.

Hanya setelah Majlis Presiden bersetuju, barulah beliau boleh mengumumkan perkara tersebut kepada umum.

Adalah tidak beretika tindakannya mengumumkan hasrat mahu menjadi Perdana Menteri sehingga selesai Sidang APEC pada November 2020, tetapi tidak pernah sama sekali membawanya dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

Kenapa Tun Mahathir tidak membawanya ke dalam mesyuarat Majlis Presiden PH?

Apakah beliau menganggap Majlis Presiden tidak penting lagi atau bimbang hasratnya itu tidak mendapat sokongan dan mungkin ditolak?

Begitu pun, dengan tindakan Tun Mahathir membuat pengumuman melalui media itu, ramai kini tertanya-tanya tentang fungsi sebenar badan tertinggi dalam PH itu?

Apakah ia masih berfungsi atau Tun Mahathir sudah kembali kepada perangai lama PM4 dahulu di mana kata-katanya adalah wahyu yang mesti dituruti?

Mengapakah juga, meskipun setelah beberapa hari berlalu, pimpinan tertinggi PH masih tidak kedengaran bersuara sama ada menyokong, menolak atau mahu keinginan Tun Mahathir itu dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Majlis Presiden?

Sesuatu yang harus disedari oleh pimpinan dalam Majlis Presiden ialah tindakan Tun Mahathir ini langsung tidak membawa kebaikan kepada masa depan PH sebagai sebuah kerajaan.

Lagi lama beliau berkuasa, kedudukan PH akan terus merudum berikutan tindakannya selama ini yang tidak peduli nasib rakyat, meremehkan janji manifesto serta lebih banyak mencatur soal politik berbanding membina semula negara.

Jika sekarang pun kedudukan kerajaan telah jauh merosot dan merudum hari demi hari, malah semua hasil kajian menunjukkan hal yang sama, tidakkah disedari bahawa kalau sehingga November 2020 beliau ada lagi sebagai Perdana Menteri, ia hanya menyebabkan kedudukan PH lagi parah jadinya?

Namun, perkara yang penting di sebalik tindakan terbaru Tun Mahathir ini adalah perlunya Majlis Presiden PH bertegas tanpa kompromi menetapkan dengan segera tarikh sebenar peralihan kuasa yang dijanjikan itu.

Hanya dengan ditetapkan tarikh yang khusus barulah Tun Mahathir selepas ini tidak boleh lagi sesuka hati melanggar janji atau menetapkan sendiri tempoh kuasa dirinya tanpa mempedulikan orang lain seolah-olah dalam negara ini beliau saja yang pandai dan tahu segala-galanya.

Bangun dan bertindaklah Majlis Presiden PH!! (ShahbudinHusin 12/12/2019)


Selepas Yusoff, bapa pula diambil keterangan


MGF04122019_PC-PENDEDAHAN-SKANDAL-AHLI-POLITIK_03-1

KUALA LUMPUR – Selepas dua hari berturut-turut dipanggil ke Bukit Aman, kini giliran bapa bekas penyelidik Presiden PKR, Muhammed Ali Mohamed Idris pula diambil keterangan di Balai Polis Pulau Pinang, hari ini.
“Sebelum ini dia telah dirakam percakapan dua kali selama 8 dan 3 jam. Kemudian abang dan adiknya pula.
“Doakan keluarga Muhammed Yusoff Rawther kuat dan tabah demi maruah dan harga diri keluarga mereka.

“Hari ini Yusoff berkejar balik ke Pulau Pinang untuk menemani ayahnya pula yang akan dirakam percakapan di Balai Polis di sana oleh pasukan dari Bukit Aman,” katanya pada laman sosial itu, hari ini.
Menurut laman Facebook bernama Solidariti Buat Muhammed Yusoff Rawther, dia terpaksa bergegas ke Pulau Pinang hari ini bagi menemani ayahnya yang akan diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Bukit Aman di Pulau Pinang.
Muhammed Yusoff yang merupakan bekas pekerja Anwar membuat dakwaan tersebut menerusi satu akuan bersumpah (SD) bertarikh 19 November, yang didedahkan pada 4 Disember lalu.
Dalam perakuan bersumpah itu, Muhammed Yusoff mendakwa insiden tersebut berlaku di rumah Anwar di Segambut pada 2 Oktober 2018.
Dia mendakwa insiden itu berlaku pada hari keempat kempen PRK Port Dickson yang ditandingi Anwar.
Dalam pada itu, laman sosial itu turut mendedahkan bahawa Muhammed Yusoff bukan sahaja berada dalam keadaan tertekan kerana siasatan polis bahkan menerima gangguan daripada orang-orang Anwar.
“Keluarga Yusoff dan dia sendiri sedia beri kerjasama sepenuhnya demi mencari keadilan untuk mereka.
“Jika pesalah orang biasa pasti biasanya akan ditahan dan direman. Malangnya kini pengadu pula yang menerima tekanan,” katanya laman sosial itu lagi.

JEBAT DERHAKA TENTANG KISAH ANWAR.


Seremban diisytihar bandar raya 1 Januari 2020


A
A

SEREMBAN - Seremban bakal diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Januari 2020.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun berkata, pengisytiharan rasmi akan dilakukan pada 20 Januari 2020 oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Menurutnya, kerajaan bersetuju melantik seorang Datuk Bandar dan seorang setiausaha untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran namun enggan mendedahkan nama individu tersebut.
"Pelbagai acara dan sambutan sedang dirancang bagi meraikan Bandaraya Seremban dengan penuh gemilang," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri hari ini.
Aminuddin juga memberitahu, seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditempatkan di Wisma Negeri bermula tahun hadapan.

Katanya, usaha itu adalah sebagai usaha mengurangkan gejala rasuah di pejabat terutama dalam kalangan penjawat awam.

BERMULA SESSI PERSEKOLAHAN 2020

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, makanan

LAGI BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT





Alhamdulillah.. Masih ada berita baik untuk rakyat.. Tahniah PH.. Selamat meninggal walaun's..! 


😜😜

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH.





Bantuan musim tengkujuh 2019. Sila kemaskini maklumat terkini di mana mana pejabat Risda sebelum 15 Desember 2019.
Cepat cepat kerajaan sepenggal nak bagi. Kerajaan cina kapiaq DAP nak bagi,
Boleh ngopi dan kutuk kutuk ph dari pagi sampai petang...boleh duduk saja pagi dan petang dikedai kopi....duit masyukkkk.
Dah pemalas nak kerja...semua nak free....

APA KHABAR PENEROKA? REGA SAWIT DAH TINGGI...



Alhamdulillah.. Tahniah PH..!

Benda baik macam ni ramai rakyat suka.. Tapi walaun's macam biasalah.. Hilang lidah nak bercakap hal kebaikan PH.. Yang diorang tahu.. DAP musuh negara..!

Ha ha ha..

TH LINGKUP TAPI LEBAI LAUNG TAKBIR



Oleh: Mohd Asri Bakar

Bila Najib umum jer nama Ajis mamak tu jadi Pengerusi TH dulu...aku dah boleh agak dah, banyak perkara buruk akan berlaku. Akan berlaku banyak ketirisan dan penyalahgunaan kuasa dalam TH. Masa tu jugak, aku yakin, akan bertimbun-timbun lah wang TH akan di alirkan kepada Ajis Mamak dan Bos kesayangan beliau iaitu Semah dan Jibby sdn bhd.

Sejarah Ajis sendiri boleh di jadikan bukti. Seorang penjual kereta terpakai di PJ yang sering menipu para pelanggan2nya. 1 biji kereta, dia akan jual kepada 5 orang yang berlainan. Pastu, dia jadi pengedar kereta Proton pulak. Pun sama....ambik jerk deposit, tapi pelanggan tak akan dapat kereta yang di impi2kan. Bila di buat lapuran Polis (lebih dari 50 lapuran telah di buat sebenarnya)....tetapi tiada hasil apa2 pun. Ada seseorang kenamaan (pemimpin UMNGOK) ada di belakang beliau yang mempertahan kan si sial Ajis mamak the gampang forever!.

Pastu...nak bagitahu lagi nih. Sebelum dia terlibat dalam perniagaan menjual kereta, dia seorang penjual burger di depan kelab Syabas, lorong Sultan PJ, dan masa bila pulak dia boleh memiliki Ijazah? U mana? Bila? PJJ ker? Mohon Kerajaan siasat pembelian Ijazah oleh Ajis Mamak nih.

Bila dengar TH kerugian atau kehilangan wang lebih dari RM5 billion, aku dah boleh agak dah. Patut lah hidup dia mewah dan senang lenang. Ada pulak seorang bekas ASP Polis yang pernah siasat kes dia dulu tu (di PJ) pun dah terikut-ikut dia (jadi balaci Ajis Mamak). Semuanya demi WANG...WANG...WANG!!!!!.

Harap2 lah kan, ada kumpulan2 atau penganut2 PASUMNO yang berani untuk mengadakan perhimpunan supaya dapat mendesak Ajis mamak memulangkan semula wang2 tersebut. Duit orang Islam dan Melayu tu bro!....apasal tak berani nak buat himpunan sebagaimana perhimpunan beruk2 ICERD baru2 ni? Hmmmmmmm.

DULU DIA PERNAH PECAT AHLI...


Zuraidah dulu pernah pecat ketua penerangan PKR cabang ampang selepas desak sikitul keluar parti.. tak salah pun kalau kita pecat Zuraidah tak gitu?

KEMPEN DESAK ZURAIDA BERUNDUR



Otai Reformis & beberapa NGO lain akan menghantar memorandum mendesak parti Keadilan untuk minta PM gugurkan Zuraida dari jawatan Menteri Kabinet kerana kebiadapan Zuraida menghina DSAI.

Tarikh : Khamis 12 Disember 2019

Masa : 2 petang

Lokasi : Depan ibu pejabat KEADILAN, Tropicana

Satu sidang media akan diadakan selepas serahan memorandum tersebut.

Semua rakan-rakan Otai dipohon mobilise seramai mungkin pendokong Dsai / ahli2 parti akar umbi.

Terima kasih.

ANWAR MAMPU KENDALIKAN PERSIDANGAN APEC NOVEMBER NANTI



Anwar bukan baru di dalam politik. Anwar lama menjadi TPM dan pernah memangku tugas PM.  Itu semua Tun M tahu kerana ia berlaku di era Tun M jadi PM ke 4.

Mengendalikan Persidangan APEC bukanlah sukar sangat jauh lebih sukar mengendalikan Sukan Sea.  Tidak banyak karenah mengendalikan tugas selaku tuan rumah Persidangan APEC berbanding menjadi tuan rumah Sukan Sea.  Sukan Sea yang kita pernah menjadi tuan rumah, cukup dengan Menteri Sukan yang kemudiannya dilaksanakan oleh Majlis Sukan dan pihak yang berkaitan sahaja menguruskannya.

Jadi, usahlah Tun M risau seolah-olah tanpa beliau Persidangan APEC yang dijadualkan pada bulan November ini di KL akan gagal. Sesiapa pun PM waktu itu, pasti tiada masalah untuk kendalikannya kerana bukan PM yang akan urus semua perkara. 

Alasan Tun M untuk menyerahkan jawatannya kepada Anwar seperti yang dijanjikan hanya selepas Persidangan APEC, adalah satu alasan yang cuba untuk membuli Majlis Presiden PH, rakyat dan penyokong PH. Tun M tidak perlu untuk memperbodohkan kami dengan mencipta berbagai alasan.  Alasan tunggu ekonomi pulih hingga kepada alasan selepas Persidangan APEC benar benar menguji tahap kesabaran kami.

Tun M mesti buktikan bahawa beliau jujur dengan janjinya seperti Kak Wan jujur memegang janji untuk tidak mengambil jawatan PM selepas PH menang PRU14 dulu meskipun ditawarkan oleh Agong.  Tun M mesti hormati rakan-rakan di dalam PH yang selama ini yakin dan percaya Tun M bukan seorang munafik. 

Sebelum Mei 2020, adalah tarikh yang tepat untuk Tun M buktikan keikhlasan dan kejujurannya.  Kita mahu Tun M bersara dari politik dengan nama yang baik serta dikenang.  Tun M tidak perlu mencipta musuh selepas diberi kuasa.  Tun M tidak perlu berperang lagi dengan kami. 

Cukup-cukuplah, kami telah bantu cita-cita kamu untuk jatuhkan Najib kleptokrasi dan jangan pula kamu dijatuhkan kemudian hari.  Peralihan kuasa mesti berlaku paling lewat Mei 2020 kecuali jika Tun M sanggup berperang lagi. 

WFAUZDIN NS



SELEPAS KALAH TERUK DI TG PIAI, TUN M TAK SEPATUTNYA MELEWATKAN LAGI PERALIHAN KUASA



Apabila Tun Mahathir Mohamad mengumumkan untuk melewatkan tarikh penyerahan kuasa sehingga selepas Sidang APEC pada November 2020, tidak banyak yang gembira dengan perkhabaran itu.

Sebaliknya, lebih ramai yang kecewa serta rasa berduka atas pengumuman itu.

Kalangan orang Cina yang merupakan peniaga dan penggerak ekonomi negara, mereka merasakan pengumuman Tun Mahathir itu bermakna mereka perlu menahan sengsara lebih lama dalam kehidupan mereka.

Sejak bertukar kerajaan pada Mei 2018 lagi, harapan golongan peniaga ini tidak lain ialah agar sektor ekonomi lebih berkembang dengan beberapa dasar serta rangsangan baru akan diperkenalkan.

Malangnya, setelah beberapa bulan menunggu, ternampak tiada yang positif diperkenalkan oleh Tun Mahathir, sebaliknya beliau dilihat lebih banyak bermain politik serta menyalahkan kerajaan lama semata-mata.

Itulah yang menyebabkan di mana-mana, jika kita rajin berbual dan bertanya khabar dengan peniaga-peniaga Cina, rata-ratanya mengeluh kerana perniagaan serta pendapatan mereka yang lebih merosot berbanding dulunya.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga tidak segan-segan menunjukkan betapa banyak ruang-ruang niaga di sekeliling mereka yang kini kosong atau sudah tutup kedai.

Lantaran itu, mereka mula menyedari Perdana Menteri yang sudah berusia 94 tahun ini tidak berdaya lagi memulih dan mengembangkan ekonomi negara ke arah yang lebih baik serta memuaskan.

Begitu pun, mereka juga tidak mahu lagi kepada BN dan harapan mereka dengan pengunduran Tun Mahathir setelah dua tahun menjadi Perdana Menteri di mana selepas itu kepimpinan negara akan diambil alih oleh Anwar Ibrahim yang lebih bertenaga, proaktif serta ada rekod cemerlang ketika menjadi Menteri Kewangan sebelum ini, sesuatu yang lebih positif akan segera terhasil.

Kata mereka, Tun Mahathir tidak perlu berada lebih lama di jawatannya sekarang dan beliau patut sedar ketidakmampuan serta faktor umur adalah halangan utamanya.

Bagi orang Melayu yang merupakan golongan pengguna pula, kekecewaan mereka tidak kurang dengan orang Cina kerana kelembapan ekonomi telah menyebabkan mereka sukar memperolehi wang, anak-anak tiada pekerjaan dan tiada lagi lebihan duit dalam duit untuk bercuti atau berjalan-jalan.

Ditambah dengan jawapan Tun Mahathir mengenai janji manifesto serta kelibatnya yang lebih banyak bermain politik dan menghuru-harakan rakan dan lawan, kebencian dalam diri mereka pun berkembang dengan sendirinya.

Tidak kurang yang secara terbuka menyatakan rasa menyesal menyokong Tun Mahathir dan mengundi PH dalam PRU14 lalu.

Mesej penolakan kepada Tun Mahathir itu secara umumnya boleh dirasa di mana-mana dan telah pun dizahirkan dalam PRK Tanjung Piai, baru-baru ini.

Keputusan pilihanraya itu bukanlah bermakna pengundi mahu menerima kembali BN atau menyokong semula MCA, tetapi lebih merupakan mesej kepada Tun Mahathir selaku “kepala ikan” agar mengelakkan keseluruhan badan ikan berbau dan membusuk dek kerana kegagalannya memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Maka itu, apabila tiba-tiba Tun Mahathir mengumumkan hanya akan berundur dan melakukan peralihan kuasa selepas Sidang APEC pada November 2020 akan datang, tidak sedikit yang rasa kecewa dan tidak gembira dengan keputusannya itu.

Kata mereka, dengan mesej daripada keputusan PRK Tanjung Piai, tidak wajar sama sekali bagi Tun Mahathir melewatkan lagi tarikh penyerahan kuasa kepada Anwar.

Beliau, kata mereka, sepatutnya mempercepatkan lagi peralihan kuasa dan memberi peluang kepada Anwar mengambil alih teraju kepimpinan negara ini. (ShahbudinHusin 12/12/2019)


NAJIB CUBA DITABALKAN JADI PENGERUSI BN

INI MESTI KERJA ATOK...

Ipoh Mali

Dalam tulisan aku beberapa hari lepas... terutama tulisan aku pasal Rafizi DAN Azmin... ada sahabat komen, "Ini mesti kerja Atok"... "Korang tak kenal lagi Atok"... bagi aku mudah... kita kena letak kepercayaan kepada seseorang itu, sebelum kita melihat tanda yang jelas mereka itu khianat sepertimana yang dilakukan Azmin DAN Zuraidah...

Dari semalam ramai yang cuba mengaitkan kononnya peguam Hanif Kathrie dengan Tun Mahathir... aku sendiri tak mempercayai Hanif Kathrie tapi aku cenderung tidak mengaitkan dengan Tun M. Bagi aku kita jangan cepat sangat berprangsangka...

Aku baru mendengar petikan ucapan Zuraidah di Malaysiakini. Bagi aku ucapan dia sendiri sekarang jelas cuba melaga-lagakan Tun M DAN Ds Anwar, motifnya jelas, ucapan dari orang yang gagal merancang sesuatu, tetapi masih berusaha melagakan Tun M DAN Ds Anwar jadi kita berhati-hatilah dari rencana jahat ini... aku cenderung untuk mengatakan Tun M tidak terlibat...

Bagi aku kalau ada rencana jahat itu bukan soal Tun M, boleh jadi dari kelompok si Kitol dalam PKR ini DAN pembangkang yang berusaha mengekalkan Tun M DAN menghalang Ds Anwar menjadi Perdana Menteri. Kalau ada pun dari kalangan Tun M, mereka adalah watak yang sama sepertimana fitnah Liwat 02 yang melibatkan Saiful Bukhari... kelompok ini mereka mempunyai hasrat yang sama seperti PAS dan sebahagian UMNO...

Kalau dilihatkan dari bicara Zuraidah, mak Lampir bagi aku depa ni tak pernah langsung rasa bersalah untuk berbuat jahat... apalagi menghina Ds Anwar... aku hari ini pun sangsi, apakah fitnah liwat melibatkan Saiful Bukhari itu sendiri datang dari orang dalam PKR? Pasti ada peranan orang dalam yang meletakkan Saiful Bukhari di situ...

Kita sendiri pun tahu bagaimana keputusan Ds Anwar di Mahkamah Rayuan berubah menjelang langkah Kajang DAN siapa yang dapat manfaat dari keputusan itu dalam Langkah Kajang DAN siapa yang bermain kayu tiga dalam peristiwa Langkah Kajang itu dengan UMNO dan PAS, malah sebelum PRU 14 lagi jelas siapa yang bertegas mahu bersama PAS dan memboikot gerak kempen Pakatan Harapan... cerita pengkhianatan ini bukan baru, sudah lama...

Kerja menghantar peguam untuk kerja politik ini bukan baru... tak hairan lah, masa Anwar dipenjara hanya 2 peguam ini terlibat berkomunikasi dengan Ds Anwar... Latheefa Koya DAN Surendren, kita tahu mereka dari kem mana... dari penjara ini lah dulu kononnya keluar warkah yang Ds Anwar mahu PAS bersama PH...

Bak ucapaan lama Ezam dulu... ada yang mahu berkuasa di dalam PKR dan ada yang mahu terus Ds Anwar dipenjara... depa ini tidak menjangkakan PH boleh menang di Putrajaya... rencana mereka, selepas PRU 14, mereka akan menguasai PKR dan menjatuhkan Wan Azizah...

Cuma usaha mereka gagal, bila strategi Rafizi berjaya mengalahkan regim UMNO dan Najib... hari ini satu persatu kejahatan DAN rencana jahat mereka terdedah... selepas Hadi Bewok, In sya Allah... Allah akan zahirkan wajah pengkhianat DAN wajah si Kitol seterusnya... - Ipohmali, diedit oleh papa Bob.


PH PUTUSKAN WARISAN BERTANDING DI KIMANIS

Tindakan paling tegas kepada pelaku ancaman fizikal



Tindakan paling tegas kepada pelaku ancaman fizikal

Dec 12/ 2019 / Haizir Othman
Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat melaungkan amaran tegas kepada anggota parti yang melanggar disiplin terutamanya yang melibatkan ancaman fizikal.
Pengerusinya, Dato’ Ahmad bin Kasim menyebut, Lembaga Disiplin akan menentukan tindakan yang akan diambil kepada anggota-anggota yang terbukti melanggar disiplin parti dengan merujuk siasatan pihak polis dan saranan pucuk pimpinan.
"Lembaga Disiplin ingin memaklumkan bahawa kami akan mengambil tindakan yang paling tegas terhadap mana-mana anggota yang melanggar garis sempadan disiplin parti terutama kepada mereka yang melakukan ancaman fizikal."
"Lembaga Disiplin akan menggunakan siasatan polis sebagai salah satu rujukan yang utama serta saranan pucuk pimpinan parti yang menyatakan tindakan tegas kepada sebarang bentuk keganasan yang berlaku terutamanya semasa kongres AMK berlangsung," katanya dalam kenyataan media.
Dalam Kongres Nasional KEADILAN di MITC, Ayer Keroh, Melaka dari 6 hingga 8 Disember lalu, insiden kekecohan berlaku di luar dewan sewaktu kongres Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berlangsung.
Presiden KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim dalam responnya kepada insiden tersebut berkata, parti telah meminta pihak polis menjalankan siasatan bagi membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Dato’ Ahmad Kasim turut meminta anggota yang mempunyai maklumat serta bukti berkaitan agar membuat aduan rasmi untuk disiasat sebelum menimbang syor tindakan kepada mereka.
"Lembaga Disiplin juga meminta semua anggota yang mempunyai maklumat serta bukti-bukti mengenai salah laku disiplin parti untuk segera membuat aduan rasmi kepada Lembaga Disiplin bagi pihak kami mulakan siasatan serta menimbang syor-syor tindakan atau hukuman yang wajar dikenakan kepada anggota-anggota yang terbukti melanggar disiplin parti," katanya.

Almarhum bapa TPM berkhidmat bawah empat PM


Dec 12/2019 / Keadilan Daily
Jenazah bapa kepada Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah selamat dikebumikan pada jam 11.15  di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang. 
Almarhum Wan Ismail Wan Mahmood ,93 tahun meninggal dunia pada jam lebih kurang 2.30 pagi akibat sakit tua di kediamannya di Taman Ampang Utama dan disembahyangkan di Masjid Al Mustakim, Ampang. 
Almarhum yang merupakan pesara Jabatan Penerangan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara meninggalkan balu Mariah Khamis, 85 tahun. 
Terdahulu upacara solat jenazah itu turut dihadiri sendiri timbalan perdana menteri bersama suaminya Anwar Ibrahim serta Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan isteri Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. 
Antara pemimpin pemimpin lain yang turut dilihat hadir di masjid sebelum itu termasuklah menteri Dr Mujahid Yusof Rawa, Salehuddin Ayub, Mohamad Sabu serta Sivarasa Rasiah, Lim Guan Eng dan Xavier Jayakumar. 
Upacara pengebumian yang berlangsung dalam keadaan cuaca baik itu selesai kira kira jam 11.40 pagi.

MEREKA DAN TALIBARUT SEDANG DALAM PERHATIAN POLIS.


BEZA ANTARA GENG MATSABU 2015 dgn GENG AZMIN 2019


Oleh: Mohd Mustakem


Dlm muktamar Pas tahun 2015 geng Mat Sabu teruk dibelasah.dari ustat kecik sampailah ke presiden party.

Bahasa anjing, binatang,jebon, barua, munafiq,kafir ditujukan sewenang2nya kpd geng Mat Sabu. Bukan itu je, ketika berucap merasmikan dewan pemuda Mat Sabu di boo.
Kumpulan dari Kuantan keluar dewan.
Mat Sabu tenang dan bersangka baik konon kumpulan tu nk solat awal.

Begitu juga dengan geng Mat Sabu yg lain.
Menjelang muktamar, tayar kereta Khalid Samad dan Hussam Musa ditores pisau.
Dr Hatta Ramli diugut utk dipukul manakala Dr Zulkifli ditumbuk 2 pemuda bermotosikal di depan rumahnya sekembali dari solat subuh di masjid.

Makan kenduri geng ulama membelasah geng profesional, tapi takde pulak geng profesional keluar dewan berjamaah.?

Berbeza dengan ucapan berbentuk sejarah Melaka yg diceritakan Dsai, maka SI KITOL dan rombongannya keluar dewan secara berjamaah dan buat pula majlis lain di Rinaissance hotel bagi menzahirkan betapa tersinggungnya dia...

#hati tisu sunggoh.!

Jika Begini Skrip dan Plotnya, Anwar Akan Tetap Melangkah Sebagai PM ke-8



Jika benarlah kejadian itu berlaku, adalah menjadi persoalan asas ialah, mengapa tiada laporan polis dibuat dalam tempoh 24 jam? atau dalam masa 2-3 hari? Mengapa ia tidak berlaku?

Kalian ambil nafas panjang dan fikirlah baik-baik. Tarikh yang dikatakan kononnya berlaku 'pencabulan' seperti yang didakwa, adalah hari ke-4 pilihanraya kecil Port Dickson. 

Ketika itu keghairahan PRK sedang memuncak, jika ada berita DSAI buang sampah merata-rata pun media akan lapor dengan membesar-besarkan berita kecil, mensensasikan berita suam, kerana ketika itu DSAI adalah tumpuan utama, Calon PRK Parlimen Port Dickson, dan juga calon Perdana Menteri yang sedang mendapatkan kerusi kelayakan.

