kisah Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin mungkin menarik perhatian ramai.


 Hakak pernah cakap dengan seseorang.. Kalau nak kaya masuk UMNO, dalam KEADILAN ni kita tak kaya.. Kita parti derita sebab kita melawan korupsi.. Sebab apa hakak cakap mcm tu? sebab hakak nampak dia eager sangat nak naik.. skrg tak tau la dia jd apa.. Hakak malas nak ambik port..

🤭🫣





Kalau selama ini anak muda Melayu selalu disuruh bekerja keras untuk mengejar kejayaan, kisah Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin mungkin menarik perhatian ramai.
Bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu merupakan antara dua tokoh korporat adik-beradik yang kini direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung urusan pelaburan kira-kira RM10 juta.
Bukan calang-calang latar belakangnya.
Rekod rasmi Pemuda UMNO menyenaraikan Nazir sebagai bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia bagi portfolio Hal Ehwal Bandar dan Perumahan, selain pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa.
Lebih menarik perhatian ialah senarai barangan yang disita SPRM dalam siasatan tersebut.
Sebanyak 15 kereta mewah.
12 motosikal berkuasa tinggi.
Lima jam tangan mewah.
Tiga gelang tangan.
Dan wang tunai kira-kira RM30,000.
Memang boleh membuatkan anak muda yang masih pening memikirkan ansuran Myvi berhenti sekejap membaca.
Menurut SPRM, dua beradik berusia lingkungan 40-an dan 50-an itu disyaki bersubahat dengan seorang pegawai sebuah yayasan berasaskan pendidikan dalam urusan meluluskan pelaburan kira-kira RM10 juta kepada sebuah syarikat pelaburan pada penghujung 2020. Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Kedua-duanya direman lima hari bagi membantu siasatan.
Namun satu perkara penting perlu dibezakan.
Kereta, motosikal dan barangan yang disita dalam siasatan tidak dengan sendirinya membuktikan ia diperoleh daripada wang yang didakwa diseleweng. Setakat ini juga belum ada sabitan mahkamah terhadap Nazir atau abangnya berhubung siasatan tersebut.
Jadi belum bolehlah kita ajar anak muda bahawa rahsia kejayaan untuk memiliki 15 kereta mewah adalah seperti yang sedang disiasat SPRM.
Kita tunggu siasatan selesai dahulu.
Mana tahu selepas semuanya diperjelaskan, bolehlah anak muda bertanya satu soalan yang lebih berguna:
Apa sebenarnya rahsia kejayaan sampai koleksi kereta sahaja boleh cukup buat satu konvoi?









No comments: