DI TITIWANGSA NI TAK PAYAH KISAH TENTANG KEHADIRAN KHAIRUDDIN ABUHASSAN NI. ZAMAN 98 DIA DENGAN UMMI HAFILDA TU PUAS DAH ORANG MAKI DIA...JADI PILIH LAH YNG BERWIBAWA DI PARLIMEN.

 

Beri penyelesaian terhadap masalah di Titiwangsa, Khalid beritahu Johari




Khalid Samad (kiri) dan Johari Ghani antara empat calon yang berentap
 di Parlimen Titiwangsa pada PRU15.

PETALING JAYA: Calon Amanah bagi Parlimen Titiwangsa, Khalid Samad menggesa calon Barisan Nasional (BN), Johari Ghani bercakap mengenai penyelesaian terhadap masalah di kawasan itu, bukannya menyalahkan orang lain.

Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Khalid menuduh Johari seolah-olah ‘cuci tangan’ dalam isu pemilikan tanah di Kampung Baru.

Khalid yang juga bekas menteri Wilayah Persekutuan berkata, Johari tidak dapat menyelesaikan masalah di kawasan itu, walaupun menjadi menteri kewangan semasa menyandang kerusi Parlimen Titiwangsa dari 2013 hingga 2018.

Semalam, Johari mempersoalkan mengapa Khalid tidak menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampung Baru ketika menjadi menteri Wilayah Persekutuan. Beliau membalas dakwaan Khalid yang menuduh beliau tidak mempertahankan hak pemilik tanah yang tanah mereka diambil mengikut Akta Pengambilan Tanah.

Khalid berkata, sebagai menteri Wilayah Persekutuan, beliau mencadangkan pembangunan Kampung Baru dibuat pada kadar harga yang tinggi.

“Saya juga bersuara bila pihak kerajaan BN nak menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk merampas tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru dengan harga yang rendah,” katanya dalam wawancara itu.

Khalid yang juga bekas penyandang kerusi Parlimen Shah Alam turut menafikan beliau dihantar bertanding di Titiwangsa untuk “disembelih”.

Katanya, Amanah percaya kepadanya untuk bertanding di Titiwangsa berdasarkan rekod prestasinya, selain beliau calon paling berpotensi untuk menang.

Tambahnya, kejayaan menguruskan pasukan bola sepak Kuala Lumpur antara faktor menjadikan beliau calon terbaik untuk menawan Parlimen Titiwangsa.

Khalid dan Johari akan berdepan Khairuddin Abu Hassan daripada Pejuang dan Rosni Adam daripada Perikatan Nasional pada 19 Nov ini.

No comments: