Jawaban Anwar Ibrahim Soal Malaysia Dan TKI


Selain pidato yang disampaikan perihal kepemimpinan dan demokrasi, dialog antara Chairman Ct Corp, Chairul Tanjung dan perdana menteri Malaysia, Anwar Ibrahim membahas hal lebih spesifik. Mulai dari masa depan Malaysia, hubungan antara Indonesia dan Malaysia, utamanya perihal isu tenaga kerja Indonesia.

Politik | UMNO pantau 10 ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin

OOOOO- SEMUA ANWAR NAK KENA TANGGUNG- DULU KERAJAAN LEPAS ...LEPAS TANGAN KOT BAB NI.....NAMPAK SANGAT PULAK DALAM KERAJAAN ANWAR NI MENTERI LAIN KURANG FUNGSI.....


 

SUNWAY CARNIVAL TU TAK DAK APA SANGAT PUN-TAKAT NAK BELI BERAS SEKAMPIT TAK KE SITU PUN..


 

CEH...CEH....CAKAP BESAQ HANG NO


 

MELAKUKAN KUNJUNGAN KAKITANGAN KERAJAAN /UNIVERSITI


 

TAK APA KALAU MB DUDUK DALAM GUA- RAKYAT SUKA


 

10 BUDAK HITAM KATANYA


 

JELAJAH PERPADUAN RAKYAT HARI NI


 

KISAH MB WAKANDA KENA HENTAM DENGAN SULTAN


 

PENGIFTIRAFAN BUAT ANWAR DARI UNIVERSITI


 

TERAS PENDIDIKAN MMULTIDIMENSI- JENIS KEMISKINAN


 

SEMBANG KUAT WEE KA SIONG NI

 







Hebat Wee Ka Siong. Rupanya dia tahu 'lubuk' telur ayam. Baru-baru ini dia selar Abg. Mad yang pergi ke India untuk melihat sendiri cara proses telur yang bakal diimport. Katanya di parlimennya, Ayer Hitam, pun ada banyak telur.

Peliknya masa dia jadi menteri dulu dia tak beritahu pula kepada menteri waktu itu tentang hal ini. Kalau dia beritahu mungkin masalah terlur ni dah selesai. Tak perlu diwarisi oleh PH.

Apa niat Wee buat posting ini, dia lebih tahu. Tapi aku agak tertarik bila dia sarankan agar harga telur dinaikkan. Begitulah cara dia bekerja. Ada masalah, tekan saja rakyat.

Atau kenyataan Wee ini bagi membantu kartel telur? Mungkin sebab itu dia diamkan masa jadi menteri supaya kerajaan tertekan dan akhirnya naikkan harga siling bagi telur. Agaknya la...

Import telur ini, sama ada munasabah atau tidak, yang pasti ia memberi tekanan kepada kartel telur supaya tidak menyekat pengeluaran. Kalau berdegil, mereka sendiri akan rugi.

Setidaknya Abg. Mad ada usaha untuk memenuhi kehendak rakyat yang mahukan bekalan telur ayam di pasaran dipulihkan.

Kerajaan sebelum ini, langsung tak nampak usaha untuk tambahkan bekalan telur dalam pasaran. Iya la... Masing-masing sibuk berpolitik. Mana ada masa nak fikir soal rakyat.

Untuk rekod, Wee Ka Siong ni salah seorang MP BN yang menolak kerjasama dengan PH selepas PRU baru-baru ini.

Jadi tak mustahil jika kenyataan ini sengaja dibuat sebagai satu usaha meremehkan usaha kerajaan yang serius nak menangani permasalahan rakyat. Tambah lagi namanya tercicir dalam pembentukan kabinet yang ada sekarang.

Diharapkan Abg Mad usah layankan dia. Teruskan usaha menekan kartel dengan mengimport telur dari luar. Aku yakin kartel takkan dapat bertahan nanti. Guane boh?

Raja Gelap

 

KONON ADA 140 SOKONGAN DARIPADA 191 BAHAGIAN, TAPI KENAPA MASIH PENGECUT?


 Sekumpulan 140 Ketua UMNO Bahagian, kononnyalah, dilaporkan berkumpul malam tadi untuk menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan.

Bagaimanapun, sokongan mereka bukan bagi mempertahankan Zahid Hamidi dan Mohamad untuk siap sedia berlawan atau sebagai benteng hadapan dalam pertandingan, tetapi agar kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan.

Maknanya, mereka berkumpul malam tadi adalah agar Zahid Hamidi dan Mohamad diberi kemenangan percuma atau “menang secara betina” dalam pemilihan UMNO akan datang ini.

Jurucakap kumpulan terbabit, Mohd Shafei Abdullah daripada Wangsa Maju dilaporkan berkata, Ketua-Ketua UMNO bahagian berkenaan sepakat mendesak agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.

Beliau berkata, tumpuan UMNO ketika ini perlu terarah kepada memperkukuh parti daripada pelbagai peringkat untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini.

“Untuk berdepan enam PRN tahun ini, kita perlu parti UMNO yang kuat, justeru kami berharap presiden (Ahmad Zahid) mengambil kira pandangan ini dan memastikan tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi parti,” katanya pada sidang media itu.

Kehkehkeh…tikus di sawah padi pun barangkali ketawa dengan mereka ini – berkumpul beramai-ramai, tapi takut nak berlawan.

Kalau begitu, buat apa berkumpul dan bersolidariti?

Jika benar ada 140 bahagian berada di belakang Zahid Hamidi dan Mohamad sekarang, kenapa masih takut dan pengecut dengan pertandingan?

Dengan mendakwa memiliki 140 sokongan daripada 191 bahagian UMNO yang ada di seluruh, mereka yang berkumpul malam tadi sepatutnya bersuara dengan gagah – “marilah berlawan dengan kami kerana kami ada sokongan majoriti”.

Tetapi, kenapa berkumpul beramai-ramai dan mendakwa memiliki sokongan daripada 140 bahagian, namun masih pengecut untuk berlawan?

Konon ada 140 Ketua Bahagian, hairannya semacam kecut perut nak berlawan dengan lawan yang hanya tinggal 51 bahagian bersama mereka.

Betulkah ada 140 sokongan daripada bahagian-bahagian sebagaimana didakwa itu?

Pernahkah kita lihat lihat di dunia ini orang yang mendakwa ia kuat dan memiliki sokongan majoriti, tetapi bersikap pengecut dan tidak berani berdepan pertandingan?

Ataukah dakwaan ada sokongan 140 bahagian itu hanya sekadar propa untuk mendapat upah dan melobi jawatan daripada Zahid Hamidi dan Mohamad yang kini berkedudukan dalam kerajaan?

Sebenarnya, berdasarkan daripada pelbagai maklumat yang diterima, sokongan yang didakwa mewakili 140 bahagian itu “jauh panggang dari api”.

Sokongan mereka tidak sampai pun 100 bahagian, kata seorang pemimpin bahagian yang dihubungi.

Maklumat daripada media pula mengatakan, kehadiran Ketua-Ketua UMNO bahagian di Royal Chulan malam tadi juga jauh lebih rendah daripada 140 yang didakwa itu.

Ohhhh…patut lerrrr….– ShahbudinHusin 12/01/2023.



DUDUK KAMPUNG ASING ASING

 





Bagus tindakan MB Kedah ni. Boleh dipuji. Cuma aku takut nanti terjadi pengasingan penempatan. Orang bukan Islam cenderung tinggal di kawasan yang ada jual arak sahaja.

Nanti ada kampung Melayu, kampung Cina dan sebagainya. Langkah ini perlu dituruti usaha untuk membendung perkara itu berlaku.

Maka dengan arahan ini aku percaya Langkawi juga akan menghentikan penjualan arak. Sebab majoriti penduduk Langkawi adalah muslim. Guane boh?

Raja Gelap

 

DAH 23 TAHUN KINI MASIH LAGI JADI PARTI PERKAUMAN

 


Dah 2023, bermakna dah 23 tahun melangkah ke milenium baharu, tapi masih lagi berbangga jadi parti perkauman. Masih bangga mainkan isu kaum. Aku tak faham dengan puak ini.

Lebih 1,400 tahun dahulu Nabi saw telah datang membawa mesej perpaduan. Nabi saw menentang asobiyah. Tapi selepas 1,400 tahun, masih lagi ada puak dendangkan lagu asobiyah.

Memang undi Melayu, terutama yang baru pertama kali mengundi (Undi18) pergi ke PN ketika PRU15 baru-baru ini. Tapi bukanlah sebab kehebatan PN. Sebaliknya kerana mainan isu kaum.

Ditimbulkan rasa benci kepada kaum lain. Diseru kononnya kaum lain nak ambil alih negara ini. Boleh dengar dalam video ucapan Sanusi (video yang dia kata dia dan pengikutnya bodoh tu).

Mengapikan isu perkauman dan agama, disertai fitnah jahat (seperti yang dibuat oleh Razman), telah menutup kegagalan mereka mentadbir negeri dan negara. Ramai Melayu yang terpesona.

Kalau bukan kerana fitnah dan permainan sentimen kaum dan agama, tak mungkin puak ini akan dapat memenangi hati rakyat kerana mereka gagal dalam mentadbir. Boleh lihat Kelantan sebagai contoh.

Hari ini, PAS dan Bersatu bangga jadi taring Melayu. Tapi apa maknanya jika prejudis kaum berleluasa? Agenda perpaduan kaum semakin lunyai. Inikah yang dinamakan perjuangan?

Yang paling pelik, mereka tidak berasa risau dengan situasi semasa. Bahkan bangga pula. Seolah-olah prejudis kaum memang apa yang mereka inginkan. Guane boh?

Raja Gelap

 

KEMELUT SABAH – SIAPA MAIN SIAPA?


 Melihat senarai susunan kabinet baru Sabah yang mengangkat sumpah semalam , persoalan utama yang bermain dalam pemikiran kebanyakan orang tentunya ialah siapa main siapa dan siapa akhirnya kena main?

Walaupun Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan timbalannya, Zahid Hamidi turun sendiri ke Sabah untuk menyelesaikan kebuntuan dan kemudian mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan, tetapi Ketua Menteri, Hajiji Noor ternyata enggan akur kepada cadangan tersebut.

Selain mengenepikan UMNO dan Warisan dalam barisan baru kabinetnya, Hajiji turut membawa masuk PH ke dalam kabinet kerajaan negeri, manakala salah seorang daripada lima Adun UMNO yang dikategori belot pula telah diberikan jawatan Timbalan Ketua Menteri menggantikan Bung Mokhtar Radin.

Seorang lagi daripada lima Adun berkenaan juga diberikan jawatan menteri.

Kecewa dengan perlantikan tersebut dan keputusan Hajiji mengenepikan UMNO, Bung Mokhtar selaku Pengerusi UMNO Sabah mengumumkan tidak mengiktiraf kedudukan mereka dalam kerajaan negeri bagi mewakili UMNO.

Ini bermakna, UMNO secara rasmi adalah pembangkang di Sabah walaupun sebelum ini adalah sebahagian daripada kerajaan.

Status lima Adun itu tentunya menjadi perhitungan selepas ini dan apakah tindakan yang bakal UMNO ambil terhadap mereka?

PH pula, daripada kedudukan sebelum ini sebagai pembangkang kini telah bertukar menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Warisan yang dulu adalah pembangkang dan cuba bekerjasama dengan UMNO untuk menjatuhkan Hajiji, tetap kekal sebagai pembangkang.

Yang aneh lagi pelik, walaupun UMNO dan Warisan adalah pembangkang di Sabah dalam pembentukan kerajaan baru ini, tetapi mereka adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan di peringkat pusat yang diterajui Anwar.

Persoalan paling besar, bagaimana Hajiji boleh menolak cadangan kerajaan perpaduan yang disarankan Anwar, tetapi dalam masa yang sama membawa masuk dua wakil PH dalam kabinetnya?

Jika idea kerajaan perpaduan Anwar boleh ditolak oleh Hajiji, siapa pula yang memberi restu kemasukan dua wakil PH itu ke dalam kabinet kerajaan negeri?

Ikut logik, jika idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan Anwar telah ditolak oleh Hajiji, beliau sebagai Pengerusi PH juga sepatutnya tidak membenarkan penyertaan dua wakil PH itu dilantik sebagai menteri.

Yang paling malang dalam kemelut ini tidak lain ialah UMNO kerana dengan kehilangan status sebagai sebahagian dalam kerajaan negeri,parti itu dikira sebagai pihak yang tewas dan kecundang.

Siapa main siapa dan siapa telah kena main?

Tidak terkecuali menjadi persoalan, apakah keberanian Hajiji menolak cadangan kerajaan perpaduan itu ada kaitan dengan kedatangan Hamzah Zainuddin ke Sabah menemuinya dua hari lalu?

Sebagaimana ditulis dalam artikel sebelum ini – elok-elok jadi kerajaan, UMNO kini sudah jadi pembangkang di Sabah akhirnya.

Walaupun UMNO Sabah pasti ketika ini sedang kecewa dengan nasib mereka, tetapi siapa yang mahu dipersalahkan?

Adakah ia salah Bung Mokhtar yang berpakat dengan Warisan untuk menjatuhkan Hajiji?

Atau ia salah Presiden UMNO, Zahid Hamidi kerana gagal berperanan sewajarnya dalam memastikan penyelesaikan menang-menang dalam kemelut tersebut?

Kebetulan dengan Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung Jumaat dan Sabtu ini, adakah Zahid Hamidi bakal menjadi sasaran kecaman perwakilan berikutan nasib yang menimpa UMNO Sabah itu?

Yang pasti, di sebalik UMNO terus bergelora dengan kemelut di Sabah ini, kedudukan Anwar sebagai “Sivaji The Boss” tetap tidak tergugat, malah bertambah kukuh lagi. – ShahbudinHusin 11/01/2023.



WAJIB TONTON DENGAN PENJELASAN INI- PESANAN USTAZ ZAHARUDDIN TENTANG HUKUM QAWI- MAKA PILIH LAH ANWAR DAN SELAGI UCAP KALIMAH SYAHADAH IA TIDAK KELUAR DARI ISLAM


 

PENERANGAN TOK MAT TERHADAP PATI UMNO TENTANG DAP- TIADA PERTANDINGAN SESAMA KAWASAN MELAYU DAN UMNO AKAN JADI PARTI KE 3 DALAM PN


 

UMNO TIDAK PERLU ADA PERTANDINGAN PERINGKAT PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN


 

JOM KITA GELAK


 

LAGU BARU DARI PENYANYI BARU- KU BUKAN WALAUN


 

KALAU UMNO HILANG SOKONGAN - BERMAKNA IANYA SENDIRI AKAN LENYAP


 

ULANG SIAR- APA KATA MUHYIDDIN KEPADA PAS DAN UMNO


 

ANWAR TIDAK MAHU JADI ORANG TENGAH KES SABAH


 

ULANGSIAR TITAH SULTAN PERAK- JANGAN BIARKAN EKTRIMIS DAN FAHAM PERKAUMAN


 

BNM PERLU BERI PENERANGAN KEPADA RAKYAT- MAT MASLAN BIAR CAKAP BRTUL YA


 

SYARIKAT CPF THAILAND BERTEMU MAT SABU UNTUK TAMBAH NILAI DALAM BIDANG GRO DAN LAIN BIDANG YANG BERKAITAN


 

BEZA PENTADBIRAN PAS DAN BN


 

LAWATAN MAT SABU KE LADANG AYAM TELUR


 

TIDAK TAHU BEZA DAN KRITIKAN- MULA MENGGELABAH- ITULAH WAN SAIFOL


 

MINDA JAHAT - BANTUAN 100 JUTA DIA KATA KOMINIS....KERAJAAN PUSAT SULITKAN KERAJAAN NEGERI


 

(function() { var d = document, w = window; w

BUKAN SAJA FITNAH..TETAPI JUGA BERNIAT JAHAT.

 Walaun tularkan gambar DS Anwar makan besar sambil sindir rakyat makan Menu Rahmah. Tapi sebenarnya gambar itu gambar tahun 2019 dan ia di ...