Foto ini adalah salah satu foto paling terkenal dalam Perang Dingin. Ia adalah peluru berpandu FIM-92 Stinger buatan AS di Pergunungan Safed Koh, 1988. Senjata itu tidak sampai secara langsung, ia sampai melalui operasi rahsia terbesar dalam sejarah CIA.
1. Operasi Cyclone - Perang proksi tanpa askar Amerika. Selepas Soviet menceroboh Afghanistan pada Disember 1979, Presiden Jimmy Carter dan kemudian Ronald Reagan meluluskan program rahsia CIA yang dinamakan Operation Cyclone.
Tujuannya : biar Soviet berdarah di Afghanistan tanpa AS perlu hantar seorang pun askarnya sendiri.
2. Segitiga Washington - Riyadh - Islamabad
AS tidak boleh hantar terus ke Afghanistan. Jadi mereka cipta saluran : AS (CIA) -> Pakistan (ISI) -> Mujahidin
Pembiaya : CIA letak ratusan juta dolar, dan Arab Saudi bersetuju untuk padankan jumlah yang sama. Menjelang akhir 80-an, bajetnya mencecah berbilion dolar setahun.
Pengangkut utama : Sekutu utama CIA adalah perisikan Pakistan, ISI - Inter-Services Intelligence di bawah Jeneral Zia-ul-Haq. Ibu pejabat ISI di Rawalpindi menjadi pusat operasi.
Laluan fizikal : Senjata dari AS dihantar dengan kapal ke Karachi. Dari Karachi, ia dibawa oleh National Logistics Cell milik tentera Pakistan naik ke Peshawar, berhampiran sempadan Afghanistan. Dari kem-kem pelarian di Peshawar, ISI yang bahagikan kepada 7 parti mujahidin yang berbeza.
Ini penting untuk penafian : AS boleh kata "kami hanya beri kepada Pakistan".
3. Kenapa Stinger ? Titik perubahan 1986
Sebelum 1986, mujahidin hanya ada SA-7 buatan Soviet dan Blowpipe buatan British, tapi tidak berkesan melawan helikopter tempur paling digeruni Soviet, Mi-24 Hind.
Pada 1986, di bawah Pengarah CIA William Casey, dan atas desakan Kongres seperti Charlie Wilson, keputusan paling berani dibuat : bekalkan Stinger yang mencari haba dan dilancar dari bahu.
Syaratnya ketat : mujahidin mesti dilatih di Pakistan, tiada anggota tentera AS dibenarkan masuk ke Afghanistan.
Tembakan pertama yang berjaya direkodkan pada 25 September 1986 berhampiran Jalalabad, oleh Engineer Ghaffar dari Hezb-i-Islami Gulbuddin Hekmatyar, yang menjatuhkan sebuah Hind.
Kesan psikologi dan ketenteraan sangat besar. Stinger memberi keupayaan kepada gerila untuk memusnahkan gunship Mi-24D dan memaksa Soviet terbang lebih tinggi, kurang tepat, dan akhirnya mengubah haluan perang.
Secara keseluruhan, CIA membekalkan hampir 500 buah Stinger (ada sumber kata 1,500 - 2,000) dan 250 pelancar sebagai sebahagian dari Operation Cyclone.
4. Selepas Soviet keluar
Selepas Soviet berundur pada 1989, senjata itu menjadi masalah baru. AS takut Stinger jatuh ke tangan Iran atau digunakan terhadap pesawat AS sendiri. CIA kemudian melancarkan program pembelian balik bernilai $55 juta untuk cuba membeli semula sekitar 300 peluru berpandu tersebut.
Jadi foto ini bukan sekadar seorang gerila dengan senjata. Ia adalah bukti fizikal bagaimana wang AS, logistik Pakistan, dan darah mujahidin bertemu di satu titik di tengah salji Safed Koh untuk menamatkan satu empayar.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
Photo : Seorang mujahidin Afghanistan mengarahkan peluru berpandu Stinger ke arah pesawat yang melintas berhampiran pangkalan pemberontak terpencil di Pergunungan Safed Koh pada 10 Februari 1988 di Afghanistan.
Bagaimanakah Senjata Amerika Syarikat boleh s
ampai kepada mujahidin Afghanistan ? Anda sudah tahu jawapannya 😁
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG
