Kesatuan Ulama Sedunia telah mengutuskan
surat ucapan tahniah bertarikh 24 November 2022 buat Perdana Menteri Malaysia
ke-10, YAB DS Anwar Ibrahim.
Disertakan terjemahan surat tersebut seperti
berikut:
Kepada YAB Anwar Ibrahim hafizahullah
Perdana Menteri Malaysia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakutuh,
seterusnya:
Kesatuan Ulama Sedunia mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan, dan mengharapkan agar Yuan berada
dalam keadaan baik, afiah, dan dikurniakan taufiq serta petunjuk.
Sungguh, menjadi kegembiraan kami selaku
wakil Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
buat Tuan atas kejayaan beroleh kepercayaan rakyat untuk menjadi Perdana
Menteri bagi negara Malaysia yang tercinta nan mulia.
Begitu juga, melalui Tuan, kami mengucapkan
tahniah kepada semua unit masyarakat dan penggerak di Malaysia, begitu juga
rakyat Malaysia kesemuanya, atas kesatuan dan kebulatan suara serta usaha
membela maslahah tertinggi bagi sebuah negara, yang telah dicerminkan dengan
positif dan baik oleh kesatuan rakyat negara ini, kemajuan dan kehebatannya.
Keberadaan Tuan menjawat jawatan yang tinggi
ini sudah tentu tanpa syak lagi akan mengukuhkan hubungan antara sektor-sektor
masyarakat Malaysia, dan akan meluaskan lagi dimensi kerjasama antarabangsa di
dalam pelbagai bidang yang akan memberi manfaat kepada keperluan masyarakat
global, dan kemanusiaan secara umumnya, bersama negara Tuan yang mulia ini.
Kami di Kesatuan Ulama Islam Sedunia di dalam siapsiaga penuh untuk bekerjasama
dalam merealisasikan tujuan-tujuan yang ingin dicapai.
Sekali lagi, kami merakamkan setinggi-tinggi
tahniah kepada rakyat Malaysia dan negaranya yang mulia.
Wassalamualaikum warahmatullah wa barakatuh.
Prof. Dr. Ali Muhyiddin alQarahdagi -
Setiausaha Kesatuan Ulama Sedunia
Prof. Dr. Habib Salim Saqqaf alJufri - Ketua
Kesatuan Ulama Sedunia
[Terjemahan Syafiq Ismail]