Waktu Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik mengetuai AKPS, bukan sedikit yang mempertikaikannya.
Ada yang kata pelantikan itu bermotif politik. Ada yang tuduh kerajaan mahu “menyejukkan” pegawai yang tegas. Ada juga yang terus menyalahkan Kerajaan MADANI.
Padahal Shuhaily bukan orang baharu dalam penguatkuasaan. Beliau datang daripada PDRM dengan pengalaman panjang, termasuk pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Hari ini, gambaran itu mula berubah.
Selepas video insiden di KLIA tular, muncul pula banyak komen netizen yang memuji ketegasan beliau ketika berdepan isu di pintu masuk negara.
Daripada kecaman kepada pujian.
Dulu persoal kenapa orang polis dibawa mengetuai AKPS.
Dulu kata kerajaan campur tangan.
Dulu kata orang tegas sedang “disejukkan”.
Hari ini, selepas melihat sendiri bagaimana operasi di pintu masuk negara dijalankan, sebahagian netizen mula memahami kenapa reformasi dan pengukuhan AKPS dibuat.
Pintu masuk negara bukan tempat untuk buat kerja sambil lewa.
Kalau ada kelemahan, ia perlu diperbaiki. Kalau ada ruang yang boleh dieksploitasi, ia perlu ditutup. Kalau ada sindiket atau “ulat”, penguatkuasaan memang kena lebih tegas.
Itulah antara tujuan reformasi di pintu masuk negara — memperkemas kawalan, meningkatkan integriti dan memastikan agensi yang menjaga sempadan benar-benar berfungsi.
Dulu orang pertikai kenapa Shuhaily dipilih.
Hari ini, sebahagian netizen mula nampak kenapa perubahan itu dibuat.
Kadang-kadang sesuatu reformasi memang hanya difahami selepas rakyat mula nampak sendiri apa yang berlaku di lapangan.
No comments:
Post a Comment