Sedangkan berita yang kecil jika dimainkan di pelbagai media pun akan mampu memberi impak terhadap undi DSAI, apatah lagi jika berita itu bertajuk LIWAT 3. Mengapa perkara ini langsung tidak dihebahkan kalau benar-benar berlaku? 

Waktu itu masih ada lebih kurang 10 hari sebelum hari mengundi, mengapa kisah dakwaan Yusoff ini tidak meletup? Kenapa tidak heboh langsung? 

Yakinlah bahawa, kisah Liwat 3 ini adalah kisah dongeng yang baru direkayasa selepas mendapati sokongan dan gerakan DSAI yang naratif dan zikirnya mengangkat rakyat semakin jauh di depan. Ini acap kali berlaku ketika Anwar Ibrahim hampir ke pangkuan kerusi Perdana Menteri.

Atau apakah ia mula disusun selepas kisah semburit di Sandakan meletup? 

Kalian fikir lah dengan tenang, secara logik dan rasional.. Waktu DSAI sedang sibuk mencari undi terbanyak, demi menitip kemenangan paling bergaya untuk masuk ke parlimen sebagai Ahli Parlimen dengan watak 'Prime Minister in Waiting', sudah tentunya setiap undi yang merekodkan jumlah majoriti itu amat penting bagi DSAI. 

Persoalannya, tergamak atau tidak, seorang Anwar Ibrahim, yang ketika itu calon pilihanraya, bakal Perdana Menteri, bertindak sedemikian rupa? 

Saya bertanya soalan di atas ini bukan dari sudut keperibadian DSAI yang saya kira seorang yang warak dan tinggi ilmu agamanya. Jika dari sudut keperibadian, soalan ini tidak wajar diajukan sama sekali. 

Pertanyaan saya adalah dari sudut survival politik dalam usaha memenangi sebuah pilihanraya kecil yang menjadi kunci utama seorang Perdana Menteri dalam penantian. 

Tidakkah kalian tahu, kisah-kisah penceritaan ini semuanya boleh direkayasa, disusun, difabrikasi? Masalahnya, kisah liwat 3 ini mempunyai bukan hanya plot cerita, latar masa dan pelakun yang paling lemah, malah ia adalah skrip ulangan yang begitu membosankan.

Semalam si Yusoff ini bertemu pihak polis untuk diambil keterangan. Datangnya dengan peguam, dengan paras rupa yang cukup berlainan berbanding rupa paras yang sebenar. Tiada lagi jambang, tiada lagi rambut mengerbang dan bulu muka yang bersepah.. 

Yusoff datang dengan ketrampilan serba jambu, sudah di'make-over' menjadi Yusof yang berbeza. Malah TV3 juga telah paparkan gambar terbaru ini seolah-olah ia sudah disusun. Tidakkah kalian faham permainan ini? tidakkah kalian mengerti??

Masih kita tidak lupa bagaimana ketika isu liwat siri kedua, Saiful Bukhari muncul dengan dahi yang kehitaman, yang kononnya dilihat warak dan alim dengan dahi hitam itu akibat sujud kepada tuhan. Hitam di dahi itu adalah 'make-over'nya Saiful Bukhari, sebagaimana Yusoff.. sama sahaja!

Sekarang ini jika kamu lihat gambar terbaru Saiful Bukhari, tiada lagi hitam di dahi.. Adakah kalian masih tidak memahami permainan ini? Kita tidak dungu untuk 'brain' semua ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang sudah beberapa kali dihidangkan dengan episod fitnah yang hampir sama, sewajarnya jauh lebih celik dan matang. Kita harus lebih pandai menilai, dan menolak politik jahat yang sekali lagi disusun untuk menghalang seorang Anwar Ibrahim, mengambil tempatnya sebagai PM ke-8.

Lebih sukar cabarannya, maka akan lebih baik hasilnya nanti. InshaAllah, DSAI akan tetap akan menjadi Perdana Menteri terbaik sepanjang zaman, walau apapun halangannya jika diizin tuhan, akan jadi juga, kun fayakun. 

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger


KENAPA AKU SOKONG ANWAR






Aku Menyokong Anwar Bukan Kerana Dia Bernama Anwar.Aku Menyokong Anwar Kerana Perjuangannya Demi Rakyat.Beliau Sanggup Dihukum,Diaibkan,Dipenjara Dan Difitnah.Keluarganya Menangung Derita Dan Ujian Tanpa Henti Hanya Untuk Membela Rakyat Malaysia Yg Dizalimi Dan Ditindas..
Adakah Pemimpin Lain Sanggup Berjuang Seperti Beliau???Jika Benar Dia Gilakan Jawatan PM Sudah Pasti Dia Ikutkan Saja Kehendak PM Semasa Beliau Jadi TPM.Tetapi Beliau Mengambil Keputusan Untuk Melawan Kezaliman Hngga Dipecat Dan Diaibkan Hingga Dipenjara...

Orang Lain Sekarang Sedang Duduk Bermimpi Di Atas Kerusi Menteri Di Putrajaya.Sedangkan Beliau Gigih Menyakinkan Kepercayaan Rakyat Terhadap Kerajaan PH. Ada Yg Sudah Lupa Perjuangan Asal Semasa Menjadi Pembangkang Hingga Sanggup Mengkhianati Kawan Seperjuangan..
Kembalilah Ke Perjuangan Asal.Jgn Lupa Diri...Rakyat Sedang Menilai.Jgn Hanya Kerana Pangkat Dan Jawatan Kita Lupa Perjuangan Asal,Lupa Kesusahan Rakyat,Lupa Daratan..

Anwar PM Ke8

SyauqiSahimi


TABIK MENTERI DARI AMANAH, TIDAK LARI BILA DIHENTAM PERWAKILAN





Aku respek YB Khalid Samad dan beberapa menteri dari Amanah.  Dalam konvensyen Amanah, bertalu  talu perwakilan hentam menteri menteri  dari Amanah khususnya, tiada seorg pun dari mereka 'walkout' bersama penyokongnya, merajuk dan buat PC di luar dewan.  

Semua tunggu giliran untuk menggulung perbahasan bagi menjawab hujahan pembahas.  

YB Khalid paling tegas dalam jawapannya dan beliau gunakan pentas konvensyen untuk berdepan dengan perwakilan.  

Itulah pemimpin, itulah anak jantan namanya.  Tidak peliklah kalau dia dapat undian tertinggi di dalam AJK Amanah dan tidak pula sibuk nak jadi Presiden, jauh sekali ikut pintu belakang.  


WFAUZDIN NS


JAWAPAN KEPADA SENARAI BODOH PERISTIWA BURUK ZAMAN PH MEMERINTAH YANG DIREKA PEMBANGKANG




*👉1. Tatoo Bogel*
Mula dianjur dengan kebenaran zaman BN 2015 di Sabah, kemudian 2017 di Melaka

2019 dibuat tanpa kebenaran Kerajaan, yang kena PH jugak.

*👉2. Abu Chin Peng*
2012 MCA gesa kerajaan BN benar abu Chin Peng di bawa pulang.

*👉3. Himpunan Komunis*
Tiada lagi istilah komunis apabila Perjanjjan Hatyai 1989 semasa zaman BN, semua anggota PKM yang menyerah diri, dibenarkan pulang ke Malaysia dengan syarat ketat tidak boleh menghidupkan ideologi ini.

1949 MCA ditubuh antara lain dari serpihan pejuang seperti Tan Cheng Lock yang menjadi anggota MPAJA (sebuah gerakan sayap bersenjata kepada PKM)

*👉4. Ponteng Sidang Parlimen*
Bab ponteng ini, Hj Hadi Ahli Parlimen Marang, adalah Raja Ponteng yang champions

*👉5. Minyak Naik Tahun 2020*
Minyak tak naik, apa yang dilaksana ialah Petrol Subsidi Bersasar kepada kumpulan sasaran B40 dan M40 elak subsidi ini terlepas kepada golongan kaya dan orang asing.

*👉6. Tabung Harapan Lesap*
Tabung Harapan dibentangkan dalam Parlimen diguna sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB yang ditinggalkan Najib Razak dan UMNO

*👉7. Bintang Jalur Gemilang 5 Bucu*
Bendera muncul dalam majlis perasmian bola keranjang yang mana Presiden kepada Persatuan Bolakeranjang Malaysia adalah pemimpin kanan MCA.

*👉8. Pengganas India DAP LTTE*
Mereka belum disabitkan dengan kesalahan tersebut, Kerajaan telah mendakwa mereka yang terlibat mengira parti, kaum dan bangsa.

*👉9. Jual Aset Negara*
Najib Razak menjual banyak aset negara semasa zaman BN tetapi tidak ditularkan kerana medua dicengkam BN, sehingga banyak tanah negara tergadai seperti Lapangan Terbang Sungai Besi, tanah milik ATM lebih 40 ribu ekar, tanah Pelaburan Klang, Pulau Pinang, Johor dan banyak lagi kepada China.

*👉10. Pasang Jalur Gemilang Terbalik*
Perbuatan ini berlaku sejak 2016 bukan hanya berlaku zaman PH, ada yang berlaku di luar negara seperti Taiwan.

*👉11. Kes Arwah Adib*
Kerajaan telah mengadakan prosiding Inkues mengenalpasti kematian Adib, memberikan bantuan sewajarnya dan cakna kebajikan ahli keluarganya, kenaikan pangkat, dan keperluan yang difikirkan sesuai.

*👉12. Hina Islam*
Tindakan tegas Kerajaan lebih dari apa yang berlaku zaman BN, lebih ramai penghina dihukum hukuman penjara lebih berat berbanding zaman BN.

*👉13. Hina Rasulullah SAW*
Tindakan tegas Kerajaan lebih dari apa yang berlaku zaman BN, lebih ramai penghina dihukum hukuman lebih berat berbanding zaman BN.

*👉14. Hina Tulisan Jawi*
MCA dibelakang mereka yang mendesak menentang tulisan jawi kepada sekolah jenis kebangsaan cina dan india.

*👉15. Perlekeh Bahasa Kebangsaan*
Isu tak hormat bahasa kebangsaan ini sejak zaman BN berlaku, menteri BN pun berucap bahasa tunggang langgang dan tidak mengikut bahasa yang betul, jalan raya dan lorong, kedai dan premis ditulis bahasa tunggang langgang dah berlaku sejak zaman BN.

*👉16. Bible Edar Berleluasa*
Edaran ni sejak lama dah berlaku, sejak 2012 dah dilaporkan tetapi sebagaimana biasa media dicengkam BN, tak ada adalah yang sampai kepada kita.

