STUDENT BERPIHAK KEPADA PH ?






NORMAN RADZUAN

STUDENT BERPIHAK KPD PH Description: 👏Description: 👏Description: 👏

Student berpihak kpd kita. Yup rata2 anak muda terutama student IPT mahu bersama. Sebelum ini saya telah maklumkan juga di Sabah 109 anak muda IPT yg saya temubual sendiri memilih PH/MUDA.

Menurut laporan ia adalah dari Pelajar UIA dan University of Nottingham Malaysia membuat pilihan gabungan parti politik untuk PRU15. Yes ada muda benci rasuah dan politik perkauman. Jika begini cara mereka berfikir Insyallah kita akn nikmati Malaysia baru.

Kpd ibu bapa bermula pada minggu ini kempen PH adalah utk mengingatkan anak muda bahawa nama mereka secara automatik telah tersenarai kpd pengundi. Ini kerana ramai anak muda tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu.

Peranan ibu bapa utk meminta anak2 mereka menyemak kembali nama mereka dan di mana mereka mengundi.

Ingat Tuan2 dan Puan2… kalian tidak perlu turun padang berkempen ke sana sini tetapi cukuplah berperanan kpd anak masing2 tanggungjawab mereka utk menyelamatkan Malaysia.

Apa kita perjuangkan utk masa depan mereka. Pertama kita tidak mahu mereka bergelumang dgn rasuah, kedua kita tidak mahu mereka menanggung hutang2 pemimpin korup dan ketiga kita mahu mereka menikmati hasil bumi Malaysia yg kaya raya ini…. Bantulah merekaDescription: 🤲🏻 KITA BOLEH !

 

 

STRATEGY MAHIADDIN NAK JATUHKAN NAJIB. MANIPULASI KEADAAN

 

Ada machai bunga claim Mahiaddin yang paling berani lawan 1MDB sampai kehilangan jawatan Timbalan PM. Mahiaddin digugurkan dari jawatan TPM selepas videonya bercakap tentang 1MDB tersebar.

Aku dah pernah ulas dulu. Aku kata video tu dicuri dengan izin. Kalau melihat kepada keadaan video itu dirakam, memang macam sengaja nak bocorkan video itu untuk sebaran umum. Tapi kenapa?

Kerana pada ketika itu Mahiaddin punya rancangan untuk jatuhkan Najib sebagai presiden UMNO. Dia cuba timbulkan keraguan di kalangan ahli UMNO supaya Najib ditolak dan kemudiannya dia dilantik jadi presiden.

Malangnya Najib lebih cekap. Tanpa bertangguh Najib terus tukar TPM. Itu yang jadikan Mahiaddin terpinga. Perangkap yang dibuat makan diri. Apa yang terjadi selepas itu kita sendiri pun tahu.

Jadi Mahiaddin bukanlah orang yang menentang 1MDB. Mahiaddin tahu penyelewengan Najib tapi apa yang dia buat? Hanya bincang sesama sendiri saja. Laporkan kepada polis atau SPRM pun tidak.

Mahiaddin sebaliknya cuba manipulasi keadaan Najib untuk kepentingan dirinya sendiri. Dia guna 1MDB untuk potong Najib. Bukan untuk selamatkan duit rakyat pun. Jadi jangan kata dia pejuang 1MDB la. Geli aku.

Pejuang rakyat sebenar, yang mulakan pendedahan 1MDB adalah Rafizi dan juga DS Anwar. Skandal ini terbongkar adalah jasa dua insan ini yang sanggup risikokan segalanya demi selamatkan duit rakyat.

Mahiaddin cuma seorang opportunis. Sama seperti dia potong Mahathir tang konar selepas Langkah Sheraton untuk jadi PM. Mana dia boleh pulas, dia pulas. Janji dia untung. Yang mati, rakyat. Tapi dia peduli apa? Guane boh?

Raja Gelap

 

ARTIS LUAR RAMAI YANG BIJAK DAN BANYAK MEMBACA JADI NAMPAK SANGAT BEZA ANTARA ARTIS YANG BIJAK DAN KURANG BIJAK


 

LETAK CALON BAIK PUN TAK RETI LAGI- SAJA LA. NEGERI NO 2 PALING MISKIN...PEMIMPIN UMNO KAYA KAYA


 

TEMA KESTABILAN DAN KEMAKMURAN HANYALAH TIPU DAYA

 

Selari dengan keadaan politik negara yang tidak stabil sejak berlakunya Langkah Sheraton, BN dalam PRU15 kali ini menawarkan tema Kestabilan dan Kemakmuran untuk memikat hati pengundi.

Digembar-gembarkan kononnya hanya BN yang mampu memberi kestabilan dan kemakmuran kepada negara ini, seterusnya harus diberikan undi untuk dijadikan kerajaan.

Betulkah begitu?

Jika kita perhatikan, meskipun setelah kerusi Perdana Menteri jatuh ke tangan BN selepas UMNO berjaya menjatuhkan Mahiaddin Md Yasin, gabungan itu tidak pernah stabil dan makmur keadaannya.

Tidak lama selepas Ismail Sabri Yaakob memegang jawatan Perdana Menteri, gabungan itu mula kecoh dengan desakan tidak henti-henti agar Parlimen dibubarkan dengan segera.

Dua kluster yang bertelagah dalam UMNO saling menuding jari dan mempertahankan pendirian masing-masing sama ada PRU15 perlu diawalkan atau dilewatkan.

Walaupun desakan mengawalkan PRU15 akhirnya menemui kejayaan, tetapi ia bukanlah diputuskan dalam keadaan yang stabil dan makmur.

Mengawalkan PRU15 adalah kejayaan kluster mahkamah menewaskan kluster kabinet dan bukan lambang kejayaan UMNO secara keseluruhannya.

Ismail Sabri boleh dikata dalam keadaan terpaksa berhubung pembubaran Parlimen itu dan jika tiada paksaan atau tekanan daripada UMNO, beliau tentunya lebih selesa bertahan di Putrajaya sehingga habis penggal iaitu Jun tahun depan.

Kemudian, dalam penentuan calon baru-baru ini, sekali lagi BN gagal menampakkan kestabilan dan kemakmurannya.

Bukan saja ramai calon-calon berjawatan menteri dan timbalan menteri digugurkan secara mengejut dan tidak berhemah sampai keadaan jadi huru-hara dan sehingga ada yang memilih bertanding atas tiket PN dan Bebas, sebuah parti komponennya MIC juga hampir menarik diri daripada bertanding.

Yang nyata, sebagaimana pengakuan Shahidan Kassim dan Noh Omar yang digugurkan sebagai calon, suara Top 5 UMNO telah tidak diambil kira dalam pemilihan calon BN kali ini.

Nama yang dipersetujui oleh Top 5 sebagai calon, senang-senang saja dicantas oleh Presiden UMNO melalui kuasanya sendiri.

Stabil dan makmurkah BN jika Presiden UMNO tidak menghormati suara orang lain, tambahan lagi dalam Top 5 itu sendiri ada Perdana Menteri yang telah dinamakan sebagai poster boy?

Secara terlindungnya, walaupun menjaja tema kestabilan dan kemakmuran, Zahid Hamidi nampaknya mahu meletakkan Ismail Sabri dalam keadaan terus tidak stabil dan tidak makmur melalui pemilihan calon ini.

Sementara orang-orang Ismail Sabri dipotong dan dicantas, mereka yang pro kepada Presiden pula diangkat sebagai calon dan ini menjadikan kestabilan dan kemakmuran lebih sukar dijadikan kenyataan selepas keputusan pada 19 November nanti.

Sepatutnya, sesuai dengan tema kestabilan dan kemakmuran yang dijaja itu, tambahan lagi Ismail Sabri telah dipersetujui sebagai poster boy BN, kedudukan beliau lebih diperkukuhkan lagi dari segi kestabilan dan kemakmurannya, tidak saja berkaitan pemilihan calon, bahkan sebagai paparan kepada rakyat selepas keputusan PRU15 diumumkan.

Malangnya, apa yang berlaku ialah kedudukan Perdana Menteri tidak dijadikan lebih stabil dan lebih makmur berbanding Presiden UMNO yang dilihat cuba menambahkukuhkan kestabilan serta kemakmuran kedudukannya sendiri semata-mata.

Mudah cerita, tema Kestabilan dan Kemakmuran itu hanyalah sekadar tipu daya yang tidak mampu menjanjikan sebarang kestabilan dan kemakmuran kepada negara.

Bagaimana mahu mewujudkan kestabilan dan kemakmuran jika sejak awal lagi terlihat banyak ciri-ciri ketidakstabilan dan ketidakmakmuran terbentang di depan mata?

