ANWAR MAMPU KENDALIKAN PERSIDANGAN APEC NOVEMBER NANTI



Anwar bukan baru di dalam politik. Anwar lama menjadi TPM dan pernah memangku tugas PM.  Itu semua Tun M tahu kerana ia berlaku di era Tun M jadi PM ke 4.

Mengendalikan Persidangan APEC bukanlah sukar sangat jauh lebih sukar mengendalikan Sukan Sea.  Tidak banyak karenah mengendalikan tugas selaku tuan rumah Persidangan APEC berbanding menjadi tuan rumah Sukan Sea.  Sukan Sea yang kita pernah menjadi tuan rumah, cukup dengan Menteri Sukan yang kemudiannya dilaksanakan oleh Majlis Sukan dan pihak yang berkaitan sahaja menguruskannya.

Jadi, usahlah Tun M risau seolah-olah tanpa beliau Persidangan APEC yang dijadualkan pada bulan November ini di KL akan gagal. Sesiapa pun PM waktu itu, pasti tiada masalah untuk kendalikannya kerana bukan PM yang akan urus semua perkara. 

Alasan Tun M untuk menyerahkan jawatannya kepada Anwar seperti yang dijanjikan hanya selepas Persidangan APEC, adalah satu alasan yang cuba untuk membuli Majlis Presiden PH, rakyat dan penyokong PH. Tun M tidak perlu untuk memperbodohkan kami dengan mencipta berbagai alasan.  Alasan tunggu ekonomi pulih hingga kepada alasan selepas Persidangan APEC benar benar menguji tahap kesabaran kami.

Tun M mesti buktikan bahawa beliau jujur dengan janjinya seperti Kak Wan jujur memegang janji untuk tidak mengambil jawatan PM selepas PH menang PRU14 dulu meskipun ditawarkan oleh Agong.  Tun M mesti hormati rakan-rakan di dalam PH yang selama ini yakin dan percaya Tun M bukan seorang munafik. 

Sebelum Mei 2020, adalah tarikh yang tepat untuk Tun M buktikan keikhlasan dan kejujurannya.  Kita mahu Tun M bersara dari politik dengan nama yang baik serta dikenang.  Tun M tidak perlu mencipta musuh selepas diberi kuasa.  Tun M tidak perlu berperang lagi dengan kami. 

Cukup-cukuplah, kami telah bantu cita-cita kamu untuk jatuhkan Najib kleptokrasi dan jangan pula kamu dijatuhkan kemudian hari.  Peralihan kuasa mesti berlaku paling lewat Mei 2020 kecuali jika Tun M sanggup berperang lagi. 

WFAUZDIN NS



No comments: