NI HA...OK JA NI

 


Anwar julung kali hadap Agong sebagai PM


Anwar Ibrahim ketika menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim julung kali menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak dilantik sebagai perdana menteri minggu lalu.

Pertemuan itu diadakan di Istana Negara pada 5 petang tadi.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di hadapan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Khamis lalu, selepas kebuntuan politik hampir seminggu susulan keputusan pilihan raya umum ke-15.

Anwar mengetuai kerajaan perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah, dengan sokongan daripada Ahli Parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan dua wakil rakyat bebas.


MASUK DEWAN : KISAH BAGAIMANA BAGI DUIT PILIHANRAYA


 

TAZKIRAH YANG AMAT BAIK - JANGAN KAFIRKAN ORANG -KITA TAK DAKWAH MEREKA DAN KITA SALAHKAN MEREKA






 

INGAT- JANGAN LANTIK PEMIMPIN YANG KHIANAT


 

KEH..KEH....SENANG KERJA LA....


 

KAH..KAH..KAH.....LAWAK WOIII....MENANG PARLIMEN SOH ORANG LAIN JAGA....HANG BUAT PA..DOK SAJA..


 

RUPANYA RAMAI YANG BERNAZAR UNTUK ANWAR

 

Hari Isnin semalam, sempena cuti umum berikutan Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri, saya mengambil peluang untuk pulang ke kampung di Perak.

Tujuannya sekadar menziarahi rumah pusaka sambil menjenguk kakak kandung yang masih ada bersama keluarganya.

Apabila saya sampai ke rumah kakak selepas waktu tengahari, saya diberitahu beliau dan seorang anak perempuan yang tinggal bersamanya sedang berpuasa.

Tujuan asal saya ke rumahnya untuk makan tengahari bersama lantas tidak kesampaian.

Oleh kerana semalam hari Isnin, saya menyangka mereka hanya meneruskan amalan berpuasa sunat Isnin dan Khamis saja.

Setelah berbual-bual kemudiannya, kakak saya memberitahu, dia dan anaknya yang baru tamat pengajian dan menunggu pekerjaan itu berpuasa kerana nazar yang disekalikan dengan puasa sunat hari Isnin.

Nazar apa, tanya saya.

Nazar sebab Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, kata kakak saya dengan tersenyum.

Rupa-rupanya bukan saja kakak saya, anaknya yang merupakan anak saudara saya juga berpuasa nazar kerana Anwar menjadi Perdana Menteri.

Sungguh saya agak terkejut dengan nazar yang mereka lakukan kerana selama ini tidak pernah saya mendengar mereka merupakan penyokong Anwar, PKR mahu pun PH.

Sebagai bekas guru, kakak saya tidak begitu mencampuri soal politik dan hanya sesekali berbual mengenai isu politik semasa.

Tetapi, dengan nazar yang mereka lakukan itu, tahulah juga saya bahawa tentulah mereka mengundi PH dalam PRU15 yang lalu.

Berbual-bual lagi kemudiannya, kakak saya memberitahu, selain ada beberapa jirannya yang turut bernazar puasa jika Anwar menjadi Perdana Menteri, ramai lagi kawan-kawannya yang turut berbuat demikian.

Diberitahu kepada saya, mereka bernazar puasa itu tidak lain tujuannya melainkan kerana yakin dalam situasi sekarang, hanya Anwar yang mampu menjelmakan perubahan demi kebaikan rakyat serta negara.

Masya Allah…sungguh tak diduga sampai begitu sekali ada rakyat yang amat berharap Anwar menjadi Perdana Menteri dan memohon kepada Tujan agar pengharapan mereka dimakbulkan.

Dalam hal ini, saya yakin dan percaya, ramai lagi rakyat biasa di tempat-tempat lain di seluruh negara yang turut bernazar puasa demi mengharapkan Anwar menjadi Perdana Menteri, walaupun mereka tidak pernah bersua muka, kenal atau bersalaman dengannya.

