TAHNIAH ANWAR - SEMOGA PAHAT TIDAK BERBUNYI LAGI


TAHNIAH  ANWAR  !

 

SEMOGA  PAHAT  TIDAK  BERBUNYI  LAGI

 

Tamrin  Tun  Ghafar

 

Selasa  -  29/11/22

( 1 -  18 )

 

 

1.  SURAH  AL IMRAN

      ayat  26

      m/s   53

 

Katakanlah ( Muhammad )  "Wahai  Tuhanku  Pemilik  Kekuasaan ,  Engkau  Berikan  Kekuasaan  Kepada  Sesiapa  Yang  Engkau  Kehendaki ,  Dan  Engkau  Menarik  Kekuasaan  Daripada  Sesiapa Pun  Yang  Engkau  Kehendaki .  Engkau  Memuliakan  Sesiapa  Yang  Engkau  Kehendaki  Dan  Engkau  Menghinakan  Sesiapa  Yang  Engkau  Kehendaki .  Dengan  Kekuasaan  Engkau Jualah  Adanya  Segala  Kebaikan . Sesungguhnya , Engkau  Maha  Berkuasa  Atas  Segala  Sesuatu"

 

2.  Semua yang berlaku  adalah  ketentuan  ALLAH  SWT  ;  apa yang  diberi  adalah  yang  terbaik

 

3.  Kita  merancang tapi ALLAH  adalah  sebaik - baik  perancang

 

justeru  dengan melapangkan  dada  kita harus  terima Keputusan  Pilihanraya  dan  Pilihan  Anwar sebagai  Perdana  Menteri  ke10

 

4.  Rakyat  yakin Anwar  akan  melakukan  TERBAIK   untuk  negara  dan rakyat ,  jika  GAGAL  juga  seperti  Mahiaddin  dan Ismail  Sabri , pasti  rakyat  akan  menghukum  beliau  pada  Pilihanraya  ke 16  nanti

 

5.  Selepas  mengundi  pada hari Sabtu 19hb November dan perlantikan  beliau  oleh YDP Agong pada  hari Khamis 24hb November  Anwar, tanpa berlengah  masa  telah  mengadakan  beberapa  mesyuarat dengan  memberi tumpuan  kepada  masalah  yang  dihadapi  rakyat  selama ini

 

6.  Selain itu , di dalam  beberapa temuramah , beliau  bertekad menghapuskan  rasuah  yang  amat  nyata  dan keterlaluan

 

7.  Sikap  Anwar  mahu memperkecilkan  jumlah  Ahli Kabinet ,   mengurangkan  gaji Menteri dan beliau  sendiri  tidak  akan  mengambil gaji  dan pada masa sama tidak  membenarkan  kemewahan  seperti  mengubahsuai  pejabat  dan menggunakan  kenderaan  yang ada  juga satu langkah  yang perlu dialu - alukan

 

8.  Anwar  akan pasti  diberi sokongan  dengan syarat  mereka  yang  sedang  menghadapi  Perbicaraan  Mahkamah TIDAK  akan  diberi  tempat dalam Kabinet  yang  bakal  diumumkan  tidak lama lagi  -  ini  TERMASUK  Zahid Hamidi ,  Presiden UMNO  merangkap  Pengurusi  BN  yang  menyokong  beliau

 

9.    Biarlah  Badan Kehakiman  BEBAS  dari  campurtangan  Kerajaan ;  TIDAK  CUBA   menangguh  atau  melewatkan  Perbicaraan  samada  di Peringkat  Mahkamah  Tinggi , Mahkamah  Rayuan  mahupun di Peringkat  Mahkamah Persekutuan

 

10.  Banduan , TEMASUK  Najib , bekas  Perdana  Menteri   MESTI  dilayani  seperti  70,000  banduan  lain   -  dalam  ertikata  lain   TIDAK  ada  layanan seperti  telefon bimbit ,  tilam  yang lebih baik  dan  'portable'  aircond

 

11.  Seperti  janji  Rafizi  Ramly ,  Azam Baki  perlu  disiasat ,  begitu juga  beberapa  orang  Pegawai  Tinggi SPRM  harus  DIKELUARKAN  dari  SPRM  dalam  masa  terdekat ini  ;  mereka  tak ubah  seperti  pepatah  :

 

HARAPKAN  PEGAR ,

PEGAR MAKAN PADI

 

12.  Oleh kerana janji Anwar  mahu  MELAKUKAN  PEPERANGAN  terhadap  salahguna  kuasa  dan rasuah ,  rakyat  mahu  melihat  Mahiaddin Yasin ,  Azmin  Ali dan  ramai lagi pemimpin  yang korap  di heret kemuka Pengadilan

 

13.  Biarlah  mereka  dan  penyokong  menuduh  Kerajaan Anwar  zalim  atau  membalas  dendam namun  majoriti  rakyat  pasti  akan  menyokong tindakan  beliau 

 

14.   Kes  hubungan  seks dengan  Nika Gee yang  telah  dilapurkan  ke JAWI beserta dengan  SD  bekas suami Nika tetapi  ditutup begitu  sahaja  dan  hubungan seks luar tabaii Azmin Ali  dengan  Haziq Aziz  harus  dibuka semula  dan diambil  tindakan

 

15.   Anwar  jangan sesekali  : 

 

MENUTUP  BANGKAI

GAJAH   DENGAN

NYIRU  DAN  JANGAN  SESEKALI  MEMILH  BULU

 

ini  termasuklah  kawan dan  lawan , dan  jika terdapat mana Sultan atau  keluarga  yang  melakukan  kesalahan  Perlembagaan dan Undang - Undang  samada  menjual hak  negara  dan negeri  atau  TIDAK  MEMBAYAR  SEBARANG  CUKAI

 

ini   juga  REFORMASI   yang  diperjuangkan  oleh  PKR/PH  selama  ini

 

16.  Kini  bukan  lagi  masa  rakyat  tuduh  menuduh  ,  kita  harus  tumpukan masa  dan tenaga  membantu  beliau  membangunkan  semula  atau  RESET   negara kita  yang telah  dihancurkan   oleh   Mahiaddin Yasin  yang  GAGAL  dan Ismail Sabri  Yaakub  yang  lemah

 

17.  Jika zaman Tun Dr. Mahathir  dulu  kita dikenali  sebagai   'THE  ASIAN  TIGER' ,  dan  jika  Germany  dan  Jepun  hancur akibat  Perang Dunia ke2   mampu  bangkit  semula  dan kini  merupakan  negara  terkaya  selain China , saya yakin  jika  kita bersatu  dibawah pimpinan  beliau ,  negara  kita  juga  akan  seperti  Germany  dan  Jepun

 

18.   BERILAH  BELIAU  PELUANG  DAN  SOKONGAN  UNTUK  MENUJU  KEHADAPAN  

 

 

Wassalam

Terima  Kasih