MACAM MACAM PALATAU BILA TELUR AYAM DAH ADA.

 

Cuba tengok ruangan komen. Nak gelak aku baca. Tak kurang yang menuduh tauke telur sengaja nak sabotaj kerajaan sebelum ini.

Kenapa telur jadi banyak, aku pun tak ada jawapan. Tapi telur ni ada jangka hayat yang pendek. Kalau sorok, yang rugi pengeluar sendiri.

Ramai pula yang kata pengeluar telur ni orang DAP. Kira hebat juga DAP. Walaupun pembangkang, dapat dia kawal kerajaan.

Mungkin ramai tauke telur kaum Cina. Tapi bukan semua Cina DAP. Janganlah lupa yang MCA juga Cina. Sedangkan MCA dalam kerajaan, kenapa DAP yang dapat tohmahan?

Akhir sekali, DS Anwar pembangkang sebelum ini. Hebat betul DS Anwar, sebagai pembangkang pun dapat kawal market. Kalau begitu, memang sesuai DS Anwar jadi PM. Guane boh?

Raja Gelap



Anwar ucap terima kasih, bekalan telur cukup di pasaran

Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada Ahad.
Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada Ahad.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada pihak industri yang berjaya menyediakan bekalan telur yang mencukupi di pasaran.

Menurutnya, bekalan telur kembali banyak sejak beberapa hari lalu dan akan ditambah untuk memenuhi keperluan rakyat.

"Apa yang menjadi masalah kini adalah harga barang dan kos sara hidup. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak industri, nampaknya sudah menyediakan telur ayam di pasaran dengan mencukupi.

"Mengikut keterangan, hal ini (bekalan) akan ditambah dalam masa singkat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Pejabat Perdana Menteri di sini pada Ahad.

Kesukaran mendapatkan bekalan telur berlaku sejak Oktober lalu di beberapa kawasan di seluruh negara.

Isu itu menjadi tumpuan apabila orang ramai merungut sukar mendapatkan bekalan telur di pasar raya dan kedai runcit kerana terhad.

Bagaimanapun, ramai kalangan netizen mula berkongsi kegembiraan di media sosial apabila mendapati lambakan telur di pasar raya sejak Anwar dilantik menjadi perdana menteri.