Yang penting, kita sebagai pengundi jangan sesekali terpedaya. – ShahbudinHusin 06/11/2022.



Anwar Ibrahim: Hi-Tea At Parlimen Pasir Gudang P159 & Tebrau P158

'Politik perlu terbuka' - Rafizi alu-alukan sokongan Azwan



Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengalu-alukan sokongan selebriti Azwan Ali ke atas parti itu namun berpandangan ia perlu dibuat berlandaskan kepada isu dan dasar yang dibawa parti. Terdahulu Azwan mengumumkan menarik diri daripada mencabar abangnya, Azmin Ali di Parlimen Gombak dan menyatakan sokongannya terhadap calon PH iaitu Amirudin Shari.

ALAHAI JAMAL!! - KO CAKAP APA NI?? - RAFIZI BASUH CUKUP-CUKUP | TIADA AZAN



Jamal Abdillah rupanya orang kuat UMNO. Tapi bila nak cakap tu pakailah akal sikit. Baru nampak cerdik. Nah, ko dengar apa Rafizi Ramli cakap ni..

KENYATAAN ADALAH JELAS..BUKAN PH..BUKAN JUGA DAP..TAPI UMNO TUAN TUAN DAN PUAN PUAN...INI BUKAN TIPU ..TAPI BETUL BETUL....


 

LAGI "SEKOR BERUK MAK YEH" DIPANGGIL POLIS. SAMAN AKAN MENYUSUL SAMPAI DIA TINGGAL TELUR..KEH..KEH. TAK ADA AKHLAK PUNYA LEBAI




Dakwaan Anwar bawa agenda LGBT, polis siasat ketua PAS Perak.


Ketua PAS Perak Razman Zakaria berucap dalam program di pasar malam di Tebuk Pancur ketika berkempen bagi kerusi DUN Gunong Semanggol.

IPOH: Polis Perak membuka kertas siasatan berhubung dakwaan calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria menyampaikan ceramah berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap Pakatan Harapan (PH).

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berumur 32 tahun berkaitan rakaman yang tular sejak Ahad lepas mengenai calon N11 PN ketika berceramah didapati mengandungi unsur fitnah dan berniat jahat serta ditujukan kepada kepimpinan PH,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis menasihatkan semua penyokong parti supaya mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh pilihan raya umum ke-15 berlangsung terutamanya ketika berkempen.

Baru-baru ini, tular rakaman video menunjukkan Razman yang juga ketua PAS Perak berceramah menggunakan mikrofon di kawasan pasar awam dan membuat beberapa dakwaan mengenai PH.

Semalam, FMT melaporkan, Ketua Amanah Perak Asmuni Awi mengecam Razman susulan mendakwa Pengerusi PH Anwar Ibrahim mempunyai agenda LGBT, sekiranya gabungan itu menang pilihan raya umum.

Dalam video di laman Facebook miliknya, Razman turut mendakwa Anwar mahu menghalalkan perkahwinan sejenis, sekiranya PH membentuk kerajaan selepas pengundian, 19 Nov.

Dalam pada itu, Yusri berkata, sebanyak lima laporan polis harian diterima sejak semalam berkaitan PRU dan hanya satu kertas siasatan dibuka setakat ini.

Katanya, polis meluluskan permohonan permit 123 ceramah di seluruh negeri manakala 19 ceramah diadakan tanpa permit.


 

KAH..KAH...KAU JAJA NAMA ANWAR DAN NAIK ATAS TIKET PKR, KEMUDIAN KAU MENGAKU AMPANG ADALAH SINONIM DENGAN NAMA KAU. ORANG TAHU KAU ADALAH PENGKHIANAT

 

Rodziah tolak Zuraida ada ‘jenama’ di Ampang


Rodziah Ismail berkata Zuraida Kamaruddin mengkhianati PKR melalui Langkah Sheraton pada 2018.

AMPANG: Calon PKR Parlimen Ampang Rodziah Ismail menolak dakwaan bekas penyandang tiga penggal kerusi itu Zuraida Kamaruddin bahawa dia mempunyai “jenamanya” tersendiri di Ampang.

Rodziah sebaliknya berkata, Zuraida telah merosakkan jenama itu kerana mengkhianati PKR melalui Langkah Sheraton pada 2020.

“Jenama itu dia ambil atau pun dia tumpang bawah PKR,” soalnya.

Menurut Rodziah, tiada siapa yang menafikan usaha Zuraida berkhidmat selama tiga penggal, bagaimanapun dengan pengkhianatan yang telah dibuat, pengundi Ampang perlu menolak Zuraida.

“Dengan menolak individu itu, maknanya mereka di Ampang ni cerdik, mereka bukan sahaja fikir sekadar individu, sebab mereka faham mengundi ini adalah untuk memilih kerajaan,” katanya.

Rodziah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berkaitan dakwaan Zuraida bahawa dia mempunyai jenamanya tersendiri di Parlimen Ampang.

Bekas naib presiden PKR itu memenangi Parlimen Ampang bawah tiket PKR dengan majoriti 41,956 undi dalam pertandingan empat penjuru – BN, PAS, Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Zuraida dilantik ke dalam Jemaah Menteri selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan BN pada 9 Mei 2018.

Bagaimanapun, beliau dipecat daripada PKR bersama bekas timbalan presiden, Azmin Ali selepas menyertai Muhyiddin Yassin menerusi Langkah Sheraton dan menyertai Bersatu. Zuraida kemudian keluar Bersatu dan menyertai PBM pada Mei lalu.

Pada PRU kali ini, Zuraida bakal berdepan persaingan sembilan penjuru dengan pencabar terkuatnya daripada PH iaitu Rodziah.

Sementara itu, ketika ditanya adakah sukar berdepan dengan pengundi Ampang memandangkan beliau calon muka baharu di situ, Rodziah bersyukur “masih bertanding dalam Selangor”.

Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga berkata, dia sudah “membuat kerja” di Ampang sejak setahun lalu dan bukan dalam tempoh berkempen ini sahaja.

SANGGUP TIDAK MENGGUNAKAN BENDERA SENDIRI . PADA HAL BERSATU TAK ADA CAWANGAN PUN. PENYOKONG PAS SILA UNDI PH...BERI PADA AMANAH ATAU PKR

 

PAS diperalat dalam PN, Bersatu yang untung, kata Ismail

Ismail Sabri Yaakob berkata lebih baik penyokong PAS memberi undi kepada calon BN daripada terus membiarkan parti mereka diperalat Bersatu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS hanya diperalat Bersatu demi kepentingan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga naib presiden Umno, berkata PAS tidak mendapat keuntungan berada dalam gabungan, sebaliknya Bersatu.

“PN ini untungkan Bersatu, kalau kita lihat di Bera ini Bersatu tiada jentera. Bilik gerakan yang ada di Bera kebanyakannya bilik gerakan PAS. Ahli PAS lebih ramai dari Bersatu.

“Situasi ini saya kira bukan sahaja di Bera malah seluruh negara,” lapor Utusan Malaysia.

Ismail yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bera, berkata, PAS tidak belajar daripada apa yang sudah berlaku di pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Di 

Melaka, PAS tidak menang satu kerusi pun sebab bekerjasama dengan Bersatu. Walaupun cita-cita besar mereka untuk lantik ketua menteri wanita pertama, yang menjadi mangsanya adalah PAS.

“Begitu juga di Johor yang saya kira sepatutnya Johor kubu Bersatu kerana dua kali menjadi menteri besar. Tetapi, dalam PRN Johor mereka kalah teruk termasuk PAS,” katanya.

Beliau percaya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), PAS boleh kecundang di kerusi ditandingi mereka jika masih berharap kepada Bersatu.

“Seperti saya kata tadi, PAS diperalat oleh Bersatu, jadi saya seru kepada pengundi PAS boleh memberi undi kepada calon BN,” katanya.

DIA P MENYANYI SAJA- DIA TAK SEMPAT SINGGAH SOLAT DAN MELAWAT PUSAT PUSAT TAHFIZ YANG MODERN KAT PENANG SANA....


 

RASHID HASNON BAKAL MAKAN SAMAN


 

SILA JAWAB -CAKAP BANYAK TAKMAU..


 

MANIPESTOL- APA KAMU DAPAT BILA PILIH PM-JOM KITA BACA JANJI -JANJI CALON PM DARI PN DAN BN TENTANG MASA DEPAN NEGARA INI

 

APA KAMU DAPAT BILA PILIH PM?

Calon PM dari PN janji nak kasi pencarum kwsp untuk keluar duit kwsp. Keluar duit kita sendiri pun nak dijadikan manifesto? Ada lagi ke duit kwsp tu? Asyik korek je...

Calon PM dari Bn pula janji nak kasi cuti bergaji kEpada rakyat sempena harijadi masing-masing. Tu pun nak jadi manifesto? Malang la yg takde kerja. Penganggur bertambah, dan mereka ini dpt nikmati ke cuti bergaji ni? Itu la standard calon PM dari Bn.

Manakala, Anwar Ibrahim calon PM dari PH pula bejanji akan pulihkan ekonomi negara, basmi rasuah dan atasi masalah kos sara hidup rakyat. Beliau juga berjanji tidak akan mengambil gaji sebagai PM dan gaji2 menteri akan dipotong separuh sehingga ekonomi negara bertambah baik. Kabinet yang sekarang ini sampai 70 orang akan dikurangkan lebih dari separuh kerana membazir wang rakyat.

So, rakyat fikirlah sendiri siapa layak untuk kita angkat sebagai PM.

WFAUZDIN NS

 

JAWAPAN BODO DARI ORANG UMNO- NASIB TAK TERPILIH- KADANG ORANG BODO AKAN PILIH YANG BODO JUGA JADI KETUA...ORANG JIHAD MAKIN TURUN REGA...DIA JIHAD SALAHKAN REGA AYAM NEGARA JIRAN....




Telur ayam kurang sebab kena seludup ke negara jiran. Sebab harga telur di negara jiran lebih mahal, katanya. Senang betul dorang ni selesaikan isu.

Macam negara ni tak ada agensi penguatkuasaan je kan? Orang nak seludup petrol, minyak masak dan sekarang telur boleh buat sesuka hati. Begitu?

Kalau seludup pun, betul punya banyak sampai di Johor pun lesap, logik ke? Kalau dekat utara je boleh lagi la nak terima. Ini sampai ke selatan?

Ini alasan lepas tangan. Selepas berbulan wujud JK jihad ni, tak ada apa hasil pun. Keadaan jadi makin teruk adalah.

Dah tak tahu nak cakap apa, dia katalah telur kena seludup. Setakat nak bagi alasan begitu, baik tak payah ada jawatankuasa. Bazir duit rakyat je.

Begitu hakikat BN dan PN. Mereka yang menghuni kabinet negara, dengan gaji yang besar tapi sesen pun tak guna. Nak sokong lagi? Guane boh?

Raja Gelap

 

RAFIZI TERPAKSA SEKOLAHKAN BUDAK BUDAK YANG TAK PANDAI- MMMMM...MAKSUDNYA BUDAK BODO...


RAFIZI RAMLI

Saya baru isytiharkan harta. Kecoh budak-budak UMNO PAS BERSATU persoalkan macam mana aset bersih saya bernilai RM18 juta.

RM16 juta itu saham dan pelaburan saya dalam startup (atau syarikat pemula) yang saya tubuhkan iaitu INVOKE Solutions Sdn Bhd.

Saya memang tunggu mereka buat bising kerana rakyat akan menyampah. Mereka bising pasal saya isytihar harta tetapi mereka tidak pula bising pimpinan mereka yang tidak ada perniagaan, tidak ada kelulusan, tidak pernah memimpin organisasi korporat tetapi hidup macam raja.

Memang itu tujuan saya:

PERTAMA

Untuk tunjuk hipokrasi mereka.

KEDUA

Untuk saya boleh galakkan anak-anak muda mula membina perniagaan yang bernilai tambah.

Hati saya juga didorong untuk menjaga kebajikan 150 kakitangan saya di INVOKE. Mereka anak muda yang berkelulusan tinggi – 30% mendapat straight As semasa SPM dan banyak ijazah kelas pertama dari universiti terkenal di seluruh dunia termasuk Cambridge, Oxford, Cornell, UCL dan banyak lagi. Umur mereka antara 22 hingga 27 tahun. 70% Melayu dan 30% bukan Melayu.

Mereka ada kepakaran dalam bidang teknologi terutamanya beberapa bidang yang menjadi tulang belakang ekonomi digital iaitu sains data, kejuruteraan perisian, pemasaran digital, dan seni kreatif digital.

Semua simpanan saya dari Tabung Haji dan ASB yang saya kumpul semasa muda saya laburkan sebagai saham permulaan dalam INVOKE sebanyak RM2.5 juta secara beransur-ansur sejak 2016.

Mana saya kumpul RM2.5 juta tunai masa muda?

Saya seorang profesional lulusan kejuruteraan elektronik dan akauntan bertauliah lulusan Institute Akauntan Bertauliah England & Wales (ICEAW), iaitu institut akauntan bertauliah paling tua di dunia. Saya memulakan kerjaya di London, gaji dalam pound. Masa itu, satu pound adalah RM6.

Bila saya balik sertai PETRONAS, gaji permulaan RM3,750. Selepas enam bulan dan disahkan sebagai pengurus termuda dalam PETRONAS, gaji saya naik RM11,000 sebulan pada umur 26 tahun. Umur 27 tahun saya naik pangkat lagi menjadi ketua bahagian perancangan petrokimia PETRONAS, dan gaji saya naik RM25,000 sebulan.

Ketika itu, PETRONAS memendekkan tempoh persaraan dari umur 60 tahun kepada 55 tahun, jadi saya mendapat pampasan RM400,000 pada umur 27 tahun untuk 5 tahun perkhidmatan yang dipendekkan.

Prestasi saya baik di PETRONAS. Setiap tahun selama 7 tahun saya berkhidmat di PETRONAS, bonus saya adalah di antara 10 hingga 12 bulan setahun. Jadi pendapatan kasar saya setahun di akhir umur 20an adalah sekitar RM500,000 setahun.

Wang simpanan itulah yang saya laburkan membuka syarikat INVOKE.

Ramai yang tidak faham tentang syarikat berasaskan teknologi atau yang dipanggil tech startup.

Nilaian sebuah tech startup di awal penubuhan bukanlah bergantung kepada untung rugi tetapi:

PERTAMA

Nilai teknologi yang dibangunkan dan prestasi berkembang di pasaran lain (atau scalability). Oleh kerana teknologi itu tidak menggunakan banyak tenaga kerja, kalau ia berjaya dikembang masuk pasaran luar negara, platform yang dibangunkan itu berpotensi besar di masa hadapan.

KEDUA

Kadar pertumbuhan perolehan (atau revenue) setiap tahun. Lebih cepat perolehan berkembang, lebih bernilai.

KETIGA

Kemampuan syarikat mempunyai tunai yang mencukupi dengan mengimbangi perolehan dan perbelanjaan, selalunya dipanggil cash sustainability.

Ini kedudukan kewangan terkini INVOKE:

Purata pertumbuhan perolehan 2019 ke 2022: 90% setiap tahun

Keuntungan syarikat:

Untung di peringkat syarikat setiap tahun iaitu RM507,000 untuk 2020, RM653,000 untuk 2021 dan dijangka RM1.5 juta untuk 2022.

Keuntungan kumpulan:

2 anak syarikat yang membangunkan platform teknologi masih belum untung, tetapi kerugian kumpulan semakin mengecil setiap tahun

Kedudukan tunai:

Dijangka mencukupi sehingga 2 tahun lagi tanpa perlu menerbitkan saham.

Ada beberapa cara nilaian syarikat dibuat.

Cara paling mudah ialah berdasarkan nilai aset bersih. Tetapi ini cara kuno kerana tidak mengambil kira potensi masa depan.

Untuk mengambil kira potensi masa depan, pekali (atau multiplier) digunakan untuk menilai syarikat berasaskan potensi berkembang perolehan dan keuntungan.

Untuk tech startup seperti INVOKE dengan prestasi pertumbuhan yang dicapai kini, selalunya pekali adalah di antara 7 hingga 10 kali dari perolehan tahun. Ini kaedah piawai yang digunakan di seluruh dunia oleh syarikat venture capitalist yang melabur.

Perolehan INVOKE untuk 2021 adalah RM6.3 juta dan untuk 2022 dijangka melebihi RM11 juta. Jadi julat nilaian INVOKE ialah antara RM60 juta ke RM120 juta.

Ini bukan saya pandai-pandai cakap. Ini adalah nilaian rasmi oleh Cradle, sebuah agensi kerajaan yang memantau pertumbuhan startup. Tengok nilaian rasmi ini di laman www.mystartup.gov.my

Nilaian ini dibuat oleh sebuah firma penilai bebas dari Singapura bernama VentureCap Insights.

Saya masih memegang lebih 70% dari saham INVOKE. Tapi untuk isytihar harta, saya gunakan kaedah nilaian paling rendah iaitu nilai aset bersih iaitu sebanyak RM17 juta.

Dari RM17 juta itu, RM11 juta adalah pelaburan yang membeli saham-saham INVOKE dari 2019 hingga 2022.

Kenapa pelabur tempatan dan antarabangsa beli saham INVOKE?

Kerana potensi untuk INVOKE disenaraikan di pasaran saham di masa hadapan yang membolehkan mereka mendapat pulangan besar bila saham-saham INVOKE mula dijual beli orang ramai.

Kenapa saya cerita semua ini?

Kerana saya nak yakinkan anak muda Malaysia bahawa ini jalan masa depan kita. Anak muda Malaysia sangat berbakat, pandai dan berkebolehan. Anak-anak muda di INVOKE telah membawa syarikat hingga ke nilaian berpuluh juta dalam masa 2 tahun.

Bila INVOKE disenaraikan, mereka semua ada saham, dan mereka boleh hidup selesa di masa muda.

Syaratnya kena pandai, kena kreatif, kena usaha, kena berani dan kena jujur.

Masa depan kita ialah ekonomi digital supaya mudah dikembangkan ke rantau Asia Tenggara, dan seluruh dunia.

Visi saya ingin menaikkan ekonomi digital supaya lebih ramai usahawan tech Malaysia yang menghasilkan produk-produk digital terbaik di dunia.

Anda ingat UMNO PAS BERSATU faham semua ini?

Mereka hanya tahu jalan sakau wang untuk kaya.

Sebab itu sampai sekarang belum isytihar harta.

#AyuhMalaysia #KitaBoleh #KEADILAN #PakatanHarapan

 

NI LIBERAL NI....SOKONG BUKAN ISLAM



 Inilah yang dikatakan puak lobai juga penganut liberalisme dengan mendoakan kemenangan calun kafir di kawasan majoriti pegundi Islam sedangkn d situ terdapat beberapa orang calun Islam.



WOIII...ADA MAKAN NASI BASI KA ? MASA LU JADI BUKAN SAJA JANJI PUN TARAK..APA PUN TAK DAK

 

‘Tawaran basi’, Wee kecam janji PH hapus tol.




PH sebelum ini berkata, pihaknya bertekad untuk meneruskan pengurangan tol PLUS secara berperingkat dengan matlamat akhir penghapusan tol dan pengembalian lebuhraya PLUS sebagai milik awam.

PETALING JAYA: Janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan tol dianggap tidak realistik dan tidak akan berjaya dilaksanakan, kata Wee Ka Siong.

Presiden MCA itu berkata, semua pihak khususnya pengundi di seluruh negara sedar tawaran itu sudah “basi”.

“Kalau mereka tahu, kenapa nak bagi janji manis, janji bulan dan bintang? Dan tiba-tiba mereka nampak tak dapat laksana apa yang mereka janjikan, itu masalahnya.

“Apabila kita melihat janji yang basi ini, (pihak itu) nak goreng semula. Rakyat dah tahu lah ini temberang, ini tipu helah mereka,” katanya, lapor Astro Awani.

Wee berkata, sesebuah kerajaan seharusnya bersikap pragmatik terhadap kepentingan rakyat. Beliau tidak mahu rakyat terpedaya buat kali kedua dengan segala janji ditabur pembangkang, katanya.

Sebelum ini, PH berkata, gabungan itu telah menunjukkan komitmen dengan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik dengan pencapaian pengurangan 18% kadar tol bagi Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), termasuk Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

Gabungan itu bertekad untuk meneruskan pengurangan tol PLUS secara berperingkat dengan matlamat akhir penghapusan tol dan pengembalian lebuhraya PLUS sebagai milik awam.

Jawab balas terhadap tuduhan tidak berasas oleh YB Razman Zakaria terhadap Pakatan Harapan. Beringatlah dalam berkata-kata kerana sesungguhnya kita dipertanggungjawabkan atasnya.

 


GAGALIS


 

MASUK LOKAP DAH..PENJARA DAH..KENA TELANJANG DAH..DIHINA DICACI SUDAH- TAPI INGAT....LAWAN TETAP LAWAN


 

BAGHAL PUNYA YB


 

INI SOSOK YANG DIDOAKAN OLEH ALMARHUM TOK GURU UNTUK MEMIMPIN MALAYSIA-AWANI


 
Menarik, saya sempat rakam berita Awani kejap tadi. Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, sentiasa mendoakan secara terbuka agar DSAI menjadi Perdana Menteri, ini mengikut anak sulung beliau Ustaz Nik Omar. Menarik tetapi tidak memeranjatkan, kerana begitu juga harapan dan doa Almarhum Allamah Sheikh Yusof Al Qaradawi, yang disampaikan oleh anaknya di Seminar Yusof Al Qaradawi yang saya hadiri dua Sabtu lepas.


HUSAM MUSA GROUP

IMPIAN MALAYSIA


 

TIK TOK MEDIUM BAHARU

 

MMMS

Dahulu TikTok selalu di kaitkan dengan konotasi negatif macam tengok perempuan terkinja-kinja menari, pakaian mencolok mata etc. Tapi sebenarnya TikTok dan banyak platform sosial media yang lain, mereka akan tailored recommendation berdasarkan engagement pengguna tersebut.

Pendek kata, kalau kita minat video pasal pancing, the next video yang di recommend akan berkait rapat dengan pancing, ikan atau pun bot. Macam mana dia tahu pengguna tak minat? Biasa kalau pengguna skip video dalam masa beberapa saat, tiktok tahu mereka tak minat dan machines learning algorithm di belakang akan process untuk atur video yang lain yang sama genre. Cara mereka buat ini ada kaitan dengan user profiling, based on tarikh lahir(umur), jantina dan lokaliti.

Sebab tu masa PRU15 ini, saya banyak tengok video tentang politik, yang keluar banyak tentang politik. Bukan bermakna video terkinja-kinja tak ada, video itu masih ada, cuma tak di bawa ke pada skrin layar kita. Kalau orang ada yang complain Tik Tok masih banyak video terkinja-kinja, maknanya dia sendiri yang pergi tengok sampai habis lepas tu nak complain. Sendiri dah enjoy lepas tu pura-pura alim Description: 😏.

Tapi tapi tapi tapi ada satu genre yang lagi bahaya dari pada perempuan terkinja-kinja yang mencolok mata. Lelaki yang pakai jubah dan serban, dan wanita yang bertudung labuh: kontennya dari mula sampai awal adalah fitnah, misleading dan tak berunsurkan fakta. Bila di tunjuk jalan kebenaran, mereka masih lagi berpaling dan angkuh. Pada mereka matlamat menghalalkan cara. Yang macam ini better di jauhkan, miskin di dunia, fakir pula di akhirat. Nauzubillahiminzalik.

 

SIASAT ..JANGAN TAK SIASAT

 



Semalam Timb Menteri Kesihatan dah nyatakan pendirian Kementerian.

Doktor yang:

1. Tidak lengkap pengajian perubatan;

2. Tidak habiskan housemanship sebagaimana yang ditetapkan; dan

3. Tidak mendaftar dengan MMC;

TIDAK BOLEH menggunakan gelaran doktor. Sebagaimana dalam Akta dan Pekeliling Kementerian Kesihatan.

Makanya kalau ada lepasan Ijazah kedoktoran, tanpa buat housemanship dan mendaftar dengan MMC, jangan la dok syok nak guna title doktor tu. Tambah2 yang tak habis belajar.

Logiknya simple. Kalau lepas degree perubatan jer orang pakat guna, baiklah tak payah ada MMC. Boleh guna syok sendiri.

Tujuan badan profesional adalah untuk mengawal penggunaan gelaran berprestij itu. Tambah diletak di pangkal nama sendiri. Satu bentuk representasi. Kalau tak cukup syarat, jangan la promote diri. Nanti orang cari.

Orang panggil tu oklah. Depa tak tahu peraturan. Yang tuan punya badan kena jelaskan. Elakkan gelaran tu diletakkan dengan nama. Kalau tidak cukup syarat jua. Kadang nyawa orang awam bergantung dengannya.

Nanti ada la taksuber parti cakap. Ni Timb Menteri PAS, mesti dia bias.

Takpe. Sat lagi, nanti saya check juga calon Doktor Perikatan Nasional. Ada juga tu. Kita tunggu penjelasan.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

(function() { var d = document, w = window; w

MENTERI KERAJAAN PERPADUAN TERLALU PERFORM

Suara rakyat untuk kerjaaan perpaduan. Sukar untuk dilihat pada kerajaan sebelum ini. Rakyat berharap agar pemimpin yang ada masa ini dapat ...