SANGGUP TIDAK MENGGUNAKAN BENDERA SENDIRI . PADA HAL BERSATU TAK ADA CAWANGAN PUN. PENYOKONG PAS SILA UNDI PH...BERI PADA AMANAH ATAU PKR

 

PAS diperalat dalam PN, Bersatu yang untung, kata Ismail

Ismail Sabri Yaakob berkata lebih baik penyokong PAS memberi undi kepada calon BN daripada terus membiarkan parti mereka diperalat Bersatu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS hanya diperalat Bersatu demi kepentingan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga naib presiden Umno, berkata PAS tidak mendapat keuntungan berada dalam gabungan, sebaliknya Bersatu.

“PN ini untungkan Bersatu, kalau kita lihat di Bera ini Bersatu tiada jentera. Bilik gerakan yang ada di Bera kebanyakannya bilik gerakan PAS. Ahli PAS lebih ramai dari Bersatu.

“Situasi ini saya kira bukan sahaja di Bera malah seluruh negara,” lapor Utusan Malaysia.

Ismail yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bera, berkata, PAS tidak belajar daripada apa yang sudah berlaku di pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Di 

Melaka, PAS tidak menang satu kerusi pun sebab bekerjasama dengan Bersatu. Walaupun cita-cita besar mereka untuk lantik ketua menteri wanita pertama, yang menjadi mangsanya adalah PAS.

“Begitu juga di Johor yang saya kira sepatutnya Johor kubu Bersatu kerana dua kali menjadi menteri besar. Tetapi, dalam PRN Johor mereka kalah teruk termasuk PAS,” katanya.

Beliau percaya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), PAS boleh kecundang di kerusi ditandingi mereka jika masih berharap kepada Bersatu.

“Seperti saya kata tadi, PAS diperalat oleh Bersatu, jadi saya seru kepada pengundi PAS boleh memberi undi kepada calon BN,” katanya.

No comments: