SAMPAI BILA NAK TUNGGU PAS? – SAIFUDDIN NASUTION

BUKANKAH ‘LANGKAH KAJANG’ UNTUNGKAN AZMIN? – WILLIAM

*KENYATAAN MEDIA* SETIUSAHA AGUNG PKR

*KENYATAAN MEDIA*
_07 September 2017_

Image result for SAIFUDDIN NASUTION



1. Saya tiba semalam di Kuala Lumpur, pulang dari lawatan 6 hari di London setelah menghadiri mesyuarat dengan sdr Nurul Islam, Pengerusi Arakan Rohingya National Organisation. Saya juga mengadakan pertemuan dengan dr Dziauddin Sardar dan dr Anas Ali dari International Institute of Islamic Thought. Saya ke London atas jemputan mereka.

2. Sekembali dari London saya dihujani soalan apakah benar saya telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung KEADILAN. Saya memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini sebagai reaksi terhadap persoalan tersebut.

3. Walaupun berada di luar negara saya sering berhubung dengan pimpinan utama KEADILAN dan Pakatan Harapan. Pimpinan utama KEADILAN dan Pakatan Harapan amat maklum akan komitmen saya terhadap parti dan Pakatan Harapan. Saya terlibat dengan setiap keputusan parti dan keputusan Pakatan Harapan dan sudah tentu saya patuh dengan semua keputusan yang telah dibuat.

4. Khabar bahawa saya "meletak jawatan" dikaitkan dengan saya dikatakan"tidak puas hati" dengan arahan Dato Seri Anwar Ibrahim tentang"berunding dengan Pas"dan ekoran daripada itu saya dikecam dan akibatnya saya kecewa, adalah jelas ini satu adu domba daripada pihak yang tidak mahu melihat KEADILAN terus stabil dan Pakatan Harapan terus kuat.

5. KEADILAN telah berusaha hampir dua tahun mendekati dan menyantuni Pas. Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dibuat. Siri-siri pertemuan telah melibatkan Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya Pas. Pendirian saya ialah setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan ini memudahkan semua pihak.

6. Usaha dibuat di sebalik keputusan muktamar dan Majlis Syura yang memutuskan hubungan dengan KEADILAN. Demikian KEADILAN menunjukkan jiwa besar demi mencapai kerjasama terbaik guna mendepani Umno/ Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 14. Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini dan rakyat dapat melihat saban hari Pas menunjuk sikap dingin dengan KEADILAN dan Pakatan Harapan sebaliknya semakin lunak dengan Umno/Bn.

7. Di sebalik latar politik inilah Pakatan Harapan yang KEADILAN adalah komponen nya membuat keputusan untuk mengukuhkan kerjasama pakatan menghadapi pilihanraya umum ke14 dan tidak lagi bekerjasama dengan Pas.

8. Tatkala Dato Seri Anwar Ibrahim tampil dengan nota dari penjara, Pakatan Harapan telah membuat keputusan. Mengenali beliau secara dekat, Dato Seri Anwar Ibrahim seorang yang sangat menghormati setiap keputusan yang dibuat secara bersama dan tidak sukar untuk beliau faham kenapa Pakatan Harapan membuat keputusan tersebut. Tidak sukar juga dilihat setelah diusahakan demikian lama, PAS tetap memilih jalannya sendiri. Adalah lebih utama KEADILAN menumpukan sepenuh usaha dan tenaga membantu mengukuhkan Pakatan Harapan dan menerima hakikat Pas telah ada pilihannya.

9. Kenyataan ini saya keluarkan sejurus saya bercakap dengan Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menemani Dato Seri Anwar di mahkamah. Saya maklumkan bahawa komitmen saya bersama KEADILAN dan Pakatan Harapan dan khabar saya meletak jawatan adalah TIDAK BENAR. Kepada pihak yang berusaha mencipta khabar itu, menyebarkan dan kemudian merayakannya saya maafkan.


*DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL*
Setiausaha Agung KEADILAN
Parti KEADILAN Rakyat


Alang-alang PAS meniru hujah UMNO, umumkan sahaja walimahnya



Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi bahawa satu undi untuk HARAPAN bermakna satu undi untuk DAP pastinya membuatkan ramai semakin keliru yang mana satu PAS yang mana satu UMNO.
Strategi memfokuskan serangan ke atas DAP dan memburuk-burukkan DAP dengan mempergunakan isu kaum dan agama tidaklah asing kepada UMNO. Malangnya kini, PAS juga turut bermain propaganda yang sama, mengangkat politik kebudak-budakan dan politik huru-hara. Sehingga sudah sukar membezakan yang mana PAS dan yang mana UMNO.
Sepertinya kini, undi untuk PAS bermakna mengundi untuk meneruskan gaya politik UMNO.
Kristian dan Sekular
Terdesaknya PAS mengikut jejak langkah UMNO menyebabkan mereka mencapai apa saja propaganda yang ada lalu dilambakkan kepada umum. Sehingga meracau mengatakan DAP menggerakan gerakan Kristian untuk mensekularkan negara ini.
Suatu masa dahulu, penceramah-penceramah PAS sendiri yang mengajar bahawa sekular itu bermakna ‘agama suku negara suku’, dalam erti kata lain negara tidak lagi beragama. Nah, sekarang bagaimana pula PAS boleh mengatakan sebuah gerakan agama Kristian mahu mewujudkan sebuah negara tidak bergama seperti mana yang PAS fahami?
Politik menghasut api kebencian antara umat Islam dan Kristian ini merupakan politik kebudak-budakan dan politik huru-hara.
Cita-Cita PAS Indah Khabar Dari Rupa
Muhammad Khalil perlu berhenti menabur janji yang hanya indah khabar dari rupa. Beliau menceritakan tentang mahu mengubah Malaysia supaya menurut kepada ideologi PAS dengan sasaranya memenangi 40 kerusi parlimen. Sesiapa yang waras boleh nampak dengan jelas, sekiranya PAS memenangi 40 kerusi parlimen, mustahil PAS boleh membentuk kerajaan Persekutuan lantas mengubah Malaysia menjadi lebih PAS.
Pencapaian terbaik PAS memenangi 27 kerusi Parlimen adalah melalui pakatan pembangkang manakala pencapaian terburuk PAS pula jika dicermati adalah sewaktu mereka mereka bertanding secara sendirian.
Bagaimanakah Muhammad Khalil membayangkan kemungkinan sedemikian, adakah beliau sebenarnya merasakan 40 kerusi itu mencukupi mengambil kira sekali kerusi yang mungkin dimenangi UMNO lantas membentuk satu gabungan UMNO-PAS?
Jika tidak, maka jelas itu hanya merupakan strategi igauan di siang hari.
PAS dan Sifat Ujub
Kenyataan Muhammad Khalil itu juga memperkukuhkan lagi tanggapan bahawa PAS sememangnya tidak mengerti akan semangat sesebuah pakatan. Dan itulah puncanya mengapa suatu masa dahulu mereka bertindak memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP.
Oleh kerana sifat ujub (kagum terhadap diri sendiri) kebanyakan pimpinan PAS, mereka merasakan mereka yang paling kuat, lalu mula bertindak mengikut kepala sendiri sehingga akhirnya berseteru dengan PKR dan DAP.
Jelas selama ini PAS tidak faham bahawa kebanyakan kerusi yang mereka menangi sekarang adalah hasil usaha sebagai satu pakatan pembangkang suatu masa dahulu. Rakyat tidak kira kaum dan agama memberikan undi kepada PAS kerana mereka merasakan pakatan politik yang terbina dahulu merupakan satu pakatan yang terbaik untuk membentuk kerajaan.
Undi diberikan kerana rakyat merasakan bahawa idea yang dibawa semua parti secara gabungan itu adalah apa yang mereka perlukan. Bukannya kerana ideologi khusus mana-mana parti dalam gabungan.
Begitulah juga nanti untuk Pilihanraya ke-14, satu undi untuk HARAPAN merupakan satu undi untuk PPBM (BERSATU), AMANAH, PKR dan DAP, pakatan politik yang benar-benar berpotensi membentuk sebuah kerajaan stabil, progresif dan bersih.
Saya menyeru kepada Muhammad Khalil supaya bermuhasabah dan membuang rasa ujub yang membarah di dalam PAS. Selain berhentilah meniru-niru UMNO, jika sememangnya sudah ada mimpi-mimpi untuk bersanding dengan UMNO, umumkan saja walimahnya!

HUMUR: Pangkah bulan, pilih dacing





Image result for pemimpin pas

Beberapa tahun sudah, ketika Parti Islam SeMalaysia mula bermanja secara terbuka dengan UMNO, suatu sesi bergambar melibatkan sayap pemuda parti itu diadakan. Seingat saya, ia berlangsung beberapa ketika sebelum muktamar yang menampilkan pertunjukan silat, memotong kek dengan keris dan pimpinan parti berbusana Melayu tradisional.
Sesi bergambar tersebut, saya kira dilakukan bertujuan menampilkan sisi Melayu Pemuda PAS; menjelang muktamar itu, setelah muktamar sebelumnya memperlihatkan segerombolan besar pimpinan tunjang PAS disingkirkan.
Beberapa keping gambar daripada sesi tersebut, dikongsikan ke media sosial. Salah satunya memperlihatkan anak kepada Tuan Guru Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi sedang berkeris dengan timbalannya di Dewan Pemuda PAS kini, Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin.
Khalil memperlihatkan langkah menangkap tikaman keris Khairil, sambil kerisnya sendiri ditusukkan ke rusuk rakannya itu. Khairil bagaimanapun, menampan serangan itu, dengan hanya telapak tangan. Mungkin Khairil ada ilmu kebal, dan tikaman itu tidak lut tapak tangannya. Kita tidak tahu. Namun jika itu bukan lakonan, Khairil pastinya cedera terkena tikaman rakannya itu.
Politik juga bukan sekadar lakonan, meski lakonan adalah sebahagian daripada politik. Seperti juga aksi bertikam Khalil, PAS dan UMNO juga boleh berlakon.
PAS boleh sahaja berlakon seolah-olah ia tidak punya hubungan dengan UMNO. PAS juga boleh berlakon seolah-olah ia tidak tahu bahawa UMNO sedang mempermainkan hati dan perasaannya. Tetapi seluruh negara tahu, malah anggota-anggota PAS di peringkat akar rumput juga tahu bahawa hubungan PAS dan UMNO, tidak banyak beza dengan pertarungan ‘sengit’ Khalil dan Khairil tadi.
Dalam PRU ke-13, arwah Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya apabila PAS gagal memenangi demikian banyak kerusi yang sepatutnya mereka menang. Sebahagian besar khabarnya digagalkan oleh jentera PAS sendiri yang dalam diam menanam ranjau, menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan mengatur langkah menggagalkan usaha calon mereka sendiri yang cenderung memihak Anwar.
Gerombolan yang sama juga kini gigih menyuarakan bantahan terhadap usaha Pengarah Jentera Pilihanraya HARAPAN, Datuk Seri Azmin Ali untuk berunding dan memastikan tidak terjadi pertembungan tiga penjuru.
Tembikai-tembikai ini (yang luarnya hijau, dalamnya merah UMNO) masih jelas menjalinkan hubungan sulit dengan UMNO meski beriya menafikannya. Tidak sedikit sumber tiris di Putrajaya yang memberitahu betapa akrabnya hubungan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sejak ‘muktamar keris’ itu, PAS dengan terang nyata menolak dan membuang sahabat-sahabat lama, demi persahabatan baru yang menurut mereka lebih menguntungkan agama kononnya.
Demi persahabatan baru itu, juak-juak PAS terpaksa mengiyakan fatwa dan ijtihad tanzim, dengan menggunakan hujah-hujah lama UMNO bagi menyerang Pakatan Harapan, dengan membingkainya sebagi dikemudi demi kepentingan DAP, yang kononnya menjalin hubungan dengan evangelis demi membangun sebuah negara sekular.
Demikian cubaan kelakar anakanda Haji Hadi, membingkai keadaan politik parti kawan-kawan lama sebagai undi HARAPAN ertinya mengundi DAP. Apalah mengarut negara sekular tidak bertuhan mahu dibangunkan dengan usahasama mubaligh Kristian?
Cubaan ini tidak banyak beza dengan cubaan Ir Khairil menikam dan menampan serangan dengan tapak tangan itu tadi. Dalam tak sedar, diri sendiri bakal cedera dan ditimpa malu kerana tidak pandai menyambut pukulan, tetapi ada hati pula melancarkan serangan.
Khalil pastinya sedar, bahawa setiap satu undian kepada PAS adalah tanda setuju dan akur kepada persandingan rahsia dengan UMNO. Setiap satu undi kepada PAS adalah pernyataan reda dan rela kepada persekongkolan terhadap rompakan berbilion ringgit terkait 1MDB.
Setiap satu undi ke parti bulan, adalah talian hayat kepada UMNO, yang sedang gembira melihat parti-parti pembangkang bukan sahaja saling bercakar, malah melihat PAS menyerang parti kawan-kawan dengan peluru yang dibekalkan oleh mereka.
Mengundi PAS, ertinya memilih Najib Razak sebagai perdana menteri, dan mengekalkan Datin Seri Rosmah Mansor di Sri Perdana.
Memilih PAS, ertinya memilih UMNO. Inilah pengertian budaya politik matang dan sejahtera oleh PAS. Bersanding diam-diam, menipu terang-terang.


DAP kecam pembunuhan etnik Rohingya, desak Myanmar henti krisis kemanusiaan


GEORGE TOWN, 7 SEPT: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengecam keras pembunuhan dan pengusiran etnik Rohingya yang berlaku di Myanmar.
Justeru, kerajaan Myanmar tegasnya didesak supaya menghentikan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.
“Kita lihat apa yang berlaku di Myanmar. Kita amat prihatin dan mengecam kezaliman yang berlaku ke atas kumpulan etnik Rohingya.
“Dan sudah tentu, kita berharap pembunuhan ini dapat dihentikan oleh kerajaan Myanmar.
“Ini adalah isu kemanusiaan. Bukan isu agama atau kaum. Perkara ini perlu dilihat dari segi kemanusiaan supaya pembunuhan dan pengusiran ini harus dihentikan,” katanya kepada media.
Sementara itu, satu laporan polis telah dibuat ekoran sebaran fitnah kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyokong tindakan kejam regim Myanmar ke atas etnik Rohingya.
Laporan itu telah dibuat Pegawai Penerangan Kepada Ketua Menteri, Major (B) Zaidi Ahmad di Balai Polis Jalan Patani, Daerah Timur Laut sebentar tadi.
Menurutnya, sebaran fitnah itu dikesan pada 5 September baru-baru ini menerusi laman Facebook Friends of PAS melalui dua akaun dengan nama Sharmine Iskandar dan Suhaimi Mie.
Fitnah yang memaparkan gambar Guan Eng dengan kenyataan fitnah berbunyi: “Tindakan Aung San Suu Kyi terhadap kaum Rohingya adalah tepat. Malaysia tiada hak untuk campur tangan dan dianggap mencabul urusan negara Myanmar”.
Dalam kenyataannya, Zaidi berkata fitnah tersebut pernah berlaku sebelum ini dan ia kembali berulang.
“Justeru, kita minta pihak polis bertindak ke atas individu-individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini,” katanya kepada media.


BN LEMAH, TIDAK MUSTAHIL SABAH, SARAWAK CARI PH

10 KERUSI PARLIMEN PH MENANG MUDAH DI JOHOR – DAP

TUN MAHATHIR TEGAS, AKAN HENTIKAN RUNDINGAN PKR – PAS

FBI: PEMANDU GANI PATAIL DITEMBAK SEBAGAI AMARAN SESIAPA YANG TERLIBAT DALAM 1MBD



PEMANDU Tan Sri Abdul Ghani Patail yang telah ditembak dan cedera minggu lalu didakwa sebagai amaran kepada bekas peguam negara itu supaya tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam siasatan skandal 1MDB.

Kenyataan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) itu dipetik oleh sumber berita Bloomberg, dalam laporan berita bertajuk "1MDB Stolen Funds Witnesses are scared to talk, FBI says" (Saksi-saksi kecurian dana 1MDB takut untuk bercakap, kata FBI).

FBI turut memetik laporan-laporan berita Malaysia berkenaan pegawai-pegawai tempatan yang telah ditangkap kerana berperanan di dalam menyiasat penyelewengan dana 1MDB, dan baru-baru ini pada 30 Ogos lalu, pemandu kepada bekas Peguam Negara, telah ditembak dan cedera kemungkinan sebagai amaran kepada bekas pendakwaraya itu agar tidak bekerjasama dengan Amerika Syarikat kata FBI.



Abdul Ghani dilapor telah membuka siasatan awal terhadap 1MDB menurut fail FBI, namun beliau kemudiannya telah diganti dengan peguam negara yang baru dalam tahun 2015.

Minggu lalu pemandu kepada bekas Peguam Negara dilaporkan cedera ditembak oleh dua lelaki di halaman rumahnya sendiri di sebuah rumah teres 2 tingkat di Taman Putra Ampang pada jam 8:30 pagi hari selasa.

Mangsa yang berusia 40 tahun bernama Mustafa, dilaporkan baru diambil bekerja sebagai pemandu persendirian Gani sejak bulan Januari lalu.

Sumber pihak polis yang dipetik oleh akhbar China Press berkata, ketika kejadian mangsa baru sahaja membuka pintu pagar rumahnya untuk keluar.

Bagaimanapun 2 penembak yang menaiki sebuah Motosikal itu tiba-tiba masuk ke halaman rumah mangsa dan berpura-pura bertanya arah sebelum mengeluarkan pistol dan menembak pehanya sebelum melarikan diri.

Akhbar itu melaporkan bahawa pihak polis masih menyiasat motif serta identiti dua penembak itu, dan sama ada mereka menyasarkan pemandu itu atau majikannya Gani Patail yang juga merupakan bekas Peguam Negara.

Sumber di tempat kejadian tidak menolak kemungkinan motif serangan itu bertujuan memberi amaran kepada pihak tertentu kerana jika mereka hendak membunuh mangsa lebih daripada satu das tembakan akan dilepaskan dari jarak dekat.

RCI FOREX - TUN MAHATHIR DAN ANWAR SAH TIDAK BERSALAH?


Sebagaimana yang diketahui umum, Nor Mohamed Yakcop adalah individu utama yang diberi tanggungjawab menjalankan urusniaga matawang asing atau forex yang mana akhirnya negara  dilaporkan mengalami kerugian sebanyak AS$10 bilion kira-kira 25 tahun yang lalu.

Ketika itu, beliau bertugas sebagai Penolong Gabenor Bank Negara. Perdana Menteri sewaktu itu ialah Tun Mahathir Mohamad, manakala Menteri Kewangan pula ialah Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim.

Berikutan skandal 1MDB telah menjadikan Tun Mahathir sebagai musuh politik utama kepada Najib Razak, daripada mendesak pengundurannya, menubuhkan parti Bersatu dan sekarang menjadi Pengerusi Pakatan Harapan serta sedang di laluan untuk menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang, kerajaan akhirnya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan kerugian tersebut.

Agendanya tidaklah sukar difahami - untuk meletakkan beban kesalahan yang menyebabkan kerugian itu kepada Tun Mahathir dan jika boleh kepada Anwar sekali yang sekarang ini sudah kembali bertaut hati untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang diperkatakan di seluruh dunia sebagai kleptokrasi.

Jika Najib dikaitkan dengan skandal 1MDB yang menyebabkan hutangnya mencecah RM53 bilion, secara tersiratnya Tun Mahathir juga mahu disabitkan turut ada keterlibatan dalam kerugian yang berbilion ringgit juga jumlahnya.

Semalam, Nor Mohamed Yakcop dipanggil memberi keterangan kepada RCI forex yang dipengerusikan oleh Sidek Hassan, bekas Ketua Setiausaha Negara yang kini merupakan Pengerusi Petronas.
Selepas berundur daripada Bank Negara, Nor Mohamed Yakcop dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri (waktu itu Tun Mahathir), ketika era Tun Abdullah Badawi beliau menjadi Menteri Kewangan Kedua dan ketika ini sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, cabang utama pelaburan kerajaan. Pengerusi Khazanah ialah Najib sendiri.

Berikut adalah antara intipati keterangannya kepada RCI forex:-

- mengakui beliau bertanggungjawab dalam kerugian besar urusniaga forex dan sebarang urusniaga yang dilakukan serta kerugian yang dialami tidak pernah sama-sekali dimaklum atau dibincangkan dengan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

- perkara yang sama juga tidak pernah dibincang dan dimaklumkan dengan Anwar yang menjadi Menteri Kewangan antara 1993 hingga 1998.

- tidak menafikan kerugian forex telah berlaku dan mengakui kebertanggungjawabannya dalam perkara tersebut serta telah menerima "bahagiannya" dengan meletakkan jawatan daripada Bank Negara setelah berkhidmat selama 25 tahun.

- tugas beliau ialah melaksanakan dasar pengurusan rizab luar negara seperti yang ditentukan oleh lembaga bank pusat dan melaporkannya kepada  Gabenor ketika itu, Jaafar Hussein serta Jawatankuasa Rizab Luar berkenaan forex.

- ia tidak dilaporkan sama ada kepada Perdana Menteri atau Menteri Kewangan mengenai sebarang isu rizab luar kerana ia bukan termasuk dalam garis aturan bidang tugas yang dijalankannya.

- tentang mengapa membenarkan urusniaga spekulasi mata wang, Nor Mohamed Yakcop berkata, itu adalah kerjanya dan beliau melakukannya untuk negara. 

- jika saya tidak membenarkan urusniaga spekulasi itu, saya juga akan dituduh tidak bersiap sedia lebih awal. Kita perlu belajar dari kesilapan dan Bank Negara banyak belajar daripada kesilapan saya.

- kami telah belajar daripada pengalaman pahit itu untuk kemudian merangka dasar bagi mempertahankan negara menentang serangan matawang asing dalam Krisis Kewangan Asia 1997/98 dan berjaya menyelamatkan berbilion ringgit wang negara serta mengelakkan syarikat Malaysia muflis yang boleh mengakibatkan penganggguran dan kemiskinan naik dengan mendadak.

- tindakan luar biasa yang dilakukan pada September 1998 itu difikir dan dilaksanakan adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di meja urusniaga forex yang mengalami kerugian.

Itu adalah antara intipati keterangan beliau kepada RCI forex yang mungkin menyebabkan ada orang diserang demam dan badan berpeluh dingin secara tiba-tiba. 

Hakikatnya, berdasarkan keterangan itu, kerugian urusniaga forex adalah disebabkan silap congakan, bukan disebabkan salah guna kuasa, rasuah, wang masuk dalam akaun peribadi atau sebagainya.

Yang penting juga, kesilapan  dan kerugian itu telah memberi pengalaman dan ilmu berguna untuk mengelakkan kerugian lebih besar kepada negara dalam krisis kewangan pada 1998.

Hari ini, dijangka giliran Anwar pula memberi keterangannya.

Satu soalan mudah - di mana daripada keterangan Nor Mohamed Yakcop itu yang menunjukkan Tun Mahathir terlibat atau boleh dipersalahkan dalam kerugian urusniaga forex sehingga Najib sendiri pernah membayangkan bekas Perdana Menteri itu mungkin didapati bersalah sehingga tindakannya berbaik dan sedia menonjolkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri pada masa depan didakwa kerana takut serta bimbang keterangan bekas Menteri Kewangan itu tidak menyebelahinya? (ShahbudinHusin 07/09/2017)

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...