AKAI TAK DAK.



 Kapal PMX pergi servis, bukan bawa PMX sekali masuk workshop. Itu pesawat kerajaan, bukan karpet ajaib. Kau ingat PMX ada mesin masa macam Doraemon ke boleh ke Switzerland 30 minit, kemudian pagi ni muncul balik di Kota Kinabalu?






Helikopter tentera pun ikut jadual, kapal komersial pun ikut servis, tapi kau punya otak nak PM terbang ikut kapal yang tengah diservis?🤣


Pesawat dihantar servis itu adalah rutin. PMX tak ada dalam pesawat tu normal. Yang tak normal ialah kau cuba cipta teori konon PMX teleport merentas dunia macam main game. 


Pendek kata, hantar servis itu fakta.

Kau yang terbang tanpa akal itu masalah.




AGC Akan Merayu 40% Sabah? Mengapa Sanusi Buat Tindakan Claim Penang?

KOW-KOW!! - PMX BALUN SANUSI | PAJAKAN KEDAH PULAU PINANG

DIA CAKAP APA? - ROTI GARDENIA VS BELI BOEING | Ceramah Hadi Awang PRN S...

18 November 2025

Drama Bersatu memuncak, jamuan malam jadi tumpuan; MIC beri isyarat kera...

KOYAK TERUS YB PN ! "MANA RM4.25 JUTA DUIT PERGI, PAGOH" ! KECOH PARLIMEN !

60 PERKARA YANG TELAH DAN AKAN BERLAKU APABILA UPSR DAN PT3 DIKEMBALIKAN



Mari kita tarik nafas sekejap dan renungkan. Lebih 30 tahun kita terlibat dalam sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan di Malaysia, dari UPSR, PT3, SPM, hingga STPM. Ditambah pula dengan sekolah agama seperti UPKK, PSRA, SMA, dan lain-lain.


Apa yang berlaku bukan teori atau retorik semata-mata; ini real happen. Murid, guru, ibu bapa, dan pentadbir sekolah telah melalui pengalaman yang sama, tekanan untuk skor tinggi, latihan berulang, tusyen, kelas tambahan, dan ujian percubaan yang bermula bertahun-tahun sebelum peperiksaan sebenar.


Bahkan, dari segi amalan keagamaan pun tidak terkecuali; majlis solat hajat, mohon restu, dan aktiviti rohani lain dijalankan beriringan dengan persediaan akademik. Semua ini menjadi sebahagian daripada ekosistem yang membentuk pengalaman pembelajaran mereka.


Pengalaman ini memberi kita gambaran jelas tentang bagaimana sistem pendidikan kita obses dengan peperiksaan. Murid belajar untuk lulus, bukan untuk faham. Guru mengajar untuk menanda dan memastikan markah, bukan menggalakkan kreativiti. Ibu bapa menekan anak untuk skor tinggi, bukan membina minat belajar; dan sekolah pula menilai kejayaan melalui prestasi peperiksaan semata-mata. Kreativiti, kemahiran insaniah, pembangunan holistik, dan pembelajaran abad ke-21 sering diketepikan kerana semua tumpuan tertumpu pada peperiksaan.


Maka, apabila kita membincangkan kesan kembalinya UPSR dan PT3, kita bukan bercakap secara hipotesis. Kita bercakap berdasarkan PENGALAMAN NYATA selama lebih tiga dekad, dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5, termasuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama petang, yang telah terdedah kepada budaya peperiksaan berulang, latihan tusyen, kelas tambahan, ritual kerohanian sebagai sokongan mental, dan aktiviti kokurikulum yang sering terpinggir.


Untuk peringkat persijilan seperti SPM dan STPM, kita boleh faham kepentingan kesediaan akademik, namun di peringkat awal persekolahan, yang sepatutnya mengembangkan potensi, perkembangan seimbang, dan harmoni, kita sudah melihat banyak isu yang jelas menunjukkan kecenderungan sistem untuk menekankan skor dan peperiksaan, bukannya perkembangan murid secara menyeluruh.


Dari pengalaman inilah kita boleh menyenaraikan 60 perkara yang telah berlaku, yang menjadi refleksi mendalam tentang apa yang terjadi dalam sistem pendidikan kita selama ini.


Percayalah, jika digali lagi, senarai ini boleh bertambah, menunjukkan betapa mendalam dan kompleksnya cabaran sistem berorientasikan peperiksaan ini.


1. Latihan intensif bermula awal – Murid Tahun 4–5 sudah bersiap untuk UPSR Tahun 6. Ada yang bermula seawal tahun 3.


2. Tusyen dan kelas tambahan meningkat – Murid dihantar ke kelas tambahan sejak Tahun 1–2 untuk persediaan awal. 


3. Tekanan emosi murid – Murid berdebar, gelisah, dan hilang minat belajar kerana fokus peperiksaan.


4. Guru bertindak sebagai jurulatih peperiksaan – Fokus kepada menanda, skema jawapan, dan teknik menjawab.


5. Tiada Autonomi guru – Guru terikat silibus, jadual ketat, dan keperluan menghabiskan silibus sebelum peperiksaan.


6. Pengasingan pelajar mengikut prestasi – Kelas depan cemerlang, kelas belakang lemah; jurang motivasi meningkat.


7. Subjek bukan teras dipinggirkan – Seni, Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, dll kurang diberi perhatian.


8. Aktiviti kokurikulum terganggu dan menjadi second class – Kelab, sukan, badan beruniform, terganggu kerana jadual tambahan.


9. Budaya hafalan dominan – Fokus murid kepada hafalan fakta dan formula.


10. Tekanan kepada murid cemerlang – Risiko burnout meningkat kerana perlu mengekalkan prestasi tinggi seawal tahun empat dan lima. 


11. Jurang sosial melebar – Murid bandar/berkemampuan mendapat tusyen, murid luar bandar ketinggalan.


12. Kreativiti PdPc terabai – Projek, pembelajaran kreatif, pemikiran kritikal dikurangkan.


13. Keputusan sekolah dinilai berdasarkan markah – Tekanan pada guru dan murid meningkat.


14. Kebocoran soalan meningkat – Tekanan tinggi menimbulkan isu integriti peperiksaan. 


15. Guru dibebani pelaporan – Ujian bulanan, percubaan, rekod prestasi akan menjadi high stakes. 


16. Burnout guru dan murid – Tekanan berpanjangan menjejaskan motivasi dan kesihatan mental.


17. Penilaian berterusan dikurangkan – PBD dan penilaian projek kurang diberi perhatian, mungkin diabaikan. 


18. Ibu bapa lebih demanding – Tekanan skor tinggi meningkatkan tuntutan ke atas guru.


19. Sekolah fokus skor, bukan pembelajaran – Kejayaan diukur melalui peperiksaan semata-mata.


20. Pengalaman pendidikan sempit – Murid belajar untuk peperiksaan, bukan kehidupan.


21. Pengulangan soalan lama menjadi norma – Murid belajar format yang dikenali, bukan konsep.


22. Kebosanan PdPc meningkat – Pengajaran berulang, berorientasikan soalan.


23. Tekanan pelajar pra-UPSR – Tahun 4–5 sudah menghadapi latihan intensif.


24. Guru mengajar untuk peperiksaan – Guru mengajar berfokus dan mengejar untuk habiskan silibus secara menjawab soalan peperiksaan. 


25. Guru kurang masa bimbingan individu – Fokus pada markah keseluruhan murid.


26. Persaingan murid meningkat – Rivaliti antara murid cemerlang dan lemah.


27. Kehilangan minat membaca – Fokus murid pada hafalan nota dan soalan. 


28. Soft skills terabai – Kepimpinan, kerja berpasukan, empati dikurangkan.


29. Murid takut gagal – Rasa takut menguasai motivasi, bukan minat belajar.


30. Drilling menjadi norma – Latihan intensif berulang, kurang eksplorasi.


31. Pusat sumber kurang dimanfaatkan – Fokus pada buku latihan UPSR/PT3.


32. Tekanan ibu bapa meningkat – Memaksa anak belajar lebih lama.


33. Kebiasaan ponteng kelas – Murid hilang motivasi menghadiri kelas.


34. Guru kurang masa inovasi PdPc – Pendekatan pedagogi baru tidak diteroka.


35. Pendidikan inklusif terhad – Murid berkeperluan khas kurang diberi perhatian.


36. Kebergantungan kepada soalan setara – Format peperiksaan lama menguasai pembelajaran.


37. Kesihatan mental terancam – Burnout, anxiety, tekanan meningkat.


38. Guru dinilai berdasarkan keputusan murid – Tekanan tambahan kepada guru.


39. Pendidikan abad ke-21 terabai – Kreativiti, problem solving kurang.


40. Polarisasi pengalaman pendidikan – Murid luar bandar/kurang berkemampuan terpinggir.


41. Budaya sekolah berorientasikan peperiksaan – Suasana kompetitif menguasai pembelajaran.


42. Masa rehat murid berkurang – Kokurikulum dan PdPR dikorbankan.


43. Kepelbagaian kaedah pengajaran hilang – Guru fokus format soalan.


44. Tekanan pentadbir meningkat – Pengetua/GPK dinilai berdasarkan keputusan UPSR/PT3.


45. Buku latihan dan soalan setara meningkat – Fokus murid pada latihan berulang.


46. Motivasi intrinsik menurun – Minat belajar diganti motivasi markah.


47. Persaingan antara sekolah meningkat – Sekolah berlumba-lumba skor tinggi.


48. Murid belajar untuk lulus, bukan faham – Pembelajaran bermakna diganti hafalan.


49. Tekanan ibu bapa terhadap anak meningkat – Konflik rumah-sekolah.


50. Pengalaman pendidikan tidak seimbang – Murid B40 dan luar bandar terpinggir.


51. Kelas tambahan agama dan akademik dijalankan serentak – Tahun 1–6, murid sekolah agama juga ikut kelas tambahan.


52. UPKK dan PSRA menambah tekanan – Murid sekolah agama petang menghadapi peperiksaan setara pusat.


53. Majlis kerohanian dijadikan persediaan mental – Solat hajat, majlis pohon restu digunakan untuk fokus peperiksaan.


54. Ritual keagamaan digabungkan dengan akademik – Kerohanian menjadi alat sokongan tekanan akademik.


55. Persaingan akademik antara sekolah agama dan kebangsaan meningkat – Tekanan seimbang prestasi akademik.


56. Guru sekolah agama menjadi jurulatih peperiksaan – Fokus menyiapkan murid untuk PSRA/UPKK.


57. Beban ganda kepada murid – Akademik kebangsaan + sekolah agama + kelas tambahan.


58. Kehilangan masa bermain dan eksplorasi – Aktiviti santai dan kreatif dikorbankan.


59. Peningkatan penggunaan teknik hafalan dan drilling dalam sekolah agama – Fokus kepada lulus peperiksaan, bukan kefahaman holistik.


60. Tekanan keseluruhan murid meningkat – Murid kecil belajar untuk berjaya dalam pelbagai peperiksaan serentak, akademik dan agama.


Malaysia Mendidik





RAMAI YANG TIDAK TAHU DISEBALIK TABIR DAIM DAN MAHATHIR


Alif Jamil


 Sebelum kita kupas tu, lebih adil kalau sy letak satu disclaimer siap² bahawa individu bernama Saiful Baharom ni bukan seorang penyokong PH atau kerajaan Perpaduan.


Bahkan jauh sekali bukan penyokong PMX.







Apa yg diceritakan itu datang drpd pengalamannya yg pernah berada dalam orbit kuasa lama, dunia politik elitis korporat era hegemoni yg penuh lapis, deals dan permainan belakang tabir.


Jadi bila dia buka aib atau bongkar sisi gelap Almarhum Daim, itu bukan bermaksud dia pro kpd PMX atau nak angkat imej PMX.


Sebaliknya itu sekadar realiti orang dalam yg pernah nampak bagaimana jaringan kuasa, korporat dan legal team itu berfungsi pada zaman Mahathir~Daim.


Apa yg disebut dalam tulisannya itu sebenarnya mengesahkan tiga perkara penting tentang era berkenaan.


Pertama, memang wujud satu inner circle yg sgt berkuasa dan sangat opaque dalam mengurus patronage ekonomi negara.


Ini selari dgn rekod kajian² akademik tentang ekonomi politik Malaysia yg menghuraikan bagaimana struktur corporate nominees, trustee dan proksi digunakan dalam konsolidasi kekayaan dan penguasaan korporat oleh kelompok yg rapat dgn pimpinan politik.


Kedua, memang wujud rangkaian akaun dan pasukan legal yg bergerak di belakang tabir.


Ini bukan perkara pelik kerana state business nexus sewaktu dasar penswastaan era 1980~2000 memang beroperasi melalui pelbagai entiti syarikat, instrumen kewangan dan instrument undang² yg berlapis.


Laporan seperti Pandora Papers pula menunjukkan bahawa keluarga Daim yg menggunakan trust dan syarikat luar pesisir sebagai satu amalan yg biasa dalam jaringan kewangan global sementara beliau menegaskan aset itu datang daripada perniagaan yg sah sebelum menyertai politik.


Ketiga, dekad 1990an memang puncak pengaruh Mahathir~Daim.


Rekod² ekonomi menunjukkan beberapa corak besar:


1. Penswastaan yg agresif bermula tahun 1983 dan memuncak sepanjang era 1990an.


2. Kejatuhan dan penyelamatan syarikat² mega seperti Renong UEM, MAS dan kesan² legasi BMF.


3. Konsentrasi kekayaan dan kawalan² korporat pada konglomerat yg berkait rapat dgn circle politik yg tertinggi dan high table. 


Semua ini berlaku ketika Dr Mahathir berada di puncak kuasa sebagai Perdana Menteri dan Daim pula berkhidmat sebagai Menteri Kewangan serta tokoh kewangan UMNO..


Dan gabungan ini membentuk satu pusat kuasa politik dan ekonomi dalam satu paksi yg sama.


Dan disinilah munculnya istilah yg disebut oleh sesetangah pihak pada era itu yg menggelar mereka berdua ini sebagai Twins Evil.


Gelaran itu bukan kerana mereka ni jahat peribadi, tetapi kerana gabungan mereka berdua dilihat sebagai satu struktur pengaruh yg mendominasi arah negara.


Dalam naratif orang lama:

1. Mahathir = Political power

2. Daim = Financial power


Gabungan ini menghasilkan sistem dimana kuasa politik dan korporat bergerak seiring, saling melindungi dan saling melengkapi.


Ia dipanggil bilateral dominance structure dimana dua kutub kuasa yg mengawal arah dasar, pergerakan modal dan tatasusun korporat² negara.


Didepan rakyat, Dr Mahathir dilihat sebagai pemimpin tegas yg membentuk naratif nasional.


Dibelakang tabir pula, Daim dilihat sebagai “custodian of wealth” yg menentukan aliran modal, struktur korporat dan pemain² utama dalam ekonomi.


Itulah sebabnya banyak memoir dan tulisan wartawan asing menggambarkan hubungan mereka seolah² Dr Mahathir menentukan arah , Daim pula menentukan siapa yg kaya.


Apa yg Saiful Baharom cerita itu bukan soal suka atau benci pada dua figura tersebut, tetapi ia satu retrospective insight tentang fasa penting yg pernah berlaku dalam sejarah negara ini..


Ia menerangkan mengapa banyak kesan dari skandal lama kekal sampai hari ini, kenapa GLC dan konsesi moden masih berpaut pada struktur 90an dan kenapa budaya proksi serta nominee ini terus hidup subur dalam ekonomi kita.



SIAPA LAWAN MAHIDDIN KENA BUANG.


 

KEH KEH KEH...


 

(LIVE) PMX Di Dewan Rakyat 18/11/2025 - Sesi Soal Jawab Perdana Menteri

PMX dedah perihal kartel dadah seludup dadah menerusi kontena Pelabuhan Klang


 

Ada kartel besar yang menyeludup dadah menggunakan kontena dari Pelabuhan Klang sejak dua dekad lalu tanpa diambil tindakan, dedah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

“Sekarang saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu setahun tiada laporan (sedangkan) orang bercakap tentang perkara ini.

“Kemudian kontena itu masuk. Kontena dadah keluar daripada Pelabuhan Klang, ditangkap di Australia.


“Itu saya mengamuk. Saya kata jangan cakap kepada saya, anda tak ada apa-apa tindakan,” katanya pada sesi sarapan dan sembang santai bersama media Sabah di sini pada Ahad.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara ini.

Ketua-ketua agensi penguatkuasa dijumpa setiap minggu untuk beliau peroleh perkembangan semasa.

“Satu contoh ialah Pelabuhan Klang. Rupanya ratusan kontena yang masuk seperti sisa e-waste. Jadi kita kata, serbu. Bagaimana, bila dan siapa? Itu kerja dia. Saya tak tahu.

“Ada juga kelakuan dan tindakan jenayah. Ada orang mati dibunuh oleh mereka,” katanya.

“Sekarang, kita sudah ambil tindakan. Kita sudah rampas dan dakwa beberapa orang di mahkamah,” katanya.






Media Indonesia lapor Malaysia ada senjata rahsia buatkan ringgit begitu kuat



Pengukuhan nilai ringgit minggu lalu menarik perhatian negara jiran yang mengupas faktor di sebalik kekuatan mata wang Malaysia.

CNBC Indonesia melaporkan, Malaysia mempunyai “senjata rahsia” yang telah meningkatkan nilai ringgit, sekali gus meletakkannya antara mata wang berprestasi terbaik di Asia setakat 2025.


Menurut laporan itu, Malaysia sedang menunjukkan prestasi ekonomi yang semakin kukuh kerana disokong oleh eksport perdagangan yang kuat, lebihan yang berterusan serta kemasukan pelaburan asing langsung (FDI) yang mencatat rekod baharu. 



Gabungan faktor tersebut dilihat memperkukuh asas ekonomi negara hingga menyumbang kepada penguatan ringgit.


CNBC Indonesia berkata momentum ini sebagai hasil daripada fundamental ekonomi Malaysia yang stabil dan diyakini pelabur.


Satu lagi faktor yang mendorong keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia adalah produktiviti tenaga kerja yang dianggap antara tertinggi di rantau ini.

Menurut data Bank Dunia yang dipetik portal itu, Malaysia mencatat skor produktiviti tenaga kerja sebanyak 10.13, tertinggi di Asia Tenggara dan bahkan mengatasi China, Thailand, Filipina serta Indonesia yang merekodkan 9.04. 


Angka itu mencerminkan keupayaan tenaga kerja Malaysia menghasilkan output lebih tinggi bagi setiap jam bekerja, selain menunjukkan tahap kecekapan operasi yang lebih kukuh berbanding negara jiran.


Prestasi ini, menurut laporan berkenaan, menjadi salah satu faktor mengapa pelabur asing terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.




PM Anwar Jumpa Datuk Bandar KL Baharu, Perkukuh Rancangan Pembangunan

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud di Putrajaya pada 17 November 2025. Foto PMO

PUTRAJAYA, 17 Nov – Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL) yang baharu, Datuk Fadlun Mak Ujud melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan beberapa agenda demi masa depan ibu negara.

Pertemuan disifatkan usaha awal untuk memperkukuh perancangan pembangunan Kuala Lumpur ke arah bandar lebih maju, berdaya saing dan selaras nilai Malaysia MADANI.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook rasminya, Anwar memaklumkan fokus perbincangan tertumpu empat aspek utama iaitu memperkukuh Projek ‘River of Life’ (ROL) serta membincangkan arah tuju pembangunan yang lebih tersusun dan terancang untuk Kuala Lumpur.

Selain itu, mereka turut membincangkan untuk mempercepat proses kelulusan di Pusat Sehenti (OSC) bagi melancarkan urusan pembangunan dan pelaburan, serta memperbaiki ekosistem sedia ada bagi memastikan golongan ini terus diberi ruang, sokongan, dan peluang yang adil dalam ekonomi bandar raya.

Anwar juga menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Fadlun untuk mengemudi Kuala Lumpur.

“Saya yakin, kepakaran profesional dan pengalaman beliau sebelum ini akan memperkukuh pelaksanaan pembangunan yang lebih mampan, seterusnya memastikan Kuala Lumpur terus melangkah sebagai ibu kota global yang berdaya saing, berdaya huni dan selaras dengan nilai-nilai MADANI,” katanya.

Presiden Embalo melakukan lawatan ke Taman Botani, Kuala Lumpur diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif pada 5 Jun 2025. Foto RTM

Perdana Menteri turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Fadlun dalam meneruskan tugasan, termasuk kesinambungan kerja baik yang dilaksanakan mantan Datuk Bandar, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, bagi terus mengangkat imej Kuala Lumpur ke tahap lebih gemilang dan disegani.

Fadlun memulakan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa 15 November 2025, menggantikan Maimunah yang mengambil alih jawatan baharu sebagai Penasihat Hartanah di PETRONAS.



Lawatan PM Anwar, Delegasi Ke Afrika Guna Pesawat Sewaan Khas

 


Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah mengadakan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya pada 17 November 2025. Foto PMO

PUTRAJAYA, 17 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya akan melakukan lawatan kerja menggunakan penerbangan sewaan khas Malaysia Airlines (MAS).

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan untuk menjimatkan masa, mengoptimumkan kos serta memudahkan penyelarasan pergerakan seluruh delegasi.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah mengadakan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya pada 17 November 2025. Foto PMO

“Mengapa kita membuat keputusan untuk menggunakan penerbangan sewaan khas? Ini mengambil kira penjimatan masa di mana jadual padat di ketiga-tiga negara tanpa transit yang panjang.

“Selain itu, kos terkawal kerana kos penerbangan sewaan khas ini lebih ekonomi, berbanding operasi penuh pesawat kerajaan dan ketiga adalah penyelarasan, di mana delegasi kerajaan dan perniagaan akan berlepas dan tiba bersama, menjamin kehadiran yang tepat waktu untuk semua mesyuarat dan sesi libat urus,” katanya pada sesi taklimat hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan menanggung sepenuhnya kos delegasi rasmi kerajaan, manakala delegasi perniagaan menanggung sendiri kos mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-82 di Putrajaya pada 17 November 2025. Foto PMO

 

Jelasnya, langkah itu bagi mengelakkan salah faham, susulan keputusan menggunakan penerbangan sewaan khas untuk lawatan itu.

Mengulas mengenai penyertaan syarikat swasta, jelasnya delegasi perniagaan terdiri daripada pelbagai syarikat korporat utama, syarikat inovatif serta syarikat baharu yang sedang mengenal pasti peluang pelaburan di Afrika.

Sebahagian syarikat berkenaan katanya, masih dalam fasa meneroka pasaran dan akan memanfaatkan forum perniagaan serta sesi padanan perniagaan yang disusun sepanjang lawatan.


MUHYIDDIN MOVE? RADZI JIDIN KETUA PEMBANGKANG? HAMZAH BAKAL DIPECAT TIMB...

Bung Mokhtar risau dia jadi sasaran untuk dikalahkan, jadi senang BN nak...

HRC LIVE!! - KENAPA AZMIN TIDAK KE SABAH? | SEJARAH HEBAT KEDAH - PROF S...

HEBAT KELANTAN


Che Ibrahim


TNB sendiri pun serah kepada pihak lain untuk jana tenaga eletrik, kemudian TNB beli dari syarikat tersebut. 






Elok la kalau Kelantan boleh jana sendiri tenaga eletrik, tidak lagi perlu bergantung kepada bekalan eletrik dari TNB. 

Tapi ambo teringat ada satu tanah yang diteroka secara haram, kira kira seluas 600 ekar, pemaju yang terasa telah tertipu oleh sendiket tanah telah menyerah semula tanah tersebut kepada kerajaan, dan pihak kerajaan telah beri milik kepada satu yayasan. 

Ambo cadangkan Yayasan tersebut urus sendiri tanah itu kerana telah ada tanaman sawit yang telah berbuah, ada seorang TMB (bekas) jawab.... Sapa gat puak kita yang pandai urus tanah???... akhirnya tanah tersebut dijual/pajak kepada satu syk sdn bhd milik bukan melayu. 

Agak agak sapa yang bakal jadi CEO syarikat yang bakal menjana kuasa eletrik itu??



WALAUN. SOKONG JA PARTI DIA ISLE SELALU


Che Ibrahim


 Baru ambo tahu Dominic Lau, Presiden Gerakan yang dilantik sebagai Pengerusi PN Pulau Pinang tu bukan kafir di sisi sesetengah penganut politik.




KALAU DIA CERDIK... TAK MAKAN NASI NGAN AIR OREN. DSLAM DUNIA NI DIA SEKOQ JA BUAT LAGU TU.

 

Ustz Al Asri


Bomba nak padam kebakaran ... Dia sibuk nak interframe .Bodoh bangang bahalol punya MP pas.




AKHIR-AKHIR SUMPAHAN 98.







Satu perkara yang paling rahmat dan celaka ialah menjadi anak Millennials.


Millennials mereka yang lahir 1980-1999, melalui era transisi yang sangat menakutkan, diperingkat global mereka melihat lahirnya Internet sehingga munculnya AI, mereka mengharungi kemeseletan ekonomi global 1998, 2008, dan 2019 (Covid).


Mereka juga lihat jatuh bangunnya regim-regim dunia pasca perang dingin. Soviet Union 1991, hancurnya Yugoslavia dan Tito sampailah war on terror 2000an, jatuhnya Seoharto, dan reformasi Malaysia 1999.


1999 menandai banyak perubahan politik.


Sejak itulah Malaysia lahir sebagai bi-party democracy. Kuasa pembangkang dan kerajaan makin berimbang. Sebelum itu, regim BN terlalu kuat, bahkan mitosnya ia mustahil ia dilemahkan.


Terima Kasih pada gelombang Reformasi 98, dibawa oleh sosok Anwar Ibrahim menentang gurunya Mahathir.


Tahun-tahun seterusnya menyaksikan semak dan imbang berbunga secara perlahan-lahan.


Akhirnya 2018 cubaan menukar regim kali pertama berjaya. Perubahan regim, seperti mana-mana negara pada awalnya akan membawa ketidak-stabilan. 


Kerana Mahathir tidak sanggup menunaikan janjinya untuk menyerah kuasa kepada Anwar. Musuh tradisi beliau.


Kerajaan PH 1.0 jatuh.


Pergolakan dalam transisi ini perkara biasa; 


Korea, pada 1993 bila cubaan membuka demokrasi berlakunya perpecahan parti demokrat Kim Dae-jung vs Kim Young-sam.


Indonesia pasca Soeharto pun begitu, pertukaran presiden begitu cepat Habibie → Gus Dur → Megawati pada awal 2000 barulah perlahan-lahan Indonesia stabil.


Taiwan pula kita lihat tergolakan sejak 1994-1998 barulah politik dalaman mereka stabil.


Politik Malaysia kembali stabil setelah kerajaan gabungan PH+BN diketuai oleh Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.


Kita yang menyaksikan perlawanan antara Anwar vs Mahathir selalunya mengambil posisi. Sebenarnya kita terjerat dalam Sumpahan 98.  


Sumpahan 98 adalah sumpahan politik Mahathirism yang melahirkan Anwar dan Mahathir dan kroni-kroni menjadi berhala usungan pemikiran politik Malaysia.


Sumpahan 98 adalah persaingan ideologi dan polisi dalam politik Malaysia.


1-      EKONOMI


·         Mahathir: negara mengawal; heavy industries; projek mega


·         Anwar: ekonomi nilai + reformasi institusi.


Mahathir punya teman-teman rapat conglomerates maha kaya yang mendanai gerakan politiknya dan juga menyedut kekayaan dari hubungan antara korperat dan pemerintah.


Anwar pula dibelakangnya ialah gerakan aktivis dan populist. Anwar naik dengan gelombang rakyat dan menyokong kerakyatan (populism) sejak peranannya dalam demonstrasi Baling 1974, kemudian gerakan islamist ABIM.


Mahathir berpendapat perlunya melahirkan korperat dan kapitalis melayu sebagai pelindung orang melayu. Kroni-Kapitalism adalah system yang bagus pada mata Mahathir. Sebab itu kita lihat ramai yang menyanjung Daim (contohnya), Syed Mukhtar Bukhari, dsb yang dianggap professional dan kapitalis melayu, yang akan melindungi Melayu. Mewakili kekayaan orang melayu. 


Tipulah mereka ini kaya semula jadi, tanpa cable dengan regim ketika itu mana mungkin anak melayu mendapatkan kekayaan dan ekses pada kekayaan, lulus tanah, lesen perbankkan dsb.


Rakyat pula diajar untuk kerja keras, lebih produktif. Melayu tidak boleh malas. Perlu kaya dengan kerja keras. Kenaikan mobiliti sosioekonomi Melayu , ketidaksamarataan kaum mesti ditangani, negara hanya stabil jika Melayu kuat dalam ekonomi & politik.


Anwar pula berpendapat bahawa dengan pembukaan persaingan (pada 98 beliau mengikut beberapa garis panduan dan nasihat IMF—walau tidak semua) untuk menjadikan ekonomi lebih sihat, melayu boleh kuat bersaing tanpa sepenuhnya bantuan kerajaan. 


Dengan terjananya ekonomi, kerajaan dapat cukai, dengan dapat cukai kerajaan akan buat kebajikan. Anwar condong pada Ekonomi manusiawi (Humane-economy).


2-Politik


·         Politik Anwar Populis , Pragmatic-Idealist. Beliau Idealist tapi pragmatic dan licik dalam banyak hal.


·         Politik Mahathir Realism. Tegas, Keras, straight forward dan licik.


Mahathir percaya kerajaan yang kukuh, kerajaan yang mencengkam, tidak demokratik agar politik dan ekonomi stabil.


Mahathir mengamalkan Soft Authoritarianism atau Post-modern Authortarianism. Mahathir percaya pembangunan memerlukan: disiplin sosial, kestabilan politik, kurang perbalahan ideologi, pemusatan kuasa.


Oleh itu, dalam era beliau: ISA digunakan untuk kawal ketegangan politik (Ops Lalang), Hakim-hakim dirombak (1988) sampai berlaku krisis perlembagaan, Media dikawal , banyak dasar ditentukan secara top-down.


Anwar percaya hiruk pikuk demokrasi, perdebatan, pertikaman lidah, dan kemudiannya kerajaan semasa akan menyelesaikan masalah dengan mendengar pendapat yang dirasainya paling rasional.


Anwar percaya pada popular-soverignity. Sebab itu beliau cenderung melakukan aksi dan keputusan politik bersifat populis agar disukai rakyat. Reformasi beliau pun bersifat populis, bila emosi rakyat mendukung dan gelombangnya kuat retoriknya kuat, bila rakyat agak ragu-ragu perubahan dibuat secara beransur dan berstruktur, tidak gopoh.


3-ISLAM.


·         Mahathir: Islam moden, anti ekstremis.


·         Anwar: Islam demokratik, reformis. Sebab itu kita lihat Anwar cenderung kepada Muslim Democrat dari Barat satu tika dulu.


Mahathir percaya pada Islam yang bersifat peribadi. Sangat personal. Dasar agama kerajaan bersifat sekular. Tak hairanlah PAS (Islamis) begitu anti dengan Mahathir. Mahathir tak suka gerakan ektrem dan ektrem mesti ditangani dengan kekerasan. Itulah yang berlaku pada Peristiwa Mamali , Jemaah Islamiah.


Anwar pula mahukan islamisasi. Pendidikan islam lebih aktif dalam sekolah dan masyarakat. Ditekankannya peranan agama di sekolah, pemakaian tudung di sekolah, NGO Islam ABIM dibenarkan lebih aktif dalam masyarakat.


4- ANTARABANGSA


Mahathir: pro-Asia, skeptikal Barat


Anwar: Civilisational, seimbang, pro-reform global dengan nilai moral sejagat.


Di peringkat Global Mahathir mahu tegas. Modernisasi Asia + Anti-Hegemoni Barat. Jadi beliau kumpulkan kuasa dunia ketiga untuk mengimbangi dan melawan hegemoni barat. 


Walaupun beliau popular tapi tidaklah membawa Malaysia kepada kedudukan untuk mengimbang lembut (Soft-Balancing) antara Barat vs lainnya.  Peperangan pada Mahathir ialah produk hegemoni Barat. Punca kejahatan segalanya.


Anwar tak mahu begitu keras. 


Pendekatannya bersahabat dengan semua tapi tidak melepaskan semuanya. Give and take, imbangan lembut  (soft-balancing). 


Anwar lihat dunia ini dari kaca mata Civilisational atau ketamadunan. Barat ada tamadunnya, Islam ada tamadunnya, Asia ada tamadunnya. Sebab itu dia percaya pada dialog antara tamadun, peperangan adalah merosakkan dialog dan hubungan antarabangsa.


Dalam kritik pada barat, beliau tekankan untuk semua kembali pada moral dan bertindak seperti manusia bertamadun bukan babarik.


 

5- PERIBADI


Aku lihat perbenturan antara kem Mahathir dan Anwar selebihnya bersifat beribadi. Cakap-cakap Toh Puan Naimah pasal Anwar, Mahathir, contoh masalah peribadi dua kem ini yang cuba diheret pada rakyat jelata.


Ye lah, kita suka bawang. Tapi bodohlah kalau kita jadi bidak catur dalam urusan peribadi mereka dua.


MOVE ON


Kini kita sudah berada dihujung sumpahan 98, harapnyalah. Kita sudah saksikan 25 tahun Mahathir menjalankan pentadbirannya dengan sarat politik & ideologi. 


Dan kita bakal lihat Anwar pula mengukir dan mengotakan perjuangan selama 24 tahun itu. Anwar sudah memerintah hampir 1 penggal dan mungkin ke penggal kedua, jika ni berlaku Anwar punya peluang 10 tahun.


Selepas itu marilah kita move on. Usah sibuk terjerumus isu peribadi dua sosok ini. 


Dan mungkin idealogi baharu mewarnai politik kehadapan (dan memang nampak ke arah itupun pada Gen Z ini). 


Tentunya Sumpahan 98 akan memberi impak pada masa depan. Tapi usah terlekat dengan nostalgia ini.


Kedua pendekatan Anwar vs Mahathir ini ada baik-buruknya, sekalipun digabung bagus-bagus keduanya belum tentu ia akan menghasilkan satu dasar/policy dan politik yang bagus. 


Parti-parti politik khususnya harus fikir “whats next ? “. Apa kita mahukan, corak politik mana dan ideologi dan policy bagaimana selepas sumpahan 98 berakhir. Atau, kita terus mahu dihantui sumpahan ini ?


Amirul Mukminin 

Sering dituduh Walanon




TAK MEMBACA TAPI TAK. MENCURI

Norman Daud


 Hujung minggu baru ini saya sempat meluangkan masa menonton podcast Keluar Sekejap yang menampilkan Toh Puan Naimah, isteri kepada almarhum Tun Daim Zainuddin. Saya zahirkan rasa hormat dan kagum kepada almarhum atas jasa-jasa besar beliau membangunkan negara, terutama pada era di mana keberanian dan kebijaksanaan ekonomi benar-benar diuji. Itu kita akui.. jasa tetap jasa.






Namun dalam pada saya menikmati kisah-kisah yang dikongsi Toh Puan, saya juga perasan bagaimana satu ayat kecil yang disampaikan secara bersahaja kini dijadikan peluru politik oleh pembangkang. Mereka memetik kata-kata “Anwar tak suka baca” seolah-olah ia wahyu besar yang membuktikan PMX DS Anwar Ibrahim ini pemalas, tidak berilmu, dan tidak layak memimpin.


Malangnya peluru ini bukan sahaja tumpul, tetapi juga memalukan sesiapa yang menembaknya. Sebab jika difikirkan secara waras, amat mustahil.. saya ulang, amat mustahil seorang yang “malas membaca” boleh mengenali, memahami, dan bahkan mengungkapkan bait-bait Tirukkuṟaḷ karya Thiruvalluvar. Karya yang berusia lebih dua ribu tahun itu bukan bahan bacaan ringkas untuk sesiapa yang hidupnya hanya bersandar pada meme politik dan kapsyen media sosial. PMX mengungkapkan petikan penulisan dalam buku ini ketika membentangkan belanjawan pada tahun lepas dan yang terkini.


Tirukkuṟaḷ karya agung Thiruvalluvar. Ia teks falsafah purba yang menjadi rujukan moral dan pemikiran bangsa Tamil selama lebih dua ribu tahun. Untuk menyebutnya pun sebahagian yang menuduh itu terbelit lidah, inikan pula memahami isi dan makna di sebaliknya.


Barangkali mereka yang melempar tuduhan itulah yang tidak pernah tahu siapa Thiruvalluvar, dari mana datangnya Tirukkuṟaḷ, atau mengapa ia dianggap salah satu karya etika terpenting dalam tamadun Asia.


Malah, saya yakin ramai antara mereka yang menjerit “PMX tak baca!” pun tidak pernah dengar nama Thiruvalluvar, jauh sekali menelaah falsafah moralnya. Biasanya begitulah.. yang tidak membaca, cepat menuduh orang lain tidak membaca. 


Hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya orang yang ada jiwa ilmu mampu menangkap hikmah dari karya klasik, dari Shakespeare hingga Al-Ghazali, dari Rumi hingga Thiruvalluvar. PMX bukan hanya membaca tapi beliau hidup dalam dunia idea, teks, dan wacana. Dari penjara hingga Putrajaya, buku bukan hiasan, tetapi teman yang menempa pemikiran.


Dan lebih mustahil lagi ialah ini bagaimana seorang yang “tak suka membaca” boleh MENULIS buku?


Ini bukan buku main-main atau kompilasi ucapan. Ini karya pemikiran politik, falsafah sosial dan ketatanegaraan. Contohnya buku “Gelombang Kebangkitan Asia” (Asia Renaissance).

Buku pemikiran bertaraf antarabangsa yang membicarakan pertembungan budaya, pembinaan tamadun dan kebangkitan Asia sebagai kuasa moral serta ekonomi. Buku ini digunakan di universiti luar negara, dibincang dalam forum-foum akademik.


Seorang yang tidak membaca tidak akan mampu menulis karya seberat  ini dan ini bukan tulisan seseorang yang cetek bacaannya.


Jadi apabila pembangkang mengangkat satu ayat yang diucapkan secara santai oleh Toh Puan lalu menuduh PMX sebagai “malas membaca”, saya hanya mampu tersenyum sinis. 


"Demo dok kena bare boh"




NAK TIPU KA APA NIH.?


Norshidah Md Daud


 Ni messenger antara Danis Haikal Roi dgn Al Pedal Bastard Dogtor Mokhtar Bin Senik 



Dgn orang bodo bolehla dia nak perbodohkan

Dengan aku, sila p mampos


Kat mana lokasi kolej dia tu?

Dalam spender?


Sape2 dok area Kuantan p tengok sendiri la kat Pantai Sepat tu

Ada ke x kolej 😏


Seeloknya korang masuk terus dalam tapak MEDIS tu

Nnt korang leh nampk umah bini no 2 dia dalam tu. 

Belah belakang ok

Kalau takat lalu depan tu memang xkan nmpk


1 hal lagi...


Dan2 je kolej x wujud lagi, tapi dah ada student

Then dah ada student, tapi tenaga pengajar baru p belajar ambik PhD 

Maksudnya mase dia ambik student2 dulu, dia sendiri pun xde PhD lagi  time tu


Camtu ke cara bukak kolej?