DAH 23 TAHUN KINI MASIH LAGI JADI PARTI PERKAUMAN

 


Dah 2023, bermakna dah 23 tahun melangkah ke milenium baharu, tapi masih lagi berbangga jadi parti perkauman. Masih bangga mainkan isu kaum. Aku tak faham dengan puak ini.

Lebih 1,400 tahun dahulu Nabi saw telah datang membawa mesej perpaduan. Nabi saw menentang asobiyah. Tapi selepas 1,400 tahun, masih lagi ada puak dendangkan lagu asobiyah.

Memang undi Melayu, terutama yang baru pertama kali mengundi (Undi18) pergi ke PN ketika PRU15 baru-baru ini. Tapi bukanlah sebab kehebatan PN. Sebaliknya kerana mainan isu kaum.

Ditimbulkan rasa benci kepada kaum lain. Diseru kononnya kaum lain nak ambil alih negara ini. Boleh dengar dalam video ucapan Sanusi (video yang dia kata dia dan pengikutnya bodoh tu).

Mengapikan isu perkauman dan agama, disertai fitnah jahat (seperti yang dibuat oleh Razman), telah menutup kegagalan mereka mentadbir negeri dan negara. Ramai Melayu yang terpesona.

Kalau bukan kerana fitnah dan permainan sentimen kaum dan agama, tak mungkin puak ini akan dapat memenangi hati rakyat kerana mereka gagal dalam mentadbir. Boleh lihat Kelantan sebagai contoh.

Hari ini, PAS dan Bersatu bangga jadi taring Melayu. Tapi apa maknanya jika prejudis kaum berleluasa? Agenda perpaduan kaum semakin lunyai. Inikah yang dinamakan perjuangan?

Yang paling pelik, mereka tidak berasa risau dengan situasi semasa. Bahkan bangga pula. Seolah-olah prejudis kaum memang apa yang mereka inginkan. Guane boh?

Raja Gelap