SEMBANG KUAT WEE KA SIONG NI

 







Hebat Wee Ka Siong. Rupanya dia tahu 'lubuk' telur ayam. Baru-baru ini dia selar Abg. Mad yang pergi ke India untuk melihat sendiri cara proses telur yang bakal diimport. Katanya di parlimennya, Ayer Hitam, pun ada banyak telur.

Peliknya masa dia jadi menteri dulu dia tak beritahu pula kepada menteri waktu itu tentang hal ini. Kalau dia beritahu mungkin masalah terlur ni dah selesai. Tak perlu diwarisi oleh PH.

Apa niat Wee buat posting ini, dia lebih tahu. Tapi aku agak tertarik bila dia sarankan agar harga telur dinaikkan. Begitulah cara dia bekerja. Ada masalah, tekan saja rakyat.

Atau kenyataan Wee ini bagi membantu kartel telur? Mungkin sebab itu dia diamkan masa jadi menteri supaya kerajaan tertekan dan akhirnya naikkan harga siling bagi telur. Agaknya la...

Import telur ini, sama ada munasabah atau tidak, yang pasti ia memberi tekanan kepada kartel telur supaya tidak menyekat pengeluaran. Kalau berdegil, mereka sendiri akan rugi.

Setidaknya Abg. Mad ada usaha untuk memenuhi kehendak rakyat yang mahukan bekalan telur ayam di pasaran dipulihkan.

Kerajaan sebelum ini, langsung tak nampak usaha untuk tambahkan bekalan telur dalam pasaran. Iya la... Masing-masing sibuk berpolitik. Mana ada masa nak fikir soal rakyat.

Untuk rekod, Wee Ka Siong ni salah seorang MP BN yang menolak kerjasama dengan PH selepas PRU baru-baru ini.

Jadi tak mustahil jika kenyataan ini sengaja dibuat sebagai satu usaha meremehkan usaha kerajaan yang serius nak menangani permasalahan rakyat. Tambah lagi namanya tercicir dalam pembentukan kabinet yang ada sekarang.

Diharapkan Abg Mad usah layankan dia. Teruskan usaha menekan kartel dengan mengimport telur dari luar. Aku yakin kartel takkan dapat bertahan nanti. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: