LAPOR BAGI DIA LETIH BOLEH LA...DIA SAMA ADA NYANYUK DAH..ATAU DIA TENGAH DOWN TU....INGAT SENANG KA NAK DAPAT PULOH PULOH RIBU-TETIBA HILANG CAM TU SAJA..TENGAH PANAS LAGI TU....

 

Selepas lapor polis, PKR gesa tindakan tegas terhadap Hadi.





Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyifatkan DAP ‘tidak bermoral’.

PETALING JAYA: PKR Ampang menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP menggalakkan Islamofobia, selepas laporan dibuat terhadap presiden PAS itu semalam.

Ketua Komunikasi PKR Ampang, Syafiq Zulkifli membidas Hadi atas dakwaannya, dengan berkata kenyataan berbaur hasutan itu boleh mengancam perpaduan negara.

“Kebencian yang cuba disemai ahli politik seperti Hadi menyebabkan ketidakharmonian dan membantut pertumbuhan ekonomi kerana ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur.

“Tindakan tegas mesti diambil polis terhadap mereka yang mencabar kedaulatan negara dan mereka yang terlibat dalam sebarang unsur pengkhianatan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, NGO Raudhatul Muslimin membuat laporan polis terhadap Hadi, dengan berkata kenyataannya berunsur fitnah dan tidak sejajar ajaran Islam, selain boleh mengganggu ketenteraman awam.

NGO itu juga menuduh Hadi tidak menghormati Perlembagaan dan Agong.

Terdahulu, Hadi mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa.

Beliau turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan itu “tidak bermoral”.

Ahad lalu, Hadi menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil “tiba-tiba memberi masa tambahan” bagi memberi peluang kepada pasukan kalah “untuk menang dengan apa cara sekalipun”.

Komennya yang dipetik daripada kolum ditulisnya dalam lidah rasmi PAS, Harakah ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Agong untuk membentuk kerajaan persekutuan perpaduan.

Sementara itu, Hadi menegaskan pihaknya tidak mempunyai masalah dengan kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu polis menyiasat pemimpin PAS.

Ditanya mengenai kenyataan dibuatnya yang dianggap keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara, Hadi berkata beliau akan memberikan kerjasama jika perlu.

“Nak report (polis) report lah, saya sedia pergi Bukit Aman tak apa,” katanya pada sidang media selepas program ceramah sempena pilihan raya DUN Tioman, Pahang, malam tadi, menurut Malaysiakini.


No comments: