SIAPA JOSHUA TREVINO?
Korang mungkin tidak kenal Joshua Trevino. Tetapi korang harus ambil peka tentang kerja-kerja Joshua Trevino kerana ianya melibatkan pucuk pimpinan tertinggi kerajaan Malaysia.
JOM KENALI JOSHUA TREVINO.
Joshua Trevino merupakan bekas penulis ucapan mantan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.
Ye tuan-tuan & puan-puan. George W Bush. George W Bush yang bertanggungjawab memfitnah & mengebom Iraq dengan alasan kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnahan besar-besaran (WMD) dan senjata itu masih tidak dijumpa-jumpa sehingga hari ini walaupun Iraq telah musnah habis dibom oleh AS.
Selepas George W Bush habis dua penggal sebagai Presiden AS, Joshua Trevino pun hilang lah kerja sebagai “penulis ucapan Presiden AS”.
Lalu, Joshua Trevino memulakan kerjaya sebagai penulis upahan.
Pada tahun 2013, dalam suatu perisytiharan kepada pihak berkuasa AS, Joshua Trevino telah mengaku bahawa beliau menerima sekitar $400,000 (RM1.6 juta) daripada kerajaan Malaysia untuk membuat kerja-kerja propaganda.
Dokumen perisytiharan tersebut telah membongkar beberapa fakta penting.
Siapa membayar Joshua Trevino?
• “Kerajaan Malaysia, parti politik pemerintah Malaysia (UMNO) ataupun pihak-pihak yang mempunyai kepentingan bersama dengan parti-parti politik kerajaan Malaysia” telah membayar Joshua Trevino.
Dibayar melalui siapa?
• “APCO Worldwide, David All Group dan FBC Media” merupakan pengantara atau agen di antara kerajaan Malaysia dan Joshua Trevino.
Berapa jumlah dibayar?
• Sebanyak “$389,724.70 (bersamaan sekitar RM1.6 juta)” telah dibayar oleh kerajaan Malaysia melalui APCO/DAG/FBC kepada Joshua Trevino
Dibayar untuk apa?
• Joshua Trevino dibayar untuk “kerja-kerja menulis, di antaranya mengguna fitnah liwat demi menjatuhkan Anwar Ibrahim”.
Tulisan Joshua Trevino disiarkan di mana?
• Tulisan-tulisan Joshua Trevino yang dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk memburuk-burukkan Anwar telah disiarkan di “malaysiamatters.com” dan “malaysiawatchers.com” yang kini telah ditutup.
Siapa PM & parti pemerintah pada ketika itu?
• Najib PM pada ketika itu. UMNO parti pemerintah pada ketika itu.
——
Carta aliran mudah:
1. Kerajaan Najib/UMNO bayar APCO/DAG/FBC
2. APCO/DAG/FBC bayar Joshua Trevino
3. Joshua Trevino tulis artikel-artikel untuk mengangkat Najib & menjatuhkan Anwar
Mustahil Najib tidak tahu atau tidak kenal kerana terdapat bukti dalam bentuk gambar, bos APCO Malaysia Paul Stadlen duduk sebelah Nooryana anak Najib. Gambar tersebut diambil dalam suatu majlis perkahwinan mewah. Anak Najib duduk sebelah Paul Stadlen.
No comments:
Post a Comment