KEPENTINGAN KEYAKINAN (TRUST) terhadap BRLANJAWAN 2020*



*KEPENTINGAN KEYAKINAN  (TRUST) terhadap BRLANJAWAN 2020*

*Kepentingan Peralihan Kuasa*

Laporan Bloomberg baru-baru ini menunjukkan bahawa ketidaktentuan peralihan kuasa membuatkan pihak pelabur kurang yakin untuk terhadap pasaran Malaysia.

Ini terbukti apabila harga pasaran melonjak naik sebaik sahaja Tun Dr Mahathir memberi kepastian terhadap peralihan kuasa kpd Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Maka saya menggesa pihak kepimpinan tertinggi melalui Menteri memberi penjelasan kepada sejauh mana isu Peralihan kuasa ini memberi impak terhadap pelaburan dan kesinambungan perubahan hebat yang dibuat rakyat pada Mei 2018.

*Keterdugaan Undang-undang*

"Keyakinan terhadap pelabur dan rakyat hanya akan terbentuk apabila negara ditadbir dengan pendekatan negara hukum (rule of law). Sekarang tatkala saya sedang berbahas, *Datuk Seri Anwar Ibrahim* yg sekali lagi difitnah telah menunjukkan contoh yang baik dgn memberi kerjasama terhadap siasatan yg dibuat oleh pihak Bukit Aman. Undang-undang mesti lulus ujian keterdugaan undang-undang/ *predictability of law*' terhadap ketidakadilan kepada warga tanpa mengira latarbelakang. Adalah menjadi tanggungjawab Menteri dan kepimpinan untuk menjelaskan bagaimana ketidak tentuan amalan undang-undang terhadap kes-kes tertentu boleh membangkitkan defisit keyakinan terhadap sistem di negara kita"

Senator Yusmadi Yusoff, Perbahasan Belanjawan 2020 7.30pm Dewan Negara

No comments: