UEC LAGI







UEC LAGI

1. Semalam bersilat la pejuang Melayu dalam PN menangkis peluru2 UEC yang ditujukan kepada mereka. Antara peluru yang ditembak ialah pada tahun 2020 lagi ketika Menteri Pendidikan datang dari PN, mereka telah iktiraf UEC.

2. Namun, to be fair, saya rasa kita perlu faham secara mendalam. Apa isu berkenaan UEC ini. Supaya nampak terang dan nyata, takde kutu2 yang nak berbelit.

3. Ada 3 jenis pengiktirafan UEC, iaitu untuk—

i. Kemasukan ke Maktab Perguruan untuk CIKGU yang mengajar bahasa Cina (tahap sijil dan diploma);

ii. Kemasukan ke IPTA untuk kursus Sarjana Muda Pendidikan pengkhususan Bahasa Cina (tahap ijazah);

iii. Kemasukan ke IPTA untuk semua kursus pengajian dan kelayakan bekerja dalam Perkhidmatan Awam.

4. Semalam saya dedahkan, ketika PH memerintah mereka tangguh pengitirafan UEC untuk kursus Perguruan peringkat Maktab. Ditunda pelaksanaannya hingga orang Gerakan balun DAP. MCA siap sound “Adakah DAP bukan Cina?” DAP bertahan sampai PH dijatuhkan. Langsung takde pengiktirafan.

5. Alih2, bila PN memerintah, pada tahun 2020, mereka kembalikan pengiktirafan tersebut. Kerajaan Melayu Islam ni lagi pro UEC dari DAP pula Description: 🤦🏻‍♀️Namun yang diratib sebaliknya. Habis la jadi modal DAP, DAP, DAP, padahal rakan mereka Gerakan yang mendapat keuntungannya.

6. Yang menjadi isu besar ialah pengiktirafan jenis (3). Dimasukkan dalam manifesto BN dan PH, untuk iktiraf UEC bagi kemasukan ke IPTA dan juga sektor Kerajaan. Ini yang dijaja sekian lama.

7. Namun mengikut faktanya, PAS telah mendesak Kerajaan terima UEC sejak tahun 2011. Ketika Pakatan Rakyat lagi mereka telah tandatangani manifesto PR yang mahu UEC diiiktiraf. La ni mereka sembang, macam mereka suci belaka Description: 🤦🏻‍♀️

https://www.malaysiakini.com/news/2153

8. Lagi satu fakta besar yang kita kena tahu ialah, Menteri Pendidikan pertama yang mengiktiraf UEC untuk kemasukan maktab perguruan ialah TS Muhyiddin Yasin pada tahun 2012.

9. Malah ketika menjadi PM pada tahun 2020, beliau sendiri mengakui bahawa UEC telah menerima pengiktirafan separa dari Kerajaan. Persatuan Huangzau turut menyatakan PM secara peribadi menyokong pengiktirafan UEC (saya kepilkan bukti di bawah).

10. In contrary, ketika Kerajaan PH memerintah, PM Tun M ketika itu menyatakan “Pengiktirafan UEC kena mengambil kira perasaan orang Melayu”. Langsung tak diberi ketika itu.

11. Itu sebab saya selalu kata, penunggang bangsa ini sangat bahaya. Mereka cakap depan kita lain, yang dibuat lain. Isu UEC ini contohnya, habis dicanang PH DAP saja. Walhal mereka la pihak pertama yang iktiraf UEC. PAS siap desak Kerajaan lagi.

12. Saya banyak benda tak suka DAP. Ada berlaga angin juga. Tapi saya percaya kita kena adil dan saksama. Isu UEC ni, DAP is the lesser evil berbanding Gerakan dan MCA. Mereka tak deliver UEC ketika memerintah. Namun orang Cina masih sokong mereka. Berlainan dengan Gerakan dan MCA, yang hanya ada 2 MP sahaja. Walhal jenuh mainkan isu bangsa.

13. Apa kita belajar dalam ini gambar? Kalau yang set2 suka guna isu kaum dan agama nak berkuasa ni, tuan puan berhati2 la. Tak kira la UMNO ke, MCA, DAP atau Amanah. Selain yang motonya Kerajaan Melayu Islam, BERSATU dan PAS, walhal rakan sekolam Gerakan.

14. Apa saja mereka cakap, FACT CHECKING dulu. Selidik dan ambil tahu. Jangan ditelan hidup2.

15. Kita Tabaiyun dulu sebelum Tibaiyun. Itu lambang pengundi bijak. Mental note untuk saya juga. Kadang ada juga alpa.

#lawanpembodohan #lawanpropaganda

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: