Ada machai bunga claim Mahiaddin yang paling berani lawan 1MDB
sampai kehilangan jawatan Timbalan PM. Mahiaddin digugurkan dari jawatan TPM
selepas videonya bercakap tentang 1MDB tersebar.
Aku dah pernah ulas dulu. Aku kata video tu dicuri dengan izin.
Kalau melihat kepada keadaan video itu dirakam, memang macam sengaja nak
bocorkan video itu untuk sebaran umum. Tapi kenapa?
Kerana pada ketika itu Mahiaddin punya rancangan untuk jatuhkan
Najib sebagai presiden UMNO. Dia cuba timbulkan keraguan di kalangan ahli UMNO
supaya Najib ditolak dan kemudiannya dia dilantik jadi presiden.
Malangnya Najib lebih cekap. Tanpa bertangguh Najib terus tukar
TPM. Itu yang jadikan Mahiaddin terpinga. Perangkap yang dibuat makan diri. Apa
yang terjadi selepas itu kita sendiri pun tahu.
Jadi Mahiaddin bukanlah orang yang menentang 1MDB. Mahiaddin
tahu penyelewengan Najib tapi apa yang dia buat? Hanya bincang sesama sendiri
saja. Laporkan kepada polis atau SPRM pun tidak.
Mahiaddin sebaliknya cuba manipulasi keadaan Najib untuk
kepentingan dirinya sendiri. Dia guna 1MDB untuk potong Najib. Bukan untuk
selamatkan duit rakyat pun. Jadi jangan kata dia pejuang 1MDB la. Geli aku.
Pejuang rakyat sebenar, yang mulakan pendedahan 1MDB adalah
Rafizi dan juga DS Anwar. Skandal ini terbongkar adalah jasa dua insan ini yang
sanggup risikokan segalanya demi selamatkan duit rakyat.
Mahiaddin cuma seorang opportunis. Sama seperti dia potong
Mahathir tang konar selepas Langkah Sheraton untuk jadi PM. Mana dia boleh
pulas, dia pulas. Janji dia untung. Yang mati, rakyat. Tapi dia peduli apa?
Guane boh?