ROBOH RUMAH: DETIK HITAM PENTADBIRAN PH SELANGOR – AMANAH

PAS, UMNO AKAN BENTUK KERJASAMA LEBIH KUKUH – ANNUAR

UMNO Johor makin goyang apabila Shahrir Samad bersuara



KLUANG, 4 OKT: Kenyataan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad yang menzahirkan hasrat untuk berdepan dengan nama-nama besar dari Pakatan Harapan di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memberi gambaran UMNO Johor semakin ‘goyang’.
Lebih-lebih lagi apabila pemimpin veteran UMNO tersebut dikatakan ramai pihak memilih untuk bersara dari menyertai pilihan raya umum akan datang.
“Shahrir merupakan veteren UMNO, yang dikhabarkan oleh banyak pihak memilih untuk bersara dari menyertai pilihanraya umum yang akan datang.
“Namun saya melihat, disebabkan panik dengan perkembangan positif sokongan orang Melayu untuk lakukan perubahan di Johor, Shahrir terpaksa membuat ‘u-turn’ dan mahu kekal bertarung dalam PRU ke-14,” kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali dalam kenyataan.
Menurutnya, pendirian yang dizahirkan pemimpin UMNO itu sama sekali tidak akan mengganggu segala usaha yang sedang dirangka Pakatan Harapan sebaliknya hanya memberi gambaran buruk terhadap UMNO negeri ini.
Berbeza dengan pemimpin UMNO Johor lain, Shahir dilihat lebih intim dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB dan mendapat julukan sebagai kleptokrat.
“Lihat sahaja bagaimana reaksi beliau tatkala dikaitkan dengan isu penerimaan wang RM1 juta sewaktu skandal 2.6b dan 1MDB mula hangat diperkatakan awal-awal dahulu.
“Ini agak kontra dengan pendekatan Menteri Besar Khaled Nordin yang dilihat sering menjarakkan UMNO Johor pimpinannya dari imej rasuah pimpinan Najib diperingkat pusat,” katanya.
Justeru, penyertaan Shahrir dalam PRU14 jelasnya akan memudahkan lagi rakyat di negeri ini untuk menilai antara dua pilihan.
“Pilihan sama ada calon-calon HARAPAN yang berkerja keras untuk agenda perubahan atau calon-calon UMNO Johor yang kononnya tidak mahu dikaitkan dengan kleptokrasi namun hakikatnya terus bersekongkol dengan mengangkat ‘kawan istimewa Najib’ untuk berpencak dalam PRU14 nanti,” katanya lagi

UMNO KIAN CACA-MARBA



Semalam UMNO berbangga mengumumkan ia sudah berjaya melangkah hingga ke negara China.

Wakil UMNO dilaporkan akan berucap di Kongres Parti Komunis China pada 18 Oktober ini. 

Satu kejayaan luar biasa sebenarnya kerana DAP pun tidak pernah menerima jemputan seperti itu, meskipun parti itu selalu dimomokkan sebagai parti yang macam komunis sifat serta perjuangannya.

Terbukti kini UMNO lebih merupakan sahabat kepada Parti Komunis China berbanding DAP.

Cuma, beranikah laungan Hidup Melayu dijeritkan di kongres itu nanti?

Mungkinkah sebaliknya wakil UMNO itu yang kena belajar menghafal lirik lagu Parti Komunis China terlebih dahulu?

Hari ini pula dilaporkan UMNO sudah masuk ke sekolah rendah dan nyanyian lagu UMNO turut diajar kepada budak-budak baru bersunat untuk menyanyikannya.

Malah, guru-guru juga dipelawa untuk menyertai UMNO oleh seorang menteri yang hadir.

Adakah ini sesuatu yang pelik dan luar biasa?

Atau UMNO makin terdesak untuk menang di Putrajaya? 

Dari China ke sekolah rendah, hanya satu yang nyatanya - UMNO semakin caca-marba kelakuannya. (ShahbudinHusin 03/10/2017)

PRU 14: DAP YAKIN PH DAPAT 50% UNDI KAUM MELAYU

DEDAK RM5J : ‘INI CARA NAJIB NAK CARI KEMENANGAN’ – TUN M

PROMOSI UMNO DI SEKOLAH: BN TERDESAK?

AMANAH DIJANGKA TURUNKAN KHALID SAMAD KE JOHOR

(function() { var d = document, w = window; w

WING'S HUKUM KARMA { OFFICIAL VIDEO } KHAS BUAT ATOK 96..