*👉17. LGBT*
Golongan LGBT tak puas hati kepada Kerajaan PH dianggap tidak iktiraf golongan ini dengan mengadakan rally dan perarakan

*👉18. Minum Arak Tempat Awam*
Minum arak ni Akta dan Enakmen sama sejak zaman BN tiada PBT yang ada Akta khusus, ia teroakai kepada bukan Islam, manakala bagi orang Islam dah ada Enakmen Jenayah Syariah Negeri yang menghukum dan menghalang orang Islam minum dan jual arak.

*👉19. Tanam Buluh Ganti Sawit*
Tanam Buluh sebagai alternatif bagi pendapatan tambahan memandangkan komoditi sawit bergantung kepada pasaran dunia, ada kalanya turun, tanaman buloh sebagai sampingan menambah pendapatan.

*👉20. Minum Sawit*
Minum sawit disalahberti minum minyak sawit, sebenarnya apa yang diminum dan dipromosi ialah sawit muda yang kaya dengan khasiat bukan minyak sawit yang dijadikan bahan dalam masakan.

*👉21. Hina Raja Melayu*
Zaman BN kuat hina Raja Melayu, Shahidan Kassim maki Raja Perlis, Idris Jusoh maki Sultan Terengganu, dan banyak lagi.

*👉22. Statue Rome*
Statute Rome dah ditandatangani zaman BN, tetapi belum diratifikasi secara senyap, tapi biasalah yang salah PH juga.

*👉23. IC Palsu*
Kisah IC palsu berlaku sejak zaman BN terutama di Sabah, pegawai2 yang diwarisi semasa era BN juga yang menggadaikan kad pengenalan dijual kepada orang asing.

*👉24. Kereta Terbang*
Projek ini projek yang diakui memang tidak sesuai dengan keadaan dan masa.

*👉25. ICERD*
ICERD dah ditandatangani zaman BN, tetapi belum diratifikasi secara senyap, tapi biasalah yang salah PH juga.

*👉26. Gaduh Sesama Sendiri*
UMNO sendiri bergaduh dalam pemerintahannya, cuma disembunyikan dari media, ahli di peringkat akar umbi bergaduh bertumbuk di himpunan parti.

*👉27. Isu Sex, Sekodeng, Rogol, Cabul, Liwat dan Semburit*
Setiap kes jenayah ada prosedur yang perlu dilalui bermula dengan siasatan, melengkapkan siasatan, pendakwaan dan hukuman, tiada kes boleh buat ekspres tuduh hari ni, esok terus hukum. 

*👉28. Isu Terowong*
Dah dijawab Kerajaan Pulau Pinang, jika ada asas salahlaku, SPRM bila masa boleh siasat dan dakwa 

*👉29. Isu Banglo*
Isu Banglo dah dijelaskan Pejabat Peguam Negara rasional kes tidak diteruskan, saksi utama yang lemah kredibel dalam memberi keterangan di mahkamah.

*👉30. Isu 1.4J dan Sewaan 38 Hotel*
Pihak NAFAS dah minta MCA yang buat dakwaan, tunjuk bukti NAFAS sewa bilik, buat laporan SPRM, siasat dan dakwa, tiada yang hendak disembunyikan zaman PH

*👉31. Isu Berebut Kerusi PM*
Zaman BN pun berebut, tapi tak ditunjuk kepada rakyat sebab media dicengkam BN dan tertutup, siapa bercakap dihumban ke dalam.

*👉32. Maksiat dan Sindrom Bisu Para Pemimpin Agamanya*
Najib dan Zahid kena tuduh pelbagai tuduhan rasuah dan salahlaku, tiada pemimpin agama tegur Najib dan Zahid zmaan BN perintah.

*👉33. Rasuah dan Sogokan PRK*
BN raja rasuah dan sogok wang, dah terbukti beberapa kes mahkamah calon BN sogok wang. Haji Hadi dalam ceramah beliau sebut UMNO ni dipenuhi rasuah.

*👉34. Hina Ulama*
Hina ulama' ni zaman BN berlaku berleluasa, malah UMNO pernah hina Pas parti ajaran sesat, maki Tok Guru Nik Aziz dan macam-macam lagi.

*👉35. Fahaman Liberal, Sosialis Komunis, Syiah Freemason*
Pemimpin UMNO seperti Sidiq Ghouse pernah ditahan kerana terlibat dengan Komunis dan Sosialis, UMNO sejak tahun 2010 jalin kerjasama dengan Parti Komunis China, tiada pemimpin PH ditahan dikait dengan komunis dan Syiah. Najib Razak sendiri anggota sebuah persatuan yang mempunyai pertalian dengan gerakan freemason antarbangsa.

*👉36. Pembohong dan Pemfitnah*
Yang kuat buat fitnah ni UMNO dan Pas, rekod mahkamah pemimpin UMNO dan Pas juara fitnah, dan dibuktikan mahkamah memfitnah.

*👉37. Kesalahan Jenayah Hanya Orang Melayu Islam Saja Yang Diserang Manakala Cina dan India DAP Buat Jenayah Dilepaskan*
Kenyataan paling bodoh, setakat ini bukan melayu paling ramai didakwa kerana menghina sama ada agama, kaum dan ketenteraman awam.

*Mat Pikiaq*
*12 Dis 2019*