Yang saya tahu dan sedar sejak Anwar mengangkat sumpah pada Khamis, 24 November lalu ialah ramai kawan dan kenalan yang membotakkan kepala sebagai nazar berikutan apa yang mereka harapkan sudah menjadi kenyataan.

Di media sosial, sejumlah mereka telah pun memuat-naik gambar-gambar yang memperlihatkan rambut masing-masing telah dicukur licin.

Di waktu yang sama, tidak kurang ada yang bersedekah pulut kuning untuk diberikan kepada jiran dan kawan-kawan sebagai tanda kegembiraan berkaitan hal yang sama.

Rasanya inilah julung kali rakyat melakukan pelbagai nazar sebagai ikhtiar kepada Tuhan dalam soal perlantikan Perdana Menteri.

Mudah-mudahan tertakdirnya Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 ini, antara sebabnya ialah kerana adanya doa-doa ikhlas daripada rakyat yang tidak mengharapkan apa-apa, melainkan hanya kebaikan untuk masa depan negara yang tercinta.

Anwar pula, jika beliau menyedari begitu tinggi pengharapan rakyat terhadapnya – bekerjalah dengan bersungguh-sungguh dan jangan sesekali menghampakan harapan tersebut. – ShahbudinHusin 29/11/2022.



KEH..KEH...KENAPA LA KAU CABAR ORANG SOH REPORT..KAN DAH KENA REPORT....JANGAN DOWN KALAU HILANG DUIT DAN JAWATANG.


 

BERITA BERKAITAN DAP LAGI. KALI NI HADI AWANG KATA DAP BUAT BAGI ORANG TAKUT KEPADA ISLAM. BUKAN HADI AWANG KAH YANG BUAT ORANG TAKUT NAK DEKAT PADA ISLAM ?


 

ANWAR IBRAHIM BERCERAMAH DI KALANGAN RAKYAT INDIA DI INDIA


 

HABIS YANG PERINTAH SELAMA NI MELAYU KA INDIA KA CINA ? BAGI KUASA TAK BOLEH NAK BUAT APA ...


 

KISAH DULU DULU- JADI KALAU HANGPA DENGAR CERITA PONG PANG PONG PANG- ITU BIASA DARI PARTI PAS



 NI KERATAN AKHBAR TAHUN 1985- KALAU TAK SILAP

APA ADA HAL DISARAWAK







 

LAPOR BAGI DIA LETIH BOLEH LA...DIA SAMA ADA NYANYUK DAH..ATAU DIA TENGAH DOWN TU....INGAT SENANG KA NAK DAPAT PULOH PULOH RIBU-TETIBA HILANG CAM TU SAJA..TENGAH PANAS LAGI TU....

 

Selepas lapor polis, PKR gesa tindakan tegas terhadap Hadi.





Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyifatkan DAP ‘tidak bermoral’.

PETALING JAYA: PKR Ampang menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP menggalakkan Islamofobia, selepas laporan dibuat terhadap presiden PAS itu semalam.

Ketua Komunikasi PKR Ampang, Syafiq Zulkifli membidas Hadi atas dakwaannya, dengan berkata kenyataan berbaur hasutan itu boleh mengancam perpaduan negara.

“Kebencian yang cuba disemai ahli politik seperti Hadi menyebabkan ketidakharmonian dan membantut pertumbuhan ekonomi kerana ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur.

“Tindakan tegas mesti diambil polis terhadap mereka yang mencabar kedaulatan negara dan mereka yang terlibat dalam sebarang unsur pengkhianatan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, NGO Raudhatul Muslimin membuat laporan polis terhadap Hadi, dengan berkata kenyataannya berunsur fitnah dan tidak sejajar ajaran Islam, selain boleh mengganggu ketenteraman awam.

NGO itu juga menuduh Hadi tidak menghormati Perlembagaan dan Agong.

Terdahulu, Hadi mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa.

Beliau turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan itu “tidak bermoral”.

Ahad lalu, Hadi menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil “tiba-tiba memberi masa tambahan” bagi memberi peluang kepada pasukan kalah “untuk menang dengan apa cara sekalipun”.

Komennya yang dipetik daripada kolum ditulisnya dalam lidah rasmi PAS, Harakah ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Agong untuk membentuk kerajaan persekutuan perpaduan.

Sementara itu, Hadi menegaskan pihaknya tidak mempunyai masalah dengan kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu polis menyiasat pemimpin PAS.

Ditanya mengenai kenyataan dibuatnya yang dianggap keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara, Hadi berkata beliau akan memberikan kerjasama jika perlu.

“Nak report (polis) report lah, saya sedia pergi Bukit Aman tak apa,” katanya pada sidang media selepas program ceramah sempena pilihan raya DUN Tioman, Pahang, malam tadi, menurut Malaysiakini.


HADI AWANG LAWAN YDPA ?


 

SEJAK ZAMAN PN LAGI DAH DILULUSKAN DAH...


 

SIAPA YANG DARI AWAL NAK SANGAT UEC DEMI POLITIK BELIAU


 

Tak habis nak kaitkan LGBT dengan DS Anwar. Tak sudah reka fitnah.

 

Tak habis nak kaitkan LGBT dengan DS Anwar. Tak sudah reka fitnah.

Pertama, sokongan LGBT kepada DS Anwar bukan bukti DS Anwar sokong LGBT. Contohnya, di negara ni ramai orang yang sokong Manchester United dan Liverpool.

Tapi rasa-rasanya dua kelab tu kenal tak dorang pun kan? Sokong bola siap boleh bergaduh bagai tau. Tapi kalau gaduh, kelab pun sama kutuk perbuatan mereka.

Tak perti jauh sangat sampai England. Yang sokong JDT pun, belum tentu player tu tau korang sokong kelab mereka. Apa lagi club owner. Betul tak?

Kedua, siapa LGBT tu kita pun tak tahu. Tiba-tiba buat interview mengaku sokong PH dan DS Anwar.

Kalau aku kaya, banyak duit, aku pun boleh buat. Bayar je dua tiga budak suruh cakap sokong PN sebab PN akan benarkan perkahwinan sama jenis. Lepas tu muka mereka bagi blur. Pun boleh. Bukan susah sangat pun!

Yang bercakap ni orang penting ke? Maksud aku, orang parti ke? Mereka tahu dasar parti ke? Mana dia tahu PH akan sokong LGBT?

Sebab tak ada satu dokumen ataupun dalam mana mana ceramah PH sentuh pasal LGBT ni. Yang ada cuma fitnah dari musuh. Dah dijelaskan pun masih tak mahu terima.

Cerita macamlah dalam PH tak ada orang beriman langsung. Yang kesiannya walaun yang telan bulat bulat apa saja fitnah yang keluar. Macam tak reti nak gunakan otak. Kesian... Guane boh?

Raja Gelap

.

SETIAP MASA SERANG DAP PAS DAN WALAUNYA- DULU BOLEH PELUK , SEKRANG PELUK MCA DAN GERAKAN OK PULAK..




Jenis budak jahat kat sekolah tadika. Dia ambik kotak pensil budak lain. Bila yang punya kotak pensil tu ambik balik pensil dia, si budak nakal tu pulak yang meraung macam dia yang kena buli.

Rasanya semua orang boleh nampak. Yang setiap masa serang DAP adalah PAS. Aku tak ingat pun DAP serang PAS. Yang ada cuma DAP menjawab tohmahan yang dibuat oleh DAP.

Macam budak nakal tadi, dia serang orang, bila orang jawab, dia kata dia kena serang. Tapi PAS bukan budak nakal. PAS parti jahat. Itu bezanya. Guane boh?

Raja Gelap

 

UEC LAGI







UEC LAGI

1. Semalam bersilat la pejuang Melayu dalam PN menangkis peluru2 UEC yang ditujukan kepada mereka. Antara peluru yang ditembak ialah pada tahun 2020 lagi ketika Menteri Pendidikan datang dari PN, mereka telah iktiraf UEC.

2. Namun, to be fair, saya rasa kita perlu faham secara mendalam. Apa isu berkenaan UEC ini. Supaya nampak terang dan nyata, takde kutu2 yang nak berbelit.

3. Ada 3 jenis pengiktirafan UEC, iaitu untuk—

i. Kemasukan ke Maktab Perguruan untuk CIKGU yang mengajar bahasa Cina (tahap sijil dan diploma);

ii. Kemasukan ke IPTA untuk kursus Sarjana Muda Pendidikan pengkhususan Bahasa Cina (tahap ijazah);

iii. Kemasukan ke IPTA untuk semua kursus pengajian dan kelayakan bekerja dalam Perkhidmatan Awam.

4. Semalam saya dedahkan, ketika PH memerintah mereka tangguh pengitirafan UEC untuk kursus Perguruan peringkat Maktab. Ditunda pelaksanaannya hingga orang Gerakan balun DAP. MCA siap sound “Adakah DAP bukan Cina?” DAP bertahan sampai PH dijatuhkan. Langsung takde pengiktirafan.

5. Alih2, bila PN memerintah, pada tahun 2020, mereka kembalikan pengiktirafan tersebut. Kerajaan Melayu Islam ni lagi pro UEC dari DAP pula Description: 🤦🏻‍♀️Namun yang diratib sebaliknya. Habis la jadi modal DAP, DAP, DAP, padahal rakan mereka Gerakan yang mendapat keuntungannya.

6. Yang menjadi isu besar ialah pengiktirafan jenis (3). Dimasukkan dalam manifesto BN dan PH, untuk iktiraf UEC bagi kemasukan ke IPTA dan juga sektor Kerajaan. Ini yang dijaja sekian lama.

7. Namun mengikut faktanya, PAS telah mendesak Kerajaan terima UEC sejak tahun 2011. Ketika Pakatan Rakyat lagi mereka telah tandatangani manifesto PR yang mahu UEC diiiktiraf. La ni mereka sembang, macam mereka suci belaka Description: 🤦🏻‍♀️

https://www.malaysiakini.com/news/2153

8. Lagi satu fakta besar yang kita kena tahu ialah, Menteri Pendidikan pertama yang mengiktiraf UEC untuk kemasukan maktab perguruan ialah TS Muhyiddin Yasin pada tahun 2012.

9. Malah ketika menjadi PM pada tahun 2020, beliau sendiri mengakui bahawa UEC telah menerima pengiktirafan separa dari Kerajaan. Persatuan Huangzau turut menyatakan PM secara peribadi menyokong pengiktirafan UEC (saya kepilkan bukti di bawah).

10. In contrary, ketika Kerajaan PH memerintah, PM Tun M ketika itu menyatakan “Pengiktirafan UEC kena mengambil kira perasaan orang Melayu”. Langsung tak diberi ketika itu.

11. Itu sebab saya selalu kata, penunggang bangsa ini sangat bahaya. Mereka cakap depan kita lain, yang dibuat lain. Isu UEC ini contohnya, habis dicanang PH DAP saja. Walhal mereka la pihak pertama yang iktiraf UEC. PAS siap desak Kerajaan lagi.

12. Saya banyak benda tak suka DAP. Ada berlaga angin juga. Tapi saya percaya kita kena adil dan saksama. Isu UEC ni, DAP is the lesser evil berbanding Gerakan dan MCA. Mereka tak deliver UEC ketika memerintah. Namun orang Cina masih sokong mereka. Berlainan dengan Gerakan dan MCA, yang hanya ada 2 MP sahaja. Walhal jenuh mainkan isu bangsa.

13. Apa kita belajar dalam ini gambar? Kalau yang set2 suka guna isu kaum dan agama nak berkuasa ni, tuan puan berhati2 la. Tak kira la UMNO ke, MCA, DAP atau Amanah. Selain yang motonya Kerajaan Melayu Islam, BERSATU dan PAS, walhal rakan sekolam Gerakan.

14. Apa saja mereka cakap, FACT CHECKING dulu. Selidik dan ambil tahu. Jangan ditelan hidup2.

15. Kita Tabaiyun dulu sebelum Tibaiyun. Itu lambang pengundi bijak. Mental note untuk saya juga. Kadang ada juga alpa.

#lawanpembodohan #lawanpropaganda

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

ORANG JAHAT SAJA YANG MENGAKU BAIK

Orang baik dia tak mengaku baik. takut riak. Orang jahat je biasanya mengaku baik sebab nak menipu


 


[LANGSUNG] Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Ment...

Tiada lagi kelulusan tanpa tender terbuka - Anwar


 Ucapan pertama Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan warga Jabatan Perdana Menteri pagi ini menyentuh mengenai perlunya tadbir urus dilakukan dengan mematuhi segenap peraturan dan undang undang.


Anwar menekankan bahawa tiada lagi perolehan atau tender diluluskan tanpa ketelusan sebagaimana yang berlaku sebelum ini.


"Jika (perkhidmatan awam) melihat ada kelonggaran dan kecuaian itu sejarah lampau, bukan maksud saya untuk mengorek kisah lama. Yang penting ialah ke depan.


"Jadi peraturan, perolehan, soal kelulusan tanpa tender ini semua tidak boleh. Tidak boleh lagi negara ini terus mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah. Ini perlu berlaku di semua peringkat," katanya.


Dalam ucaptama itu, Anwar juga mengulang arahan lebih dua dekad lalu bahawa tidak ada keluarga beliau yang dibenarkan diberi kelulusan projek kerajaan.


"Kawan kawan di Kementerian Kewangan tahu arahan pertama saya (sebagai Menteri Kewangan pada 1992) melarang sama sekali keluarga terdekat diberikan kepentingan dalam apa apa kelulusan projek kerajaan.


"Negara ini rosak bukan kerana perkhidmatan awam. MAS apa masalah? Semua baik tetapi yang lemah itu pengurusan di atas. Saya ambil kesempatan ini lebih banyak untuk mengajak saudara, merayu minta membawa islah ke arah kebaikan. Tidak mungkin saya berjaya sekiranya tunggak perkhidmatan awam tidak bersama saya.


"Kita harus sama sama bertekad membuat sesuatu. Tentu saudara tidak mengandaikan keadaan seperti biasa. Keadaan mesti berobah," katanya.


Selain itu, Anwar juga menyeru agar perkhidmatan awam menyokong beliau dalam agenda mengangkat kembali Malaysia menjadi negara disegani dari segi ekonomi dan pentadbiran sebagaimana era beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1992 - 1998 lalu.


"Saya nak beri jaminan bahawa sistem tunggak perkhidmatan itu kekal, tetapi dengan maksud mengangkat martabat insan, martabat perkhidmatan.


"Negara ini perlukan perubahan. Satu tahap yang kita pernah capai dulu (Harimau Asia) malangnya merosot. Merosot itu baik ekonomi, kestabilan atau disiplin, dan tentunya Peguam Negara tahu tentang pelanggaran hukum, termasuk isu penyelewengan, rasuah yang ada kaitan peringkat penjawat awam.


"Saya ingin nyatakan hidup saya bergelora pasang surut, tetapi saya konsisten menggunakan kuasa untuk manfaat rakyat terbanyak, bukan memperkayakan dua tiga kerat kroni," katanya lagi.