LAGI "SEKOR BERUK MAK YEH" DIPANGGIL POLIS. SAMAN AKAN MENYUSUL SAMPAI DIA TINGGAL TELUR..KEH..KEH. TAK ADA AKHLAK PUNYA LEBAI




Dakwaan Anwar bawa agenda LGBT, polis siasat ketua PAS Perak.


Ketua PAS Perak Razman Zakaria berucap dalam program di pasar malam di Tebuk Pancur ketika berkempen bagi kerusi DUN Gunong Semanggol.

IPOH: Polis Perak membuka kertas siasatan berhubung dakwaan calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria menyampaikan ceramah berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap Pakatan Harapan (PH).

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berumur 32 tahun berkaitan rakaman yang tular sejak Ahad lepas mengenai calon N11 PN ketika berceramah didapati mengandungi unsur fitnah dan berniat jahat serta ditujukan kepada kepimpinan PH,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis menasihatkan semua penyokong parti supaya mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh pilihan raya umum ke-15 berlangsung terutamanya ketika berkempen.

Baru-baru ini, tular rakaman video menunjukkan Razman yang juga ketua PAS Perak berceramah menggunakan mikrofon di kawasan pasar awam dan membuat beberapa dakwaan mengenai PH.

Semalam, FMT melaporkan, Ketua Amanah Perak Asmuni Awi mengecam Razman susulan mendakwa Pengerusi PH Anwar Ibrahim mempunyai agenda LGBT, sekiranya gabungan itu menang pilihan raya umum.

Dalam video di laman Facebook miliknya, Razman turut mendakwa Anwar mahu menghalalkan perkahwinan sejenis, sekiranya PH membentuk kerajaan selepas pengundian, 19 Nov.

Dalam pada itu, Yusri berkata, sebanyak lima laporan polis harian diterima sejak semalam berkaitan PRU dan hanya satu kertas siasatan dibuka setakat ini.

Katanya, polis meluluskan permohonan permit 123 ceramah di seluruh negeri manakala 19 ceramah diadakan tanpa permit.


 

No comments: